Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Tuesday, September 16, 2014

Tarbiah dan Ta'dib dari Allah

Bismillah tsumma alhamdulilah.

Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad.

Ini sekadar warming-up menulis semasa cuti sem 3 bulan hari itu. InsyaAllah sedikit perkongsian..

Bersyukur

Manusia.. masa dia ada nikmat itu kita semua tak rasa nikmat itu melainkan nikmat itu hilang.

Kira-kira setahun dua lepas saya kena sakit mata tiba-tiba selepas bangkit dari tidur mata jadi tak nampak. Tak boleh bukak langsung mata itu sebab bila buka sakit pedih

Bila sakit pedih sangat itu mengadu ;

Ya Allah.. rasa macam nak mati pun ada ya Allah..rasa macam habislah..matilah...susahlah..rasa macam tak boleh nak hidup sekejap sahaja Allah tarik nikmat itu.

Selepas ke hospital dan menjalani rawatan 2-3hari selepas itu mata nampak balik. Masa sakit itu macam-macam doa. segala ilmu yang tahu saya baca dan macam2 ayat syifa' baca, menangis, solat hajat buat.

Tiba-tiba selepas membuka balutan pd mata dan akhirnya mata dapat tengok sampai terlupa nak sujud syukur terlebih dahulu terus laju kemas barang dihospital dan nak cepat2 uruskan urusan admit ward.

Terlupa dah susah yang semalam tapi pada masa sama sedih sangat dah lupa dah nikmat itu masa tiada.

Kata hamka apa yg ada pd kita adalah harapan.Apa yang kita dapat dalam dunia ini lebih dari apa yg kita harapkan. 

Syeikh Ibnu Athailah berpesan: bersyukurlah kerana itu satu-satunya cara supaya nikmatmu semakin bertambah.


Sehari sebelum al faqirah mahu berangkat ke Uia Kuantan,  tiba-tiba buat spotcheck ;) tiket bas hilang. Cari merata tempat. Rasanya letak dicelah-celah buku. Hati dah cuak.

Back up plan terus dibuat. Mesej sahabat-sahabat yang berangkat dengan kereta ke uia untuk tumpang sekali. Dalam hati sudah janji pada diri kerana serik. Jika jumpa tiket itu, selepas ini takkan letak apa-apa lagi dicelah-celah kitab agama.

Insaf. Adab terhadap kitab khilaf.

Akhirnya mama yg jumpa tiket di celah-celah buku. Buku yang dimenangi sempena hadiah saguhati program Kenal Untuk Cinta buku Murobbina.

Buku itu yang ditemui tiket bertajuk 'Bersyukurlah.' karangan Syed Alwi. 

:"(

Sungguh tarbiah Allah itu lembut...


ADAB

Terkesan dengan adab terhadap kitab yg diajar syeikhuna saat daurah di janda baik(jb), tidak kurang 3kali juga menegur adik-adik yang melujurkan kaki ke kitab atau meletak kitab di lantai atau menulis nama kita atas pada nama kitab. namun ilmu itu teruji dan pelajaran adab itu terusan diajar langsung oleh Allah dan tidak hanya habis di JB.

Satu hari, selesai wirid selepas Subuh tv dibuka lalu siaran tv9 terpilih kerana kebiasaan waktu itu ada rancangan kegemaran tanyalah ustaz. Tatkala melihat siapa gerangan ustaz yg sedang memberi ceramah itu kurang sedap penyampaiannya/ kurang dikenali, tangan menekan butang close pada remote control.


alangkah sombongnya diri.
selang 2,3 hari selepas kejadian itu, telinga mendengar rakaman video ceramah penceramah kegemaran di lappy tapi tak satu pun masuk dalam otak.
Pandanglah apa yang disampaikannya, jangan pandang (terlalu) orang yang menyampaikannya

ketahuilah setengah dari adab terhadap ilmu itu ialah memandang tinggi akan siapa sahaja yg menyampaikan ilmu. ketahuilah dia hanya penyampai, tapi ilmu Allah dan hikmahNYA yang luas itu boleh disampaikan hatta melalui ahli maksiat sekalipun. bukankah hikmah itu barang mukmin yang hilang?


insaf T_T ilmu itu milik ALLAH. Daie hanya penyampai ilmuNYA. Jaga adab hatimu dengan ilmu.

Jika mahu menjadi pencinta ilmu
Jadilah pencinta adab
Kerana adab itu lebih tinggi dari ilmu

Orang beradab ada ilmu tapi tak semestinya orang berilmu ada adab. 

RINDU NABI?

Cinta kita kepada Rasulullah Shallallahualahiwasalam belum pun mencapai takat yang terendah.. Bagaimana sesetengah mendakwa ia melampaui batas?


:: Ad Daie Ilallah al habib Ali Al Jufry

Ketika al faqirah menulis catatan status ini, telinga al faqirah disumbatkan dengan earphone yang mengeluarkan halwa telinga rekoding qasidah Muhammaddun dari pelajar Baitul Quro'.

 Saat ini rindu menyapa lembut pada hati hingga mendengar suara guru yang berkarismatik TG Ustaz Zulkfili Ismail pun begitu mampu membuat jiwa ampuh dan airmata mengalir perlahan.

 Satu ketika dahulu, pernah al faqirah menghantar sms kepada guru talaqqi pertama al fqrh Ustaz Muhadir Haji Joll meluahkan rasa rindu pd Nabi. Ustaz memujuk hati yg sangat rindukan Nabi hingga al fqqr tak mampu sekalipun melihat nama Muhammad pasti akan menangis. 

 Ustaz memesan agar bersyukurlah kerana tidak semua orang dikurniakan 'rasa' setelah tahu. Ada yang tahu tetapi belum bertemu rasa. 


Ye, ada yang tahu kita perlu cinta dan rindu pd Nabi tapi tak semua mampu rasa rindu itu. Bagaimana nak rindu???


Baru-baru ini sambil membuat kerepek bersama adik2 sebelum ini sekali sekala al fqrh akan berkongsi cerita apa jua tentang Nabi.

Namun waktu itu, bila Adam tanya "Kakak nak citer apa? Kakak nak citer pasal Nabi. "Tpi mulut terkunci kaku. Terasa kelu lidah untuk mengisahkan. Otak seakan tepu. Blur .Rasa itu makin menjauh mahu merajuk pergi membawa dirikah? Nak cerita apa pasal Nabi? Cerita yang mana? Cerita apa?

Terasa kesedihan memuncak hiba. Bagai jantung terkena kejutan malu amat. Hanya mampu keluarkan perkataan ''Nabi....err..'' Adam pandang sahaja wajah kakaknya ini.

Khatam talaqqi berbanyak kali kitab Syamail Muhammadiyah pun belum tentu  menjamin bahawa kamu sudah kenal Nabi dan sudah rasa cinta dan rindu pada Nabi..

Disibukkan dengan urusan dunia, tatkala memanfaatkan  cuti sem terakhir 2bulan di rumah adakala masa ditelan percuma untuk hal tak berfaedah berbanding dikunyah perlahan dengan berselawat kepada Nabi.

Padahal tepuk dada tanya iman wahai diri ,benarkah begitu? T_T 


Benarkah tiada masa untuk berselawat?


Tengok sahaja cincin digital tasbih berterabur letak merata-rata. 

Argh.. untuk berselawat pun masih memerlukan alat. 


Maklumlah al fqirah golongan awam bukan golongan khawass macam antum


Jangan sombong kalau dah pergi banyak kali pun majlis Nabi. Majlis mawlid dan sebagainya. Rasa cinta dan rindu itu satu anugerah dan rezeki dari Allah. Ada seorang habib pesan, seorang umat yang diberi mampu untuk berselawat adalah tanda bahawa Nabi pun nak dekat dengannya.

Alangkah rindu dan cinta itu memerlukan baja. .Berselawat aalah antara bajanya.Kerap juga Ustaz pesan selawat jalan terpantas bertemu Nabi dalam mimpi. Nasihat yg sama berulang2 ustaz pesan banyakkan selawat.Berselawat jalan terpantas untuk dekat dengan Nabi di mahsyar nanti. Berapa banyak kita berselawat hari ini?

 


 Ingatlah bila terlupa wahai diri jika sudah ada 'rasa' cinta itu maka jaga ia baik-baik,jangan bagi ia terlepas. Berselawatlah jika kamu nak Rasulullah rasa kamu ini benar-benar umat yang cintakannya dan rindukannya. Sollu a'la Nabiyy!!! :"(

Sunday, April 20, 2014

mUsafir ILmu

Bismillah walhamdulilah

Allahumma solli a'la Sayyidina Muhammad 

Baru-baru ni, 19-20/4/2014 jalan-jalan musafir ilmu ke Gombak atau PJ, transit di lrt Titiwangsa, sudah lama tidak nampak seorang mak cik bernama Mak Cik Amira,penjual gula2 dan tisu di tepi jalanan dijambatan dari Jalan Pekeliling.

Keadaannya yg separuh buta mata sebelah tidak menghalang dirinya mengecam diri saat bersalam dan berpeluk dengannya.


''Ni nak Hidayah dari Uia,Kuantan ya?''

Insan yang pertama kali nampak, terus mengingatkan diri kepada Baginda Rasulullah Shallallahu'alahiwasalam. Rindu pula. 

'Nampak' Rasulullah dalam diri mak cik itu. Mungkin teringat akhlaq Baginda kepada seorang wanita buta dizaman itu, ('',)

Untunglah insan-insan yang bila kita nampak dirinya buatkan kita ingat kepada Baginda Shallallahu'alahiwasalam. Moga kita termasuk golongan itu. Dan merahmati mak cik itu.

Monday, March 31, 2014

Pesanan Yang Melompat


Pesanan itu dibatalkan. Macam mana pula kertas order boleh hilang.

Hati kesal ,namun penuh bersangka baik akan hadirnya ganti yg lebih baik.

Hajat dihati Khaulah untuk membeli jus tembikai kesukaannya dan Nabi kesayangannya dibatalkan. Teringat-ingat hadis dalam kitab Fadilat Amal tadi.

Hatta nikmat menikmati air sejuk pun Allah akan tanya.

Kaki melangkah longlai ke kafe lot1, ingin memesan wafer untuk berifthar ,buat alas perut namun melihat senarai kepingan bungkusan yg berlapik-lapik menunjukkan banyaknya pesanan pak cik itu sudah terima.

Kaki berjalan mencari rahmat Tuhan.Tinggal beberapa minit lagi mahu azan.

Pintu AzamPhoto dikuak. 

''Pak cik, berapa ringgit semua ini?''

Usai memilih kotak soya ,minuman kesukaan Ustaz Zulkifli ,gurunya di BQ.
Aduhai..rindunya nak kembali ke tempat itu.

''1.80sen. Adik ambillah berapa banyak kuih kat atas tuh,pak cik dan mak cik belanja.Nak bukak puasa kan?''

''Allah..betulka pak cik?''

Rezeki. Rasa nak mengadu.

''Kebetulan, saya takdi ada order makanan tapi tak dapat-dapat nasik tuh. Lambatlah..''

Merengek tak minta penjelasan pun sebenarnya.

''Haa..takpa...pak cik tau..pak cik nampak tadi.''

MasyaAllah,misteri sungguh.Hendak dikata, buat muka frust bila pesanan tak siap-siap rasanya tak nampak muka tertutup oleh cebisan kain itu.
Macamne bleh tahu?....

Rasa ada yang memerhati.Owh..

Terkadang kita lupa.

ALLAH memerhati keadaan kita. Bahkan ALLAH selalu memberi sesuatu yg kita tidak pernah minta. Dan ALLAH jua memberi sesuatu yg lebih baik buat kita. Dan Allah sering memberi sesuatu sebelum sempat kita minta. Baikkan,ALLAH? ALLAH Itu Ada.
Majlis Maulid Rasul bersama al Fadhil Ustaz Mustaffa Kamal Bin Hamzah ditengah2, Habib Agil disebelah kanan dan saudara Azri Hilmi Mansor di sebelah kiri. :)

Hati bahkan lebih gembira. Cepat sungguh Allah balas sangkaan baik tadi. ALLAH Maha Pembalas. Rasa nak berjalan sambil melompat pun ada di jalan berbatu-batu itu. Hidup diteruskan. Majlis Maulid harus diberi khidmatkan.  

Bahkan,malamnya Allah membalas dengan MAKANAN ASATIZAH yg lebihan tidak termakan. Tabaruk dapat + perut pun kenyang+buku tentang negeri Yaman dapat beli. Benar kata Mua'lim,rezeki penuntut ilmu dijamin Allah. 

Thursday, March 20, 2014

Layak ke aku jadi baik?


''Aku rasa tidak layak untuk menjadi baik.. sebab aku bukan macam kau..''
''Macam aku apa pula?''
Hafizol membetulkan kopiahnya selepas melunaskan nikmat menggaru kepala. Dapat garu kepala sendiri yg gatal pun satu nikmat. Bayangkan orang tak de kepala, kan terlepas nikmat tuh. 


''Kau, Islamic background famili kot. Mak kau ustazah, Ayah kau tok kadi, abang kau, vokalis kumpulan nasyid tersohor semalaya.dan kakak kau pemenang pertama PU wanita kot. Aku ni siapa jah, mak ayah aku biasa-biasa jah. Mana aku layak jadi baik.''


''Dah,kau ingat siapa ayah Qabil dan Habil itu? Dan kau ingat siapa anak saudara paling dicintai oleh Abu Lahab tuh sampai dialah orang pertama buat MAWLID NABI? Nabi Nuh tuh punya anak yg macammana? Bro, nikmat ISLAM itu boleh diwarisi,tapi... NIKMAT IMAN itu kena cari dan terus cari. Semua orang layak jadi baik.''


Ahmad tersenyum tanda faham. Hidayat Allah masuk ke relung hatinya, rasa tenang dengan penjelasan.
Giliran Ahmad mengusik janggut Hafizol. 
''Aish...apa men-men janggut orang ni? Geli arr..''
Ahmad tersenyum.
''Kan kalau aku tak usik, hilang nikmat geli tuh..''
Satu tumbukan sayang diberikan dari Hafizol. Keduanya ketawa.
Oh...NIKMAT IMAN itu perlu dicari. 


semua orang LAYAK jadi BAIK. (8_8)

Thursday, February 27, 2014

Dah jumpa semangat Rasulullah kembali. :)

Bismillahirahmanirahiim..

Allahumma solli a'la Sayyidina Muhammad

Jumaah barakah buat minggu terakhir dalam bulan Masihi.

Rancangan untuk berjoging dan bermain buaian tidak kesampaian pagi ini.

Semalam berusrah membincangkan isu ummat hampir jam 3pagi, namun Allah bagi taufik dan hidayat untuk masih memikirkan playground. ;) Tak delah.. itu semua sekadar illah.

Teman-teman sebilik dan sahabat baik semua pulang ke rumah minggu ini. Sedang diri berusaha mengikhlaskan hati dan menyahut seruan Ustazah sewaktu liqo' lepas.

Agar berkorban.

Jika nak dapat ikan besar, takkan guna umpan kecik !

Pengorbanan!

Bukan sesuatu yang mudah dilakukan. Memerlukan sabar dan hati yang berjiwa besar

Perjuangan Islam didasari pengorbanan.


Melihat teman-teman membimbing beg baju  untuk pulang, hati berharap dan bersangka baik pada Allah.

Allah merencanakan yang lain hujung minggu ini. Kepadatan aktiviti-aktiviti dakwah yang menuntut diri untuk hadir ,ini amanah yang dipersoalkan di akhirat sebagai sang daie.

Komitmen.

Komitmen mengikat diri.

Alhamdulilah, Allah taklifkan komitmen sebagai salah seorang pejuangnya di usia muda sewaktu masih di alam universiti.

Cuti-cuti sem panjang atau pendek pasti tidak dapat bersama keluarga terlalu lama. Bukan hati tidak ingin atau tidak suka, namun ada hak pada ummat perlu ditunaikan.

Cuti sem lepas berdaurah di Melaka,dan kebanyakan hujung2 minggu sebelum ini sama ada musafir menuntut ilmu dari ulama' atau mempunyai kewajipan sebagai ahli jemaah gerakan dakwah.

Semoga Allah menjadikan buah pahala ini turut dikongsi buat Ma dan Abah.
Bila jumpa ulama' dan murobbi, mohon mereka doakan buat diri dan ma abah yang melahirkan diri.

Semoga jua, Rasulullah mengenal diri dan Ma dan Abah di akhirat kelak.

Ingin membahagiakan Ma dan Abah bukan sahaja di dunia bahkan akhirat.

Minggu depan ada 3 presentation, dan dua kuiz. Presentation yg agak tough.

Semoga dipermudahkan Allah.

Juga satu temujanji dengan doktor. ;) Penat juga berulang-alik ke hospital dengan tiada transport.

Kena selalu minum jus karot, bak kata alg nab boleh lambatkan penyebaran tu. :)

Doakan agar ambe sihat-sihat.

Terkadang cemburu itu ada melihat kawan-kawan balik, (homesick :(
Bagi mereka, dilihat, bahawa 'presentation fyp' itu suatu yg sangat membebankan.



Betul,agak stress! 

Biasanya mereka...

Habis present, joli tengok RM atau pergi Ecm sampai ke malam atau pergi TC cuci mata.



Namun mujur Allah sudah mengajar diri banyak lagi benda yang memberatkan fikiran untuk difikir.
Jadi, selesai satu presentation sekalipun masih banyak benda berat kena fikirkan.

Dakwah!

Buat ummah.
Buat keluarga.

SIBUK.



Jika kamu tidak disibukkan dengan benda-benda taat, maka kamu akan disibukkan dengan benda-benda lalai dan maksiat.

Namun kesibukan diri saat ini masih tidak dapat dibandingkan dengan kesibukan sahabat2 lain yang pegang jawatan.

Anje...usu. :) usrah KJ....

Semoga kalian TABAH dan KUATKAN semangat ye! @_@

Last, sekadar mengasah hobi menulis ini,nak teruskan penulisan novel rasanya belum mendapat idea dan perasaan itu lagi.

Sebab.

Entah kenapa rasa sebak jika nak mulakan penulisan novel itu..

Novel cinta Rasul.

Hati terlalu rindu untuk bertandang ke Masjid Nabawi.
Sesungguhnya hati terlalu merinduimu, ya HABIBULLAH!  

Perbanyakkan selawat, jangan jemu dan semoga beroleh perhatian Rasulullah.

Mohon maaf jika ada kata-kata yg kurang menyenangkan. :)






Thursday, February 20, 2014

Di mana semangat Rasulullah mu?

Allahumma solli a'la Sayyidina Muhammad

Tsumma alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah

Mimpi-mimpi itu bahkan mimpi-mimpi rakan seperjuangan dan semahabbahnya membuat diri rasa begitu lemah.

sepatutnya menjadi kuat.

kerana mimpi-mimpi itu memang sebuah basyirah dari Allah dan RasulNya.

Namun diri -amal tidak setaraf dengan kelayakan mimpi itu.

Boleh jadi mimpi itu sebagai tanzir, Na'am. Sebagai peringatan.

Mencari diri dulu yang begitu semangat. Semangat nak buat usrah. Semangat nak menulis. Semangat nak post di Fb segala ilmu yang dapat dalam majlis ilmu.

Tapi rasa malu dengan diri.

Na'am,sekali lagi AMAL tidak seberapa.
As-saff ayat 2 menekan-nekan diri.

Na'am kita semua dalam proses untuk menjadi baik,tiada yg sempurna.
Ya, Allah.....

Bila iman lemah, semangat beramal jua lemah.
Kenapa iman lemah?
Ujian terkadang melemahkan iman. Terkadang menguatkan iman.


Wahai diri, jangan lemah.
Meski,
Diri sedang berdepan kekeliruan dan kekecewaan bergantung kepada manusia.
Harapan terkadang lurut.


Ya, Allah....Ana rindu Rasulullah.Tapi ana malu dengannya..Kuatkanlah semangat dan iman ini.


Aku malu mendapat mimpi itu.
Hairan juga kenapa teman-teman juga bermimpi diri disamping KEKASIHKU.

Allah...
AMAL kurang...

Di mana semangat Zainab al Ghazali mu?
Di mana semangat Saiditina Aisyah radhiallahu'anha mu?
Di mana semangat as-syahidah Sumayyah mu?

Di mana semangat Rasulullah mu?
Di mana semangat Rasulullah mu?
Di mana semangat Rasulullah mu?


fyp-utg-resit-bm-nvl-umrh

Permudahkanlah......


ameen...


Monday, December 30, 2013

S.E.M.U.T

Semut.

Kecil atau besar.

Merah atau hitam.

:)

Suka tengok semut yang sedang makan gula yang tersisa.

Terima kasih. Takda duit nak bagi sedekah, boleh bagi semut gula kan? ;) Ia jua dikira sedekah moga-moga.

Siapa kamu sebenarnya semut?
Rakyat Nabi Sulaiman terdahulu.

Sehingga dalam al Quran ada surah yang menyebut namamu?
Siapa kamu?

Surah an Naml

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Wadi an-Naml", berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari. (18)

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (19)


Masih mencari hikmah kenapa ALLAH membuatkan diri saya rasa SUKA tengok semut.


Tengok ceramah Ustaz Amin Abdullah sat di sini: 


http://www.youtube.com/watch?v=cJOMU0vYoDs

Ohya,saat menulis entry ini, tiba-tiba ada semut merayap ke screen labtop.
Oh, saya bukan pemelihara semut. Tapi semut selalu ada di bilik ini dimana-mana walaupun tiada makanan tersisa. Jadi alang-alang selalu ada tetamu semut ini,pasti ada sesuatu ALLAH nak 'AJAR' saya...  :)

To be continued..