Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Wednesday, September 7, 2011

Koleksi cerita >HUSNU KHATIMAH

 MATI DALAM KEADAAN 'HUSNU AL-KHATIMAH'






Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar
Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.
Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.
Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.
Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.
Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!
Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.
Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!
Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.
Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!
Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.
Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.
Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.
"Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M.
"Hello, ustaz M ye?"... satu suara bertanya.
"Ya, ustaz M bercakap".
"Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?", sang suara meminta kepastian.
"Imam...imam. ...yanng mana satu....ermm. .oh...ya. .ya..ingat. .ingat... ", ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
"Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu sang suara ringkas.
"Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ",
balas ustaz M.

Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari 'pending'. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.
Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.
Bismillahir Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. ..
Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?
Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.
Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku...terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan "ALLAH"!
Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.
Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan?....
Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.
Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya.
Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.



MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT


Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.
Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.
Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.
Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari
Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.

Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.
Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa..... ......... ......... .". Tiba-tiba imam ini terdiam....
Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.
Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu' nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.
Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.
Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf
hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh
diucapkan selepas itu melainkan, "Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun..." .

Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.
Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi...dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia....Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan...
Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.
Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?... .
Ya,
Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M...
Subhanallah!
Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;
"Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka
muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok
melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah...Ya Allah..Ya
Allah....... ......"

Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa
ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!

SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!
Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!
Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.
Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.
Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi
kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh
amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.

Wallahua'lam.
"Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam" yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:
[101] "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".
kisah benar yang memberi pengajaran kpd kita semua...
MATI KETIKA SUJUD
Seorang pemuda America yang berasal daripada Sepanyol telah berjumpa dengan saudara-saudara kami di sebuah Markaz Islam di Brooklyn, lalu berkata dengan kata-kata ini: “Saya mahu menjadi Muhammadian (pengikut nabi Muhammad (SAW)).” Mereka bertanya kepada beliau: “Siapa kamu dan apa cerita kamu?” Beliau menjawab: “Tunjuklah (apa yang perlu dilakukan) dan jangan tanya saya.” (Kata mereka): “Mandi!”, lalu beliau pun mandi. (Kata mereka): “Sebutlah dua kalimah shahadah”, dia pun menyebut: “Laa ilaha illallahu, Muhammadur-Rasullah (Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan Muhammad adalah Rasul Allah).”Mereka mengajarnya bagaimana untuk solat, lalu beliaupun solat. Beliau bermula dengan solat Subuh, kemudian Zuhur… Beliau solat hari pertama, hari kedua, hari ketiga. Saudara-saudara kami perasan tentang kekhusyukannya, dan panjang sujudnya, dan tangisannya, semua saudara-saudara kami memerhatinya. Beliau sujud, (seolah-olah) tidak mahu mengangkat kepalanya! Beliau sujud, sambil menangis dengan lamanya! Apabila beliau mendengar al-Quran, beliau menangis! Pada hari ketiga, selepas solat Maghrib, salah seorang saudara kami duduk bersebelahan dengannya lalu bertanya: “Wahai saudaraku! Aku rasa terlalu kecil di sisimu! Tidak aku lihat kepadamu, kecuali aku lihatmu menangis! Apabila kamu sujud, kamu tidak mahu mengangkat kepalamu daripada sujud (kerana lama sujudnya). Siapa kamu dan apa ceritamu?”

Beliau pun menceritakan bahawa beliau dahulunya seorang kristian dan mencari kebenaran. Beliau membaca tentang Islam dan agama-agama lain dan beliau meminta Allah (azza wa jalla) agar menunjukkan kepadanya kebenaran! Lelaki ini mencari kebenaran! (Katanya): “Waktu malam hari yang saya berjumpa kamu itu, saya tidur sambil menangis dan meminta Allah agar menunjukkan kepadaku kebenaran! Dan dengan sebenar-benarnya! Maka aku telah melihat di dalam mimpi tidurku nabi Isa (AS), menunjuk kepadaku dengan jari telunjuk kanannya sambil berkata kepadaku: ‘Jadilah Muhammadian (pengikut Muhammad)!’ Kemudian akupun keluar daripada rumahku dan berjumpa dengan kamu.”

Saudara-saudaraku bersumpah dengan nama Allah (sambil menceritakan lagi): Muazzin pun memanggil azan untuk solat Isya’. Beliau pun masuk bersamanya untuk solat Isya’, dan di rak’at pertama, beliau melakukan sujud tetapi tidak mengangkat kepalanya. Saudara-saudaranya ingatkan beliau tertidur. Apabila solat berakhir, Imam pun memanggilnya, dan saudaranya yang berada di sebelah pun memanggilnya, tetapi beliau tidak menjawab. Salah seorang pun bangun dan menggerakkannya, lalu beliaupun jatuh. Barulah mereka tahu bahawa rohnya telah dicabut oleh Allah sedangkan beliau dalam keadaan sujud!

Inilah husnu al-Khatimah!

sumber :
http://pbasmkps.blogspot.com/2010/03/mesti...tika-sujud.html

Tuesday, September 6, 2011

cukuplah kematian itu menjadi pengajaran buatku..insan kerdil..

Ramadhan berlalu pergi..
Meninggalkan seribu erti buat ana...
Kedatangan ahli keluarga baru..
Dan kehilangan saudara yang baru ana kenali lebih kurang 2tahun..
Menerusi kebaikan arwah sekeluarga..hubungan kami menjadi erat..hanya ALLAH yang tahu..perasaan ana.
Anaknya yang suka mengusik menjadi hiburan disaat ana kecundang..
Terima kasih  sahabat..
Jenazah abahnya dimandikan dan dikapankan dan disembahyangkan sendiri oleh anak sulung lelakinya..
Mabruk ustaz!! Ana tumpang gembira mengenalimu..
Beliau adalah antara ibrah yang sangat besar dalam riwayat hidup ana....
Atas nama dakwah...

Cubaan senang dan susah datang berganti-ganti..
Arwah yang sudah lama sakit meinggalkan dunia dengan husnu khatimah..
InsyaALLAH..arwah pergi dengan bekalan yang cukup..ana tahu itu..
bagaimana ana tahu??
Pernah mendengar seorang ulama berkata:
Lihatlah kebaikan si mati dengan melihat seramai mana manusia yang menziarahi pengebumiannya
Tanda sesorang Muslim itu matinya adalah husnu khatimah juga adalah dahinya berpeluh sebagai kafarah ALLAH buatnya..insyaALLAH..

ya,ALLAH..hamba rasa tidak layak dan tidak mampu ke syurgaMu..
di dunia hamba merindui berjumpa dengan KEKASIH pada kekasihMu...
Uhibbuka ya Rasulullah saw..
Adakah di sana hamba dapat berjumpa dengan insan2 yang hamba sayangi...


Satu permintaannya buat ana..tak dapat ditunaikan..
kecil permintaanya tapi besar impaknya pada diri ana sekarang..
arwah membelikan ana nasi lemak dan menyuruh ana makan..
Tapi ana hanya senyap..hanya minum susu..kerna ana kurang suka nasik lemah yang dibeli diluar..
Maaf Pak.long..
Saat ana sedang membaca buku bertajuk' Isteri2 Nabi',ketiduran di ruang tamu rumahnya..
Nasik baik tak menitis air liur basi..heheh..
Lalu lah P.long melihat ank sepupunya yang kebosanan..
Pak Long menemankan ana dan kami berbicara tentang dakwah bil tabligh..
Ana sangat tertarik mendengar ceritanya..tapi ana mendengar suara P.long lemah..
Beberpa bulan kemudian.......


Malam itu ana mendengar berita kepulangan P.long disisi Rabbul Izzati..
Sungguh kami menyayanginya namun ALLAH lebih sayangkannya..
Hampir saja ana beradu hujah dengan mama..tapi mama nampak berat jah nak mengizinkan..
Ana bertegas ingin pergi ke Kulim untuk melihat arwah buat yang terakhir..
Apabila abah tahu.lagilah dia tak bagi risau ana daranya sorang2 tambah2 takut tak sempat balik..
Ana nekad..mama abah,tolonglah restui kak yah,...
Hampir jam 1pagi,selepas selesaikan hak dari yang hidup kepada si mati..
Sebak di dada tak dapat ditahan2 lagi..
Bercucuran H20...
Ya,ALLAH..sungguh aku menyayanginya kernaMU..
Mungkin ada hikmahnya..
Pagi itu cuba mencari tiket di stesen bas terdekat..
tapi apakan daya... tiket haBIS..
ya,ALLAH..dan hanya padaMu hamba bertawakal..
ku kirimkan jutaan doa dan ku tiupkan semangat buat saudara2 disana..

DALAM INGATAN..
~zulkhairi bin muhammad akhir 7syawal 1432h~
p/s:
BAgi sesiapa yang sudi dan telah membaca pos ini..mohon dibacakan 7x al fatihah dan 3x al ikhlas dan niatkan pahala kepada beliau..

Cukuplah kematian itu pengajaran buatku..
Wallahulam.


.. Satu masa nanti, di situlah tempat kita. Tiada daya yg mampu mengelak dari sakaratul maut. Mampukah kita bayangkan betapa kuatnya suara malaikat Munkar dan Nakir? Mampukah kita menghadapinya?


كُلٌّ نَفسٍ ذَائِقَةُ الْمَوت..

Setiap yg bernafas pasti akan merasai mati..

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة..
Ya Allah, matikanlah kami dengan husnul khotimah. Janganlah Engkau matikan kami dengan su-ul khotimah..

Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan..

                                             ~dalam kenangan Pak long Zulkhairi~



~Pasti Arwah sedang tersenyum sekarang..bersama Rasulullah saw dan para kekasih ALLAH tercinta..perjuangannya telah selesai..tinggal kita,bagaimana nasib kita...temukan kami dengannya di jannahMu..teringat arwah Tok Ayah..meninggalnya dalam perjalanan ke masjid di waktu subuh..ALLAH......AKU HANYA HAMBA KERDIL..setitis lagi air jernih mengalir di pipi...~

Monday, August 8, 2011

18 JAM SEBELUM USTAZ ASRI PERGI TAK KEMBAL

by Blog Teh Secawan on Wednesday, 27 July 2011 at 19:51
Ikuti kisah luahan hati seorang sahabat kepada Allayarham Asri bin Ibrahim ini...
Semuanya bermula dari satu panggilan, tengahari 12 Ogos 2009….

ASRI: Assalammualaikum! Man, anta kat mane?

AKU: Kat syurga… hehehe (gurau. Sebenarnya baru bangun tidur)

ASRI: Cit! ana pun nak jadi cam anta lah! Hahaha… (melayan gurauan)

AKU: Maqam ana lain, hehehe. Anta, ALLAH jemput direct; lagi hebat!
(masih lagi mood gurauan @ isyarat?!)

ASRI: Dah! Dah! Jadi tak jumpe?

AKU: Jadi. Kenape?

ASRI: Jumpe lewat sikitlah. Ana nak meeting dengan rabbani. Pas tu jumpa Pyan jap kot.tapi tak tahu lagilah…

AKU: Cam ni lah! Anta setel semua, anta call. O.k?

ASRI: O.k! Insya’ALLAH

Seperti yang dirancang kami pun bertemu di area Taman Dr. Ismail. Kami bercerita segala kisah yang mungkin termasuklah perihal Rabbani, tugas dakwah dan agenda projek baru bersama.

AKU: Insya’ALLAH, takde aral melintang album zikir baru anta dengan Hijjaz kuar Ramadhan ni

ASRI: Album mane ni?

AKU: Kan kita ade dua album yang belum release lagi. Satu, yang amalan orang-orang melayu. Satu lagi yang Ratib Hadad tu.

ASRI: Abis anta kuar mane dulu?

AKU: kuar yang ada amalan tok janggut, mat kilau, tokku paloh tu. O.k tak?

ASRI: mmm…bagus gak tu. Jarang ada konsep album macam tu. Paling kurang ada gak yang amalkan. Ana pun dapat saham kat sana nanti.

AKU: Anta tahu title album ni

ASRI geleng kepala. Kemudian didongak-dongak kecil kepalanya dengan matanya yang turut bergerak-gerak sebagai isyarat mahu tahu.

AKU: Amalan Perisai Ghaib!

ASRI: Fuhyooo!!! Masya’ALLAH! Masalahnya ana sendiripun tak ghaib lagi.

AKU: mana tau….tah-tah anta ni dah jadi wali …..

ASRI: Amin!!!!

Kami gelak besar selepas tu. Semua yang ada di restoran itu memandang.

ASRI: Man, anta nak tengok ana ghaib tak?

AKU: Cubalah…….hehehe

ASRI: Tapi kalau ana tak datang balik, anta cari ana tau. Jangan nangis lak….

Kemudian, ASRI bangun dari tempat duduk dan berlalu dari situ…

AKU: Hah!? Nak pi mana pulak tu???

ASRI: Tandas lah! Ni ghaiblah ni. Ghaib dari mata anta…(tersengih)

AKU tergelak. Tersengih. Pandai ASRI kenakan AKU. Beberapa minit kemudian, ASRI kembali. Kami pun bercerita layaknya seorang sahabat dengan sahabat – persis abang dan adik; tentang buku ASRI yang terbaru. AKU ceritakan susunan buku yang hampir siap itu.

ASRI: Okey tu…tapi ana letak tajuk buku kali ni boleh?

AKU: cantikkkk! Apa dia?

ASRI: Maaf, Kalau Aku Tak Sempurna…. Ok tak?

AKU: Wah! Ini sudah lawan ayat namanyer….hehehe

Tawa kami berderai lagi….. Kami terus berceritera lagi, tentang jodoh AKU pun ada; sempat juga sekali dua AKU terkena sedas dua nasihatnya. Kata-katanya kali ini begitu mengesan sangat di hati AKU.

ASRI: Man…apa pun, ana setuju jer dengan anta. Ana nak balik awal lah ari ni. Rasa letih. Penat. Esok 9 pagi nak gi RTM , ada program…

AKU: Okeylah! Anta baliklah terus. Rehat.

Kami pun bersalaman. Kuat genggamannya. Ditepuknya bahuku beberapa kali. Kami berpecah arah. Tak jauh kaki AKU melangkah, ASRI memanggil.

ASRI: man, anta tahu tak? Dah lebih 15 tahun kita berkawan kan? Tapi takde satu pun gambar ana dengan anta. Meh! Sini kita tangkap gambar jap…

AKU: hahaha…merepeklah! Tak penting tu. Lain kali ajer lah.
Malu lah nak bergambar dengan orang yang wajah ahli syurga ni

ASRI ketawa melihat keletah malu-malu kucing AKU. Dan aku pun terus meninggalkannya tanpa menunaikan permintaan itu. Yups! Permintaan terakhirnya… kami berpisah untuk berpisah selamanya!

Ya ALLAH…aku rindu. Aku semakin rindu. Rindu sangat.

“33 jam yang lalu, dia masih tak lokek dengan senyuman, dia mampu bercanda tawa di sebuah pertemuan hati ke hati. Tapi hari ini tadi, dia kaku – diam seribu bahasa – namanya ku panggil tak bersahut lagi. Tangan yang semalam bersalaman, menjadi tangan yang memandikannya; mengkafaninya.

Ya ALLAH benar kah semua ini? Mimpikanlah ini semua!!!!!”

SILA KLIK BUTANG 'SHARE' SELEPAS MEMBACA ...tqq

Ahlan Wa Sahlan ya Mualimna!!!

dUHAI joDOHKU..

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Saturday, June 18, 2011

Tausiyyah Habib Zein bin Ibrahim BIn Sumaith

alhamdulillah..pertama-tamanya, marilah bersama-sama wahai jasad kerdil, wahai hati hina, wahai minda faqir untuk bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

untuk apa demo suruh ambo bersyukur? (^_^)

alhamdulillah, minda faqir ini masih mengingati ayat yang masih "panas" iaitu 2 hari yang lalu (yakni 13 Jun 2011M di Balai Islam Lundang) yang dilafazkan oleh sang guru yang mulia, al-'Allamah al-Habib Zein bin Sumaith..

katanya al-'Allamah al-Habib Zein bin Sumaith, (yang bermaksud) : "manusia yang tidak bersyukur adalah manusia yang tidak mengenali dirinya adalah hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala, manakala manusia yang bersyukur adalah manusia yang mengenali dirinya adalah hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala dan seterusnya berusaha menjadikan dirinya sebenar-benar hamba Allah yang bersyukur"..

astaghfirullah..(T__T)

apakah yang dimaksudkan "menjadikan dirinya sebenar-benar hamba Allah yang bersyukur"?

ia adalah merujuk kepada segala ni'mat yang diperolehi oleh engkau wahai diri, bagaimana ni'mat mata contohnya, ke arah manakah engkau membawanya?

andai ke arah kemaksiatan, maka dirimu sebenarnya tidak bersyukur dengan anugerah ni'mat itu, andai ke arah keimanan, maka dirimu sebenarnya (insya Allah) bersyukur dengan anugerah ni'mat itu..

wallahua'lam..(T__T)


Wahai hati, wahai jiwa, wahai jasad..di sini ada sedikit tausyiah yang mana isi-isinya sudah kita dengari bersama, dan kita hayatinya pada 2 hari yang lalu, iaitu pada "pertemuan kita yang pertama bersama sang guru yang mulia"..

di mana, pada pertemuan kita yang pertama bersamanya, iaitu pada hari Isnin malam selasa, iaitu bermulanya ia selepas waktu Maghrib, kita telah "dihidangkan" dengan "makanan rohani" yang "enak bangat"..

alunan ayat suci dari kitab yang mulia, Al-Qur'an membuka tirai hati yang terhijab..
alunan ayat qasidah dari susunan para habaib menjirus hati dengan air-air yang membawa ketenangan..

dan..tibalah saat ditunggukan hati ini, semakin kuat debarannya..

akhirnya, sang guru yang mulia, al-'Allamah al-Habib Zein menggerakkan lidahnya, maka hanyutlah seketika hati ini di dalam menghayati setiap kata-katanya..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)



dimulai tausyiah itu, sang guru yang mulia telah memperkatakan tentang dua ni'mat yang besar yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada setiap hamba-Nya..

di antara dua ni'mat yang besar itu adalah hadirnya kitab yang mulia, Al-Qur'an kepada Nabi besar, Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam sebagai pemberi rahmat kepada sekalian alam..

sesungguhnya segala-galanya adalah kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..


namun..

katanya sang guru yang mulia ini, "berapa banyak manusia, mereka baca (yakni baca Al-Qur'an), akan tetapi mereka tidak memahaminya, pada hal tujuan daripada pembacaan Al-Qur'an adalah dibaca untuk difahami, untuk diketahui, mengambil akhlak, mengambil adab dan apa yang ada di dalamnya"..

astaghfirullah..(T__T)

katanya lagi, sang guru yang mulia, "kemudian, ni'mat ini adalah ni'mat yang besar dari Allah Subhanahu wa Ta'ala yang tidak bisa dibayar dengan wang, yang tidak bisa dibayar dengan harta, ni'mat yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, ni'mat membaca Al-Qur'an, dan mengetahui kitab Al-Qur'an itu adalah pembicaraan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, kalam Allah Subhanahu wa Ta'ala, kita perhatikan dan kita renungkan, siapa yang berbicara di dalam Al-Qur'an"

subhanallah..(T__T)

katanya lagi, sang guru yang mulia, "Al-Qur'an itu di mana dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah, "Aku turunkan Al-Qur'an yang mana Al-Qur'an, kitab tersebut penuh dengan keberkahan", maka apakah ada sesuatu yang lebih mulia dari Al-Qur'an? apakah ada sesuatu yang lebih ni'mat dari Al-Qur'an? apakah ada sesuatu yang lebih lazat dari Al-Qur'an? maka, ketahuilah tidak ada sesuatu yang lebih ni'mat, yang lebih lazat, yang lebih mulia daripada Al-Qur'an.."

subhanallah..(T__T)

sambungnya lagi dari sang guru yang mulia, "sehingga para arifbillah, mereka ketika membaca Al-Qur'an, merasakan kelazatan, merasakan keni'matan ketika mana membaca Al-Qur'an"..

subhanallah..(T__T)

sambungnya dari sang guru yang mulia lagi, "akan tetapi, orang-orang yang terhijab, mereka yang hatinya tertutup, mereka di dalam azab, mereka tidak pernah merasakan keni'matan di dalam membaca Al-Qur'an"

astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah..(T__T)


sambungnya lagi dari sang guru yang mulia, "katanya seorang ulama' yang soleh, "hati mereka terhijab, maka cukuplah hijab tersebut adalah azab, apabila mereka mendengar, maka apabila mereka mengetahui, maka mereka akan menidakkan apa yang ada didalamnya""

astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah..(T__T) nauzubillah..

katanya pula sang guru yang mulia, "kemudian, diriwayatkan dari seorang ulama' yang bernama Thabit al-Bunani, beliau mengatakan "aku membaca Al-Qur'an dengan susah payah selama 20 tahun, kemudian 20 tahun selanjutnya, aku membaca Al-Qur'an dengan keni'matan""

masya Allah, tabarakallah..(T__T)


katanya lagi, sang guru yang mulia, "dikatakan dari al-Imam Ja'far as-Sadiq Radhiyallahu 'anhu, "Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memperlihatkan kekuatan-Nya, kehebatan-Nya di dalam Al-Qur'an, akan tetapi ada sebahagian manusia yang tidak mengetahuinya""

astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah..(T__T)

kemudiannya, sang guru yang mulia telah menegaskan, "bagi sesiapa yang tidak membacakan Al-Qur'an, orang tersebut telah meremehkan Al-Qur'an..dan siapa orang yang membaca Al-Qur'an, (tetapi) tidak merenungkannya, maka orang tersebut telah meremehkan Al-Qur'an..dan siapa orang membaca Al-Qur'an, dan kemudian merenungkannya, tetapi tidak mengamalkannya, maka orang tersebut juga telah meremehkan Al-Qur'an..maka tentunya dalam Al-Qur'an, dikatakan "ya Allah, sesungguhnya kaumku, mereka menjadikan kitab suci ini seperti tidak mempedulikan""..

astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah..(T__T)



sambungnya lagi dari sang guru yang mulia, "ketahuilah, di akhir zaman ini, tentunya tidak ada lagi yang paling baik untuk berpedoman kecuali pedoman Al-Qur'anul karim"..

insya Allah..(T__T)

sambungnya lagi dari sang guru yang mulia, "di dalam sebuah hadits, "siapa orang yang menjadikan Al-Qur'an sebagai pedomannya, maka Al-Qur'an akan membawanya ke Syurga..dan, siapa orang yang membelakangi Al-Qur'an, tidak menjadikan Al-Qur'an sebagai undang-undang, sebagai pedomannya, maka orang tersebut akan diseret oleh Al-Qur'an ke dalam Neraka""

astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah..(T__T)


sambungnya lagi, dari sang guru yang mulia, "maka, Al-Qur'an dapat meningkatkan darajat seseorang dan dapat menjatuhkan dan merendahkan darajat seseorang"

astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah..(T__T)

sambungnya lagi, dari sang guru yang mulia, "maka, yang tentunya, membaca Al-Qur'an di zaman sekarang, berapa banyak manusia, mereka membaca Al-Qur'an tetapi mereka tidak merujuk di dalam pembacaannya, mereka tidak mengamalkan apa yang ada di dalam Al-Qur'an,"

astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah..(T__T)

sambungnya lagi, dari sang guru yang mulia, "berapa banyak di antara kita yang membaca surah al-Fatihah, dari awal sampai akhir, akan tetapi tidak pernah merenungkan apa yang di dalam al-Fatihah tersebut"

astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah..(T__T)

 dan, akhirnya, kesimpulan ni'mat ini disimpulkan oleh sang guru yang mulia, "maka inilah yang pertama daripada ajaran yang diperintahkan kita untuk mempelajari Al-Qur'an, dan seterusnya merenungkannya, dan seterusnya mengamalkannya, agar ni'mat ini menjadi benar-benar ni'mat yang lazat dan enak untuk kembali kepada Allah di dalam keredhaan-Nya"..

amin ya Rabb..(T__T)

hanya sedikit kesimpulan dari minda faqir dan hati hina ini,

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

يَهْدِي بِهِ اللّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلاَمِ
وَيُخْرِجُهُم مِّنِ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

(yang bermaksud) : "Dengan kitab itulah (Al-Qur'an) Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus"

(Surah al-Ma'idah, ayat 16)

wallahua'lam..(T__T)

(T__T) : "semoga kita (wahai jasad, wahai jiwa, wahai hatiku) bukan manusia yang tidak membaca Al-Qur'an, bukan juga manusia yang membaca Al-Qur'an dan tidak merenungkannya, dan bukan juga manusia yang membaca Al-Qur'an, merenungkannya tetapi tidak mengamalkannya..sebaliknya, semoga kita wahai hatiku, adalah hamba-Nya yang membacanya, kemudian merenungkannya, kemudian mengamalkannya, insya Allah, amin ya Rabb"

copy paste sahabat seperjuangan dakwah>>

Tuesday, June 7, 2011

Tausiyah Mualimku

Bismillahhirahmanirahiim..

Alhamdulilah ALLAH masih mencintai kita saat ini kerna dengan rahmatnya yang melebihi murkaNya masih berkenan memberi kita hidayat dan taufik..
Alhamdulilah terlalu banyak nikmatMU tidak terhitung..
Mengalami pelbagai pengalaman jasad dan rohani tatkala berkelana musafir di bumi CFS,UIA pj..
sYUKUR Ya,ALLAH..
hamba hanya ingin berkongsi sedikit ilmu dengan pembaca kalian yang sudi menjengah dan menekan butang klik di blog tuan hamba..
Haza min fadhli Rabbi..
Sehari sebelum pulang ke kampung halaman.sempat mengikuti pengajian talaqi terakhir bersama sahabiah yang lain di ANX201..
Deraian airmata mengalir di relung hati ..sayu mendengarkan tausiyah terakhir dari ustaz untuk sem ini..insyaALLAH..mudah mudahan bukan yang terakhir kalinya..bila2 ana akan menjenguk madrasah tarbiyah ini..
Ya Mualimna,syukron jazilan kerna sudi menerima ana sebagai ana murid ustaz..
selama hampir sebulan bertalaqi kitab dengan ustaz..waktu yang sedikit,tapi ustaz telah berjya menamakan persaan cinta dan rindu yang kuat dalam hati ana merindui dan mencintai Baginda Rasulullah saw..
Dan pelbagai peristiwa rohani yang mengekori ana di alam nyata mahupun di alam mimpi..Rasulullah saw..kau insan yang ku tunggu selama ini..
Syukron ustaz kerna sudi menjawab segala pertanyaan dari insan yang jahil lagi tentang hakikat dunia ini..
Syukron ustaz kerna sudi mengizinkan ana menatap kitab bergambat kesayangan ustaz yang mengandungi gambar tinggalan barang Rasulullah..
masih segar di ingatan ana melihat jubah hitam,rambut,janggut,serban,capal dan macama2 lagi milik Rasulullah saw..
Dan petang itu cuaca yang agak mendung menambahkan kesayuan hati ana..
berjumpa buat kali yang terakhir..
Mudah mudahan bukan yang terakhir dalam hidup ana..
Ana menemui kasih sayang dan ketenangan luar biasa..
Syukron atas kaduknya(hadiah) ustaz..
Syukron atas ijazah pelbagai amalan..
Doakan ana agar dapat mengikuti semua pesanan ustaz..
Doakan ana agar istiqamah..
Terima Kasih Buat Sheikuna Nuruddin sudi memberi berkahnya..
Pandangan terakhir buat mualim yang disanjungi..
Seolah bermimpi pula..

Hujan yang sangat lebat petang itu..
Hampir saja ketinggalan bas ke Kulim..
Cukuplah..
Takut angin riak menghembus pula..
Sekadar berkongsi..
Nikmat dapat berguru..
Tuan hamba tahu pembaca yang dihormati ALLAH sekalian mesti lebih lagi mendapat kurnian sebegini..
Wallahulam..
Jom kita renung dan ambil ikhtibar,,

Alhamdulillah, malam ini merupakan perjumpaan terakhir untuk talaqi bagi semester ini. Mudah-mudahan pengakhiran malam ini, mendatangkan kebaikan yang besar bagi sesiapa yang akan melangkah masuk ke kampus Kuantan dan Gombak. 

Semoga Allah merahmati kesungguhan entum dalam menuntut ilmu secara bertalaqi, yang pada zaman ini sudah jarang dibuat orang. Kalau adapun, barangkali kurang istiqomah dan mendapat tentangan. Kerana itu, sesiapa yang tergolong dalam orang-orang yang asing, maka dia adalah beruntung, bertepatan dengan hadith Nabi :
جَاءَ الإِسْلاَمُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
“Islam itu datang dalam keadaan dagang (asing) dan akan kembali dalam keadaan dagang, maka beruntunglah meraka yang dagang.”

Di akhir zaman ini, sangat kurang orang yang mengamalkan ilmu agama. Ramai yang tahu ilmu agama, tetapi sangat sedikit mereka yang bawa ilmu agama dalam kehidupan. Barangkali seseorang itu tidak mempunyai Master, phD dan sebagainya, tetapi ubudiyyahnya sangat tinggi, sehingga tiada wali yang datang ke tempat tersebut, melainkan menziarahi guru tersebut. Sehingga tiada penuntut ilmu yang datang ke tempat tersebut, melainkan mendapat barakah daripada khusyu’nya, tawadhu’nya, tadharru’nya kepada Allah. Demikianlah manusia yang dipilih oleh Allah, jika kita bawa agama dalam kehidupan. Dia dikenal oleh penduduk langit kerana mereka belajar ilmu dan amalkan ilmu dengan ikhlas. (Al-Fadhil Ustaz merujuk kepada Al-Marhum al-Maghfur lah, Habib Ali bin Jaafar al-Aydrus).

Kerana itu, Al-Marhum Habib Ali bin Jaafar al-Aydrus pernah mengatakan seperti yang dinukilkan guru kami, Syeikh Baba Abdul Aziz: “Yang dinamakan karomah itu bukan sekadar terbang di angin, berjalan di atas air, tak basah dek hujan, mengetahui sesuatu dan sebagainya, tetapi karomah yang paling besar adalah bagaimana jika pada hari itu, seorang hamba itu boleh pastikan dirinya taat kepada Allah dan meninggalkan maksiat. Itulah karomah yang terbesar dalam hidup walaupun kadang-kadang dia tidak mencapai tahap kewalian, tetapi dia telah berjaya mendidik hatinya untuk taat kepada Allah dan meninggalkan maksiat, maka itulah karomah yang terbesar.”

Kadang-kadang orang sebegini, adalah orang yang sangat sederhana. Kadang-kadang dia tidak pandai meminta kepada Tuhannya, tetapi Allah beri kepadanya kerana hatinya bersih. Perumpamaannya, seorang ibu tidak akan memberikan lauk kepada anaknya yang menangis-nangis meminta makanan sekiranya ibu tersebut mendapati ada najis ataupun tahi cicak di dalam pinggan anak tersebut, kerana ibu itu tidak mahu anaknya makan lauk yang bercampur dengan najis. Tetapi, jika anak tersebut tidak menangis dan hanya membawa pinggan kosong yang bersih, dan anak ini sangat lurus, sangat mustaqim dan bersih hatinya, maka jika anak itu tidak meminta pun ibu tersebut akan memanggilnya dan memberi lauk ke dalam pinggan anak tersebut. Demikanlah Allah, Allah tidak akan memberi sesuatu walaupun kita meminta, jika hati kita tidak bersih. Oleh itu, bersihkan hatimu daripada sifat-sifat mazmumah kerana sifat-sifat ini adalah umpama makanan bagi anjing berupa iblis, syaitan, jin.  Kita boleh menghindari gangguan jin dengan bacaan Al-Quran dan sebagainya insyaAllah, tetapi jika iblis menggoda nafsu, ia akan menjadi hawa’.

Nafsu itu tidak selamanya jahat. Yang namanya nafsu itu asalnya tiada dosa, tidak ternoda dan tidak bermaksiat. Tinggal lagi, nafsu itu sering dikalahkan oleh hawa’ sehingga seseorang itu tidak boleh lari dari kejahatan. Hawa’ adalah makanan dan minuman kepada nafsunya, namun tidak semestinya. Ada orang yang tidak perlu kepada hawa’ sehingga dia hanya melihat akan Allah. Dia hanya syuhud kepada Allah sehingga Allah membuka mukasyafahnya terhadap alam ini. Tidak ada yang dilihatnya melainkan Wajibal Wujud, Allah SWT.

Nafsu ini tidak selamanya jahat, tinggal lagi, bagaimana kita hendak mengasuh nafsu sehingga menjadi orang yang berjaya meningkatkan nafsu Ammarah kepada Lawwamah, kemudian kepada Mulhimah dan naik lagi kepada Muthma’innah. Kemudian Radhiah, Mardhiah, Kamilah dan Mutakamilah sehingga akhirnya dalam pandangan dan zauqnya hanya melihat Allah. Orang ini walaupun dirinya ada problem, ada masalah, tetapi ada sesuatu Yang Maha Kaya dalam hatinya iaitu Allah. Kerana itu, walau apapun yang terjadi padanya, hanya yang dilihatnya adalah Tauhid Af’al. Kerana itu, orang yang bijak, memandang segala yang berlaku dalam hidupnya adalah dari Allah.

Semuanya kembali kepada hati. Hati mesti bersih. Seperti seorang ibu yang apabila sinki di rumahnya melimpah air, maka pasti dia akan mengemop, mengelap dan sebagainya. Namun ibu yang bijak, akan ditutupnya punca air dari pili itu dahulu.  Demikianlah orang yang tahu punca masalah, dia akan segera dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupannya.

Kerana itu, hati ini mesti didorong kepada ilmu tasawwuf, kepada mujahadah, zikir tariqat dan guru yang mursyid dan guru yang murobbi kerana guru itulah yang akan mendorong kita kepada jalan mengenal Allah. Dalam ilmu sufi, setiap daripada kita dikenali sebagai salik, orang yang berjalan. Maka jalan itu tidak sunyi daripada rintangan-rintangannya. Kadang-kadang, ketika berjalan kita ditumbangkan oleh hawa nafsu. Jalan ini terlalu banyak rintangannya sehingga ada yang dipanggil salik waqif, iaitu orang yang berjalan tetapi akhirnya berhenti. Adapun orang yang terus berjalan, dan terus dibimbing oleh gurunya, maka orang ini akan terbuka asrarnya (rahsia-rahsia batin), maka orang ini hatinya telah mi’raj kepada Allah sehingga dia tidak memandang makhluk, tetapi yang dipandangnya adalah Allah. Orang ini adalah orang yang hatinya terus terbang kepada Allah. Maka orang ini dipanggil salik tho’ir, kerana hatinya sudah terbang kepada Allah sehingga dia boleh merasai alam malakut dan jabarut. Siapakah yang boleh menunjukkan kepada kita semua ini? Itulah guru murobbi. Daripada apa? Daripada ilmu tasawwuf. Al-Imam As-Syeikh Abul Hasan asy-Syazili menyebutkan:
وَمَن لَّمْ يَتَغَلْغَلْ فِي عِلْمِنَا هَذَا، فَمَاتَ مُصِرًّا عَلَى الْكَبَائِرِ وَهُوَ لاَ يَشْعُرُ
“Dan sesiapa yang tidak tenggelam dalam ilmu sufi kami ini, maka orang ini takut-takut nanti dia mengekali meninggal dalam dosa besar, sedangkan dia tidak mengetahui.”

Ibnu Allan ash-Shiddiqi mengatakan bahawa perkara yang dikatakan ini adalah benar. Ini kerana, segala solat dan ibadah jika disertai dengan riya’ dan ujub, maka semua ibadah ini ditolak oleh Allah.
Sesiapa yang belajar feqah dan dia belajar ilmu tasawwuf, maka dia telah mendapat ilmu yang tahqiq. Orang yang belajar feqah, tetapi tidak belajar tasawwuf, maka orang ini adalah orang fasiq. Orang yang hanya belajar ilmu tasawwuf, tetapi tidak belajar feqah, maka orang ini adalah zindiq. Demikianlah Imam Malik menerangkan tentang kepentingan ilmu tasawwuf, beliau menyebutkan:
مَن تَفَقَّهَ وَلَمْ يَتَصَوَّفْ فَقَدْ تَفَسَّقَ، وَمَن تَصَوَّفَ وَلَمْ يَتَفَقَّهْ فَقَدْ تَزَندَقَ، وَمَن جَمَعَ بَيْنَهُمَا مَعًا فَقَدْ تَحَقَّقَ
“Sesiapa yang belajar ilmu feqah, tetapi tidak belajar ilmu tasawwuf, maka dia menjadi fasiq. Siapa yang belajar ilmu tasawwuf sahaja, tetapi tidak belajar feqah, mengetahui halal haram dan sebagainya, maka dia adalah zindiq. Sesiapa yang mengumpulkan antara keduanya, maka dia telah mendapat ilmu yang tahqiq.”

Kerana takut-takut orang yang zindiq ini akhirnya mendakwa dia adalah Tuhan, dia terlepas daripada maqam syariat dan sebagainya. Orang ini adalah orang yang maghrur, iaitu orang yang ditipu daya oleh syaitan.

Kerana itu, kita dapati semua alim ulama’ kita dalam empat mazhab, kesemua mereka adalah ahli sufi, walaupun mereka terkenal sebagai ahli feqah. Buktinya adalah Imam Abu Hanifah rahimahullah, diriwayatkan beliau solat Subuh selama 40 tahun dengan wudhu’ solat Isya’. Imam Malik rahimahullah, ketinggian ilmu tasawwuf beliau sehingga dikatakan beliau ketika buang air kecil atau besar, beliau tidak akan duduk di bumi Madinah. Ini tidak dilakukan melainkan sebagai tanda hormat kepada kekasihnya, Rasulullah yang berada di dalam bumi Madinah. Demikian juga, Imamuna, Alim Quraisy, Imam Syafie, tahajjudnya luar biasa. Dikatakan beliau mengkhatamkan bacaan Al-Quran setiap hari. Ini merupakan cabaran buat para huffaz. Di dalam kitab Latho’ful Ma’arif karangan Imam Ibn Rajab al-Hanbali mengatakan Imam Syafie dan Imam Abu Hanifah ketika di bulan Ramadhan, setiap hari akan mengkhatamkan Al-Quran sebanyak dua kali. Maka selama 30 hari di bulan Ramadhan, mereka telah khatam Al-Quran sebanyak 60 kali. Kerana itu, Imam Syafie ibadahnya sungguh luar biasa, sehingga kecintaannya kepada Nabi  pun sungguh luar biasa. Sehingga beliau menyebutkan:
فَقِيهًا وَصُوفِيًّا فَكُن لَيْسَ وَاحِدًا
وَإِنِّي وَحَقُّ اللهِ إِيَّاكَ أَنصَحُ
فَذَلِكَ قَاسٍ لَمْ يَذُقْ قَلْبُهُ تُقًى
وَهَذَا جَهُولٌ كَيْفَ ذُو الْحَهْلِ يَصْلُحُ
“Jadilah orang faqih dan orang sufi, jangan diasing-asingkan. Dan aku menasihatimu dengan nama Allah. Maka orang yang hanya faqih tahu mengqiyaskan hukum-hakam sedangkan hatinya tidak merasa taqwa, dan orang yang jahil, bagaimana orang jahil boleh mengislahkan?.”

Sebab orang yang faqih, tetapi tidak belajar ilmu hati, maka hatinya akan menjadi gersang kerana dia tidak tahu yang namanya zauq, majzub, fuyudhot, sebab hatinya kotor kerana tidak belajar ilmu sufi. Manakala orang yang belajar tasawwuf sahaja, tetapi tidak tahu hukum hakam, maka dia akan menjadi orang yang jahil. Jadi, bagaimana orang yang jahil hendak memimpin? Jadi, tiada jalan lain, hendaklah kita menuntut ilmu pengetahuan yang benar.

Kerana itu, ana menasihatkan, apapun subjek yang diambil oleh entum, TALAQI JANGAN TINGGAL…, di manapun entum berada; sama ada di Kuantan, Gombak, PJ dan Nilai. Bertalaqilah dengan sesiapapun. Yang penting, dengan guru yang bersanad dan guru yang mengamalkan ilmunya. Insya Allah, walaupun sedikit, kita tetap akan dapat belajar daripada guru tersebut; ilmunya, pengalamannya, kasihnya, cintanya kepada ilmu dan alim ulama’, cintanya kepada Nabi dan Ahlulbait. Semua ini kita belajar.

Tidak kurang 5000 orang yang menghadiri majlis ilmu Imam Ahmad. Anak murid Imam Ahmad yang benar-benar belajar dengannya dengan membawa pensil dan kertas adalah seramai 500 orang sahaja. Ketika ditanya kepada 4500 hadirin yang hadir yang selain daripada anak murid Imam Ahmad, mereka mengatakan: “Kami ingin melihat cara khasyah, khusyu’ dan tawadhu’nya Imam Ahmad. Kami juga ingin melihat bagaimana Allah memberi ilham kepadanya.”. Sebab itu, kadang-kadang kita hairan, bagaimana para masyaikh kita menyampaikan sesuatu ilmu (tanpa henti)? Ini tidak lain melainkan semuanya adalah ilham daripada Allah kerana mereka berpegang kepada mafhum hadith:
مَنْ عَلِمَ عَمَلَ، يُعَلِّمُهُ اللهُ مَا لَمْ يَعْلَمْ
“Sesiapa yang tahu sesuatu ilmu dan beramal, malah dia mengajar ilmu tersebut kepada orang lain, maka Allah akan ajarkan kepadanya apa yang dia tidak tahu.”

Maka, tidaklah dia berbicara melainkan ilham daripada Allah. Semuanya berbalik kepada hati yang bersih. Kalaupun dia tiada meminta, Allah akan beri ilham kepada hati yang bersih. Mereka inilah kekasih Allah.

Kerana itu, jangan tinggal talaqi walau di mana pun entum berada. Cari ilmu. Tidak rugi orang yang cari ilmu. Tidak kira apa sahaja bidang entum. Entum sangat ‘special’ sekali kerana entum tidak ambil IRK dan sebagainya, tetapi entumlah yang mengungguli majlis-majlis talaqi. Cuma, tidak ada yang tinggal melainkan ikhlaskan niat dalam belajar. Bukan semata-mata untuk dikasihi dan dikenal oleh guru, ini semua datang kemudian. Yang penting, ikhlaskan niat dalam menuntut ilmu.

Yang kedua, bila sudah belajar, amalkan ilmu itu.

Yang ketiga, istiqomahlah dalam beramal kerana ini adalah perkara yang paling penting dan paling payah iaitu istiqomah dalam bertalaqi dan beramal.

Kerana itu, ketika turunnya ayat:
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ
maka para sahabat melihat di kepala Nabi sudah tumbuh uban. Para sahabat bertanya: “Apakah di dalam surah At-Taubah ini terdapat cerita para Nabi dan Rasul tentang beratnya tanggungjawab mereka, atau cerita pembunuhan dan peperangan sehingga menyebabkan uban tumbuh di kepalamu, ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Tidak, aku menjadi beruban hanya kerana turunnya satu ayat ini. Itulah dia ayat “Fastaqim kama umirta..” yang bermaksud: “Hendaklah kamu (Muhammad) istiqomah sebagaimana yang disuruh oleh Tuhanmu.”

Kerana itu, sesiapa yang dapat beristiqomah, maka baginya perbendaharaan dunia dan akhirat. Kerana orang yang istiqomah, Allah sangat sayang dan kasih padanya. Kalau tidak istiqomah, takut-takut dia tergolong dalam salik waqif. Mungkin dengan jalan sedikit sahaja lagi dia akan diberi pemberian dan penganugerahan dari Allah, tinggal lagi, dia tidak dibimbing, tidak bertalaqi sehingga hatinya sejuk dan takut-takut pengakhirannya adalah su’ul khatimah.

Kita belajar tasawwuf dan bertalaqi kerana kita mahu martabat ubudiyyah kehambaan kita dinaikkan oleh Allah. Antara caranya adalah sucikan hatimu dan cintai Nabimu . Kerana orang yang tahu agama, tetapi tidak cinta Nabi dan Ahlulbait, hatinya akan menjadi gersang. Bila mendengar bicaranya, kita dengar bicaranya kering kontang. Talaqi memberi kelebihan kepada entum. Bukan kita meminta darjat di kalangan manusia, tetapi Allah yang mengangkat darjat hambaNya.

Diceritakan bahawa, dalam perjalanan Ibnu Abbas RA mencari ilmu agama, beliau lahir agak terkemudian, sehingga beliau tidak berkesempatan selalu dalam majlis ilmu Rasulullah . Sebab itu, beliau mula belajar dengan para sahabat. Antara guru beliau adalah Zaid bin Thabit. Ada yang meriwayatkan, guru beliau adalah Ubay bin Ka’ab. Beliau (Ibn Abbas) menghambakan diri kepada guru beliau. Dikisahkan, suatu hari, ketika beliau pergi ke rumah guru, beliau tidak berani mengetuk pintu rumah guru beliau kerana takut jika menyalahi adab dan takut jika mengganggu gurunya. Ketika itu merupakan hari yang berangin. Beliau duduk di situ dan tidak menjerit-jerit memanggil gurunya, sehingga debu-debu melekat di mukanya. Kerana terlalu lama menunggu, debu-debu yang melekat di muka dan janggutnya membuatkan beliau tidak dikenal sebagai manusia, yang namanya Ibnu Abbas yang merupakan sepupu Rasulullah . Sehingga ketika gurunya keluar, gurunya bertanya: “Siapakah ini? Masya Allah! Ini adalah sepupu Nabi! Kenapa kamu berbuat sedemikian?”. Ibnu Abbas menjawab: “Saya tidak mahu takut-takut saya mengganggu guru tidur atau berehat dan sebagainya.” Demikianlah juga ketika gurunya ingin pergi ke suatu tempat, Ibnu Abbas lantas mengambil dan menaikkan gurunya ke atas seekor unta, dan beliau berjalan di belakang unta tersebut kerana tanda hormat kepada gurunya. Ketika ditanya oleh gurunya, mengapakah kamu berbuat demikian? Maka dijawabnya:
هَكَذَا أُمِرْنَا أَن نَفْعَلَ بِعُلَمَائِنَا
“Demikianlah kami diajar supaya kami buat hormat pada ulama’ guru kami.”
Ketika sampai di tempat yang dituju, Sayyiduna Zaid lantas turun dari unta dan mengambil tangan Ibnu Abbas dan menciumya. Ibnu Abbas lantas bertanya mengapa gurunya berbuat demikian? Gurunya menjawab:
هَكَذَا أُمِرْنَا أَن نَفْعَلَ بِآلِ بَيْتِ نَبِيِّنَا
“Demikianlah kami diajar supaya kami menghormati Ahlil bait Nabi kami.”
Akhirnya Ibnu Abbas menjadi orang yang dihormati dari segi wara’nya, ilmunya dan firasatnya sehingga keluar dari mulutnya sebagai tasyji’ kepada para penuntut ilmu:
ذَلَلْتُ طَالِبًا فَعَزَزْتُ مَطْلُوبًا
“Aku dahulu menghinakan diriku untuk belajar menuntut ilmu, tetapi sekarang aku mulia kerana menjadi pengajar yang dituntut ilmu.”

Demikianlah, maka kekalkanlah ‘ilaqah qolbiyyah dengan guru walaupun sudah tidak bertemu dengan guru iaitu jangan lupa baca Al-Fatihah tujuh kali setiap kali selepas solat. Mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dan berkat daripada Allah Robbul A’lamin. Allahumma Amin.”

(Catatan ini berdasarkan rakaman dari taushiyah spontan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz pada malam tersebut, tanpa diubah ayat dan perkataannya)