Khazinah mengelus lembut rambut putera agama kesayangannya itu.
Itulah buah hatinya semenjak 5 tahun yang lalu.
Kemudian,dipaut bahu anaknya dengan penuh kasih sayang.
Muhammad Aiman Munzir.Anak emasnya.Bakal hafiz di usia kecil beberapa bulan lagi.
''Sohih,sayang..kenapa?''
Kanak-kanak itu meleraikan pautan tangan umminya di bahunya lalu meletakkan tangan umminya di atas dadanya.
Bagaikan ingin Umminya merasai getaran di jantungnya.Betapa gembira dan 'excited'nya menunggu hari esok.Sweet kan.
''Aiman paling suka hari Jumaat.Nanti esok Ummi sayang tolong gosokkan jubah putih Aiman ya? Aiman nak ikut Walid pergi masjid awal-awal.Boleh dapat pahala umpama telur unta.''
''Subhanallah.InsyaALLAH,b
''Ummi,mana rida' Aiman warna coklat tu yer? Aiman semalam ada sidai dekat tepi buaian petang semalam.Selepas itu,petang itu Aiman angkat dan letak dalam baldi.Ummi ada nampak tak? Aiman sayang sangat rida' itu. ''
''Laa..Aiman ke yang angkat kain semalam? Ummi ingat siapa dah,sebab seingat Ummi, Mak Som kata dia terlupa hendak angkat kain.Patutlah semua kain kering sahaja,tidak basah ditimpa hujan.Rida' koko itu Ummi tiada nampak pula.Aiman letak dimana?''
Khazinah tersenyum melihat gelagat anaknya yang mula kelihatan resah.
Sengaja diusik cinta hatinya itu.
''Hmmm..''
Aiman melepaskan keluhan yang dalam lalu tersenyum.
Khazinah menjangkakan mungkin Aiman akan merajuk namun..
''Alhamdulilah,rida' kesayangan itu ALLAH bagi pinjam,dan DIA berhak ambil kembali.''
Bergenang air mata Khazinah.Tidak menyangka anaknya seluhur itu hatinya.Reda dengan segala pemberiannya.
Untung dia mengikuti segala nasihat dalam buku Habib UMar Benhafiz tentang cara-cara mendidik anak-anak agar berjiwa kental.
''Aiman sayang,anak Ummi..rida' itu sebenarnya Walid pinjam sebab tadi Walid tergesa-gesa hendak ke Majlis Mawleed bersama Habib Munzir di Masjid Besi Putrajaya.Lagipun Walid tadi menerima berita gembira daripada gurunya.Murabbi Walid sejak di bangku Universiti lagi,katanya minta Walid temankannya.Baru sampai dari Yaman.Jadi Walid terambil rida' Aiman semasa tengah kalut dan tergesa-gesa tadi.''
Senyuman comel mula menghiasi wajah Aiman.Dia faham akhirnya.
''Kenapa Walid tergesa-gesa sangat Ummi?Tidak bolehkah Murabbi Walid tunggu Walid sekejap lagi?''
''Walid seorang murid yang sangat beradab sejak dulu lagi.Walid tak nak Murabbinya tertunggu-tunggu .Walid selalu menjaga adab dengan semua gurunya.Biar ank murid tunggu guru bukan sebaliknya.Lau La Murabbi,Ma'araftu Rabbi..''
Aiman mengangguk-angguk tanda faham.Keningnya kelihatan berkeriut sedikit.Seperti sedang mengingat-ingat sesuatu.
''Aiman sedang fikir apa,sayang?''
''Lau la Murabbi..ma'araftu Rabbi..macam pernah dengar ayat ini.Pak Cik Azri pernah bagitau Aiman tentang ayat ini semasa belajar al Quran dengannya.Ummi,apa dah maksudnya?Aiman terlupa plak.''
Khazinah masih ingat itulah ayat pengikat antara sahabat segurunya.
''Kalau tidak kerana guruku,mana mungkin aku mengenal Tuhanku..''
'Solatun bissalam bimubbin...''
Nada dering qasidah kegemaran zaujnya kedengaran merengek-rengek.
''Abang...sayang baru teringat kat Abang..Terus Abang call sayang dan anak-anak ye..''
Khazinah bermonolog dalaman.Hatinya berbunga-bunga.Dalam hati,memang ada taman.Hanya si pencinta yg sedang dilamun cinta mengelal simptomnya.
Khazinah tersenyum sipi.
Meminta diangkat telefon itu.
Butang 'Receive' ditekan.
Kedengaran suara garau di talian.
Aneh,suara suaminya bukan seperti itu.
''Hello....Ni Puan Khazinah..?''
Khazinah berdebar.
Selawat al Fatih dibaca perlahan.Selawat penenang hati.
''Ya ALLAH..Lindungilah suamiku..''
''Puan Khazinah, handphone suami Puan tercicir di gerai saya.Boleh saya jumpa Puan Khazinah untuk mengembalikan handphone ini?''
Khazinah tersenyum mengucap 'Hamdalah' pada ALLAH.Bukan seperti apa yang difikirkannya.Astaghfirullah, cepat sungguh hati berprasangka.
''InsyaALLAH,boleh.''
''Esok,lepas Asar dalam jam 5.30ptg nanti kita berjumpa di sebuah restoran mamak berdekatan terminal bas.Boleh Puan Khazinah?''
''Baiklah.InsyaALLAH.''
Klik! Panggilan diputuskan.
''Siapa itu Ummi?''
Aiman memandang wajahnya Umminya dengan perasaan ingin tahu.
''Walid tertinggal handphonenya.Alhamdulilah,nasib baik ada orang yang jumpa dan sudi pulangkan balik.Itu dia orang yang call Ummi tadi,dia minta Ummi jumpa dia untuk bagi balik handphone Walid.''
Masih ada insan yang baik hati seperti lelaki itu.
**********************************************
Tiba waktu yang dijanjikan,Khazinah datang bersama anaknya dan anak saudaranya yang masing-masing berumur 5tahun dan 11tahun.
Khazinah menghabiskan Hizb Bahr karangan ulama Imam Abu al Hasan al Syazuli.
Sebelum pergi buat selama-lamanya untuk menghadap ALLAH ,Imam Abu al Hasan al Syazuli sempat mewasiatkan anak-anak muridnya supaya menghafaz hizib yang agung ini,sebagaimana perkataannya,
''Suruhlah anak-anak kalian menghafal hizibku ini kerana di dalamnya terdapat nama ALLAH Yang Maha Agung.''
Walau di mana sahaja dia berada,buku kecil yang mengandungi wirid-wirid dan hizib sentiasa bersama.
Amalan Ruhiyyah.
Tiba-tiba,ada seorang lelaki Cina lewat 40 an memakai baju kemeja berkotak-kotak coklat datang mendekati meja mereka.
''Maaf,ini Puan Khazinah?''
Fasih bahasa Melayunya.Kedengaran bunyi loghat cina Kelantan sedikit.
''Ya,saya...pak cik...''
''Pak cik Umar..''
MasyaALLAH,Islam rupanya.
''Boleh kita duduk? Ada perkara lain Pak Cik nak bagitau Puan selain mengembalikan handphone suami Puan.''
Dia memanggil 'waiter' yang sejak tadi memerhatikan mereka berdua dari jauh.Keadaan restoran agak lengang.Dan pelayan-pelayan itu mengambil kesempatan itu untuk menonton drama percuma di hadapan mata.
''Maaf,sebenarnya saya tidak pernah duduk semeja dengan lelaki lain selain suami dan mahram saya kecuali urusan kerja namun jika boleh pun dielakkan.''
''InsyaALLAH,Puan.Ini urusan kerja dan melibatkan suami Puan juga.''
Khazinah cuak.Diusir rasa prasangka yang datang sekali sekala.Harus berhati-hati juga demi mengelak fitnah.Doa dipanjat untukNya.
''Ya Muhaimin..''
''Pak Cik usah memanggil saya dengan gelaran Puan.Pak Cik boleh menganggap saya seperti anak Pak cik.''
''Baiklah,nak.Sebenarnya Pak cik baru memeluk Islam semalam...''
ALLAHUKBAR! Orang yang ada dihadapanku ini suci dari dosa!
''Gara-gara suami anak telah berdakwah kepada Pak Cik
hanya melalui handphonenya.''
Khazinah kurang mengerti maksud lelaki dihadapannya.Namun Khazinah tidak mahu memotong cerita sebelum lelaki itu menghabiskan kisahnya.
Sempat Khazinah menjeling dua buah hatinya.
Aiman dan Irfan tekun bermain permainan 'Sunnah Race'.
Permainan berunsur dakwah untuk kanak-kanak.Cara permainannya adalah dengan meneka sunnah Nabi berdasarkan gambar yang diberi.Sebelum itu pemain dibenarkan untuk melihat atau menghafal hadith pendek yang ditunjukkan.
Siapa paling banyak dan betul tekaannya dia menang.Namun syarat utamanya adalah pemain mesti dalam keadaan berwuduk selalu sebagai adab menghormati hadith Nabi.
Suatu permainan yang kreatif rasanya,mendedahkan kanak-kanak untuk mencintai sunnah Nabi sambil meraikan sifat ingin tahu mereka.
Ciptaan 'One Ummah Creation'.Gabungan idea mahasiswa UIA dan mahasiswa al Azhar.
Dipandang wajah Pak Cik Umar yang kelihatan berseri,petanda orang yang mendapat hidayat ALLAH.
''Pak Cik buka gerai menjual suratkhabar berdekatan masjid Muaz bin Jabal.Suatu hari,suami Puan berhenti di gerai Pak Cik sambil memberi salam.Pak cik dengan lancar sahaja menjawab salam.Mungkin suami Puan pada mulanya tidak tahu Pak Cik bukan orang Islam.Tetapi Pak Cik berasa aneh juga pada awalnya kerana muka Pak Cik selalu orang akan mudah cam sebagai bangsa Cina.Pak Cik katakan Pak Cik bukan orang Islam.Suami Puan hanya tersenyum dan menjawab :
''wajah Pak Cik memang muka berbangsa Cina tapi saya yakin hati Pak Cik adalah Islam''
''Selepas membayar harga untuk surat khabar,suami anak bergegas pergi katanya mahu menjemput gurunya.''
Selepas meneguk beberapa teguk air soya,Pak Cik Umar meneruskan ceritanya dengan tenang.
''Pak Cik pada mulanya tidak perasaan handphone suami anak yang tertinggal itu sampailah kedengaran ringtone yang sangat merdu sekali didengar.''
''Seperti inikah ringtonenya Pak Cik?''
Khazinah memasang nada kegemaran Qasidahnya.
''Ya Badratim..Ya Badratim..Min Haza Kulla Kamali..''
Pak Cik Umar kelihatan sebak.
Ada air jenih bergenang di kelopak matanya.
''Ye ,nak.. Pak Cik berasa sangat terharu mendengar irama itu.Pak Cik hanya ingat lirik 'Ya Badratim' .Pak Cik tahu itu bahasa Arab.Apa maksudnya ,nak?''
''Ya Badratim maksudnya Bulan Purnama..merujuk kepada Rasulullah yang mempunyai wajah yang sangat indah seperti Bulan Purnama.''
''Hati Pak Cik berasa sangat tenang dan asyik sekali mendengarkankannya.''
''Aku rindu padamu ya Rasulullah ...Ya badratimm..''
Khazinah menangis.Kerinduan untuk berjumpa Kekasih hati.
''Air mata Pak Cik mengalir laju.Selama ini hanya ada satu sahaja muzik yang telah bisa membuatkan Pak Cik menangis iaitu bunyi azan yang selalu Pak Cik dengar setiap hari kerana kebetulan gerai pak Cik berdekatan Masjid.Tapi hati Pak Cik tak tergerak pun untuk mendekati sumber datangnya muzik itu.Bahkan tidak pernah seorang pun jemaah masjid yang datang membeli suratkhabar di kedai Pak Cik mengajak Pak Cik ke masjid.Yalah,Pak Cik kotor,tidak boleh masuk masjid yang khusus untuk orang Islam sangka Pak Cik pada awalnya.''
''Apa yang berlaku seterusnya Pak Cik?''
Khazinah bagai tidak sabar-sabar untuk mengetahui cerita selanjutnya.
''Pak Cik mengangkat handphone itu yang tidak berhenti-henti memanggil tuannya.Kedengaran di talian,suara yang sangat lunak dan lembut.Anak tahu suara siapakah itu? ''
Khazinah menggelengkan kepala.
''Pemanggil itu memperkenalkan dirinya sebagai Habib Munzir al Musawwa.''
''Allah !!!!''
~Bersambung...
Bila plak???!
ReplyDelete