Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Saturday, October 23, 2010

Islam Itu Syumul.^^KERNA PURDAH WANITA diSERANG!!!

Tajuk Berita Sinar Harian-SABTU 16/10/2010

Guru serang pelancong berpurdah bakal dipenjara

Paris:Seorang wanita Perancis yg dituduh merentap niqab seprang pelancong Emiriah Arab Bersatu UAE menggigit serta mencakar muka mangsa yg cuba memakainya semula,berdepan tuntutan perundangan bagi hukuman penjara 2 bulan tertangguh kelmarin.

  Kejadian yg berlaku beberapi hari selepas pihak berkuasa tertinggi perlembagaan meluluskan rang undang2 mengharamkan burqa termasuk pakaian mnutup muka yang lain dengan pesalah berpotensi didenda 150 EURO(Rm583) atau perli mengambil kelas kewarganegaraan.

  Penyerang yg juga guru bahasa Inggeris sudah bersaar dikenali sebagai Marlene Ruby memberutahu polis dia meminta wanita dari UAE itu dalam bahasa Inggeris supaya membuka penutup mukanya.
  Namun wanita itu enggan ,lalu dia merentapnya dan wanita itu memakainya semula ,dia menumbuk mencakar dan menggigitnya.

  ''Saya tahu akan hilang pertimbangan suatu hari nanti.Saya mahu ia dianggap skandal.
Burqa mula mengjengkelkan saya.''kata MErlene ,63 kepada polis.

  Anne Fortele ,pendakwa raya  berkata kejadian yg berlaku pda Februari lalu ketika pakaian berpurdah dibenarkan di Perancis.Tetapi beliau juga nenegaskan perbuatan Merlene tetap dipandang hina pada masa ini meskipun pengharaman burqa dikutkuasakan.

^^saLAHKAH mereka INGIN mengIKUT PakaIAN ISTER2 NABI..??^^

allahumma zukna istiqamah,ya,Allah...


PURDAH
BURQA'

Mahabbah De Jannah

Cinta kepadaMu..

Apabila memperkatakan tentang cinta,kita xdapat lari daripada berbicara soal hati dan perasaan.
Ya,cinta letaknya di hati yg diumpamakan sbgai raja dlam kerajaan diri manusia..

Sabda Rasulullah s.a.w..

''Bahawasanya dalam diri anak anak Adam ada seketul daging.Apabila baik daging maka baiklah seluruh anggotanya/sebaliknya jika jahat daging itu maka jahatlah anggotanya.Ketahuilah bhawa daging itu adalah qalbu(hati)
                                                                                     (Riwayat AL Bukhari no.52&Muslim no.1590)

  Apa itu CINTA????????

Menurut Imam Al Ghazali,cinta itu kecenderungan jiwa yg amat kuat dalam diri seseorang kepada sesuatu atau seseoranglain yg boleh memberi kelazatan .manfaat dan sangat serasi  dengan fitrahnya(tabiie)

    Apa FITRAH manusia?????

Setiap yg bergelar Homo sapien sangat menyenangi kesempurnaan (al Kamal) dan keindahan( al Jamal) .
 Jdi siapa lagi yg Maha Sempurna dan Maha Indah selain ALLAH??? Tiada sesiapa lagi.

cinta itu buta atau manusia itu yg buta..??
ingin berkongsi sajak luahan sahabat..

Peritnya Menahan Rasa Cinta

Kekadang diri ini diajak kawan untuk berbicara mengenai cinta,
Bukan cinta pada-Nya tapi cinta manusia,
Inilah Adam yang perasan tak kena masa,
Tidak sedar antara sifat Hawa,
Tak kira yang ber‘title’ muslimah atau biasa,
Kadangkala terlajak juga dari garisan agama,
Pandang dan melayan kita,
Berkongsi mesej agama,
Ya selamat tidak pernah berjumpa,
Itu hanya di pandangan mata,
Tapi hakikatnya berkhalwat dalam alam maya,
Inilah perangkap halus syaitan durjana,
Bukan ingin berkata apa,
Cuma,
Terkadang rasa sia-sia,
Daripada berbicara mengenai cinta,
Teringat banyak perkara dalam kependekan masa,
Besar kecil dosa,
Dosa kini dan lama,
Yang belum pasti mendapat keampunan-Nya,
Bertambahnya pergolakan ummah,
Bencana alam yang merata-rata,
Tanda memendeknya usia dunia,
Yang menuntut perhatian kita,
Supaya banyakkan istighfar dan bersihkan fikrah,
Anggaplah soal cinta seperti garam gula,
Jangan terlebih atau terkurang dalam merencah,
Mata, telinga dan hati sebagai deria yang menjaga,
Menjaga fitrah daripada fitnah,
Agar hidup menjadi mulia,
Menjadilah seperti insan pilihan-Nya,
Bak Imam Nawawi yang syahid mengejar ilmu sehingga tidak sempat bernikah,
Dan al-Banna yang sibuk bekerja dalam dakwah,
Susah sedikit banyak bahagia,
Inilah ujian sebagai pemuda,
Inilah peritnya menahan rasa cinta.

inilah yg paling ana takut..
cinta di alam maya..
muqadimah zina..

cuba kita sama2 teliti cinta ini.

Cinta Membawa Ke Syurga

Seorang Arab Badwi bertemu dengan Rasulullah s.a.w dan bertanya ''Bilakah akan berlakunya kiamat ya Rasulullah?'' Rasulullah s.a.w tidak menjawab sebaliknya menyoalnya semula,'' Apakah yg telah kau sediakan untuk menghadapinya?''
  Orang Badwi itu mnjawab ,;;Aku tidak menyediakannya dengan banyak mendirikan solat dan berpuasa tetap aki menyediakandengan hati yang amat mencintaimu.''
  Mendengar jawapam Orang Badwi itu,Rasulullah s.aw.bersabda yg bermaksud;
       ''Seseorang itu akan bersama dengan orang yg dicintainya di akhirat kelak''

Itulah peri agung dan pentinya cinta.InsyaAllah orang badwi yg mencintai Rasulullah s.a.w itu akan bersama Baginda disyurga kelak.

Ya,kita kan bertemu dengan orang yg kita cintai semasa didunia di akhitat nanti.
ItU kepastian yg diberikan oleh Rasulullah s.a.w sendiri
Sesunggunhya mencintai Rasullulah umpama mencintai ALLAH.FirmanNya.
            
''Ssesiapa yg mencintai Allah,maka ikutlah aku(R)''(al imran 3:31)
Bercinta dengan ALLAH dan Rasul tidak akan mengundang derita kan,kan,kan..
tapi adakalanya ada batu penghalang yg utama yg menhalang cinta pada Allah yakni

KEJAHILAN!!

-Kerna jahil kita tidak kenal kebaikan dan kesempurnaan Allah
-Sheikh Abdul Qadir al Jailani berkata''tahap cinta seseorang manusia kepada Allah adalah sejauh mana ia mengenalnya
-Kenallah ALLAH melalui 99 Asma Ul Husna Nya dan 20 sifatNya.
-Pepatah Arab ada berkata;''seseorang itu akan membenci apa yg tidak diketahunya''
-Pepatah Melayu pula oyak'' Tak kenal maka tak cinta''

PERSOALAN??

JAHIL itu bukan bermaksud tertutup PINTU AQAL tetapi tertutupnya PINTU HATI untuk mengenalNya.

CARA MENGATASI???

^^Belajar,mengaji dan menuntut ilmu tauhid dan amal ibadah mesti mantop serta mujahadah yg muntaz agar meresap ke dalam hati^^

Imam Al Ghazali ada berkata:
''Cara menambahkan keyakinan itu bukanlah dengan mengajar keterampilan berdebat dan berhujah akan tetapi caranya adalah dengan menyibukkan diri membaca al Quran dan menghafaznya ,membaca hadis dan maknanya dan sibuk dengan tugas2 ibadah.dengan ini akidah anak2 akan bertambah kukuh.''

    mAka,solusinya bacalah daRI SURAT-SURAT CINTA DARI ALLAH berserta AYATAYAT CINTA  daripada Rasullulah s..a.w.


BERSAMBUNG....INSYALLAH..


 

Saturday, October 9, 2010

terkedu

salam imtihan ukhrawi buat sahabat..

takziah pda diri sendiri..
seketika cuti..
tatkala membuka laman sesawang ini..
sebak mengepit perasaan..
tatkala melihat laman saudara ana..
takziah buat diri sendiri..
ya,Allah..susahnya hendak menjga hati...
bercuti seketika..
moga Allah sembuhkan..
barah hati ini..allahumma amin,,,