Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Saturday, February 23, 2013

Mukjizat Rasulullah Part 1 :)

gambar nametag program.he~
Sheikh Nuruddin Marbu al Banjari al Makki ditengah-tengah.

ANTA RASULULLAH! ♥ PART 1

Bulan Terbelah

Imam al Bukhari,Muslim,Ahmad,al Baihaqi,Ashabu al Sunan dan para imam hadis yang lain, telah meriwayatkan [hadis berikut] daripada sekumpulan Sahabat yang ramai-semoga ALLAH meredai mereka :

''Sesungguhnya suatu ketika penduduk Mekah telah meminta daripada Rasulullah supaya memperlihatkan kepada mereka suatu bukti [atau mukjizat yang memperakui kerasulannya].

Peristiwa ini berlaku pada tahun kelima sebelum Hijrah .Suatu ketika penduduk Mekah telah berhimpun di suatu tempat.Bersama-sama mereka ialah al Walid bin al Mughirah,Abu Jahal,al 'As Bin Wail,al Aswad bin al Muthalib,an Nadhir bin al Harith dan pemuka-pemuka mereka yang lain.Mereka lantas berkata kepada Nabi saw:

''Jika sebenarnya kamu benar seorang rasul,maka belahlah bulan tersebut buat kami,kepada dua bahagian!''

Lalu Rasulullah saw memohon kepada [Allah] Tuhannya,supaya menganugerahkan mukjizat kepadanya sebagai memenuhi permintaan mereka.

Kerana itu,tiba-tiba bulan terbelah menjadi dua.Sebelah daripadanya terletak diatas gunung,sementara sebelahnya lagi berada dibawahnya ! Lalu Nabi saw pun bersabda : ''Saksikanlah,[ wahai sekalian penduduk Makkah] !''

Oleh sebab itu,orang yang ALLAH SWT ingin menyelamatkan akidahnya ,beriman dan memperakui mukjizat tersebut.Sementara orang-orang kafir Quraisy pula berkata : ''Kejadian pelik ini sebenarnya adalah suatu sihir yang terus menerus berlaku.''

Abu Jahal lalu berkomentar : ''Ini merupakan suatu sihir.Hantarlah beberapa orang utusan untuk pergi menemui penduduk Makkah yang tinggal berjauhan dari tempat kejadian ini sehingga kita dapat mengetahui apakah mereka juga melihatnya atau tidak?''

Setelah itu penduduk Makkah tersebut memberitahu bahawa mereka juga telah melihat bulan terbelah dua.Justeru ,ALLAH SWT pun menurunkan wahyu-Nya kepada Nabi-Nya:

Maksudnya: ''Telah dekat datangnya Kiamat dan terbelah bulan.Seandainya mereka melihat sebuah tanda (mukjizat) mereka berpaling dan mengatakan ini adalah sebuah sihir yang menyeluruh.''(surah al Qamar 54: ayat 1-2)

Para ulma tafsir dan ulama hadis telah bersepakat memperakui mukjizat terbelahnya bulan kepada dua bahagian dan hadis-hadis mengenainya mencapai tahap mutawatir.

Hadis-hadisnya yang mutawatir telah dinukilkan oleh para ulama salaf dan khalaf,dengan penukilan yang tidak diragui lagi kebenarannya.

Kerana itu,janganlah seseorang itu memberi perhatian dan terpengaruh dengan apa-apa jua bentuk kritikan membuta tuli daripada seorang yang jahil dan tidak juga daripada penentang yang bersifat angkuh.

Wallahua'alam bisowab.

~Kitab 40 Kisah Motivasi Mukjizat Rasulullah saw,Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al Banjari al Makki.

Tuesday, February 5, 2013

Catatan Cuti Muhibbeen



Syarah Sifat Pakaian Nabi saw,Cara Nabi Menyimpan Rambut dan Cara Berjalan Nabi saw.
Nabi saw suka qomis.Qomis ialah jubah yang lengan terbuka,labuhnya separuh betis.Nabi suka sebab ringkas.Nabi suka qomis ikut sunnah,rekaan itu yang ringkas.Pakaian yang nampak ringkas selain jubah yang kita pakai tidak labuh sangat ialah baju qurtal,menetapi sunnah sebab ia ringkas.

Rida' Nabi suka hibrah sebab warna dan juga jenis lembut.Warnanya ada garis merah dan ada garis biru.Ada juga hibrah yang berwarna merah bersulam hijau.Selain meletakkan serban atas kepala,letak rida sebagai lambang kesempurnaan.

Kesempurnaan seseorang yang ada himmah dan mulia ada rida.Lambang orang yang mulia ada rida'.Bila ada orang mulia datang,Nabi saw merendahkan diri serta menghamparkan kain yg mulia ini sebagai hamparan duduk.

Selepas Perang Hunain,mula-mula umat Islam kalah.Lepas itu baru menang.Selepas perang,datang sahabat kepada Nabi.Sahabat keliru ada seorang wanita mendakwa dia adalah kakak Rasulullah. Dia nak jumpa Nabi Muhammad.''Aku kakak Rasulullah.''Sahabat memberitahu hal tersebut kpd Nabi saw.Nabi menyuruhnya supaya datang berjumpa.''Ya ALLAH, Syaima' ''.Nabi kemudian cabut rida'nya lalu menghamparkan kepada wanita itu.

Para sahabat terpinga-pinga,tercari-cari''Kakak? Nabi ada kakak ke?''
Orang Arab tahu apabila buang rida' dan hamparan sebagai hamparan duduk untuk satu orang,maksudnya orang itu sangat mulia.

Wanita itu duduk dan memberitahu,''Rasulullah,aku Syaima' '' Nabi menjawab,'' Ya ,aku tahu.''.Syaima' ialah kakak susuan Nabi saw,anak kepada Halimatus Sa'diah.Bermakna kakak betul jugalah kakak susuan.Ini menunjukkan bilamana seseorang dimuliakan,akan dihamparkan rida'.

Abu Juhaifah apabila melihat Nabi memakai pakaian berwarna merah,seolah-olah katanya melihat kegemerlapan kedua-dua betis Nabi saw.Putihnya Nabi saw adalah kemerah-merahan.Tengkuk Nabi pula keperak-perakan.

Semasa Nabi saw berdoa semasa Perang Badar,dikatakan sampai jatuh lengan baju dan rida' Nabi.Apabila lengan tangan juga jatuh,disebut dalam sebuah hadis kata sahabat,''Kami melihat ketiak Nabi putih.''Allah tidak ciptakan ketiak Nabi ada bulu.Abu Juhaifah melihat sempurnanya Nabi berpakaian begitu elok sampai tidak boleh lupa.

Rambut Nabi jummah (simpan sampai paras bahu).Ada 3 cara Nabi saw simpan rambut.Pertama ghufrah ,iaitu potong rambut betul dengan telinga.Kedua, lammah ,potong rambut paras tengkuk.Dan ketiga jummah yakni potong rambut paras bahu.
Nab saw simpan rambut paras bahu,yang mana apabila berjalan,rambutnya memukul-mukul (menyentuh bahu).

Nabi saw berjalan hebat.Tidak lambat tetapi cepat.Cepat sepertimana orang turun dari bukit.Langkahannya cepat.Kaki depan memijak kemas.Kaki belakang mengangkat macam angkat kaki yang tenggelam dalam tanah.Kemasnya Nabi itu turun dari bukit.Pijak depan kemas,tarik belakang kemas.Dalam masa itu,Nabi saw berjalan dengan tongkat.Bila berjalan Nabi berjalan berat belah kanan.Kemas.Kemaih keming.

Kata Qailah Makhramah:''Aku melihat Nabi saw memakai kain yg sudah lama ,yang tidak dijahit.Kedua-dua kain ini diwarna dengan warna za'faran(kekuningan).Warna pakaian itu sudah luntur.(HR Tirmidzi).

Kuning sangat dilarang,hukumnya makhruh.Kuning yg lusuh yg dipakai Nabi saw menunjukkan begitu tawaduknya Nabi saw dan merendah dirinya Nabi saw.

Jika kita pakai baju lama,dengan niat ikut Nabi saw,untuk menunjukkan kerendahan ,ketawadukan hati.Dapat pahala.Jika kita pakai baju baru,untuk memperlihatkan nikmat ALLAH,pun dapat pahala.Namun jika pakai baju baru,untuk menunjukkan ada 'class' atau takut jatuh standard,haram kerana Nabi saw pesan,''Tidak masuk syurga orang yang ada dalam hatinya ada sebesar zahrah takabur.''

Orang beriman adalah orang yg seronok berbuat baik.Wallahua'alam.

~Murobbina Sheikh Zainul Asri Haji Romli
:: dicatit kembali oleh al faqirah pada 18Rabiulawal 1434H-30januari 2013


BAB SIFAT BACAAN DAN SOLAT NABI.
Sahabat tanya kepada Ummu Salamah bagaimana ibadah Nabi saw.Para sahabat tidak berasa puas nak tahu apa yg dibuat Nabi dalam rumah.Lalu Ummu Salamah menceritakan:

''Nabi tidur selama mana Baginda solat.(Jika solat 10minit tidur 10minit umpamanya).Kemudian selepas tidur,Baginda bangkit solat lagi selama mana Baginda tidur.Kemudian selepas solat,Baginda tidur selama mana dia solat.Begitulah seterusnya sehingga wafat.''

Jika tidurnya Baginda saw setengah jam,maka solatnya Nabi setengah jam berterusan sampai pagi.

Sebahagian orang mengingat tidur itu adalah kefarduan,maka semua orang kena tidur.Jika ingat tidur itu nikmat,maka bersyukurlah pada ALLAH.

Dan diantara tanda2 kebesaran Allah adalah tidurnya kamu diwaktu malam,jangan ingat satu keperluan sahaja.

Cara bacaan Nabi saw pula adalah huruf demi huruf (jelas),tidak laju hingga dikatakan oleh para sahabat bahawa mereka boleh hafal ayat al Quran yg dibaca Baginda saw oleh kerana kesederhanaan dan jelasnya bacaan Nabi Muhammad saw.

~Al hABIB ALI Zaenal Abidin al Hamid.


PROMOTE KITAB BARU MUROBBINA,AL FADHIL USTAZ MUHADIR HAJI JOLL.