Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Friday, November 18, 2011

Muslimah Memang Tak Guna..................

Bismillahirahmanirahiim..
Allahumma solli a’al saiyidina Muhammad wa a’la alihi wasohbihi wasalim
Amma ba’du.
 

Ana percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda  bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Mari Membaca!


Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah memang tak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.


2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.


3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.


4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.


5. Perempuan muslimah tak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12  surah al-Hujurat.


6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tak guna tudung tiga segi yang apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.


7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.


8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?


9. Perempuan islam tak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.


10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang  B E R G U N A
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب  
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati"
(Surah Al-Hajj 22: 32)

Wednesday, November 16, 2011

Tertawa dan Menangis

Bismillahirahmanirahiim..
Allahumma solli a’al saiyidina Muhammad wa a’la alihi wasohbihi wasalim
Amma ba’du.

‘’Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan MENANGIS’’(An Najm :43)

Malam ini,ana menangis.Untuk apa,ana pun tak tahu.Terasa sangat sedih dan sebak didada.Memang ALLAH ciptakan wanita sifatnya sensitif dan mudah emosi.Ana akui kenyataan itu.Namun kadang kala wanita akan menangis tanpa sebab.Sebenarnya agak kecewa dengan diri sendiri.Tak mampu sabar melawan ujian kecil yang ALLAH bagi,asyik mengeluh dan mengaduh pada ALLAH. Makin ujian datang.kenapa terasa makin ingin menjauh dari ALLAH.Aish,takkan nak merajuk kut dengan ALLAH kot.Ana duduk dibumi siapa? Yang bagi ana rezeki siapa? Yang masih membuatkan ana bisa berdiri saat ini siapa selepas ‘pitam’seketika tadi siapa?


‘’Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?’’Ar  Rahman:16


Bagi menguatkan diri,ana pasang musik terbaik AL Quran untuk menguatkan hati.Mendengar kalamullah bisa melembutkan hati.Sebelum tu,sejak dari pagi selepas kelas,terasa ingin menangis.ALLAH jua masih memberikan kesabaran.Biasa kalau di rumah,kalau rasa macam nak menangis,mula lah cari Ma dan Abah untuk berbual atau adik2 untuk mengenak ;P


Maaf,ana juga manusia biasa.Selalu kata2 mentor ana menjadi pembakar semangat di saat iman turun naik.’’Ingat seorang mukmin tidak harus lemah semangat apatah lagi putus asa,namun seorang mukmin biasanya akan iman yazid wa yanqus(iman turun naik).’’


Berputus asa itu sifat orang sesat.


’Dia (Ibrahim )berkata,’’Tidak  ada yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya kecuali orang yang sesat’’(Al Hijr  15:56)

Tahajud jugak menjadi pengubat.Di saat malam menyepi,walau dalam kelelahan menahan rasa sakit gagahkan iman untuk secebis pengharapan pada ALLAH.Kerna menrasakan diri teramat banyak punya kesalahan.Dan adakala banyak kata yang tidak dikota.Ayat ke dua dan ketiga  surah As Saff diulang2.


’Wahai orang 2 yang beriman,mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?? Itu sangatlah dibenci ALLAH seandainya kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan.’’

Allah..terasa lemah iman saat ini.Mohon agar diberikan kekuatan mendatangi masa masa depan.Terasa berat di dada.
Hmm..Kemudian ana belek meseg yang diterima oleh seorang sahabat beberapa hari yang lepas.Ukhti Raihan.

‘’Tanda ingatan Allah pada hambanya bukan dengan limpahan nikmat yang diberikan tapi pada ujian yang mendatang.Pernah suatu hari,Saidina Alibersa sedih kerna harinya tenang tanpa sebarang ujian.Dia menganggap ALLAH telah melupakannya pada hari itu kerna membiarkannyasenang tanpa diuji.Bersyukurlah kerna ALLAH masih memberi kita seribu ujian tanda ingatanNya pada kita agar tak dilekakan dengan dunia.Sabarlah dan berbaik sangkalah pada makhluq Allah yang lain.Moga2 kita dengan kesabaran yang sedikit ini mampu meraih redaNya yang hakiki.’’

Bagaimana ingin menjadi isteri seorang mujahid andai semangatmu tidak sekuat jiwa mujahidah???


Demi impian melahirkan seorang ulama(anak) kelak ,seharusnya walau ombak segila mana pun,harus gagahkan diri.Sekali sekala jatuh air mata.Bukan tanda lemahnya wanita.Tapi sebenarnya itulah sumber kekuatan untuk tetap bergantung pada ALLAH.Menyerahkan urusan pada ALLAH semata.


Dan berpatah ke belakang bukan jalan terbaik bagi membaiki kesilapan lalu namun sekali sekali toleh sektika untuk mengambil ibrah pada hal yang telah lalu.Bangunlah wahai isteri bakal pejuang!! Ingatlah betapa kau di dalam kesulitan ,pernahkah ALLAH berhenti berbelas kasihan dan memberi pertolongan padamu??


‘’Wahai sekalian orang orang beriman! Mintalah pertolongan pada ALLAH dengan bersabar dan solat.Kerna sesungguhnya ALLAH bersama oarng 2 yang sabar.’’ Al Baqarah :153




So,sabar yer dan doa banyak2 pada ALLAH yang Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan doa hamba2Nya.
Sabar dan doa.Istighfar banyak2 pada ALLAH.


Orang yang arif akan hakikat ini tidak akan tertipu seperti Saidina Ali karahmallahu wajhah .Beliau diberitakan pernah berkata:’’Hai dunia   ,tipulah orang lain selainku.Aku telah menceraikanmu dengan talak tiga.Umurmu pendek,penghisabanmu sulit dan bahayamu sangat besar.Oh,betapa sedikit bekalku.Betapa panjangnya perjalananku dan betapa sunyi jalanku.’’


Zikirlah penawar hati.

Firman Agung ALLAH Azza Wa Jalla dalam suarah AR Ra’d 13:28
‘’Ketahuilah dengan mengingati ALLAH,hati akan menjadi tenang.’’

 Setiap manusia tidak lari daripada menghadapi pelbagai masalah. Bila kita merasakan tidak ada tempat mengadu, hilang arah tujuan, ingatlah sesungguhnya tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah.

Kembalilah kepada Allah, berserahlah sepenuhnya kepada Allah. Yakin lah Dia tidak pernah meninggalkan kita sendirian. Suburkanlah iman di hati dan selalu menginsafi diri. Sesungguhnya setiap ujian itu adalah pembuka jalan untuk kembali kepada Allah. Inilah caranya Allah menuntun kita agar tidak jauh daripadaNya.

Mintalah pertolongan daripadaNya dengan menggandakan kuasa sabar dan memperbanyakkan solat. Perteguhkan tawakkal dan redha dengan takdirNya. Kembalilah kepada Allah dengan memilih jalan kehambaan. InsyaAllah di situ akan ada tempat bagi melabuhkan jiwa yang kepenatan.

Dan ana juga akan sabar menunngu keputusan dari ALLAH.Menanti hari bahagia yang tidak tahu bila tarikhnya.Insya ALLAH.Mohon doa sahabat.:)

Meski adakalanya hati turut berbolak balik.Merasakan kekerdilan .Mampukah diri ini bersaing kelak dengan zauj yang entah siapa (^_<) :apabila dua2 turun dalam lapangan dakwah yang lebih luas kelak .Tambah2 bila sasaran dakwah lebih pelbagai.

‘’Hidayah,tak perlu menjadi penyaing jadilah pendukung dan pendamping terbaik.’’



Cewah..nak sedapkan hati ler tuh..hik..hik...
Kasihan kat bakal zauj kelak.’Terpaksa’ terima karenah ana yang banyak songeh dan sakit ini.

Semoga dipermudahkan urusan kami.

Buat sahabat ana yang sejak kebelakangan ini sering merujuk pada ana untuk memainkan tiga peranan:

1.Menjadi orang tengah untuk mencari pasangan
2.Menjadi penasihat untuk kahwin di usia belajar
3.Bagaimana nak menjaga hati dari tidak meminati seseorang??

Ana minta maaf terlebih dahulu.Ana bukan pakar cinta atau etc.Ana sendiri masih bertatih mencari  cinta sejati yang boleh menambah dekat dengan  Illahi.Cuma sedikit pandangan ana yang cetek ilmu dan iman senipis kulit bawang ini.

‘’Jadilah diri sendiri.Ia akan hadir apabila kita telah bersedia dan disediakan ALLAH.Dan perasaan itu tidak bisa dipaksakan.Jangan biarkan dirimu hanyut dengan perasaan.Namun olahlah perasaan itu berlandaskan acuan fitrah yang diberi ALLAH.Syariat Al Quran dan jalan sunnah jangan sekali kali ketepikan.Demi menjaga sekeping hati yang sering berbolak balik,mohon pada ALLAH agar diberi ketetapan hati.Sungguh hati itu milik ALLAH.Dan hidayat itu jua milik ALLAH.Namun Nurhidayah milik siapa??? Jeng..jeng..jeng..:D’’

Tips untuk menghilangkan kesedihan,belek AL  Quran,lauah pada ALLAH.Catatan atau tulis sesuatu pada cik kertas.Basuh baju dan berus kuat2 tapi jangan sampai terkoyak baju tu adik oii..atau telefon famili.Kalau ada adik2 kecil,bergurau dan kenak(mengenakan) mereka cukup cukup.(Tertakluk pada terma dan syarat.)Nasib baik ana ramai adik2.Nanti ada ulama(anak),boleh ajar merka nyanyi qasidah sama2 sampai paksa buat gaya nasyid.Ngeh..ngeh..ngeh..Ini tips ana sendiri jer tau.Terpulang.


Dah hepi balik. :D Maaf,ana cuba menjadi diri sendiri.Tapi kadang kala ter’tubik’(keluar) perangai lama yang suka merengek untuk benda2 yang kecik.Bdjek.:P..uhuk..uhuk..

Alhamdulilah, dah dapat mood balik nak study.Ada satu paper lagi.Dan bertimbun amanah lagi.Sama2 mendoakan umat.

K,assif.Jazakallah wahai ALLAH.
  
                 ‘’Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang TERTAWA dan menangis.’’(An Najm :43)

Tuesday, November 15, 2011

Corat coret cuti cik..

Bismillahirahmanirahiim..
Allahumma solli a’al saiyidina Muhammad wa a’la alihi wasohbihi wasalim
Amma ba’du.

Hiduplah untuk memberi sebanyak banyaknya bukan untuk menerima sebanyak banyaknya.

Laskar Pelangi.

Sebuah filem garapan dari Pengarah Muda Indonesia.
Sebuah kisah realiti yang berlaku dalam kehidupan masyarakat.Bukan sahaja di Indonesia bahkan di Malaysia dan di mana mana sahaja.
Banyak pengajaran yang bisa diambil.
Antaranya setiap warganegara mempunyai hak yang sama untuk mendapat pendidikan meskipun berasal daripada keluarga yang miskin.

Sebenarnya itulah prinsip Islam yang sebenarnya.
Kemiskinan bukan penghalang bagi sebuah kedapatan ilmu.

Benar sabdaan Nabi Muhammad sallallahualaihiwasalam.Mafhumnya:

‘’Dua perkara yang menyebabkan kekufuran  dikalangan umatku adalah kemiskinan dan kebodohan.’’

Alhamdulilah,berpandukan istikarah dan naluri hati,keputusan itu diambil.Demi dua misi yang murni.Yakni untuk membasmi kemiskinan dan kebodohan di kalangan masyarakat Melayu khususnya orang Islam.

Wang bukan segala galanya namun segala galanya memerlukan wang zaman ini.

Dan orang Islam perlu kaya untuk apa? Untuk mengkayakan masjid,pondok2 dan pelbagai institusi untuk kepentingan anak bangsa dan umat dengan menampung dana dan keperluan yang lain.

‘’Orang yang paling baik di kalangan umatku adalah yang paling banyak  memberi manfaat kepada orang lain.’’

Benar sabdaan Kekasih kita,Muhammad Rasullulah,seorang tokoh sepanjang zaman dan Al Quran bergerak bagi kita semua.

Kata cendikiawan agama,manusia yang hidup untuk diri sendiri adalah setelah dia mati,ianya akan berakhir di sitiu,namun seoarang manusia yang hidup untuk umat,meskipun dia telah mati,namun jasanya tetap dikenang dan digunakan oleh umat yang ditinggalkan.

Buktinya,lihat ulama2 zaman dahulu.Seperti Imam Hujjatul Islam ,Al Imam Al Ghazali yang mempunyai sumbang bakti yang cukup besar pada masyarakat Islam sehingga ke hari ini.Sehingga terlalu banyak karay2 agamanya yang cukup memberi manfaat pada Umat Islam sejagat keseluruhannya hingga ke abad ini.Masya ALLAH!!

Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.

Bukanlah apabila kita berbakti,usahlah mengharap sebrang balasan.Apatah lagi ganjaran dari yang menerima bakti.Murabbi ana sering menasihati walhal pada peringkat kita menjadi penuntut,kita seharusnya jangan sekali kali berniat dalam hati berbaik baik dengan guru kita supaya guru kita sayang pada kita,sebut nama kita dihadapan anak muridnya yang lain.Ynag itu akan datang kemudian.Namun ikhlaskan dalam hati.Ya,ikhlas tunjang penerimaan sesuatu amal.

‘’Innamal a’amalu binniat’’
''dEMI MASA,sesungguhnya manusia dalam kerugian.melainkan yang beriman dan beramal soleh..''Al Asr ayat1-3

Kisah Ayatul Asrar

Sudah lama tidak menulis kisah sendiri,hm..tapi ada orang minat ker untuk membaca,hehhe..tak palah sekurang kurangnya kelak ada catatan kenangan masa silam.
YA,ALLAH..beri hamba kekuatan untuk melawan rasa kesakitan ini.......

Selesai peperiksaan Anatomy pagi Jumaat yang penuh barakah itu,ana cepat2 pulang ke bilik untuk meraikan bersama labtop tersayang.Hehe.Melakar sesuatu coretan buat kenangan pada masa akan datang.Sambil melepaskan tension walaupun tiadalah tension sangat bukan sebab dapat jawab tapi sebab sebaliknya.Rasa macam dah study tapi entahlah ilmu itu milik ALLAH kan.Alhamdulilah.
Habis packing barang,walaupun  pada asalnya niat untuk top up tido yang tergendala sejak beberapa hari ini tetapi ana tangguh niat itu untuk tujuan yang lebih murni.P.A.C.K.I.N.G Time,hehe.

Sebelum berangkat pulang,sempat kami berempat berqasidah bersama sama di bilik.Dua orang romte ana yang asal kampungnya di terengganu akan berangkat pulang petang itu.Tapi kami masih sempat makan bersama dan berbual dan bergurau senda.Terasa manis hidup ujian sudah lepas.Terasa bagaikan suatu bebanan yang berat telah dibawa pergi kan.Namun hakikatnya dunia ini sendiri memang satu ujian dari ALLAH.Dan di syurga kelak tempat kita berehat.R&R kita  yang abadi.Maka mengapa tidak mahu sabar walau seketika saat diuji ALLAH?

Rindu tidak berqasidah bersama sama.Pada kebiasaanya kami akan meluangkan masa untuk berqasidah pada satu hari mengingati Rasulullah.Sebenarnya setiap hari harus kita mengingati Rasulullah.Memang itu yang kami cuba terapkan.Bermula dari bilik.Boleh bermula dengan pengamalan sunnah Baginda s.a.w jua. Sembahyang jemaah.Alhamdulilah.
Memandangkan jarak surau dari bilik kami agak jauh.Kami di tingkat 4.Surau tingkat 1.Jadi nafsu memenangkan ke atas fitrah.Kalau dulu,kamu berada berdekatan dengan surau semasa duduk di asrama lain.Ada pulak macam itu.hehe.Sepatutnya tidak kira betapa jauh jarak surau itu,harus kami gagahkan fitrah iman untuk berjemaah.Lagi pula surau itu agak sepi dan kurang orang yang mengimarahkan.Mungkin salah ana.Sepatutnya memang tanggungjawab ana mengimarahkan surau a.k.a bilik usrah sebenarnya.Sebagai taklifan ICB(Intensif Care Bureau) atau Biro Dakwah ana seharusnya mengerakkan usaha.Ya,ALLAH.Ampunkan dosa hambamu ini.Tak sempat lagi menyusun waktu untuk gerak kerja.Masya ALLAH,tugas mengimarahkan surau pun ana belum termampu buat lantaran baru dilantik dan agak sibuk sebenarnya dengan tugas sebagai pelajar,peniaga dan dan dan ..grrr ..alasan lagi??OK,Insya ALLAH,balik cuti ini sudah ada jadual tersusun program2 untuk imarah surau dan program dakwah lain di asrama ini.Doakan yer.

Tetiba rindu untuk berjemaah di Masjid Al Husna,kampung ana.Rumah ana letak nya belakang Masjid itu.atau juga dikenali Masjid Baung Bayam.Pada kebiasaannya ana bersama abah,ma,adik2 pergi berjemaah di Masjid.Dan ana lebih suka berjalan ke masjid yang hanya memakan masa selama 5minit lebih kurang.Dan biasanya ana akan pergi pada tiga waktu sahaja atas sebab2 tertentu.Iaitu waktu Subuh,Maghrib dan Isyak.Dan pada cuti semester 6bulan hari itu,masjid dan rumah lah lokasi yang ana selalu ulang alik.Sekali sekala berjenguk ke Hospital melawat doktor untuk rawatan lawatan susulan.hehe.Kafarah dosa.Bukan ke riak kan yang ingin ditunjukkan.Maafkan hamba ya ALLAH jika ada terlintas seketika perasaan ini.Sekadar ingin berkongsi cerita dan pengajaran yang banyak ana kutip sepanjang dapat ke masjid.Itu nikmat hidayat yang ALLAH bagi.Allahummarzuknal istiqamah.Ameen.

Apabila ALLAH menggerakkan hati seorang hamba untuk berbuat kebaikan,bersyukurlah atas nikmat itu.Sebab itu dalam doa kita,jangan sekali kali lupa untuk berdoa kepada ALLAH agar diberi taufik dan hidayat untuk melakukan kebaikan dan amalan soleh.Bahkan kita sendiri tidak tahu apakah amalan kita diterima oleh ALLAH atau tidak?Mudah mudahan.Prasangka baik sentiasa mendahului terhadap Pencipta dan yang dicipta.

Ok.back to reality.Kami sempat mendendangkan Qasidah yang baru didengar.Siap buat musik tambahan sendiri lagi.Qasidah itu adalah syair puji pujian terhadap Rasulullah s.a.w yang dicipta oleh ulama2 dan sahabat2 Rasulullah s.a.w dahulu.Qasidah dapat melembutkan dan menghidupkan hati yang mati.Bahkan qasidah jua dapat mendatangkan angin apabila terasa malas untuk belajar.Dan ana mula jatuh cinta dengan qasidah ini semasa minggu maulidul rasul semasa program’MARI BERSELAWAT IIUM’’ bertarikh hari lahir ana pada tahun lepas kalau tidak silap.Memang sebuah hadiah berharga dari ALLAH.Airmata memang tak berhenti mengalir lah malam barakah itu namun cuba kuseka dengan purdahku pada malam Maulidul Rasul.Merdu dan syahdu sekali.Terasa nyaman dan indah dan tenang menjalar dalam hati.Sebelum ini biasa jugak dengar alunan qasidah namun tidak tahu pula itu qasidah.Yang biasa ana dengar versi Haddad Alwi bersama budak kecil comel Sulis itu yang sekarang pun ana kira sudah berusia belasan tahun.ALLAHURABBI..Terima kasih ya
Tuhan.Alhamdulilah.InsyaALLAH,apabila ana punya ulama(anak) kelak,akan ana terapkan kecintaan musik di hatinya iaitu qasidah.Qasidah juga menjadi irama yang sering bersenandung di Pondok2 dan Pasenteren.

Habis berqasidah,ana dan sahabat ana yang juga berasal dari Kelantan menonton cerita.Secara tak sengaja. :P Sebenarnya niat ana hendak meng’copy’ cerita.Tapi tertonton cerita yang agak mistik.Tapi bukan nonton2 saja.Ambik beberapa ibrah.Cerita Taiwan yang bertajuk ‘Phobhia’.Setiap kali menonton cerita versi mistik begitu,pastilah harus ada bantal atau yang sama waktu denganya.Untuk menghadapi saat2 genting.Penakut betul.Nak tengok sangat.Tapi bukan penakut sebenarnya Cuma kurang berani.Hehe.Ha! Alasan lagi.grrr..Tapi kami me’lihat’ sekejap sahaja ‘movie’ itu lantaran ada awla yang lebih penting.Sekali lagi, Final Touch Packing.


Before berangkat pulang ke kampung,ana harus menghadiri meeting  PC untuk sebuah program sempena Maal Hijrah nanti.Jasad ajer di situ tapi roh sudah melayang layang di rumah agaknya.Tambah2  keseganan  kerna sudah lama tidak bermuamalat dengan ‘Saudara’ atau Brother untuk tugas2  persatuan atau gerak kerja jemaah menjadikan ana agak kekok.Maaf yer.Dahlah assistant xde.Assistant merangkap romate tersayang yang sudah pun berada di rumahnya ana kira saat ini tidak dapat meghadirkan diri.Nak buat macam maner,meeting last minute.Tapi nasib baik ade yang sudi meneman.Kerna kekalutan,boleh pulak tertinggal hp.Hp kesayangan yang berjasa dihadiahkan oleh seorang sahabat.Alhamdulilah.Brother tadi jua terjumpa dan mengembalikan semula.Alhamdulilah.Berangkat ke terminal Kuantan.

Sampai di rumah,terasa rindu sangat untuk memandang wajah ma dan abah.Tetapi entah kenapa rasa segan dan bersalah.Ha..mesti ad buat salah ini.Hehe.Terasa sebak di dada saat melihat beberapa helaian uban di rambut ma.Dan melihat garisan kerutan pada dahi Abah.Ma,Abah..maafkan anakmu ini yang selalu menyusahkan kalian dan tidak berusaha sehabis daya meringankan beban kalian.Insya ALLAH,ana akan berusaha lebih gigih lagi mengumpul wang untuk Haji Ma dan Abah dengan pendapatan melalui perniagaan yang ana jalankan ini.ALLahumma ameen ..

Entah kenapa,Raya haji tahun ini agak suram.Lantaran ketiadaan dua ahli keluarga yang tidak dapat cuti panjang pulang beraya di kampung.Abang dan adinda tersayang yang berada di Kuala Lumpur tidak dapat pulang lantaran cuti raya haji hanya sehari.Kemeriahan bertambah suram kerna kak2 ana yang sudah berkahwin itu juga tiada bersama pada hari raya pertama.Kerna pulang beraya di kampung mertua mereka.Petang sedkit atau raya kedua baru balik.Namun ade jua hal lain yang menggangu fikiran ana sejak pulang ke rumah ini.Sehingga membuatkan ana menjadi pendiam dan kelihatan asyik berkhayal memikirkan sesuatu.Abah dan Ma perasan rasanya.Sebab apa ya???

Bersambung................