Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Wednesday, April 27, 2011

Aku dan Dia-masih jauh-



Orang Basrah semakin ramai membanjiri majlis zikir Rabiah. Salah seorang yang baru menghadirkan diri terkejut sambil berkata,''Masya-Allah ,begitu ramai hamba Allah mahu membasahi diri mereka dengan keasyikan zikir-zikir kepada ALLAH.''

''Kami hanya terlewat sedikit dan terpaksa menyertainya dari luar,''kata seorang lagi.

 Tiba-tiba kawan mereka yang seorang lagi berkata,''Tengok,bukankah iu tuan guru kita yang alim fikahnya,beliau juga tidak ketinggalan dalam majlis zikir ini.''

''Bukan beliau sahaja,malah tuan guru saya yang alim ilmu hadisnya juga turut serta.Mereka semua hormat dan kagum kepada Rabiah.''Seorang lagi menyampuk.

Dari jauh seorang lagi manambah,''Sebelum ini saya sudah terserempak dengan tuan-tuan sufi yang muktabar seperti Hasan al Basri,Sufian al Tsauri,Malik b.Dinar dan ramai lagi. Mereka sebenarnya tidak pernah ketinggalan menyertai majlis zikir Rabiah ini.''

''Nampaknya memang kita bertuah sekiranya berada dalam majlis zikir Rabiah ini.Selain dapat menghadirkan jiwa dan rag kepada ALLAH,kita juga dapat bertemu malah menangguk tumpahan ilmu daripada ulama-ulama muktabar yang datang,''Yang paling muda antara mereka pula menyatakan pendapatnya.

''Sebenarnya mereka ini adalah guru kepada Rabiah al Adawiyah,namun kerna ketekunan dan kecerahan hatinya.Rabiah kini lebih mendahului guru-gurunya itu daripada sudut ilmu mahupun martabat.Ini juga diakui oleh guru-guru dan ulama-ulama.

Mereka semua terdiam kagum sambil diiringi dengan zikir dalam hati masing-masing.

*********************

''Wahai Rabiah,sesungguhnya kami kagum pada cara kamu memperoleh apa yang ada pada dirimu sekarang.''

Rabiah berkata,''Pindahkan hati kalian daripada nyata dunia kepada batinnya.Sesungguhnya yang nyata ataupun zahir ini banyak tipu dayanya.Hanya dengan mengenali hakiki batiniah sahaja,kita mampu mencapai kedudukan jiwa dan terus kepada sang Pencipta.''

''Bagiamana pula hal itu boleh terjadi?''

''Asingkanlah diri kalian dari dunia dan sembunyikan diri kalian sejauhnya .Bukankah dalam sunyi ada cahaya itu ada kebenaran.''

''Maksudnya kami perlu mengasingkan diri?''

''Itu sebaiknya.''jawab Rabiah pendek.Dia kemudiannya menyambung .''Ambil masa yang kamu tetapkan untuk hal itu.Jangan pula seluruh masamu hanya tertumpu pada hal itu hingga perkara wajib yang lain terabai.''

''Apakah yang lebih besar daripada mencari reda ALLAH?''


''Yang kita bincangkan hanya sebahagian sahaja dan ia tidak sempurna  tanpa beberapa perkara yang dilakukan terlebih dahulu.Bolehkah kita menyembunyikan diri dan beruzlah sekiranya kewajipan menuntut dan memberi ilmu kepada oramg awam belum kita laksanakan? Bagaimana pula dakwah kepada orang bukan Islam yang masih tersesat dalam kegelapan ketika mereka memerlukan suluhan pelita iman?''


''Maksudnya kami perlu  selesaikan dahulu perkara yang menjadi asas kewajipan.baru boleh melakukan apa yang lebih bersifat pencarian untuk diri sendiri.''

Rabiah hanya mendiamkan diri.

Fahamlah sekalian yang hadir dengan perbincangan Rabiah itu,namun  masih ada hadirin yang terpinga-pinga dalam perbincangan itu.Rabiah meminta mereka yang faham itu menjelaskan kembali kepada yang kurang faham.

Pengajian kemudian diteruskan dengan persoalan penyerahan dan kebergantungan pada ALLAH secara mutlak.

''Seharusnya manusia itu menggunakan segala pancaindera yang dikurniakan ALLAH  bagi mencapai kebenaran yang hakiki ,dan mencari serta memahami rahsia di sebaliknya.''kata Rabiah.

''Apakah maksudnya ?''tanya seorang hadirin.Dia adalah ulama dari luar Basrah.

''Setiap yang dikurniakan ALLAH,punya sebabnya,''jawab Rabiah.

''Pernahkah kita terfikir apakah sebabnya segala kurniaan pancaindera yang ada pada diri kita?''sambung Rabiah lagi.

''Tentunya digunakan bagi membuat kerja-kerja seperti beribadah ,mencari rezeki,bekerja dan sebagainya,''jawab hadrin itu.

''Betul,segala pancaindera iniperlu digunakan hanya bagi mengagungkan ALLAH dengan melakukan apa yang disuruhNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.Semua penggunaan anggota tubuh badan kita semestinya hanya untuk ALLAH.''

''Apakah kita dituntut bagi berusaha?''

''Usaha adalah asasnya .Kita diberi pilihan bagi membuat pilihan yang terbaik untuk diri kita.Bukankah ALLAH pernah jelaskan yang Dia tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.''

''Bagaimana pula dengan qadak dan qadarNya?''

''Itulah yang saya maksudkan .Selepas kita berusaha sedaya-upaya,akhirnya hasil usaha itu kita wajar serahkan bulat-bulat kepda ALLAH .Sekiranya usaha yang dilakukan berjaya,ucapkanlah alhamdulilah dan sekiranya gagal,bersabarlah.Jangan sesekali menyalahkan ALLAH kerana ALLAH tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.Tambahan pula ALLAH sentiasa bersama orang yang sabar.''Rabiah menguraikan panjang lebar kepada para hadirin.

''Bagaimana pula kami mahu menjadi sepertimu?''

''Maksud kalian?''

''Kehebatan kamu dalam ibadah,ilmu dan amalan adalah luar biasa.Bicarakan rahsianya kepada kami.Walaupun kami ini bergelar ulama dan menjadi rujukan umat,namun hubungan kami dengan ALLAH adalah terhad,tidak seperti kamu yang begitu dekat dengan ALLAH hingga merindukan ALLAH sentiasa.''

Dengan rendah diri,Rabiah menjawab persoalan para ulama yang hadir itu.

''Jaga adab kalian dengan ALLAH.Ilmu kalian tidak menjamin akhlaq dan adab kalian dengan ALLAH. BAhkan ilmu itu juga sekiranya digunakan bukan pada tempatnya, hanya menyebabkan kalian terhumban dengan hina ke dalam neraka.''

Para ulama yang hadir terkejut,bahkan ada yang menggeletar kerana gerun ,tergoncang jiwa mereka dengan kenyataan Rabiah sebentar tadi.

''Tunjukkan kami cara yang terbaik bagi beradab dan berakhlaq kepada ALLAH?''Semakin rancak perbincangan mereka ,hingga kebanyakan mereka tidak sedar pedang masa terus memotong ruang waktu mereka.

Rabiah juga terus menjawab dengan sabar dan ikhlas ,tanpa berselindung mahupun terbit perasaan riak dengan kurniaan ALLAH pada dirinya.

''Khusyuk dan tawadhuk yang terbaik adalah semasa solat.''Rabiah memulakan.

''Ya,benar.''

''Jadikan diri kalian  tawaduk dan khusyuk seperti dalam solat sepanjang hari,setiap detik dan saat.''

''Maksudnya seolah-olah kami semua dalam keadaan solat sentiasa??''

''Benar,itulah sebaik-baik adab dan akhlaq kepada ALLAH.''

Semua hadirin dan para ulama terpana.Ada yang menggeleng-geleng kepala kerana kagum.Ada yang hanya menunduk ,berasa sungguh kerdil di hadapan seorang wanita yang bernama RABIATUL ADAWIYAH..

Indahnya andai dapat jadi sepertimu,Ummu Rabiatul Al Adawiyah..

AKU DAN DIA..MASIH JAUH.. 

Tuesday, April 26, 2011

Aku masih ISLAM

Bismillahirahmanirahiim..



Alhamdulilah..segala pujian bagi ALLAH yang masih sudi mengurniakan rahmat dan belasnya atas nikmat iman dan Islam..

''AKU MASIH ISLAM SAAT INI''

Jika dikurniakan usia seribu tahun pun,itu belum cukup untuk merafakkan kesyukuran ke hadrat ALLAH Taala ats kurniaan agung..Jika seorang Rasul punya mukjizatnya tersendiri..para wali punya karamahnya jua..orang-orang soleh yang dipilih oleh ALLAH menyimpan mutiara maunah..Tapi sang daie kecil ini punya hati yang cuba dan sentiasa dibesarkan dengan sifat malunya..

Sungguh menghitung waktu yang sudah berlalu bisa membuatkan si daie kecil ini menangis tak berlagu..Benar kata sang ulama Imam Ghazali( kalau tidak silap )apabila saat ditanya kepada anak muridnya,''Apakah yang paling jauh denganmu?''

Itulah waktu yang telah berlalu..

Saat ini usia ana ,sang daie kecil(sdk) sudah menjejak angka 20 tahun, 2bulan ,26hari..
Tapi entahlah serasa sdk baru sahaja mendapatkan hidupnya beberapa minggu ini..

Panjangnya angan-angan sering mensia-siakan waktu emas yang hanya bertandang sekali cuma dalam hidup..

Ya,ALLAH..

Pelbagai peristiwa berlaku dalam hidup.
Namun tatkala membaca kisah para para waliMu dan insan -insan terpilih ALLAH diuji pelbagai mehnah ujian baik berupa kesakitan,kemiskinan,penderitaan,kehilangan.sdk jadi terduduk sendiri.

Meratapi kekerdilan diri.
Ujian yang telah dilalui sebelum ini tidak sesusah mereka.
Bahkan selama ini,sdk merasakan tiada ujian kesusahan pernah menimpanya.
Bukannya berkata dengan nada riak,cuma merasakan betapa kecil sekali dan sedikit sekali ujian yang ALLAH kurniakan selama ini.

Selama ini banyak sungguh keluhanku padaMu,ya Rabb..

Ikrar tidak senada dengan perbuatan..
Malu sebagai hambaMu.
Jika ditakdirkan sdk menemui Tuhan tidak lama lagi.
Dengan bekal apa harus sdk bawa.
Amal yang tidak seberapa.Beberapa kerat sahaja kah diterima ALLAH.
Kecut rasa hati apabila mengenangkan bahwa amal ibadah seseoranh hamba bakal melalui 7 lapisan tingkatan spotcheck hingga ke langit ke-7
Tingginya tahap keikhlasan jua yang ALLAH terima disisnya.

Manakala setiap amaan yang disusuri dengan lumpur riak,mengumpat,takbur dam macam2 lagi sifat mazmumah dilaknat oleh ALLAH Taala.

ALLAh..

Ikhlas itu macam mana?

Mengikut guru talaqi sdk,Ustaz Muhadir b.Haji Jol.

Ikhlas itu apabila sama ada apabila dikeji atau dipuji sama sahaja.
Hatimu dan amalmu tidak berubah.

ya,ALLAH..
Kadang kala hamba selama ini apabila dipuji orang,jadi meninggalkan amalam sunat kerna takut dikata riak.
Kadang kala hamba apabila dikeji orang,perasaan lemah dan malas mula menguasai diri..
Lalu kau beramal untuk siapa sebenarnya????

Kesakitan itu penghapus dosa.
Sering sdk membaca buku-buku motivasi tentang pesakit .
Yang paling sdk suka adalh buku yang bertajuk,'ALLAH SAYANG KAMU''
terasa lembut belaian ALLAH.
hingga lidah sdk tidak dapat menahan daripada berdoa.

''ya,ALLAH..berilah aku sakit agar dengannya terhapus dosaku dan diangkat darjatku disisiMu.aku ini banyak dosa ya,ALLAH..maka dengan jalan apa lagi bisa terhapuS dosa ku..''

Sungguh kunci kemenangan kepada ujian ALLAH ada dua

Ujian kesenangan kuncinya adalah bersyukur.
Ujian kesusahan kuncinya adalah bersabar.

Tetapi salahkah sdk jika meminta diujikan dengan ujian kedua itu shaja??

Seringkali soalan yang lazim sdk tanyakan sewaktu menelefon Mama adalah.
''Duk wak gapo semua..abah duk wak gapo..??Adam mano..ngaji doh ko?''
dan

''Semua sihat ko? Mama chat?"

Mamaku pasti terdiam seketika.
Sakit gigi yang dideritainya ,sdk kira2 sejak 4tahun yang lalu belum jua sembuh2..
Sudah banyak doktor pakar dan klinik2 yang dikunjungi.
''Ma telan ubat doh takdi,sakit tak hilang2..habis dengan ubat doh..5-6 biji sehari..''



Lirih suara mama.

Sdk hanya mampu berdoa dalam hati dan minta mama melakukan hal yang sama dan banyakkan bersabar.
Selebihnya sdk sebak.

Sakit mama yang pelik sdk rasa.??
Sakit gigi yang berkait dengan saraf dan mengganggu siang dan malam mama.

''Mama jangan amal sangat ubat itu.Aeyah takut mabuk jah make ubat banyak lajok..Acu try amal minum air bacaan Yasin atau Manzil..''

''Bukankah sakit itu penghapus dosa.''

Kesian mama,setiap kali mama melahirkan anak.pasti giginya luruh..itulah fitrah perempuan bersalin kalau tak cukup kalsium.Nak2..hampir setahun sekali,mama lahirkan adik2 baru untuk sdk.Untung berhenti sehingga sdk punya adik yang ke-8..(^_^)

Tapi seseungguhnya sdk sangat bangga dengan mama.Mama kuat.

''Tidaklah ALLAH menimpakan ujian melebihi kemampuan hambaNYA'' al baqarah

Sekarang sdk berada di madrasah yang banyak memperkenalkannya dengan erti kehidupan beragama berlandaskan syariat yang lebih mendalam.

Menuntut ilmu talaqi dengan Ustaz.
Alhamdulilah,berkesempatan mendapat ijazah'' Bekalan Akhirat ''sendiri dengan Sheikh AHmad Fahmi Zamzam,guru Ustaz Muhadir di Masjid AL fALAH.

''Ana ajastukum..''

''Qabilna..''

''Barakallah.. kepda anti..''

Bersua pula dengan Sheikh Muhammad Nuruddin  Banjari dan mendapat perhatian dan senyuman seorang ulama yang disegani.Apalah yang mampu ditasmidkan kepada ALLAH selain kalimah Hamdalah..

Tetapi sdk taklah berbangga.sdk sedar di luar sana ramai lagi sahabat2 berkesempatan bahkan lebih baik pada sdk.



Tetap bukankah apabila kita bersyukur ALLAH Taala akan menambah nikmatNya kepada kita.

ALLAH....

Tiada daya dan usaha melainkan keiizinanNya.

Berzikirlah dengan hati nescaya hati itu akan sedamai pemandangan salju putih di pagi hari..

lidah yang sentiasa berzikir lebih senang dibuat berbanding hati yang berzikir..

ya,ALLah..bimbinglah segenap anggota badanku..sependek mana nafasku..selambat mana darahku beredar dalam urat nadi...semuanya bertasbih memujiMu setiap detik dan saat..


pesan sahabat tarbiah:

Apabila hati kita dpt dijaga,nescaya anggota yg lain pun dpt kita jaga dgn baik..
Semuanya berpunca drpd hati...utk selalu menghidupkan hati dgn zikrullah,kita perlu melatihkan hati dgn zikir2 khafi (zikir dlm hati) dgn menyebut isimNya yg mufrad..(sebut Allah..Allah..Allah..)seba
nyak2nya supaya hati kita sentiasa hidup

.


dan alhamdulilah.

.
''AKU MASIH ISLAM SAAT INI''..

p/s:rindu nak balik umah...>>>

bUAT aBIku..suami sOLEhah..isteri soLEH..

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. 
Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.

Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.   Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. 

Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.   

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. 

Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.  

 Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. 

Bagaimana?  

 1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar). 

  2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati. 


  3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.   


4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.   Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda   


5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.  

 Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. 

Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

   Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah.

 Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.   

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.   

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.

Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.   Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.

Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya


Wednesday, April 20, 2011

corak coret sang daie



embun di pagi buta..

menebarkan bau basah..

detik demi detik ku hitung..

inikah saat ku pergi..

oh,Tuhan ku cinta dia..

berikanlah aku hidup..

takkan ku sakiti dia..

inginnya aku kembali..

aku tak mudah untuk mencintai..

aku tak mudah untuk dicintai..

aku tak mudah mengatakan aku jatuh cinta..

ASSAllamualaikum warahmatullah..

salam satu aqidah..Alhamdulilah,kita masih Islam hingga sekarang..moga2 nikmat iman dan Islam ini berkekalan hingga ke akhir hayat..
segala pujian dan ucapan terima kasih tak terhingga kepada Baginda RasULullah s.a.w..


mengapa yer agak2 ana menulis lirik lagu yang diambil dari filem 'Myheart' iNDO pada permulaan posting ini.??Walaupun lirik lagunya xberapa ingat,batai jela..entahlah petang2 ini angin jiwang pulak datang.Rasanya sudah agak lama tidak menulis kisah hidup sendiri,tapi ade orang baca ker..huhu..tak pelah,sekali sekala membuang rasa dalam hati..ops..buang rasa..hmm..jangan buang angin sudah..alhamdulilah..sungguh hati berasa bersyukur tidak terhingga kepada ALLAH atas kurnian nikmat..cuti 5bulan kalau boleh hendak dimanfaatkan sebaik mungkin..dalam kepala ini dah buat senarai list,antaranya menuntut ilmu talaqi dengan ustaz dn para ulama sekitar kl,dan pj..mengaji di pondok..kerja jadi cikgu sementara..jaga adik..nak p jadi suka suki kat hospital kanak2 kanser..belajar menjahit dan memasak lagi..jga mak ayah..prepare untuk mjlis kahwin kakak..mengarang kitab..p hospital..dll..banyak betul..moga2 ia tidak tinggal sekadar rancangan..sungguh ana pernah dengar bahawa orang yang tidak merancang sebenarnya merancang untuk kegagalan..insyaLLAH..ana cuma merancang,ALLAH jua merancang..tapilah Dialah sebaik Perancang dan yang menentukan segalanya..




sekitar cuti ini,ana rasa tak sah kalau dalam masa sehari,tak dengar celoteh sahabat berbicara pasal Baitul Muslim..sahabat sahabat ana pun yang belum lagi habis grad cfs pj,pun dah ramai yang bertunang dan insyaALLAH,tak lama lagi akan mendirikan baitul muslim dengan pasangan yang ditakdirkan masing2..moga2 mereka bahgia hendaknya,,ana pernah terbca satu hadith yang mengatakan bahwa''wanita yang berkat itu adalah yang paling cepat mendapat jodoh,paling cepat mendapat anak dan rendah maharnya'' insyaLLAH hadith sohih..

hmm..jeles ker??macam teringin jer? ramai betul sahabat2 yang usyar..tanya bila nak makan nasik minyak hidayah ini..aik..antunna yang beriya-iya,ana pulak yang kena..adush..ada yang nak kena cubit ini..grrr..sabarlah..bukankah ALLAH sedang dan selalu membaca hatimu..kalau ikut hukum,memang kira harus perempuan berkahwin dalam usia begini..tapi nak kata tak tergerak hati,tak juga..kalu dulu,bebenor pertahankan prinsip single sampai grad..tapi hati kita ALLAH yang kawal kan..hanya guna sistem kun fa yakun jer..fitrah dik..setiap manusia rasa ingin disayangi dan menyayangi..ada sahabat ana,dia anak sulung,bila tengok gaya dia bercakap macam dah xlama dah..hm..tak pelah apa2 berita baik,jangan luap habaq mai kami na..ehem2..tuan empunya badan bila lagi...??

terdiam agak lama dalam sujud dan tahajud..
bila mengenangkan diri memang banyak kekurangan diri..rasa macam nak fikir pasal hal ini pun rasa xlayak..
amanah dan tanggungjawab lain masih menunggu..
tapi memang amanah dan tanggungjawab xkan pernah habis..
sekurang-kurangnya ilmu yang pokok kena perkemas dulu..
dan sekurang-kurangnya ana mampu menguatkan ibadat sang hamba..kemudian dalam proses mengukuhkan ibadah sang pencinta..
kalau cinta sesama manusia itu bisa menjauhkan ana dari Tuhan,biarlah ana jadi seperti Rabiatul Adawiyah..
bukan taraf wali yang didamba,cuma hati berasa sangat kerdil dan tersangat malu sebagai hambaNya.
masakan tidak apabila mendapat tahu ada orang yang akan mengkhitbah kita sahaja ,hati terngiang dan berteka teki sendiri siapa empunya gerangan,takut inikah bala cinta hina sesama manusia yang bukan kerna ALLAH..kalau..

hakikatnya memang ana sedang menunggu..menunggu untuk disunting olehnya..3bulan lepas baharu ditaqdim dan mendapat tahu berita itu..hati antara dua.sedih dan gembira...buat masa ini,tidak sempat bagitau mak abah..biarlah mereka ,xperlu risau..moga2 berkesempatan menceritakan serba sedikit pengalaman kalau benar jodoh kami..datang ke cfs uia,pj ini pun sebab nak prepare dari segi amal dan ibadat..takut tak terlafaz untuk mengatakan kalimah itu bila tiba masanya..kalau tak..masih rasa bersyukur dengan kurnia ALLAH..teringin berjumpa denganNya..terasa malu sungguh bila mengenangkan nikmatnya yang tak terhitung..oklah..cukuplah serba sedikit berkongsi hati sang daie..maaf andai ada silap kata..kurang ilmu..kasar bahasa..dari hamba ALLAH..perindu syahid ini..moga ALLAH mengistiqamahkan kita..


Sekadar perkongsian..Doa pelembut hati ini diijazahkan dari murabbi kte sume, ustaz muhadir.Sbg seorg daie alangkah bgs sekiranya selain kte berusaha berdakwah kpd mad’i kte, disulami pula dgn doa kpd Yg Maha Berkuasa agr hati org yg mendengar td dpt dilembutkn dan mudah menerima kbnrn...Mai2..sme2 amalkn!!!What is this?



CARA-CARA : 




• Untuk diri sendiri ; letak tangan kanan di atas dada iaitu di atas bahagian hati dan baca doa di bawah. 




• Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis nafas dan lepaskanlah nafas.




*Untuk orang lain ; ketika membaca bismillah 6,bygkn muka. tiup.kemudian,bc doa nabi Daud,bayangkn muka.setelah selesai,tiupkn di kepala.sekiranya orang yg dikehendaki,tiada di hadapan,cukup sekadar membayangkan mukanya. 




*Atau dibacakan pada air atau makanan untuk diberi kepada orang yang nak dilembutkan hati tersebut. 




Ayat ini jika dibaca kepada org yg kita kehendaki atau diri,InsyaAllah akn terjadi dgn syarat kita mestilah ikhlas dan yakin kepada Yang Maha Lembut.
Antara amalanya:
1.baca Ya Allahu Ya Aziz 41x
2.bismillah 6(bole search di tenet)




3.Tiup..




4.baca doa di bawah:

(bayangkan muka) , اَللّهُمَّ لَيِّنْ قَلْبَه
كَمَا لَيَّنْتَ لِدَاوُدَ الْحَدِيْدَ 
Maksudnya; ( Ya Allah lembutkanlah bagiku hatinya sebagaimana kamu telah melembutkan besi bagi Nabi Daud Alaihissalam )




5.doa pelembut hati utk kanak2
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksud ayat:-
Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.
(Ayat 200 Surah Al Imran)

aPAbila Rijal berbicara,SEDarlah niSA..diRIMU sebesAR FITnah DUNIA








Abbas Syafi merengus geram. Tin minuman yang tersadai di bahu jalan disepaknya. Melayang masuk ke dalam semak. Dia geram bercampur marah. Tangan kananya mengurut-ngurut dadanya yang bidang sedang kakinya melangkah laju. Dia mahu segera tiba.

Dari kejauhan, dia ternampak kelibat sahabat karibnya, Adhlan Nafis. Dia sedang duduk di tepi padang. Di tangannya ialah senaskah al-Quran. Abbas yang masih marah menjadi sedikit sejuk memandang wajah khusyuk sahabatnya yang sedang menikmati keindahan ayat-ayat Allah.

Dia mampir, dan mengambil tempat di atas rerumput segar dan menghijau, di sebelah Adhlan. Angin petang cukup memberikan sejuta macam kenikmatan dan ketenangan. Tapi bagi Abbas, nyaman angin petang itu belum lagi cukup untuk memberi rasa nyaman dalam hatinya yang bengkak sedari tadi.

Salam dihulur. Sunnah sebuah pertemuan.

Adlan menghabiskan bacaannya dalam surah An-Nisa'. Kemudian, kepalanya dipaling memandang mata Abbas. Wajah sahabatnya itu tampak tegang, cukup untuk membuatkan Adlan rasa seakan menaggung rasa yang sama. Dia rasa terpanggil untuk menenangkan sahabatnya.

"Kenapa ni Abbas? Macam tengah marah aje? Ada orang curi selipar jepun kau ke?", tanya Adlan sambil berseloroh. Dia mengukir senyum, lebar lagi manis.

Abbas tersenyum nipis. "Taklah Lan.. aku sebenarnya tengah geram sangat-sangat ni".

"Geram kenapa?", tanya Adhlan. Riak wajahnya tenang, membayangkan sifatnya.

Abbas mengetap bibir. Marah benar pemuda itu. "Aku menyampah betul tengok perempuan-perempuan yang melaram tak tentu pasal ni!", luahnya tanpa segan.

Abbas dan Adhlan bukannya orang lain. Mereka bersahabat sejak lahir. Bersekolah kebangsaan sama-sama. Bahkan, ke sekolah agama juga mereka bersama. Persahabatan mereka bukan sesuatu yang biasa, kerana ia diwarisi daripada keakraban dua keluarga yang beragama.

Adhlan tergelak kecil mendengar luahan Abbas. Sedikit terkejut juga kerana langsung dia tidak terfikir bahawa sahabatnya itu akan melenting pasal ini. Tangan kirinya diletakkan di bahu sahabat yang dihormati itu.

"Biasalah Abbas... mereka tidak faham agama... kita berdoalah supaya satu hari nanti mereka beroleh hidayah dan taufik untuk bertudung", Adhlan memujuk dengan suara yang lembut. Seketika, pandangan mata mereka bertembung. Adhlan senyum memujuk.

"Erm.. ya.. Tapi Lan... aku bukan marah sebab diorang buka aurat. Yang itu aku kasihan, tapi aku marah dengan orang yang pakai tudung ini!", suaranya sedikit keras.

Dahi Adhlan berkerut-kerut. Dia terkejut bercampur aneh. "Maksud kau? Marah dengan orang yang sudah bertudung?"

Abbas mengangguk. "Perintah Allah kepada wanita ialah menutup aurat dengan maksud menyembunyikan kecantikan dan perhiasan. Betul?"

Adlan mengangguk. "Surah An-Nur ayat 31. kan?"

"Betul! Tapi kau tengok apa yang berlaku sekarang. Perempuan memang bertudung, tapi mereka menghiaskan tudung mereka pula! Setahu aku, di Malaysia ini, hampir semua umat islam bermazhab Syafie. Mazhab Syafie sepakat mengatakan bahawa aurat bagi wanita ialah semua kecuali hanya tapak tangan dan muka sahaja. Kaki pun aurat dan perlu pakai stokin", sambung Abbas penuh semangat. Berkobar-kobar, persis sebilangan ahli politik sedang menabur janji menjalang pilihan raya.

Adhlan mengannguk-angguk. Dia menunggu-nunggu sahabatnya menghabiskan bicaranya.

"Konsep aurat itu ternyata belum benar-benar kita fahami. Ramai anak gadis memakai tudung. Bahkan, ada yang bertudung dengan sempurna. Tudung tidak jarang dan dilabuhkan serta menutup dada. Mereka juga tidak pakai baju yang ketat dan singkat, apatah lagi short sleeve atau leggings. Bagi kebanyakan orang, mereka sudah berpakain sebagai seorang muslimah, tapi sebenarnya belum lagi", suaranya sudah semakin diperlahankan. Di hujung-hujung, ada nada kekesalan dan kesedihan. Abbas sedih!

Adhlan pula semakin teruja untuk mendengar hujah sahabatnya itu. Al-Quran yang dibacanya tadi, diletakkan dalam dakapannya. Kemas. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia seakan-akan meragui pendirian sahabatnya. Baginya, jika sudah bertudung, tidak memakai pakaian yang ketat dan menjauhi pakain yang jarang, apa lagi yang tidak kena?

Abbas melemparkan pandangannya jauh ke hujung padang. Ada sekawan lembu sedang meragut rumput. Lembu-lembu milik orang kampung, tapi dibiarkan bebas melata. Sesekali, tangannya dinaikkan ke kepalanya bagi membetulkan rambut yang melayang-layang ditiup angin permai, senja-senja begini.

"Lan... wanita itu makhluk yang cantik, kan?". Soalan yang bersifat agak provokasi diaju kepada temannya.

Adhlan tidak segera menjawab. Dia dapat mengesan ada sesuatu yang tersirat. "Ya. Sangat cantik. Bahkan, segala-gala yang ada pada wanita dari hujung rambut hingga kaki ialah satu kecantikan. Tiada tara. Aku pernah melihat dokumentari tentang wanita-wanita di negara arab. Di sana, peraturan berpakain ketat. Bahkan, sesetengah tempat mewajibkan wanita mereka berjubah labuh dan berpurdah. Apa yang ditayang dalam dokumentari itu ialah seorang wanita yang telah mencantikkan kakinya. Dia mewarnakan kuku, dan memakai kasut tumit tinggi. Dan wanita itu telah berjaya memikat seorang lelaki asing bukan islam hanya kerana itu. Lihat... betapa dengan hanya mencantikkan kaki, dia berjaya menggoda seorang lelaki", Adhlan pula bercerita. Bersungguh-sungguh.

Abbas tersenyum sinis. "See... kalau dengan kaki, lelaki boleh tergoda, ini apakah pula muka. Aku sebenarnya sudah lama memendam rasa sedih. Hendak ditegur secara terus, aku bimbang teguran aku ditolak mentah-mentah. Kawan-kawan perempuan aku di Facebook. Aku anggarkan, hampir semua meletakkan gambar mereka sebagai profile picture mereka. Mereka tidak tahu, bahawa ketika itu mereka sudah meletakkan sesuatu yang menarik perhatian lelaki. Ah! Lelaki macam aku! kadang-kadang tu... aku macam tak sedar bahawa aku sedang menatap gambar profile mereka. Lantas, aku istighfar memohon ampun kepada Allah kerana memandang hak milik orang lain. Wanita tak sedar bahawa kecantikan mereka hanya untuk tatapan suami mereka. kerana itu, mereka selamba meletakkan gambar mereka dengan senyum yang meleret sampai telinga. bahkan, sengaja dicomel-comelkan pula muka dan gayanya. Tak sedarkah, bahawa itu salah. Ia satu kecurangan kepada bakal suami mereka. Alih-alih, kita yang lelaki ini juga yang tergoda. Kalau yang beriman, alhamdulillah tidak terkesan. tapi kalau lelaki yang ada niat jahat, silap-silap mereka print gambar-gambar tu...", kata Abbas panjang lebar. Dia berhenti mengambil nafas. Dadanya berombak-ombak. Dia agak beremosi petang itu.

Adhlan yang sekadar menjadi pendengar setia duduk membatu. Dia memikir-mikir kembali kata-kata sahabatnya itu. Ada benarnya.

"Habis tu, takkan lah perempuan tak boleh letak gambar di Facebook kot?", tanyanya. Dia teringat akan adik perempuannya, Arwa Nasuha yang baru tingkatan 3. Adik perempuannya juga ada meletakkan gambar mereka sekeluarga di Facebook. Kalau ia tidak boleh, dia sebagai abang perlu tegur.

Abbas tersenyum tawar. Dia merasakan sahabatnya itu sengaja mahu mengujinya. Ah, masakan Adhlan tidak tahu kerana dia lebih arif dalam agama.

"Boleh. Setiap perkara yang bukan ibadah itu harus, kecuali ada dalil yang mengharamkan. Itu kaedah feqah. Dalil yang mengharamkan ialah menarik perhatian lelaki. Jadi, kalau nak letak gambar, silakan. Tapi pastikan gambar itu diambil beramai-ramai. Bukan si gadis bergambar seorang diri dengan senyum yang lebar sepuluh inci. Juga bukan dengan posing-posing yang sengaja di 'mautkan'. Bahkan, lebih layak jika gambarnya hanya sebesar syiling 10 sen. Ini tidak. Kebanyakan orang, gambar mukanya sahaja sudah penuh ruang. Tidak termasuk posing pipi yang detembamkan atau mata yang dikenyitkan. Ah, macam sengaja mahu menarik peluang lelaki memandang. Paling penting, niat mereka memasukkan gambar itu ialah untuk apa? Sekadar suka-suka? Atau sekadar mahu jika orang tahu rupa kita? Iyalah.. at least kalau orang tahu rupa kita, jika kita masuk hospital akan ada orang yang nak tegur kita...", suaranya sedikit mendatar. Matanya segera dialihkan kepada Adhlan yang duduk berjulur kaki ke utara. Sahabatnya itu senyum. Nampak lesung pipitnya di belah kanan.

"Ya. Aku setuju yang itu. Maknanya, dalam Facebook pun kita perlu menjaga perhubungan. Tapi aku semacam tidak setuju sedikit. Bukankah kita, para lelaki disuruh untuk merendahkan pandangan kita?", tanya Adhlan dengan wajah yang berseri-seri.

Abbas terdiam. Dia terperangkap dengan soalan itu. Otaknya ligat berfikir.

"Lan... maaf... aku tak tahu.. Erm, apa kau pula yang cerita, aku dengar..". Suara Abbas perlahan, antara dengar atau tidak. Di pucuk pokok rambutan, dua pasang burung murai menyanyi riang, saling bersahutan.

Adhlan tersenyum penuh makna. Hatinya sebenarnya kurang setuju dengan kenyataan sahabatnya yang berbaur seakan-akan menyalahkan wanita sepenuhnya.

"Dalam surah An-Nur ayat 30, Allah memerintah orang beriman merendahkan pandangan. Kalau kau perasan, perintah merendahkan pandangan itu turun sebelum daripada perintah menyuruh wanita berjilbab. Perintah wanita disuruh turut merendahkan pandangan dan melabuhkan jilbab hingga dada turun pada ayat 31, selepas itu"

"Kejap.. jilbab tu tudung ke?", Abbas menyampuk.

Adhlan ketawa kecil. Rupa-rupanya sahabatnya itu tidak tahu maksud jilbab. Tapi tadi, bukan main berapi dia bercakap. Dia mengangguk sebagai jawapan bagi persoalan Abbas Syafi.

"Maka, kalau kita nak salahkan perempuan 100 peratus, macam tak betul pula. Lelaki terlebih dahulu perlu merendahkan pandangan. tapi aku akui, kita punya nafsu dan keinginan syahwat yang berkali-kali ganda lebih berbanding mereka, para gadis. Kerana itu, kita susah nak kawal mata...", sambung Adhlan lagi.

Abbas mengiyakan kata-kata sahabatnya itu. "Ya, betul tu sahabat. Aku teringat juga kata-kata Ustaz Mujib masa kita form 4 dulu. Kita dilarang memandang wanita tanpa tujuan, walaupun wanita itu sudah menutup aurat. Waktu tu, semua orang dalam kelas kita pelik. Aku angkat tangan, aku tanya dekat ustaz..kenapa tak boleh? Kita bukannya pandang aurat mereka? Kau masih ingat jawapan Ustaz Mujib?", tanya Abbas. Wajahnya ceria bercampur teruja kerana mengenangkan zaman persekolahan dahulu. Lebih manis, dia dan Adhlan duduk bersebalahan. Maknanya, kenangan itu milik mereka bersama. Ah! Hebat sungguh ukhuwah mereka.

Adhlan senyum manis. Wajahnya juga bertukar ceria. "Iya. Masakan aku lupa... Ustaz kata, dari mata turun ke hati. Zina bermula daripada berkenal-kenalan. Berkenal-kenal pula bermula dengan pandang-memandang. Jadi, pandangan ialah permulaan".

Abbas mengagguk. "Ustaz Mujib juga bercerita tentang sahabat Rasulalalh s.a.w yang bernama Fadhl Bin Abbas ra. Masa itu, dia sedang bersama dengan Rasulallah. Tiba-tiba lalu satu kumpulan jemaah haji wanita. Fadhl bin Abbas pun mengerling tengok mereka tapi Rasulallah menolak mukanya daripada memandang-mandang jemaah muslimah ituSee... betapa pentingnya lelaki menjaga pandangan, hingga wanita yang menutup aurat dengan sempurna pun tidak boleh kita tengok dengan sengaja...", wajah Abbas muram saat menuturkan kata-kata ini. Dia tunduk memandang batu-batu kerikil halus di tanah. Dia  bermuhasabah. Yang pasti, dia seringkali melanggar perintah ini. Seringkali matanya yang dua itu meliar, memandang tanpa had.

Adhlan juga sama. Dia melepaskan nafasnya. Berat dan lambat. Dengan suara yang agak mendatar, dia menyambung ,"Erm... dalam hadis pun ada disebut bahawa pandangan mata itu salah satu daripada panah-panah syaitan. Bahkan, dalam satu hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulallah berkata... sekiranya kita mengalihkan pandangan daripada melihat kecantikan wanita, Dia akan beri kita kemanisan ibadah. Subhanallah...", Adhlan menginsafi diri.

Abbas yang galak menempelak kaum hawa tadi tertunduk kesal. Manik-manik halus bergenang-genang di tubir matanya.

"Terima kasih kawan kerana berkongsi. Terima kasih kerana saling mengingatkan...", tangannya dilarikan ke atas bahu Adhlan. Sebuah senyuman terukir indah di bibirnya. Dia bersyukur kerana memiliki sahabat sebaik Adhlan. Nikmat memiliki sahabat yang baik itu sebenarnya bukan nikmat yang kecil!

Adhlan turut senyum. Lebar. "Terima kasih juga atas segala perkongsian ini"
Beburung yang berterbangan di atas pucuk pepohon rendang itu menyanyi ceria, tumpang gembira dengan ukhuwah fillah ini.

copy and share from daie blogger..

moga ada manfaatnya buat yang bergelar ar rijal atau annisa'..