Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Thursday, December 30, 2010

Nota Buat Isteri Seorang Docs Muslim

doktor muslim vs saintis muslimah(^_^)


Buat isteriku..
Aku mengucapkan terima kasih kepada Allah..
Atas kurnian isteri sebaikmu..

Isteriku..
Jadilah kau wanita yg beragama dan bermaruah..
Ingatlah selalu janji kita dahulu selepas kita diijabkabulkan pd tarikh barakah itu..
Selalulah kau tebalkan sifat malumu..
pada perkara yg hak patut kau malu..


Isteriku..
Ku mengimbas..
Bijak sungguh kau memilih tarikh bersatunya kita...
Tidaklah kau memilih tarikh yg comel seperti kayaknya tarikh pernikahan angkasawan negara,,
yang bertanggal 10/10/10..
walhal kau gemar memilih tanggal 12 Rabiulawal..
aku kagum dengan permintaanmu itu..katamu.''kita akan saling mengingati tarikh keramat kelahiran Rasul jujungan mulia sebgai tarikh ulangtahun..''
juga agar kita sama2 peka dengan takwim Islam sentiasa..
agar kita sma2 juga merayakan hari Kekasih Agung tercinta..
yakni Rasulullah s.a.w..
Rupa2nya kau tak lupa untuk bercinta dengan RasulNya..



Isteriku..
Aku bertambah kagum dengan pendirianmu sewaktu itu..
Permintaanmu agak jarang dibuat bakal isteri lain yg moden dan berjiwa material msa kini..
hantaran yg kau pinta bukanlah 1000 serba satu..atau banglo yg mewah di Bukit bintang..
atau gelang emas jenama Habib Jewel atau kereta Vorlswagen das aUto..
Namun hnya dengan permintaan sepelajaran al Quran katamu..
Kau ingin menghafaz 30 juzuk surat2 cinta dariNya berserta ilmu hadis..
yg kau pinta adalah didikan dri suamimu..
Insya Allah aku akan sedaya upya dan siap melunaskan janji itu..
Berbekalkan ilmu yg kudpat dan pengalaman beljar di Bumi Anbiya..
pintamu lagi dlam kontrak perjanjian hati kita..
Engkau mengizinkan poligami dengan syarat..
Apabila engkau sudah tidak menjalankan tanggungjawab dan tugas sebgai isteri..
Aku akan setia bersmamu seorang sayang..i'Allah..



Isteriku..
sekali lagi aku ingin memujimu..
sedikit pun kau xpernah ,menghubungi aku..
sewaktu kita belum menjadi halal buat msg2..
Kau teguh dengan pendirianmu..
Meskipun kita sudah mengikat tali pertunangan,,
tapi bagimu itu khitbah itu bukan tali menghalalkan muqadimah zina..
sebaris no.hp ku xbisa menggetarkan keinginanmu..
antra kita ada orang perantaraan orang tua untuk berurusan yg mustahak..
aku juga serupa meskipun aku kdg kala xkuat bermujahadah..
namun aku yakin perempuan yg baik untuk laki2 yg baik..



Buat isteriku..
Sungguh pantas dan cekap kau mengurus rumah tangga..
terimbas lagi aku saat bulan madu pertama kita..
bukan di Paris atau di London menikmati percutian di sana..
tetapi bulan madu pertama kita di negara miskin yg terkena musibah dunia..
waktu itu..
meskipun kau baru bergelar isteri seorang doktor bedah..
Kau tetap tegar menolong agama Allah yg tercinta..
menjadi sukarela membantu saudara Islam di daerah yg menitip tarbiah dan keinsafan..
lalu aku mengizinkan kerna cintamu pada agama yg  suci..
menambah cintaku padamu kerna cinta Allah..
Ku pegang kata2mu sayang..
''hidup ini satu ujian..
ujian untuk membuat pilihan..
hari ini hari mereka..esok2 entah hari kita''



Isteriku..
sungguh aku bertuah memilikimu..
aku tahu kau susah..semoga kau istiqamah mengenakan pakaian isteri2 nabi itu..
meski..kau sering di anggap ghuroba dan jumud..oleh sebhagian manusia..
aku tahu kau ingin melaksanakan syariat Islam dengan syumul..
kau ingin Rasulullah tersenyum melihatmu..
mengenakan pakaian malu..
di sebalik cebisan kain itu..
lidahmu yg comel xputus2 berzikir dan melempar senyuman..
aku sugguh bangga dan bersyukur ..
kerna Allah telah mengurniakan aku..
di dunia ni lagi..
yang sungguh sabar dan penyayang..
lembut dalam tegas..
bukan degil dalam garang..
isteriku..
dikaulah bidadariku didunia..
i'Allah..kau jua bidadariku di akhirat..




sirru a'labarokatillah..(^_^)



Isteriku..
ketahuilah sayang..
cinta ini semakin bertambah..
lantaran dasarnya cinta kita adlah cinta kpda ALLAH dan RASUL..
semoga kau istiqamah..
sebagai saintis separuh masa..
daie sepanjang masa..
ku hadiahkan lagu untukmu..




''I praise Allah for sending me you my love

You found me home and sail with me

And I`m here with you

Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say


For the rest of my life

I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you


I know that deep in my heart

I feel so blessed when I think of you

And I ask Allah to bless all we do

You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say


For the rest of my life

I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you


I know that deep in my heart now that you`re here

Infront of me I strongly feel love

And I have no doubt

And I`m singing loud that I`ll love you eternally


For the rest of my life

I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart''




tapi jangan lupa melodi cinta kita..
melodi paling merdu..
ZIKRULLAH..


buat isteriku tersayang..
TERIMALAH..
nota isteri seorang doktor muslim..(^_^)


Add caption



ISTiqaraH ,miMPI dan GERak HAti

Bismillahirrahmanirrahim...



Kes 1


Seorang lelaki telah melakukan istikharah setelah dia minat kepada seorang perempuan, Tiga hari selepas istikharah, dia bermimpi melihat wanita itu tersenyum simpul ke arahnya. Bila diceritakan mimpi itu pada keluarganya, ada yang menganggap bahawa itu bukan hasil istikharahnya, tapi disebabkan dia terlalu berkenan kepada wanita tadi hingga terbawa dalam mimpi.




Kes 2


Seorang lelaki yang tidak pernah melihat wanita yang ingin dipadankan untuknya juga tidak pernah berkenalan dengannya kemudian dia istikharah. Selang beberapa hari, dia berasa hambar dengan wanita tersebut . Bila dinyatakan kepada ahli keluarga, ada yang menyatakan bahawa istikharah kurang tepat sebab belum kenal sedikit pun wanita tadi, dah buat istikharah.






Kes 3


Seorang lelaki selalu berdoa apa sahaja dalam urusan hidupnya, semoga Allah memberi ilham kepadanya dan menjaganya dari kesilapan besar yang boleh menjatuhkan maruahnya, oleh itu dia akan buat apa sahaja keputusan atau tindakan berdasarkan gerak hati. Jika hatinya tenang terhadap sesuatu perkara maka itulah yang akan dilakukannya.



Masalah Istikharah


1. Hadis-hadis berkenaan Istikharah




عن ‏ ‏جابر بن عبد الله ‏ ‏قال ‏
كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يعلمنا ‏ ‏ الاستخارة كما يعلمنا السورة من القرآن يقول ‏ ‏إذا هم أحدكم بالأمر فليركع ركعتين من غير الفريضة ثم ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر ‏ ‏فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به ‏


Maksudnya : Dari Jabir Bin Abdullah r.a. katanya: Adalah Nabi s.a.w. mengajar kami untuk beristikharah dalam semua perkara sebagaimana baginda mengajar kami surah yang ada dalam Al Quran, baginda bersabda : Apabila salah seorang dari kamu berhasrat untuk melakukan sesuatu perkara maka hendaklah dia solat dua rakaat yang bukan fardhu seraya berdoa (selepas salam):


ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر ‏ ‏فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به ‏




‏ ‏عن ‏ ‏عائشة ‏ ‏عن ‏ ‏أبي بكر الصديق ‏
أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كان إذا أراد أمرا قال ‏ ‏اللهم ‏ ‏ خر لي ‏ ‏ واختر لي ‏


Maksudnya : Dari Aisyah r.a. meriwayatkan dari Abu Bakr as Siddiq bahawa Nabi s.a.w. apabila hendak melakukan sesuatu perkara, baginda berdoa : "Ya Allah berilah kebaikan padaku dan pilihlah untuk ku."


عن ‏ ‏جابر ‏ ‏قال ‏
قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إذا استشار أحدكم أخاه فليشر عليه ‏


Maksudnya: Dari Jabir r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda : Apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat dari salah seorang saudaranya hendaklah (saudara tadi) memberi nasihat (pandangan).

 2. Beberapa Salah Faham Dalam Konsep Istikharah


Pertama:


Kebanyakan kita beranggapan bahawa solat Istikharah hanya dilakukan tatkala teragak-agak dalam memilih antara dua perkara. Sebenarnya ini kurang tepat kerana Nabi s.a.w. menyatakan dalam hadis:


إذا همّ أحدكم بالأمر


Perkataan yang Nabi s.a.w. yang digunakan ialah " هم" yang bermaksud hasrat, dan bukannya " تردد" ( teragak-agak). Perkataan " همّ" adalah tahap sebelum " عزم"(keinginan kuat)


Apabila mana-mana individu yang ingin melakukan sesuatu pekerjaan, yang mana dia tiada pilihan lain, ini bermakna dia telah berhasrat (همّ) untuk melakukan perkara tersebut, dengan itu bolehlah dia beristikharah kemudian laksanakanlah perkara tadi. Begitulah sebaliknya, jika dia ingin meninggalkan sesuatu perkara yang tiada pilihan untuknya, maka beristikharahlah dahulu kemudian tinggalkan perkara tersebut


Walau bagaimanapun jika individu mempunyai pelbagai pilihan yang dia tidak mampu membuat keputusan, terlebih dahulu dia meminta pandangan yang layak memberi nasihat, kemudian pilihlah salah satu perkara tersebut dan berisitikharah pada satu pilihan tadi.



Kedua :


Ramai antara kita beranggapan bahawa istikharah hanya dilakukan pada perkara tertentu sahaja contohnya dalam bab nikah kahwin, musafir atau perkara yang 'grand', sedangkan dalam Islam, Istikharah ini dilakukan pada semua perkara, kecil atau besar. Berdasarkan sabda Nabi SAW :




(( كان يعلّمنا الاستخارة في الأمور كلّها((


Maksudnya : Adalah dia (Nabi s.a.w.) mengajar kami beristikharah dalam semua perkara (Riwayat Tirmizi)


Ketiga :


Ramai beranggapan bahawa solat istikharah perlu dilakukan dua rakaat secara khusus. Ini juga kurang tepat kerana bersumberkan hadis Nabi s.a.w. :


(( فليركع ركعتين من غير الفريضة.((


Maksudnya : Maka hendaklah dia tunaikan dua rakaat yang bukan fardhu.


Penggunaan perkataan "من غير الفريضة"( yang bukan fardhu) mengambarkan makna umum merangkumi semua solat sunat hatta solat tahiyat masjid. Ini bermakna, jika sesorang melakukan solat sunat tahiyat masjid misalnya, selepas salam dia berdoa dengan doa istikharah yang diajar Nabi s.a.w., maka dia telah dianggap beristikharah kepada Allah.





Keempat :


Ada yang beranggapan bahawa, perlu ada ketenangan terhadap sesuatu perkara setelah beristikharah, bagi membolehkannya melakukan perkara tersebut. Ini juga kurang tepat kerana makna asal istikharah ialah pohon kebaikan dari Allah. Ia juga merupakan salah satu konsep tawakal kepadaNYA sekalipun seseorang itu rasa kurang suka terhadap perkara yang hendak dilakukan.


Sila perhatikan kepada firman Allah s.w.t.:


وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ)) البقرة:216)


Maksudnya: Dan boleh jadi kamu tidak suka sesuatu perakara sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu perkara sedangkan ia tidakelok untuk kamu, dan Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya.


Salah tanggapan inilah yang menyebabkan ramai mereka di luar sana berkali-kali melakukan istikharah, namun masih teragak-agak untuk membuat keputusan kerana katanya belum tenang hati terhadap perkara tersebut.


Kemungkinan ada dikalangan kita yang dapat punyai naluri membuat keputusan, ada yang tidak, oleh itu lakukanlah salah satu perkara, walau pun tidak ada gerak hati terhadap mana-mana perkara kerana sebenarnya Allah akan mudahkan apa sahaja pilihannya.




Kelima :


Ada yang beranggapan bahawa perlunya ada mimpi setelah melakukan istikharah, lalu banyak kerja yang tertangguh dek menanti mimpi (atau ilham menurut pandangannya). Apa yang perlu dilakukan olehnya ialah lakukan perkara yang perlu disegerakan setelah beristikharah. Sekiranya dia diberi mimpi baik, itulah "nur" yang dilimpahkan oleh Allah s.w.t. terhadapnya, jika tiada mimpi maka tidak sepatutnya dia menanti sekian lama mimpi itu datang.


Inilah beberapa salah faham yang perlu kita perbetulkan atau memberi kesedaran kepada yang masih lagi kurang jelas dalam permasalahan ini. Semoga ada kebaikan hasil dari tulisan ini.


P/S:  hEBATnya kuasa istiqarah,bulan tertakluk untuk memilih teman seumur hidup,tapi melibatkan pilihan yg perlu dilakukan sepanjang hidup..allahumma zukna istiqamah..
****

AKU DAN MUJAHID

           poST ini ditulis kira2 2minggu yg lalu..Alhamdulilah..taaruf berjlan lancar di iium  kuantan....aku tersenyum sendiri...kata temanku..di sini..ada disediakan elaun untuk saper2 yg berkahwin..oleh kerna mahallah kami satu2nya mahallah yg mana satu bilik untuk satu orang(xde romate)...borim sungguh xder romte,ad neighbourmate jer..mudah betul homesick..temanku bergurau''kalu macam ni,xde jalan lain da..kecuali berkahwin..''sebuah perkongsian..

..''dalam usia yang masih muda,aku di lamar si dia yg tidak aku kenali..atau sekurang2nya hanya ku kenali melalui teman2nya...tapi seakan2 hatiku sudah tertaut dengannya..seolah2 ada persamaan antara kami..masing2 adalah ketenangan dan jihad..surat2 cinta kami adalah Kalamullah dan sunaah nabi..sungguh aku tertawan pdnya..tapi aku takut untuk mengatakan'ya' bahkan istiqarah..kerna mersakan diri tidak layak untuknya..ilmunya tinggi..cita2nya menjulang..hatiku malu sekali..mencela kekurangan diri..tidak punya apa2 melainkan hati yg cuba dibasuh dengan mengingati mati selalu..dan ALLAH YG SATU....
setelah memikirkan banyak kali dan memohon petunjuk dari Yang Maha Mengetahui.....satu keptusan rapi dibuat....



..SETELAH menimbang baik buruk..WAlau ku lihat tiada keburukan pada dirinya..dan DEMI mendapat cinta hakiki yg suci drpd maksiat..



.alhamdulilah,2bulan yg lepas sah aku menjadi tunangnya....SETELAH PUAS BERFIKIR...aku nekad..
dan saat ini aku sudah menjadi miliknya YG MUTLAK..

moga2 kekAL sampai jodoh aku mati tidak lama lagi..wallahualam..
..DAN milik si dia yg bernama PERJUANGAN...................''(^_^)

CERgas AmAL,CERdas ImaN!!(^_^)

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.


2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.


3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.


4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!



5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.


6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.


7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup

Penguat SEMangat

Bersatulah,
Wahai Kaum Muslimin,
Dengan Semangat Dan Roh Kebenaran,
Berjihadlah Wahai Kaum Muslimin,
Walau Susah Menempuh Cabaran.

Bersatulah,
Wahai Kaum Muslimin,
Dengan Obor Sinar Kebahagiaan,
Berjihadlah Wahai Kaum Muslimin,
Biar Syahid Ataupun Kemenangan.
.
Berjuanglah Wahai AnsorUllah,
Dengan Matlamat Daulah Islamiyyah,
Berkorbanlah Wahai Yang Beriman,
Dengan Harta Dan Segenap Kepunyaan.




Bergeraklah,
Ke Gerbang Jasa,
Kalah Menang Bukan Alasannya,
Sucikanlah Niat Dihati,
Hingga Nyata Benarnya Janji Rabbi.
.
Selamatlah Parti Islam Melangkah,
Membimbing Ummah Ke Medan Siasah,
Berpedomankan AlQuran Dan Sunnah,
Suburlah Hidupnya Dan Pasti Berbuah.

dont JUDGE A book bY IT COVer ONly..wriTING SIGN.



Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulatSemua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leperTulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…