Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Thursday, October 20, 2011

.........:: KECINTAAN PADA RASULULLAH S.A.W::..............

~BISMILAHIRAHMANIRAHIIM~


Selepas Saiyidina Salman al Farisi mendapat ilham untuk mengorek parit besar keliling Kota Madinah, Rasulullah saw bersama 1000 tentera Islam terus menggali parit. Ketika sedang menggali parit, Rasulullah saw dan tentera Islam dalam keadaan sangat lapar disebabkan kehabisan bekalan makanan. Datang seorang sahabat mengadu kepada Baginda, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya aku dalam keadaan yang sangat lapar’ lalu menunjukkan 2 ketul ikatan batu di perutnya. Melihat keadaan itu, Baginda terus menunjukkan 3 ketul ikatan batu di perut baginda yang mulia, lalu fahamlah sahabat tadi bahawa Rasulullah saw lebih lapar darinya dan dia terus pergi.
Beberapa ketika kemudian, Baginda memanggil seorang sahabat, iaitu Saiyidina Jabir al Ansari. ‘Wahai Jabir, bolehkah engkau ke mari sebentar?’ Mendengar seruan Baginda, Saiyidina Jabir menyahut ‘Nyawa taruhanku’ sebagai adab dengan Baginda dan terus berlari ke arahnya. ‘Wahai Jabir, ada apa-apakah di rumahmu yang boleh dijamu untuk tentera-tentera Islam?’. ‘Tidak ada apa-apa ya Rasulullah saw, melainkan seekor kambing tua lagi kurus.’ Jawab Saiyidina Jabir. ‘ Pulanglah engkau ke rumah untuk bersiap-siap dan menjamu tentera Islam dengan kambing itu.’ Tanpa sebarang bantahan dia terus taat dan patuh kepada Rasulullah saw demi membuktikan cintanya. Langsung tidak terdetik di hatinya, cukupkah jamuan seekor kambing untuk seribu orang tentera. Sangat lurus hatinya terhadap Rasulullah saw. Saiyidina Jabir terus berlari pulang ke rumah dan menyampaikan berita itu kepada isterinya.
Si isteri terus menyiapkan bahan untuk dimasak, manakala Saiyidia Jabir menguruskan penyembelihan kambing, ditemani 2 org puteranya Sa’ad, 6thn, dan Sa’ed, 4thn. Seperti kanak-kanak lain, Sa’ad dan Sa’ed melihat bapanya menyembelih dengan penuh perhatian tanpa memahami hakikat peristiwa itu. Setelah selesai menyembelih, Saiyidina Jabir meninggalkan 2 orang puteranya di situ untuk menyambung proses masakan yang lain. Melihat keadaan bapa mereka yang sibuk, Sa’ad berkata pada adiknya, ‘Wahai adikku Sa’ed, mari kita bermain seperti apa yang bapa lakukan tadi,’ Sa’ed bersetuju lalu si abang menyerahkan tengkuknya. Sa’ed mengambil pisau tadi lalu menyembelih abgnya sehingga mati. Melihatkan perihal itu, Sa’ed berkata ‘Abang, jomlah main lagi, kenapa diam? . Melihatkan tiada respon daripada abangnya, kanak-kanak berusia 4thn itu terus berlari mendapatkan bapanya kerana rasa tidak sedap hati.
Sementara itu Saiyidina Jabir sedang menyiapkan unggun api yang besar untuk memanggang kambing tua tadi Setelah api marak membakar, kelihatan anaknya Sa’ed berlari dengan laju, lalu tersadung batu dan tercampak ke dalam unggun api yang marak dan besar itu. Saiyidina Jabir cuba untuk menyelamatkannya, malangnya tidak sempat, anaknya sudah menemui ajal. Mendapat tahu putera sulungnya juga sudah mati, dibawa kedua-dua mayat anaknya ke dalam bilik.
Atas dasar cintakan dan mentaati Rasulullah saw, kedua-dua suami isteri itu menyambung kerja-kerja memasak mereka. Kemudian Rasulullah saw tiba bersama dengan para tentera Islam di rumah Saiyidina Jabir. Melihatkan rumah Saiyidina Jabir yang agak kecil, berkatalah seorang sahabat, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya Rumah Saiyidina Jabir ini agak kecil, dan tidak mampu menampung bilangan kita yang ramai. Baginda berkata, ‘Sesungguhnya Allah dan Rasul lebih mengetahui’ dan Baginda terus melekapkan dua tapak tangannya ke dinding rumah Saiyidina Jabir dan menggerakkan kedua tangannya ke kiri dan ke kanan. Dinding rumah Saiyidina Jabir bergerak dan ruang rumahnya menjadi luas. Maka sekalian sahabat pun masuk dengan penuh beradab.
Di dalam rumah, setelah semua sahabat mengambil tempat duduk, makanan pun terus diagihkan mengikut sunnah Rasulullah saw yang mana tetamu yang duduk di hujung dahulu diutamakan. Kebesaran Allah dan mukjizat Nabi-Nya berlaku apabila makanan yg dicedok tidak kehabisan bahkan mencukupi untuk semua sahabat.
Kemudian sebelum makan, Baginda bertanya kepada Saiyidina Jabir, ‘Wahai Jabir, aku mendengar engkau mempunyai 2 org putera kecil, di mana mereka? Ajaklah mereka sekali makan bersamaku.
‘ Tidak apa Rasulullah saw, Tuan makanlah dahulu,’ jawab Saiyidina Jabir tidak mahu menganggu baginda menjamu selera jika diceritakan hal yg sebenar. Baginda berkata lagi,
‘Wahai Jabir, panggilah kedua orang puteramu itu, aku mahu makan bersama mereka’. Saiyidina Jabir menjawab lagi, tidak mengapa Ya Rasulullah saw, mereka ada di dalam. Tuan makanlah bersama sahabat dahulu.’ Lalu Baginda bertanya,’Apakah nama kedua orang puteramu itu wahai Jabir?’ ‘Sa’ad dan Sa’ed’ Saiyidina Jabir menjawab. Kemudian Baginda memanggil, ‘Wahai Sa’ad dan Sa’ed, keluar dan kemarilah kamu berdua datang menjamu selera bersama kami!’. Maka berlari keluarlah dua-dua anak itu mendapatkan Rasulullah saw dan mereka makan bersama. Kedua-dua orang anak itu hidup dan berketurunan seperti orang lain.



SUBHANALLAH!!

 
MERINDUIMU SETIAP WAKTU..YA RASULULLAH SAW..

3 comments:

  1. Assalamualaikum,
    ALhamdulillah..sirah yang begitu terkesan di hati..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Peringatan yang baik,semoga memberkati kita,supaya kita sentiasa ingat kepada Allah SWT.

    ReplyDelete
  3. salam lagu ape ni?..mhon tye ade teks lirik qasidah ya rasullah zurna?..

    ReplyDelete