Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Friday, September 30, 2011

~Menanti hari bahagia~

 Bismillahirahmanirahiim..
 
Doa seorang gadis, "Ya Allah, aku ingin sentiasa memperbaiki akhlak diriku. Agar pemilik dari tulang rusuk yang bengkok ini juga sentiasa memperbaiki akhlak dirinya, sebelum dia bertemu dan mengambil tulang rusuknya kembali. Semoga, Engkau mempertemukan kami di saat yang tepat dengan cara yang indah."  
 
Ukhtifillah, mari senantiasa kita memperbaiki diri agar Allah redha dengan diri.:)
::Apakah tanda anda perlu tekad memilih seseorang dan yakin dia jodoh terbaik untuk anda?

::Iaitu bila dia menjadi asbab untuk anda lebih dekat pada Allah SWT.

::Dia membuatkan diri lebih mencintai Allah dan Rasullullah saw bukan melalaikan kamu dariNya.

::''Dan apabila kamu sudah berbulat tekad,maka bertawakallah kepadaNya.''
 
 
Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati
 Allah jua yang memegang hati manusia.
:: Adakah benar kata pujangga
''Sakit yang paling dahsyat adalah mencintai seseorang,tetapi tidak berbalas''

::Terlupakah kita pesan hukama'

''Cintailah sesuatu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika,Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja,berkemungkinan ia menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.''
::Susah kan cinta manusia,tak kekal,sekejap,manis sedkit..hurm..

::Cintailah ALLAH dan Rasulullah saw,nescaya cinta semua makhluq mengejarmu.

~~Cintailah sesiapa sahaja,asal wadahnya cinta ALLAH,hati tidak resah,jiwa tidak akan gelisah,jauh terhubung rindu,dekat terikat padu,ibu bapa memberi restu,taqdim dari ALLAH Rabbku yang satu~♥
YA,RABB..dalamkan cintaku pada kekasih pada segala kekasih,ya Habibullah saw
Wahai seorang kekasih,
Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namun hati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana.

Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kau tempuhi jua.

Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.

Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya.
sangat merinduimu,duhai Rasulku~ 

duhai muslimah~

::Wanita yg dijaga oleh Allah,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...

::kerana Allah teramat mencintainya...Tetapi, andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah utk menjaga kita?

::Allah seperti melepaskan kita kpd seorang manusia yg lebih banyak mengecewakan kita"

::Jika Allah datangkan kesedaran dlm diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu mengambil kita kembali utk dijaga-Nya...mengapa masih ragu2?..

::kekuatan usah ditunggu tp mesti dicari,..hargailah kesempatan yg Allah berikan...

"sebesar2 dosa adalah dosa yg dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"
~Imam Ghazali~



menanti hari2 bahagia
(saat bersatu dengan Kekasih pada kekasih dan 
kekasih pada Kekasih)
       ~Mudahkanlah urusan kami semua dalam menyempurnakan separuh lagi agamaMu~

~Ketemu lagi di Syurga ya,Sayang~


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!" 


Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).





Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Monday, September 26, 2011

Jatuh Cinta Pada 'Ustaz' nya Dia...

Tulisan Imam Muda Asyraf . Link asal : http://stokinputih.blogspot.com/2011/09/jatuh-cinta-pada-ustaz-nya-dia.html


Sewaktu di majlis perkahwinan anak Mudir Imam Muda, Ustaz Hassan Mahmud. Aku sempat berbual dengan ibu kepada Juara Imam Muda Musim Kedua iaitu Imam Muda Hassan. Ibunya begitu bersungguh menanyakan pengalaman aku sepanjang menjadi Imam Muda. Mungkin ada yang boleh dijadikan iktibar kepada anaknya.




Makcik : "Asyraf...jadi imam muda ni banyak ujian dak?


Aku : "Ujian tu biasalah. semua orang rasanya hadapi ujian makcik....Cuma masa yang diluang bersama keluarga kurang sikit la".


Makcik : Bukan ujian tentang masa yang makcik maksudkan. Tapi ujian dari wanita?...ada dak yang kacau Asyraf?


Aku : Hahah (Aku ketawa kecil dalam hati ) Makcik...makcik...saya dah kahwin makcik. Rupa pun tadak sangat. Pendek pulak tuh..hehhehe..(sengaja aku takmau story kisah sebenar). Hassan lainlah makcik. Dia bujang lagi. Mesti ramai peminat. Eloklah makcik nikahkan dia awal. Saya faham sangat keadaan Hassan.


Makcik : Betol Asyraf. Makcik memang nak nikahkah dia cepat-cepat. Kalau Asyraf nak tahu, di rumah makcik dah sampai banyak surat untuk makcik


Aku : Surat apa makcik??


Makcik : Terus terang makcik cakap Asyraf. Ada banyak surat yang datang nak memikat Hassan. Siap panggil makcik bonda tersayang lagi. Yang sayunya, diorang bawa Sirah Nabi Muhammad. Katanya mereka ingin menjadi seperti Khadijah yang meminang Muhammad!!!


Aku ; Wow...(tersentap mak)...hebat betul!!


Terkejut aku dengan kisah Ibu Hassan tadi. Kisah aku tidaklah sedahsyat itu. Sekadar 'hint-hint' ada lah. Kisah Hassan lagi 'power'. Siap hantar pinangan melalui 'bakal ibu mertua' lagi. Hebat wanita zaman sekarang. Rupanya laku juga pak ustaz ni kan.


Teringat kisah di zaman kampus dahulu. Sebilik bersama seorang blogger Islamik. Walaupun ia bukan Irwansyah "Pencinta Wanita'. Namun ayatnya buatkan 'Hadirnya Cinta'. Walaupun ianya tidak se'ustaz' mana. Namun raut jernih wajahnya, janggut sejemput di dagu dan ayat-ayat 'tazkirahnya' buatkan terlentoknya Si Dara. Katanya ini bukan cinta 'plastik' semata. Tetapi cinta haruman sunnah kata mereka. Semuanya menggunakan kosmetik 'Cinta Islamik'. Sungguh berbunga. Gugur kopiah sang lebai dibuatnya.


Berbekalkan MacBook Pro di atas meja study. Di celah bilik rumah sewa yang sempit bagaikan istana tikus. Shami seorang blogger ala-ala Islamik mula mengatur ayat. Beberapa buku agama mula ditarik satu persatu dari almarinya. Mungkin ada kisah baru yang boleh dikongsi dengan pembaca.




Dihiasi blognya dengan gambar yang penuh ke'macho'an. Gambar wajahnya bersama janggut sejemput yang digubah menjadi sedikit kabur sambil tertunduk kebumi seolah seorang pemikir menanti hujannya ilham dari langit. Siapa tidak kenal dengan penulis blog bernama Shami. Bukan sekadar ayatnya menusuk kalbu si pembaca. Malah unsur Islami yang diterapkan buatkan hati peminat bertambah goncang.Apatah lagi jiwa wanita selembut sutera.


Walaupun aku dan rakan yang lain memiliki blog yang hampir sama. Namun entah mengapa 'aura' blogger bernama Shami ini lebih menarik perhatian ribuan gadis diluar sana. Adakah kerana Shami mempunyai sedikit wajah yang agak macho mengikut KPi selera gadis Melayu. Ataupun ayat 'semanis kurma' yang terserlah di dalam penulisannya. Walaubagaimanapun tahniah kepada mereka yang tersedak imannya dengan sentuhan bahasa puitis agama oleh Shami. Namun bagaimana pula yang tersentap hatinya kerana jatuh cinta pada si penulis.


Aku : Amboi Mi (nama glamour Shami), senyum Kad Mesra Petronas nampak. Dapat 'cikaro' baru ker dalam Twitter kau tu?


Shami : Kau tengok....Awek ni tersentuh la dengan tulisan aku tadi. Katanya blog aku benar-benar mengembalikan semangat yang hampir putus asa. Perghh...kelllaass kau Shami!!!(puji diri sendiri)


Aku : Pandai kau bermain ayat cinta dengan dia ek. Aku ingatkan buka buku agama menulis pasal agama. Rupanya kau pasang perangkap 'chenta' ek. Nampak saja muka alim bercahaya. Rupanya hati berbunga-bunga.


Shami : Ish...ada pulak perangkap 'chenta'. Entry aku kali ni kisah 'Sabar dalam ujian hidup'. Tapi minah ni tak pasal-pasal tangkap leleh la pulak. Bukan aku buat story cerita Romeo dan Juliet. Semuanya islamik tau.


Aku : Tapi apasal blog aku tadak pun awek yang jatuh cinta. Nak kata tak hensem, tak mungkin. Aku 2 juta kali lebih hensem dari kau.


Shami : Ha....tu yang kau kena belajar skil dari aku. Untuk pengetahuan kau. Awek-awek zaman sekarang ni dah ubah trend. Gadis-gadis di luar sana sekarang buntu dengan sikap lelaki zaman sekarang. Penuh dengan sikap 'crocodile'. Zaman sekarang, aweks mencari lelaki yang beriman, baik, soleh, pandai agama dan muka suci macam aku ni ha...kikiki...(Shami ketawa nakal) Kononnya nak jadikan kita sebagai pembimbing hidup mereka....hehehe.


Aku : Owh...sebab tu lah entry blog kau ada hadis-hadis sikit. Sebut ayat al-Quran sikit. Kononnya kau ni pembimbing hati wanita yang kekosongan lah..Camtu?


Shami : Bro...mana-mana bisnes pun kena tau permintaan market bro...Kau tau tak, blog aku ni bukan sahaja wanita Muslimah bagaikan Ustazah sahaja yang minat tau. Siap 'cikaro' tip top dan minah rempit pun tersungkur di persimpangan. Malah ada artis tempatan pun dah mula baca blog aku. Amacam ok dak niat ikhlas aku ni?


Aku : "Ikhlas kau kata??...(aku melempar tuala ke muka Shami) Walaubagaimanpun Shami kau memang hebat. Sekurang-kurangnya kau taklah menulis benda yang merapu dalam blog kau kan Shami. Salute sama lu bro..Aku suka orang ikhlas macam kau bro!!!(aku dan Shami ketawa menghiasi kesunyian )


Shami mula menutup notebooknya. Sesi berblogger sudah tamat. Sudah tiba masa untuk teruna Malaya itu beradu. Dicapainya telefon Blackberry mengakhiri doa tidurnya dengan melihat perkembangan akaun laman sosialnya. Mungkin ada si dara yang bertegur sapa. Mungkin juga bertanya pandangan agama. Mungkin lebih advane lagi mahu menghubunginya. Biasalah, takkan melalui penulisan sahaja hati boleh terubat. Sekali sekala suara yang merdu juga boleh merawat.


Mataku terus memandang gelagat Shami. Aku harap kata-katanya tadi sekadar gurauan. Bukan satu kenyataan. Bersangka baik dengan Shami. Tak mungkin ia menjual agamanya hanya kerana mencari wanita. Mungkin niatnya berkongsi ilmu agama. Tapi apakan daya. Wanita sudah mula bijak memilih teruna. Tidak menjadi kesalahan bukan. Siapa yang tidak mahu bertemankan lelaki beriman. Tetapi awas dengan niat hipokrasi iman di imej kita. Untuk siapa iman itu dipersembahkan. Adakah pada mata wanita atau pada wajah RabbNya?. Tidak mungkin jejaka beriman membeli wanita dengan menggadaikan syurga.




Kisah aku bersama Shami 2 tahun dahulu terhenti di situ. Sambil tangan memegang gelas memerhati suasana meriah kenduri kahwin dirumah pengantin. Aku merenung tajam melihat isteri tersayang yang duduk makan di sebelahku. Matanya sentiasa memerhati tajam kepadaku. Aku tahu apa yang tersimpan di hatinya. Sungguh berombak matanya menjeling kepadaku sewaktu mendengar pengakuan Ibu Imam Muda Hassan. Tangannya tidak henti-henti mencubit pehaku di bawah meja makan. Bibirku tersenyum menghiasi bicara, walaupun sakitnya terasa di bawah meja. Hatiku terus berkata-kata. "Nasib baik aku dah kahwin!!!"


P.S : Ini sangat deep . Kadang - kadang manusia (termasuk aku) ingin menampakkan dirinya elok di mata manusia lain , sedangkan pada pandangan Allah dia tak pernah ambil peduli . Renung - renungkan .

Sunday, September 25, 2011

Kerna ALLAH,,

~Selagi mana kita tak mampu melepaskan sesuatu atau seseorang,selagi itulah hati tak kan tenang.

~Dan ALLAH tak kan memberi andai kita tak bersedia.

~Kekecewaan menjadikan kita tabah.

~Walau susah,itulah tarbiah.

~Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi.Ibarat Zulaikha pada Yusuf.Ibarat Eryna pada Khairul Azzam.Itulah tepukan cinta manusia,

~Tapi ALLAH.sentiasa meraikan kita.

~''Ya,Allah,redakan hati ini saat angin kekecewaan itu sekali sekala singgah ke dasar hati.Hamba sedang mencuba membuka hati untuk menerima keputusanMu..andai ini bisa menguatkan imanku..ameen..tapi hamba tak mampu lakukannya seorang diri.Sekali sekala airm ata jatuh.Untuk apa?Tanda hamba insan lemah yang selalu perlukanmu.Hamba cuba kuat,tapi Kau tahukan jiwa lemah.'' 
 
Ya,Allah....................


Friday, September 23, 2011

~Ia akan datang apabila kita sudah bersedia~

Bercerita soal jodoh. :)



"Mak,tadi kawan kakak bagitau. Ada orang Tanya pasal kakak." Kataku pada mak yang sedang membasuh pinggan. Mak berhenti sejenak, memandang anak daranya yang kelihatan tidak keruan.

"Pastu kakak kata apa?" soal mak.


"Kakak tak cakap apa pun mak. Kakak diam je. Tak cakap apa pun. Kakak tatau la mak. Kakak rasa.. Entah!" kataku sambil menyusun gelas-gelas kaca di rak aluminium.


"Kakak dah dewasa. Kena mula fikir tentang semua ni. Dari dulu asyik diam je. Nak tunggu sapa-sapa ke?" soal mak, memancing nampaknya.

"Tak adalah. Bukan macam tu mak. Kalau kakak cakap YA ke TAK ke, ada makna ke? Bukan kakak boleh kawin pun dengan dia. Buat masalah hati kakak jugak." Kataku sambil menarik kerusi untuk duduk. Mak pun kelihatan menarik membicarakan topic ini.

"Bukan macam tu. Tak semestinya terus kawin. Kakak pun muda lagi nak kawin sekarang. Entah kakak. Mak tidak paksa kakak terima ke tolak ke, mak tak kisah. Mak serah pada kakak. Tapi mak tak larang kalau kakak ada sapa-sapa yang steady, sebab mak tahu, anak mak reti beza dosa pahala. Anak mak paham benar muamalatnya macamana. Kan Kakak?" lirikan mata mak membuatkan aku rasa gundah.

"Kakak ingat nak serah semua pada mak. Biar mak yang tentukan siapa calon menantu mak. Kakak tak kisah. Kakak nak buat mak bahagia." Senyumku sambil meneguk susu segar dari peti ais.

"Yang nak kawinnya kakak. Yang nak hidup sampai mati pun kakak. Bukan mak. Kakak berhak tentukan pilihan kakak. Mak tentu bahagia dengan pilihan kakak. Kakakkan pandai memilih. Kakak kan tahu dari sudut apa kita kena pilih." Lembut bicara mak.

"Kakak suka kalau mak pilih. Mak kenal anak mak lama dah. Tentu mak tahu sapa yang sesuai dengan kakak kan? Mak mesti tahu orang macamana boleh tahan dengan perangai kakak. Mak mesti tahu lelaki mana agaknya sanggup layan semua karenah kakak." Kataku sambil memandang mak tanpa berkelip. Khusyuk beb!

"Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih. Bukan senang kakak. Tak boleh bina atas rasa cinta semata. Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat kakak, pastu kakak terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, kakak pun terus mengambilnya. Serius tau. Nak mencari bakal suami untuk hidup berpuluh-puluh tahun dengan kita, sampai kita mati, bukan mengambil masa sehari dua sayang. Kita kena usaha jugak." Mak mula mengelap tangan dengan tuala hijau di tepi sinki. Tanda siap mencuci pinggan mangkuk seusai makan malam tadi.

"Maksud Mak kakak kena macamana? Kena usaha macamana? Kakak tak pandailah. Kakak tak suka fikir benda-benda macam ni. Usaha macamana ye? Mak suruh kakak cakap apa kat orang yang Tanya kakak tu?"soalku,ghairah ingin tahu.


"Kakak, mak tak suruh kakak cakap apa-apa. Usaha ni tak semestinya dengan bercinta atau mencari kekasih tau. Kita orang yang ada agama. Kena ada beza dengan orang yang tak ada agama. Kita kena ikut garis panduan yang Allah suruh. bukan usaha pergi ngurat sana sini. Tapi sekurang-kurangnya kakak bagi peluang untuk diri kakak dan orang yang nak kenal kakak. Bagi peluang tak semestinya kena keluar bersama. Tak semestinya kena mesej-mesej, call-call. Bagi peluang orang tu kenal kakak. Dan kakak kenal dia. Dengan cara baik, cara agama kita." Mak mula menyapu lantai. Aduh, rajinnya mak!


"Jodoh tak datang bergolekkan Mak?" kataku sambil menolong Mak mengemas lantai marmar kuning itu.

"Ya kakak. Jodoh memang tak datang bergolek. Kalau jodoh datang bergolek, kasihanlah bakal suami kakak, kena bergolek-golek nak datang sini jumpa Mak." Ketawa mak memecah keseriusan dalam perbicaraan.

"Mak ni.. Macam tu pulak. Bakal suami kakak tu kan Allah dah tetapkan. Kenapa kakak mesti usaha juga?" soalku selepas ketawa dengan lawak mak yang sangat lucu.


"Kakak, nak makan kelapa, kena panjat pokoknya. Nak minum air, kena pegang gelasnya. Tak datang jodoh tu tercongok depan kakak. Nak exam pun Allah dah tetapkan keputusannya. Tapi kakak usaha jugak kan? Kakak kena usaha. Usaha macamana? Usaha perbaiki diri kakak. Kakak nak cari orang yang sayang kakak kan? Kakak kena sayang diri sendiri terlebih dahulu. Kakak usaha perbaiki diri. Insya allah, satu usaha yang Allah kira dalam usaha kakak nak dapat suami yang baik. Takkan muslimah yang baik untuk muslimin yang tak baik kan? Jadi, kena jadi muslimah solehah dulu. Kakak kena usaha jadi lebih baik. Itu satu usaha tau. Perkuatkan ibadah. Pertingkatkan ilmu agama dan sebagainya. supaya nanti bila dah berkeluarga, kakak matang dan semakin disayang suami. Kalau suami dah sayang, insya allah, Allah pun sayang juga." Mak kembali duduk bertentangan denganku.

"insya allah mak,kakak cuba baiki diri. Nak cari orang yang faham kita ni susah jugak." Kataku lagi.

"Kakak, kita jangan harapkan seorang suami yang sempurna. kita sendiri punya terlalu banyak kekurangan. Kita kena terima kekurangannya seperti mana dia perlu menerima kekurangan kita. Mak tahu, susah nak faham kakak ni. Dari kecik lagi memang degil,tak disangka-sangka perangainya. Rebut kencang angin taufan tak tahu lah. Tapi kakak kena ingat, kita tak boleh nak suruh semua orang faham kita. Kita juga kena faham suami kita. Jangan nak ikut kepala saja. kakak dah jadi anak solehah buat mak dan ayah. Mak yakin kakak boleh jadi isteri yang solehah. Cuma perlu penambahbaikan lagi sedikit. Kakak kena usahalah. Jangan dok hitung orang datang meminang saja ya?" ketawa mak halus di hujung kata. Aku mengangguk.

"Yelah mak. Kakak faham dah. Insya allah. Kakak cuba baiki diri. Kakak tak nak jadi macam kawan-kawan kakak. Belum apa-apa lagi lelaki dah bebas nak mesej, nak cakap macam-macam. Belum tentu jadi suami lagi. Kakak harap mak doakan kakak tetap dengan prinsip kakak. Kakak nak jadi permata yang berharga. Buat mak, ayah, keluarga dan tentu sekali agama. Mak doakan kakak dapat jodoh yang paaaling baik. Nanti kakak nak hadiahkan mak menantu yang terbaaaik. Tapi sebelum tu kakak nak kena jadi yang paling baik jugak la kan? Harap-harap kakak Berjaya Mak. Harap-harap Allah beri kakak suami yang boleh jaga kakak, faham kakak, dan yang tak kurang penting jugak, suami yang boleh bahagiakan hati mak dan keluarga kakak. Amin" kataku sambil meraup tangan ke muka.

"Amin. Insya allah sayang. Mak selalu doakan kakak. Suami soleh milik kakak insya allah. Yang penting, jaga diri kakak. Jaga batas dalam bermuamalat. Jaga ibadah kakak. Semua kakak kena jaga. Yelah, sebelum anak perempuan mak jaga anak teruna orang, kena pandai jaga diri sendiri dulu. Tak gitu? Kalau tak, kasihan pulak anak teruna orang nanti." Kata mak sambil membuka apron dan menggantungkannya ke dinding.

"betul tu mak. Diri sendiri pun tak terjaga, dok sibuk nak pi jaga anak orang. Jaga diri sendiri dulu kan. Insya allah, kakak cuba yang terbaik. Apa saja yang buat mak bahagia, kakak insya allah cuba ikhtiarkan. Jadi mak, macamana dengan yang Tanya pasal kakak tu?"soalku, balik pada topic asal.

"Kakak tak nak ke? Kenal dia tak?" soal mak,serius.

"Kenal tu kenal. Tapi kenal macam tu saja. Tak tahu lah lebih-lebih. Entah macamana boleh berkenan kat kakak. Tak layak dengan dia mak. Dia orang hebat. Kakak ni entah apa. Hampa padi saja nak dibandingkan dengan orang macam dia tu. Kakak rasa macam segan nak berdiri sebelah dia. Apatah lagi nak….hem.." garu-garu kepala,tandanya malu.

"Kakak hebat dari sudut lain. mungkin boleh bantu dia dalam kehebatan dia. Kita tak tahu. Nanti kalau kakak kat sisi dia, dia lagi hebat, sapa tahu."kata mak lagi.

"Aik, mak ni macam nak suruh kakak terima je?" kataku, blushing.

"eh! Tak lah sayang. Anak mak bersedia nak bagi komitmen ke? Mak harap anak mak baiki diri dulu. Biar standing dengan dia dulu. Apapun, terpulang pada kakak. Kakak lagi tahu urusan dunia kakak. Mak membantu saja."

"Ok lah kalau mak cakap macam tu. Kakak pun belum sedia nak bagi komitmen apa-apa. Kakak diam sajalah. Senang cerita kan mak? Bahagia…" kataku sambil menutup suis lampu ruang dapur dan melangkah bersama mak ke ruang menonton tv. Senyum puas.

"Kakak, pegi buat list apa yang kakak nak dari suami kakak." Kata mak. aku meluncur laju ke bilik adik. Mencari pen dan sehelai kertas. Kemudian terus menulis.


  1. Alim dan banyak ilmu agama.

  2. Solat jamaah tak tinggal,selalu p surau.

  3. Baek hati dan penyayang

  4. Lemah lembut dan penyabar

  5. Banyak buat ibadat sunnat.

  6. Pandai amek hati orang sekeliling kakak

  7. Tak pentingkan diri

  8. Boleh jadi imam dan rujukan orang sekeliling.

  9. Kefahaman agama yang jelas.

  10. ……………………….

Sampai hampir 30 item yang disenaraikan. Lalu aku tunjukkan kertas yang penuh berisi tulisan comelku kepada mak. mak membaca dengan tenang. Dibacanya satu persatu, jelas pada pendengaranku. Mak ambil kertas tersebut dan lekatkan pita selofan di belakangnya. Lalu mak menuju ke bilik tidurku. Kertas lunyai itu mak tampal kat dinding bilikku berhampiran katil tidurku, bersebelahan almari pakaianku.

"Pastikan semua item ni kakak ada sebelum kakak nak dapat suami idaman kakak ni.." kata mak sambil menggosok belakangku halus.

Aduh. Nak menangis sekarang. Mak!! anak mak nak cuba yang terbaik. Dengan bantuan dan doa serta dorongan mak, insya allah, anak mak nak jadi muslimah solehah dalam berjalan mencari calon suami, bakal penguat iman didada, bakal imam setiap solat fadhu dan sunnat, bakal insane untukku berkhidmat selamanya. Bakal lelaki yang aku mahu jadi sayap kirinya. Mak. doakan kakak. Kakak harap suami yang bakal kakak pilih, kakak jumpa, kakak hidup sama-sama adalah suami yang boleh bawa kakak ke syurga dunia dan syurga akhirat sana. Mak jangan henti doakan kakak. Kalau kakak salah, mak tegurlah kakak. Kalau kakak hilang diri, mak bantulah kakak. Ingatkan kakak. Jangan biar kakak lupa. Izinkan kakak kembara menjadi musafir mencari bakal suami yang soleh buat peneman diri. Dan kakak tak lupa menjadi yang solehah, persiapan diri untuknya yang soleh,Mak. kakak akan berusaha. Insya Allah!

 ~CP~
http://husnabaek.blogspot.com/

Wednesday, September 21, 2011

~tenangkan hatiku,wahai pemilik hati~

Bismillahirahmanirahiim..

Saat ini terasa ada batu dalam hati.Ada sesuatu yang tersekat-sekat.Seolah-olah  mencari cari sesuatu yang sudah lama kehilangan.

Ketenangan hati.

Agak emosi saat ini.Entah kenapa.Pelbagai perasaan kala ini.Ana tak mampu untuk menipu diri sendiri.Tuhan,jangan uji hamba dengan sesuatu yang tak dapat hamba hadapi.

Beberapa hari ini.sakit lama datang lagi.Hampir ana pitam dalam tandas tadi.
Pucat lesi bila tilik muka dalam cermin.
Rasa-rasanya doktor memberitahu dah sembuh.
Tapi masih harus buat rujukan sekurang2nya sekali sebulan.

Tuhan,sebenarnya hamba sudah biasa .Sejak kecil lagi tubuh yang lemah ini mudah jatuh sakit.
Tidak mengapa,bukannya ana mengeluh,tapi sebenarnya bersyukur kerna Allah bagi asbab penyakit mudah mudahan sebagai kaffarah dosa.Ameen.

Sebak tiba-tiba apabila membaca status seseorang dalam Facebook tadi.
Ada teguran Allah secara langsung di situ.Sebenarnya sejak mendengar rakan sebilik ana berqasidah tadi sudah terasa sebak.

Rasa hati begitu dahaga untuk menghadiri majlis ilmu.Majlis zikir.Majlis para malaikat.
Dan hati begitu lapar untuk ..........

Kejap.

Ya,Allah..

Alunan kalamullah yang dipasang menyentuh perasaan.
Bagai hati disentuh.
Hujan di luar.
Hujan rahmat ALLAH.

Keinginan berjumpa Rasulullah saw pula.
Rindu.Rindu sekali.
Bila ya waktu itu?
Mampu menatap wajahnya,Baginda saw yang berseri bak bulan purnama??

Automatik teringatkan mualimna,Ustaz Muhadir dan Sheikh Nuruddin.
Hmm..nangis lagi,

Hamba mengaku hamba menipu,ya Allah..
Hamba mengaku cinta ,rindu dan kasih Nabi tapi sebaliknya hamba membelakangkan perjuangan Nabi dalam hidup.

Hamba lemah bila diuji sedikit.
Nabi ajar suruh kita kuat.Ujian yang baginda saw terima lagi HEBAT!




Wahai ALLAH..terima kasih.
Sebentar tadi menerima kunjungan dari sahabat yang singgah sementara menunggu bajunya dibasuh oleh mesin.
Allah menghibur.
Betullah.
Apa yang betul?
Allah ciptakan fitrah seorang hamba suka bergaul dan bermesra.
:)

Tetiba teringat padanya.
Astaghfirullah~
Semoga urusan kami dipermudahkan.



Mungkin ana sedang sunyi tadi.
Mengadu pada Rabbi.
Lalu didatangkannya seorang insani.
Yang di kasihi kerna Illahi
Sahabat ana Intan datang menghibur.
Tak banyak bicara kami,tapi cukup untuk merawat hati sedang berduka.
Entah kenapa.
Cantik kalam Rasulullah saw.Mafhum

~Setiap kesedihan,penderitaan,kekecewaan yang kita terima adalah kaffarah dosa kita atau untuk meningkatkan martabat kita di sisiNya~

Mungkin ana harus ade 'link' yang lebih kuat dengan Allah dan para pencinta dan ulama pewaris Nabi lagi.

Jagalah ALLAH,nescaya ALLAH akan menjagamu.

Selagimana hati kita sentiasa mengingatiNya.bahkan Dia yang tidak memerlukan apa2 akan mengingati kita dalam majlis yang lebih baik.Di hadapan para malaikatNya.

 Bukankah selangkah kita mendekatiNya,Dia datang pada kita dengan lebih dekat.

Dan bukankah ALLAH sebenarnya sangat dekat dengan kita lebih dari urat nadi kita.

Jangan risau.

ALLAH sentiasa ada masa buat hambaNya.

Jangan lagi memikirkan masalah dan halangan yang menimpa diri.tapi fikirkan solusinya

ya,SOLUSI bukan lagi asyik berILUSI !!

La tahzan,Innallah ma'ana.

Wahai ALLAH.terima kasih.

I  LOVE U,ALLAH
I  MISS U,YA RASULULLAH.

(^_^)

Bunga Idaman

Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah dan berwarna-warni. Aku cuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya; pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.
Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya. Aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.
Aku menghampiri bunga itu.
Ia nampak cantik dari jauh. Kulihat batangnya yang tidak berduri, lalu aku sentuh dan aku cuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya.
Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain di belakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan. Lagak mereka sungguh menjengkelkan.
Aku mengumpat di dalam hati; rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.
Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri. Dia membiarkan gadis manis itu menangis hiba.
Pada masa yang sama aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan, sederhana gayanya. Dia berjalan tidak jauh dariku.
Pakaiannya labuh tidak merangsang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya. Dia berjalan sambil menundukkan pandangannya. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.
Aku tersenyum sendiri teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi aku lihat.
Aku mula bermonolog..
Bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.
Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu aku bingkas bangun.
Siapakah aku?
Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?
Tiba-tiba aku menangis merenung diriku sendiri...
"Ya Allah! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah!"
Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

(sumber>iluvislam)