Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Thursday, August 26, 2010

Nur,meskipun berat ujian yg dilalui.beliau masih berusaha tersenyum..

tidak habis2 Nur diuji dengan ujian penyakit sedari awal Ramadhan lagi.

tarbiah rasa bila mendengar kata2nya



''Ain,Allah bagi ujian sebagi tanda Dia sayang hambaNya,sakit kan kafarah dosa..Nur sangat bersyukur kerna Allah bagi peluang itu pada Nur,tambah2 bulan Ramadhan.,''Nur terus menyambung membca buku kegemarannya itu.



'Malam Pertama Syurga'



''Nanti bila Nur dah xada,Ain jangan lupa tengokkan adik2 usrah mawar agama kita yang lain yer?,Nur tengok mereka masing2 ada potensi yg sgat berhajat pada tarbiah untuk membantu agama Nabi ini yer?janji tau..''pesan Nur dlam nada harapan.



Meskipun aku tahu beliau tengah merintih kesakitan akibat masih terkesan dengan rwatan kemoterapi xd.



Nur Qaseh..Ain pasti rindu padamu..

mengimbas pinta Nur yg terakhir..





''ala..Ain bagilah Nur pergi Kg.Tribuk tuh..Nur teringin sangat..nanti Nur boleh aplikasikan ilmu dakwah fardhi yg Nur baca dri buku Mustafa Muhammad tuh..bolehlah..''



masih kuat rupanya semangat dai'eahmu..



''xpela Nur jadi ajk ctrg pun,nanti sambil masak,Nur boleh baca ayat suci al-Quran ker..berzikir ker..mudah2an Allah sudi memberi hidayah atas sebab usaha Nur yg sejemput nih..makin bertambahla nanti

umat Nabi..''



malam tadi usai qiamulail dipertiga malam..Ain medengar suara Nur batuk2 dari arah tandas..

seingat Ain,xdi Nur ada di surai groundflloor.Lantaran tidak mahu mengganggu panjangnya sujud Nur,Ain meneruskan niat mengambil wudhuk..





''Masha-Allah,NUR!!!!!!!!!!!!!''



Nur terkulai xberdaya di pintu bilik air mereka..namun masih dalam keadaan sedar

darah segar merah laju memercik di serata tempat..

wajah Nur pucat.meskipun sebelum ini pun Nur memg semulajadi memlili wajah yg putih pucat tapi kali ini lain..

sejuk sekali tangannya.

penyakit SIrosisnya sudah berada ditahap yg serius..



''Nur....jangan tinggalkan Ain..''

''Ain..Nur nak sujud pada Allah..''







Nur....hingga kapan pun..bicara terakhirmu akan dikenang Ain..

''ketika cinta bersujud..syahidmu sekencang jihadmu..''



Diari Nur Qaseh..





Sakit adalah ujian







Manusia bertindak berdasarkan bentuk kepercayaan yang dipegang. Nilai kepercayaan dalam diri itu akan melahirkan bentuk pemikiran dan menentukan cara pandang kita terhadap sesuatu.







“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya “







(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)







Maha PengasihNya Allah s.w.t.







Setiap apa yang berlaku ke atas diri seseorang pasti ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga sakit. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih. Sakit juga anugerah dari Allah s.w.t untuk menghapuskan dosa-dosa silam kita.





Mudahnya Islam







Ketika sakit, sepenuh pengharapan disandarkan kepada Allah s.w.t semata-mata dan solat menjadi medan manifestasi untuk meluahkan rasa pengharapan itu. Itulah juga hikmahnya Allah s.w.t menuntut setiap umatnya untuk terus melaksanakan solat walaupun ketika sakit. Mudahnya Islam, dalam melaksanakan ketaatan itu, tetap ada kompromi untuk tidak menyusahkan umatnya. Andai tidak mampu berdiri, boleh duduk. Tidak mampu duduk, boleh dengan berbaring dan kalau tidak mampu juga, cukup dengan isyarat mata.







“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Al-Baqarah:284)



Pancaran ketenangan pada wajah Nur di akhir nafasnya adalah refleksi dari ketenangan jiwa yang dirasainya. Berbekalkan bentuk kepercayaan yang dipegang bahawa sakit yang dihadapi adalah suatu ujian, Nur berjaya mengharungi sisa-sisa hidupnya. Tiada penyesalan. Tiada istilah buruk sangka kepada Allah s.w.t.

''kata2 terakhir. Nur...ya,Allah..aku xmenyesal menjadi hambaMu..aku cuma hamba biasa..hamba.!.hamba..!xlebih.."

No comments:

Post a Comment