Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Tuesday, March 19, 2013

Mahasiswa dan Isu Semasa


Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala pujian bagi ALLAH yang ,tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH Taala dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh ALLAH yang bersifat maksum dan sungguh agung.Semoga ALLAH memberi kita istiqamah dalam Islam.Hidup dan mati dengan keizzahan Islam.

     Siapa itu mahasiswa? Makna yang difahami bagi kita umumnya mahasiswa adalah masyarakat belajar yang mempunyai peranan 3K sahaja yakni kelas,kafe,dan katil. Jika ditingkat sekolah digelar pelajar, jika diperingkat universiti digelar mahasiswa dan jika pada sebutan pelajar sekolah pondok lazim disebut tholibul ‘ilm atau penuntut ilmu.Adakah peranan mahasiswa hanyalah mengelek buku,menggalas beg sekolah dan labtop semata-mata sahaja tanpa perlu memperdulikan keadaan umat sekeliling?Benarkah begitu peranan mahasiswa menurut istilah bahasa bahkan istilah syariat? Inilah mungkin kesimpulan naif kita tentang makna mahasiswa.

  Sebenarnya mahasiswa mempunyai maksud dan peranan yang lebih luas dari apa yang biasa kita ketahui.Jika dilihat sendiri secara harfiah pada perkataan M.A.H.A.S.I.S.W.A, sebenarnya ia terdiri oleh 2 suku kata iaitu maha yang membawa maksud besar dan berkuasa; dansiswa yang merujuk pada sekelompok pelajar atau penuntut di institusi pengajian tinggi.Hasil sintesis kedua-dua suku kata ini memberi makna yang lebih tinggi iaitu satu ‘bangsa’ yang bukan sahaja mulia disebabkan kesempatan belajar di institusi peringkat tinggi, tetapi turut mempunyai kuasa mobilisasi massa berteraskan kapasiti intelektual yang dimiliki oleh mereka.Dr. Zuhdi bin Marzuki (Universiti Malaya, 2001) mendefinisikan mahasiswa sebagai suatu kelompok pelajar yang yang berada dalam peringkat paling tinggi dalam sistem pendidikan formal sesebuah negara.Bagaimana pandangan Islam tentang mahasiswa?Mari bersama renungkan perkataan Saidina Saad Bin Abi Waqas,seorang pemuda bahkan mahasiswa acuhan madrasah Rasulullah saw."Aku adalah anak-anak panah Islam, campaklah aku ke mana saja, aku pasti berjuang untuk Islam" .
   Mahasiswa walau berapapun usianya adalah seorang hamba ALLAH bahkan mempunyai tanggungjawab sebagai khalifah ALLAH di bumi ini.Peringatan dari ALLAH dalam surah Az- Zariyat ayat 56 yang bermaksud ‘’Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia ,melainkan supaya mereka beribadat kepadaKu.’’.Itulah tujuan manusia diciptakan bahkan kita disuruh untuk mengikuti manhaj rabbani,yang selama-lamanya tidak dimasuki kebatilan daripada hadapan mahupun belakangnya dengan menegakkan hukum Allah dimuka bumi.Hamba hakikat tugasnya adalah berkhidmat.Khidmat kepada siapa? Menjadi khadam pada tuan siapa? Menjadi khadam dan berkhidmat kepada ALLAH,Rasulullah dan berkhidmat kepada umat Rasulullah saw.Bukti cinta pada Rasulullah ialah dengan mengikuti apa yang disukai oleh Baginda Nabi saw.


   Sebagaimana dalam surah Al Imran ayat ke 31,ALLAH berfirman yang bermaksud:’’ Katakanlah(Muhammad),jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku,nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang.’’
   Bagaimana pula peranan sebagai khalifah ALLAH mampu dilaksanakan dalam konteks mahasiswa yang kelasnya dari pagi sampai petang dengan timbunan  tugasan ‘assignment’ dan kertas kerja? Apakah dengan menjadi Perdana Menteri barulah kita dapat melaksanakan tugas sebagai khalifah di bumi ALLAH? Apakah selepas grad barulah kita ditaklifkan tugas mentadbir bumi dan alam? Apakah di sini atau di planet lain barulah kita mampu melaksanakan tugas wajib sebagai khalifah ALLAH ini? ‘’Kita lihat, ada individu yang menyedekahkan 'hidup' dan masanya terhadap kerja dakwah bersama masyarakat.Kita lihat, ada kumpulan yang mewakafkan 'hidup' dan tenaganya terhadap perjuangan Islam.Kita lihat, ada individu yang mengorbankan kesenangan berkerusi empuk dan berhawa dingin, terhadap membetulkan ummah yang semakin 'sakit'.



Kita lihat, ada individu yang memerah otak dan tenaga, bersengkang mata memberatkan minda, demi memikirkan nilai Islam yang tercemar dek kerana penganutnya.Hari ini, kita. Sekarang kita tanya pada diri, adakah aku sekadar melihat dan menjadi pengulas terbaik?’’Inilah kalam hikmah yang dinukilkan Imam Muda Fattah yang diilhamkan ALLAH buat muhasabah kita bersama sebagai mahasiswa.

   Sedar sudah faham pun sudah,mari kita cari solusi.Peranan mahasiswa adalah berdakwah,pada umat Nabi yang dicintai.Umat yang mundur  ialah umat yang tidak belajar dari sejarah sebagaimana orang yang berjaya ialah orang yang belajar dari kesilapannya.Kerana dari sejarahlah mematangkan pengalaman dan ilmu kita akan datang.Mahasiswa yang rata-ratanya adalah pemuda Islam sama ada dahulu dan kini pada setiap peringkat dan sejarah adalah tunggak kebangkitan umat Islam.Merekalah rahsia kekuatannya,punca kemegahan dan kemuliaannya,pengibar panji-panji dan benderanya,panglima bala tenteranya ke arah kebesaran dan kemenangan.


   Sebagaimana firman ALLAH dalam surah Al Kahfi ayat ke -13 yang bermaksud’’Sesungguhnya mereka itulah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka,dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk.’’


  Menjadi tanggungjawab kita sebagai mahasiswa sekaligus sang pemuda dan pemudi untuk mengetahui bahawa sekumpulan mukminin yang berpusat di rumah Al Arqam,di atas tangan mereka terlaksananya kemenangan Islam;mereka semuanya adalah para pemuda.Rasulullah saw sendiri berumur 40tahun ketika bangkit menjadi nabi,Saidina Abu Bakar r.a lebih muda daripada Nabi saw sebanyak tiga tahun,Saidina Umar r.a ketika itu berusia 27 tahun,Bahkan Saidina Usman r.a lebih muda daripada Rasulullah saw begitu juga Saidina Ali hanya berusia 10tahun tatkala menggantikan tempat Rasulullah diperaduan Baginda pada malam penghijrahan.Begitu juga Saidina Bilal Bin Rabah,Saidina Abdullah bin Mas’ud,Mus’ab Bin Umair dan ramai lagi yang mana kesemuanya adalah pemuda yakni mahasiswa acuan madrasah Rasulullah saw.Para pemuda itulah yang telah menanggung di atas belakang mereka bebanan dakwah.Merekalah yang begitu hebat tarbiahnya dari ALLAH,yang menjadi ibarat singa garang di siang hari namun abid yang taat di malam hari dengan bermunajat kepada Tuhannya.Apa yang mereka bersusah-payah perjuangkan? Itulah udara Islam yang mampu kita sedut sampai ke saat ini.Islam yang tidak lain hanya dapat disebarkan dengan cara penyampaian dakwah.


  Berbalik kepada tugas utama kita sebagai makhluq ALLAH di bumi ini yakni hamba dan khalifah,begitulah peranan yang mampu dimainkan kita sebagai mahasiswa kepada masyarakat dan negara adalah menuntut ilmu dan berdakwah.Sebelum kita berbicara lebih lanjut tentang dakwah yang boleh dimainkan oleh gerakan mahasiswa ini,marilah kita sama-smaa selusuri kisah insan kamil yang begitu mulia akhlaqnya yakni Habibuna Mustofa Rasulullah saw dalam perjuangan dan cintanya kepada umat.Allahuakbar!
  Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayyidina Umar r.a. yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,’’Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
  "Ya Rasulullah.. mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya? Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."


   ‘’Sesungguhnya Nabi saw yang terpilih,empunya  kasih sayang dan kemulian.Mengingatinya adalah pengubat,apabila ditimpa penyakit.’’Begitulah maksud qasidah yang dialunkan oleh para Muhibbeennya.Begitu cinta umat kepada Rasulullah pasti tidak dapat menandingi cinta Nabi kepada mereka.Jadi balasan kepada cinta Nabi saw kepada kita walaupun rasanya tidak mampu kita balas segala jasa Baginda saw ialah dengan berdakwah memperjuangkan Islam.Firman ALLAH dalam surah Al-Imran surah 104 yang bermaksud:’’Dan hendaklah ada kalangan kamu segolongan yang menyeru kepada kebaikan,menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari munkar ,dan mereka inilah orang-orang yang beruntung.’’Sabda Nabi saw juga:’’Umpama orang-orang yang tinggal dalam sempadan-sempadan ALLAH itu adalah seperti suatu kumpulan manusia yang menaiki kapal.Setengah duduk di atas,manakala setengah pula duduk ditingkat bawah.Orang-orang yang duduk ditingkat bawah itu bila hendak mengambil air (dari laut) terpaksalah mereka melalui tempat yang diduduki oleh orang-orang di atas,lalu mereka berkata:’’Kalau kita tebuk lubang di sebelah bawah ini untuk mendapatkan air tentu kita tidak akan mengganggu orang-orang yang di sebelah atas.Maka kalaulah mereka itu dibiarkan melakukan apa yang mereka niatkan itu,nescaya semua orang di atas kapal itu akan binasa.Kalau mereka dicegah,kesemuanya akan selamat.’’.Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


  Mafhum kalam dari ayat suci al Quran dan hadis sunnah Nabi saw adalah kewajipan untuk berdakwah itu wajib bagi semua.Demi menjaga nikmat Islam dan hidayat yang kita kecapi sekarang ini khususnya di bumi Malaysia,di mana kita Islam sebagai warisan dan amnya di dunia ini,amatlah penting bagi semua terutama golongan pemuda untuk ambil cakna keperluan berdakwah kepada masyarakat.Bertitik tolak daripada keinsafan dan kesedaran terhadap betapa tingginya nikmat dan hidayat di dalam jiwa kita,kita wajib berjuang dan menggerakkan harakah Islamiyah di tanah air tercinta ini.Sunnah Nabi saw yang terbesar yakni dakwah ini tidak boleh dilakukan keseorangan melainkan secara berjemaah.Melalui jemaah,maka suasana Amal Jamaie akan dapat melahirkan kesatuan kerja (wehdatul ‘amal).Bahkan kerja secara berjemaah juga dicintai oleh ALLAH Taala. Dalam surah As Saff ayat ke-empat ,Tuhan kita ada menyebut:’’ Sesungguhnya ALLAH sangat mencintai mereka yang berperang (berjuang) di jalan-Nya di dalam keadaan barisan yang seumpama bangunan yang kukuh.’’

   Penglibatan mahasiswa dalam persatuan juga salah satu bentuk memberi sumbangan kepada masyarakat dalam bentuk dakwah umum.Adapun selain dari itu,pentingnya mahasiswa untuk menguasai pelbagai bidang cabang ilmu bukan sahaja meliputi ilmu dalam bidang pengajiannya di kolej atau universiti bahkan ilmu lain seperti ilmu fekah,ilmu politik,ilmu tasawuf dan lain-lain amat penting sebagai persiapan sebelum bertemu masyarakat.Ilmu tiu umpama cahaya.Semakin kita mendekatinya,makin banyak cahaya kita dapat.Bahkan untuk mendapatkan ilmu yang faqih harus diketahui juga dari mana punca ilmu itu datang.Sebaik-baiknya belajarlah ilmu dari guru yang mursyid dan beramal dengan ilmu sama ada sistem belajar secara menghadap guru atau talaqqi atau belajar seperti kelas macam biasa.


  Jangan pernah puas mencari ilmu.Ilmu pertarbiyahan diri juga amat penting.Kerana sebelum kita mentarbiyah orang,kita terlebih dahulu ditarbiah.Kepentingan tarbiah kepada dakwah dan perjuangan adalah seperti air di dalam badan manusia.Air amat diperlukan di dalam badan manusia ,namun ia perlu bergerak dan dijelmakan dalam pelbagai bentuk seperti darah,membaiki tisu dan sebagainya.Seandainya air itu diperam didalam badan sahaja,ia akan membusuk dan menyebabkan penyakit.Adapun begitu juga segala ilmu dan potensi yang dibina dalam tarbiah yang tidak diterjemahkan dalam bentuk aplikasi dakwah akan menyebabkan seseorang itu penuh dengan penyakit hati sehingga lebih suka menjadi penghukum(qadhi) berbanding penyeru (da’ie) ke arah kebenaran (Ad Du’aat Ilallah).Bagaimana mungkin jug yang kosong ingin mengisi gelas yang kosong,begitu juga  bagaimana mungkin daie yang tiada ilmu ingin menyumbang ilmu dan mengisi tarbiah dalam diri masyarakat.

   Sedangkan isu-isu seperti bila tarikh duit ptptn dan jpa masuk,kita ambil cakna apatah lagi isu-isu umat seperti isu di Lahad Datu atau isu di Palestin seharusnya kita lebih ambil cakna.Mengetahui isu-isu semasa yang bersangkut paut dengan masalah umat khususnya dan keselamatan negara umumnya berkaitan dengan hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Daud :’’Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan kaum muslimin,maka ia bukanlah termasuk daripada kalangan mereka.’’Bahkan Rasulullah saw juga memberi pesan bahawa,riwayat Sahih Bukhari dan Muslim:’’Orang beriman dengan orang beriman yang lain seperti jasad yang satu.’’Sekiranya salah satu anggota mengalami kesakitan,maka seluruh jasad akan turut berjaga malam,merasa panas dan gusar’’Begitulah sifat Mukmin sejati yang ambil peduli akan apa yang berlaku sekeliling.Hanya saja perkara tersebut seperti yang berlaku di Palestin dan Lahad Datu tidak berlaku pada keluarga kita.Setelah mengetahui isu-isu semasa yang berlaku,sudah semestinya kita tidak hanya berpeluk tubuh dan menjadi pemerhati sahaja tanpa sedikit melakukan sesuatu untuk masyarakat Islam yang teraniaya.Sekurang-kurangnya gempur kempen ‘Like And Share’ di Facebook tentang isu-isu sebegini agar sahabat-sahabat yang lain juga turut dapat berkongsi.Dan berdoalah selalu itu amat penting sepanjang masa.Doa adalh senjata bagi mukmin.


   Bagaimana pula peranan mahasiswa kepada negara? Sekarang ini kita dalam fatrah PRU.Pilihan raya yang sepatutnya bertukar tampuk pemerintahannya 4tahun sekali di negara kita lewat hampir setahun. Sesungguhnya sistem demokrasi yang diamalkan di negara kira adalah mengikut keadaan semasa.Adapun mengundi bagi pengundi yang sudah layak adalah sebuah kewajipan bagi kita sebagai seorang Muslim.Maka,tunaikan kewajipan sebaik mungkin.Memilih pemimpin yang benar-benar mahu menjalankan amar makruf dan nahi munkar pula adalah dituntut oleh syarak berdasarkan ijmak iaitu kesepakatan para ulamak. Bahkan memilih jemaah walaupun masih dalam kelompok pelajar adalah suatu kewajipan dan merupakan langkah untuk mendapat rahmat ALLAH.Kenapa dikatakan begitu? Mari kita teliti hadis daripada Muslim yang diriwayatkan daripada Rasulullah saw:’’ Hendaklah kamu berada dalam jemaah,kerana sesungguhnya berjemaah itu rahmat,sedangkan perpecahan itu merupakan azab.’’Jangan pula kita menganggap politik dan Islam itu asing-asing melainkan dua-duanya adalah satu.Hatta Rasulullah saw adalah ketua poltik dan pemerintah terbaik yang wajib dicontohi.Hanya saja,kita bersederhana dan tidak taksub dengan sesuatu gerakan Islam.Ini kerana prinsip gerakan Islam yang digenggam kuat oleh pendokong-pendokongnya bukanlah berbentuk intima’ syakhsi (fanatik individu) atau intima’ maslahi( ada kepentingan lain),akan tetapi prinsip tersebut dilaksanakan atas dasar intima’ ‘aqidi (tuntutan akidah).


   Sebagai kesimpulannya,mahasiswa memainkan peranan yang amat penting dalam masyarakat dan negara.Mari kita sama-sama renungkan kata-kata daripada seorang ulama yang cukup istiqamah dalam perjuangan Islam iaitu Sheikh Zainol Asri Haji Romli:’’Kita adalah generasi yang dikaderkan oleh generasi terdahulu,mereka tinggalkan hasil perjuangan pada kita.Kita inilah sedang bekerja untuk generasi seterusnya.Jadi kita kena jadi yang terbaik,bersungguh-sungguh untuk meneruskan perjuangan ini.Jangan futur,jangan rebah,jangan lemah.Kita kena ingat,kerja Islam tiada masa kosong,kalaulah kita berjuang tetapi masa kosong banyak,itu mungkin ada yang tidak betul.’’Janganlah kerana kita berstatus mahasiswa kita merasakan tugas untuk mendidik umat hanya dapat dilaksanakan bila sudah grad dari universiti atau apabial dirasakan ilmu sudah cukup.Namun buatlah semampu kita apa yang mampu disumbangkan buat negara agar kelak daulah Islamiyah dapat ditegakkan.Jangan tanya apa yang negara boleh beri kepada kita,tetapi tanyalah apa yang kita mampu beri kepada negara.Akhir kalam,ingatlah jasa orang yang paling berjasa kepada kita hingga ke saat ini yakni Habibuna Mustofa Rasulullah saw.Kerana kita ,air mata Rasulullah saw mengalir,kerana kita darah Rasulullah menitis,kerana kita peluh Rasulullah saw menitik.Maka apakah kita hanya mengalirkan air liur dengan banyak bermimpi dan berangan-angan untuk tegakkan Islam dinegara kita tanpa sebarang usaha?? Tepuk dada,tanya iman.Wallahua’alam.



Friday, March 1, 2013

Kerna Ilmu...

SUbhanallah ..alhamdulilah..Allahuakbar..

Allahumma solli a'la Muhammad..

Drpd kata-kata Al Habib Abdurrahman Bin Ali Al-Masyhoor yg diterjemahkan oleh Al Habib Ali Zainal Abidin... Yang lebih kurang maksdnya...

"Kita semua penuntut2 ilmu, yg selalu berada di dalam majlis2 ilmu, ini sebenarnya adalah satu anugerah yang besar oleh Allah SWT kepada kita... Kita yang dtg, semata mata untuk mencari ilmu untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT... Yg dgn ilmu itu, dinaikkan darjat seseorang itu disisi Allah... Akan tetapi, ada juga dgn ilmu, seseorang itu djatuhkan darjatnya kerana tidak menunaikan apa yg menjadi hak kepada ilmu itu..

Ada satu kisah, Seorang hamba sahaya yg berkhdmat kepd tuannya, yg setelah sekian lama berkhdmat kepada tuannya, maka tuannya membebaskannya drpd penghambaannya... Setelah itu, keluarlah hamba itu drpd rumah tuannya, tiada tempat yg ingin dituju, tiada tempat untuk dia menginap dan tiada makanan untuk dia makan... Dahulu, semasa dia menjadi hamba semua ditanggung oleh tuannya... maka setelah bebas tiada lagi semua itu kerana semuanya ditanggung oleh dirinya sendiri.... Sedang dia mencari tempat berteduh dan menginap, maka terjumpa satu madrasah di sebuah bandar.... Dia pom masuk ke dalam mdrasah itu, dilihat disitu ramai pelajar2 yg sedang beljar.. maka dia bertanya, ini tempat apa... Diberitahu ini madrasah, dan org yg tggal disini dpt makan, dpt mnum dan dapat tempat tinggal...

Maka dia pom meminta untuk masuk distu juga dgn niat untuk dpt tempat tggal dan minuman... Setelah berada disitu, dia sgt seronok beljar sehingga dia menjadi salah seorang pelajar yg tersohor disitu... Sampai satu ketika, ditakdirkan oleh Allah, guru yang mengajar disitu meninggal dunia.. maka pelajar2 bermusyawwarah antara satu sama lain untuk mencari pengganti... Setelah bermusyawwarah, hampir semua pelajar disitu mengarahkan supaya dia yg dulu menjadi hamba sahaya supaya meneruskan perjuangan guru tersebut di madrasah itu yg akhirnya dipersetujui oleh dirinya... 

Setelah sekian lama dia menjadi mudir disitu yakni pengetua di madrasah itu, dtg seorang kaya ke madrasah itu untuk memberikan sumbangan.. Ramai pelajar disitu menyambut org kaya itu, walaubagaimanapun org kaya itu tidak pernh sekali pom melihat kepada guru disitu yakni pengetua madrasah itu... Setelah disambut dengan begitu hebat, dijemput dia untuk jamuan, dan dalam jamuan itu disertai dgn pemberian hadiah drpd org kaya itu kepada anak2 pelajar disitu.. Setelah selesai pembahagian hadiah, maka mudir disitu yakni hamba itu, memanggil org kaya itu untuk bercakap secara bersendirian... maka pergi org kaya itu bersama mudir itu... Setelah masuk kesuatu tempat, mudir itu bertanya, kamu ini bernama fulan, ibu kamu bernama fulan, isteri kamu bernama fulan dan anak2 kamu bernama fulan, dan fulanah.. dalam rumah kamu ada itu dan ada ini... Maka org kaya itu terkejut, beliau kehairanan, bagaimana mgkin mudir itu mengetahui semua nama dan barang dlam isi rumahnya...

Lalu diberitahu kepada org kaya itu, akulah hamba sahaya yg dulu bekerja di rumah kamu... Sekali lagi org kaya itu terkejut.. Dia lalu bertanya, bagaimana kamu ini boleh mendapat kedudukan yg sedemikian yakni kedudukan yg begitu tinggi, disanjung, dan dipuji oleh orang ramai.. Hamba itu lalu menjawab, ini hanyalah kerana ilmu.. lalu dengan ilmu ini akan diangkat darjat seseorang itu dengan dia menghiasi dirinya dengan ilmu dan amal dan akan menjatuh seseorang itu bilamana dia tidak mengamalkan ilmu yang didapatnya...."

Jd begitulah hebatnya kedudukan ilmu itu disisi Allah bila mana kita menggunakan ia pd jalan yg Allah redhai... Moga penulisan ini menjadi satu pembakar semangat bagi diri kita untuk pergi menuntut ilmu, dan mengamalkan ilmu2 tersebut... Wallah hua'allam...

Share dari sahabat MTAN,adik seguru. :)