Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Saturday, September 25, 2010

KISAH ABU YAZID AL-BUSTAMI DAN PADERI KRISTIAN



Abu Yazid Al Bustami sejak kecil taat kepada Allah dan suka berbuat kebajikan. Kedua orang tuanya selalu menjaga diri untuk tidak makan kecuali yang halal. Abu Yazid, sejak dalam kandungan dan menerima air susu ibunya, tidak pernah berkenalan dengan barang Syuhbat, apa lagi haram. Pada tahap awal keinginannya, jika mendengar suatu kebaikan, beliau mudah lupa.
” Apakah ibu ingat pernah memakan sesuatu yang haram atau Syuhbat ketika mengandung atau menyusuiku, sebab jika mendengar kebaikan aku mudah lupa ? ” tanya Abu Yazid kepada ibunya.
” Anakku, suatu hari ketika sedang mengandung atau menyusuimu, aku melihat sepotong keju tergeletak di tempat fulan. Saat itu aku sedang mengidam, dan benar – benar menginginkan keju itu. Lalu ku ambil secuil keju dan kumakan tanpa sepengetahuan pemiliknya. “
Mendengar jawaban ibunya, Abu Yazid segera mengunjungi pemilik keju itu.
” Wahai fulan, dahulu ketika mengandung atau menyusuiku, ibuku telah memakan secuil kejumu. Sekarang aku mohon agar engkau sudi memaafkannya, atau engkau tetapkan berapa harga secuil keju itu, nanti aku akan membayarnya, ” kata Abu Yazid setelah bertemu pemilik keju.
” Ibumu telah kumaafkan dan apa yang ia makan telah kuhalalkan, ” kata pemilik keju.
Sejak saat itu, Abu Yazid tak pernah lupa, bila mendengar kebaikan. Anggota tubuhnya semakin ringan untuk berbuat kebajikan.
Pada suatu malam Abu Yazid Al Bustami dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke  gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya. Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”
Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut. Menjawab 50 soalan bertanya satu soalan
Ketua paderi berkata, “wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu.”
Jawab Abu Yazid, “baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan.”
Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.
Kata Abu Yazid, “saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?”
Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”


Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. “beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.”
Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan. Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.
Katanya, “bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju.”
Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.
“Bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH.” Tegas ketua paderi.
Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “memang benar kata ketua kamu ini.” Semua paderi memeluk Islam Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.
“Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”
“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.
“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.
“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.
“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!” Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!
ORANG mukmin tidak mengikat dirinya lebih-lebih lagi hatinya tidak terikat dengan dunianya...
Berikut adalah pertanyaan Ketua Paderi. Dan Jawapan Abu Yazid Al-Bustami
1. Yang satu tidak ada duanya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.


2. Yang dua tiada tiganya.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.


3. Yang tiga tiada empatnya.
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.


4. Yang empat tiada limanya.
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.


5. Yang lima tiada enamnya.
Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.


6. Yang enam tiada tujuhnya.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.


7. Yang tujuh tiada lapannya.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.


8. Yang lapan tiada sembilannya.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.


9. Yang sembilan tiada sepuluh.
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.


10. Sepuluh yang sempurna.
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.


11. Yang sebelas.
Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.


12. Yang dua belas.
Bilangan bulan dalam setahun.


13. Yang tiga belas.
Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.


14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga.
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.


15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Ta’ala ( ertinya ) : telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.


16. Tempat roh dalam badan manusia.
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.


17. Al Zariyati Zarwa.
Nama empat macam angin.


18. Al Hamilati Wakra.
Awan gemawan di dada langit.


19. Al Jariyati Yusra.
Perahu-perahu yang belayar di laut.


20. Al Mukassimati Amra.
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.


21. Yang empat belas.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat.”


22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya.
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.


23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila ia terlepas.


24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol iaitu air peluh kuda.


25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan. Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.
Di antara sifat orang mukmin itu, bersyukur dengan nikmat, memadai apa yang ada, sabar dengan penderitaan, redho dengan ketentuan, menderita dengan dosa
26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.
Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai


27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.


28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.
Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.


29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
Tongkat Nabi Musa Alaihissalam


30. Wanita yang paling utama.
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.


31. Gunung yang paling utama.
Gunung Tursina


32. Binatang yang paling utama.
Kuda.


33. Bulan yang paling utama.
Bulan Ramadhan.


34. Malam yang paling utama.
Lailatul Qadar.


35. Tentang Atta’mah.
Hari Kiamat.


36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.
Pohon itu “tahun” yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat.


37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji. Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.
38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.


39. Nakir, fatil dan kitmir.
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.


40. Sabid dan Labad.
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.


41. Sam dan Ram.
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.


42. Maksud keldai Makwak.
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.


43. Maksud anjing menyalak.
Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.


44. Maksud jeritan kuda.
Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.


45. Maksud jeritan unta.
Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.


46. Maksud nyanyian burung Bulbul.
Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.


47. Maksud bunyi katak.
Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.


48. Maksud kata-kata burung Nakus.
Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?


49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.
Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih.


50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.



Friday, September 24, 2010

TriBute buat SAHAbat..

''Ataukah kamu mengira kamu akan masuk syurga ,padahal belum datang kepadamu(cubaan) seperti (yang di alami) orang2 terdahulu sebelum kamu.Mereka ditimpa kemelaratan ,penderitaan, dan digoncang(dengan pelbagai cubaan),sehingga rasul dan orang2 yg beriman bersamanya berkata,''Kapankah datang pertolongan Allah?''Ingatlah pertolongan Allah itu sangat dekat.''
                                                                                                       ( al baqarah;214)

Hidup ini adalah ujian.
Ujian untuk membuat pilihan.
Adakala pilihan itu tersasar kerna bertulangkan nafsu..
bukan berakalkan istiqarah dan tawakal..
andai pilihan itu ada A,B,C,D..
entah berapa probability untuk successful normal distribution..
cukuplah hari ini otak kiri diperah untuk counting rule dan mean kan standard deviation..
hanya ucapan Hamdalah dipanjatkan syukur..
imtihan dunia sudah berlalu..

''berikanlah kami semua falah dalam imtihan ini,yaAllah..aminn..''

Terasa gatal tangan untuk menjentik papan keyboard..
ilmu sejengkal ingin dikongsi bersama..
bersama kenangan bersama sahabat di madrasah ilmu ini..
selangkah kaki masuk the garden of knowledge and virtue ini terimbas kembali..

tarikh keramat itu  ..


mula mengenal dunia luar..


kerna selama ini bertapa   ..


dalam teratak syurga dunia berlotkan  789-kg.gunchil bayam..


alkisahnya diri ini menjadi seorang yg xmahu jumpa manusia..


tapi syahadah itu akn menggumbirakan rasa..


harapan untuk belajar di  universiti idaman menjadi nyata..

di sini diajar hidup berdikari..
di sini diajar untuk mandiri..
di sini diajar melukis pengalamn di kotak hati..
di sini di ajar jua untuk berjauhan dengan usrah yg disayangi..
sedih..duka..suka..takut..nervous..dan pelbagai perasaan berkonspirasi..

''....apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu:'' Berangkatlah (untuk brperang)di jalan  Allah''kamu mersa berat dan ingin tetap ditempatmu?''
                                                               (At-Taubah:38)

belajar ini umpama jihad kan..
xdapat berjihad fisabillilah ,berjihad mendapat ilmu..
semata2 demi redaNya pun ,insyaAllah baik jugak..
insan hina  ini belajar mempercayai sahabat..
dan diri sendiri..
mendapat roomate yg baik dan pelawak amat menghibur..
seorang bernama Adlin,kecik molek orangnya..
halus tuturnya..pandai melegakan hati yg resah..
dari beliau ana belajar..
adlin dan syazila


Ibnul Mubarak berkata:

Jika kamu bergaul dengan suatu kaum yg pengasih..berlakulah kepada mereka..layaknya saudara mereka yg penuh kasih ..jangan hantui semua orang dengan kesalahanmu..kerna kamu akan hidup tanpa kawan..

dan syazila yg lucu selalu menghibur 
tangannya ibarat bergam dengan hanset setiap hari..
hatinya jua amat lembut ..
mudah menerima teguran..
mudah ditarbiah..
merka memang rapat..
hamba futur ini sahaja yg jarang dibilik..
merungkai saat suka dan duka bersama..
Tuhan..terima kasih untuk roomate yg pertama dlam hidup..

''
Bila yang tertulis untukmu


Adalah yang terbaik untukku


Kan kujadikan kau kenangan

Yang terindah dalam hidupku


Namun takkan mudah bagiku

Meninggalkan jejak hidupmu

Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah..

ana akan ingat memori daun pisang kita bersama..
berjemaah bersama2..
makan bersuap bersama2..
saling menyokong antara kita..
saling bertolak ansur..
saling bertanding sape mengaji paling lama..
berebut turun tangga di tingkat teratas..
bershopping sedekah senyuman..
 dengan jiran2.
ya,Allah..jangan Kau hilangkan sayangku ini...

ana bahagia ..

macam2   allah bagi peluang
sambil menyelam minum air.
bahagia itu apa ya..?

Sabda Rasullullah s.a.w

''Jalanilah hidupmu di dunia ini seakan2 orang asing atau pengembara.''(al hadith)

Kebahagiaan itu bukan pada istana Abdul Malik bin Marwan..bukan pula pada pasukan Harun Ar Rasyid..bukan pada rumah mewah Al Jashshash,bukan pula pada harta simpanan Qarun.Kebahagiaan juga bukan pula pada diwan(himpunan syair) Al Mutannabi,dan bukan pula pada Taman2 Coordova bukan jua memiliki Istana Taj Mahal.
  
lalu apa???!!

Kebahagiaan itu,menurut para sahabat,adalah sesuatu yg tidak banyak menyibukkan,kehidupan yg sangat sederhana dan rendah daya belinya.

''Dan jadilah kamu seperti pokok ranum yg lebat buahnya,meskipun dibaling batu,dijolok,dikait,digeletek,diungkas oleh manusia,namun masing2 membalas mereka dengan buah yg ranum dan masak ..''(mahfum hadis)

ketenangan dalam jiwa juga merupakan salah satu nikmat kebahagiaan dan kebahagiaan yg hakiki adalah saat bertemu dengan Rabb..
teringat nasihat ustaz,

''Orang mukmin sifatnya tenang..senyum dalam kedukaan itu adalah tanda insan punya keimanan..''

akan ana ukir kata2 ini dalam papan hati agar menjadi pendorong dlm diri yg futur ini..


hajat hati ingin menjadi orang pasif persatuan..namun qada' dan qadar Allah taala mengatur segalanya..mula berjinak2 dlam 2 jemaah..

berprogram ana dlam Kelab Perkim UIA PJ..
alhamdulilah..
Allah itu Maha Baik kan..setiap benda baik atau buruk yg berlaku pada diri kita adlah untuk kebaikan kita sendiri tanpa kita tahu..cuma kena sellau berprasangka baik dan think +ve!!

bertemu dengan alang..dalam perjalanan masjid..
gotong royong masjid yg dianjurkan Perkim sempena Ramadhan yg bkal menjelma mengakar ukhuwah fillah hingga  ke saat ini..





alang..satu sifat yg paling disenangi adlah ketenanganya..baik dllam gerak geri mahupun dalam wajah..ada karisma tersendiri..sungguh..!!xpernah diri dhaif ini bertemu shabat sepertinya..mengingati sabda Nabi..sedikit terlupa..maaf yer..
sahabat sejati itu apabila kamu terpandang wajahnya,teringat akan Allah
berbicara dengannya,bertambah makrifat tentang Allah..
bersama dengannya,bersma2 fastabiqul khairat..
itulah simpulan tentang shabat ana ini..kami sma2 saling menguatkan hati yg kdang2 rapuh..
dek cubaanNya muamalat dgan Adam..
demi mempertahankan maruah dan pendirian diri..
kekalkan akhlaqmu..sayang.. namun antara kami..
tiada rahsia..


berbeza dengan Angah..


Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi

Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia.....

lesung pipit angah sentiasa dirindui,,kadang2 kita bergaduh kerna syang..
kadang2 kita slah faham kerna rindu..
adakla kita menangis bersama lantaran cinta..
ke kelas bersma2,menjadi zombi kesiangan..
walau dirinya kdg2 kalut dlam ribut..insan mulia ini
kuat berpaksikan pendiriannya..
teguh menjaga adab,aurat dan ikhtilat..
dirimu ibarat Rabiatul Adawiyah..
rupa2nya fikiran kita sama2..
matlamat kita sama ..
cuma caranya berbeza..
insyaAllah kita sma2 berjuang menjdi daieh kebggaan keluarga..!!!

buat Ateh,si gadis mujahadah mudah memberi..tidak lokek bertukar senyum..
majlis besday angah..
ada2 shja celoteh kamu..menawar hati yg lara..namun apabila sesekali di ajak ngombrol isu semasa ..kalah perdana menteri India..kerna bicaramu laju namun lembut iman ditabur dlam kata..sering ateh membesarkan Allah atas apa yg berlaku..subhanallah..cantik aturan Allah..apa2 pun..trademark ateh akn diingati..All is well..ateh is well..biiznillah..

ke hadapan adinda bongsuku..adik yg manja namun xpernah mengada2..
puitisnya adik dlam setiap gaya..
adakala melantunkan syair rindu buat Allah yg Maha Esa..
apabila kesedihan menjelma..nampak di mata..tumbuh penyesalan di dada..
xtertahan sebak mengalir h2o ganda 3...
akhirnya kita sma2 kembali membaiki luka..
hati yg koyak  itu dijahit dengan zikrullah..
qiamulail sesma usrah akhirnya membuah hiperbola jalinan tali cinta sesama kita &Dia..
kunjungan ke rtm..
ateh,uda,ana,adik
erat dakapanmu..senang..tulus huluran kasih..

serta untuk ucu ,uda,acik dan
kalian memang adik2 terbaik dalam usrah mawar agama kita..
ucu yg sifatnya keibuan dan handal memasak lantang tegas mencegah munkar..
uda yg bengkeng namun pintar mencari alternatif dan solusi di saat yg lain kebuntuan..
acik yg mudah mesra namun xbetah andai masa dibazirkan..
serta buat  ayong yg byak idea dan acu yg penyayang..
sungguh dari kalian,ana BELAJAR byak benda..
perkara yg tidak mungkin dijumpai dlam kelas kimia,atai bio mahupun math4..




KEJUJURAN!!!!




terimalah kalam khusus buat semua sahabat 2 perjuangan di pusat asasi UIA,pj..

09/10-10/11..
semoga jalinan kasih ini sampai ke syurga...
uhiibukki fillah(^_^)


Kau, Kawan, Sahabat & Teman







Ketika mula bertemu

Terasa bagai telah lama bersua

Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan 
Detik yang indah bersamamu temanku

Kuasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama





juga BUAT sahabat seperjuangan aqidah..penyambung rantai2 perjuangan Rasullullah..
terus segar dan menyegarkan menghangatkan misi dakwah..
BiTAR..





Pertemuan Kita Di Suatu Hari

Menitiskan Ukhwah Yang Sejati

Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci


Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu....








SAYANG SOKMO...
JUMPA KALIAN DI PINTU SYURGA FIRDAUS..