melebar pandangan mengambil ikhtibar
mengucap istighfar
beriman dgan qada' dan qadar..
''Ya,Allah..Engkau peliharalah diriku dari menjadi fitnah kaum Adam..''
JUMAAT-20 OGOS 2010_PART 1
''diwajibkan ke atas kamu berperang,padahal itu tiudak menyenangkan
bagimu.Tetapi boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik
bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,pdahal ia tidak baik
bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.''
(al baqarah;ayat-216)
terngiang-ngiang rasanya ayat itu di telinga Nur..
atas dasar amanah,dipaksakan juga diri untuk mengikuti program
anjuran Perkim..kunjungan ke UKM untuk mengeratkan ukhuwah
sesama ahli beserta lawatan ke RTM..
bukannya Nur tidak sudi,namun hati kecilnya selalu
bimbang..teringat sabda NabiMahfum Baginda.''wanita itu
aurat,apabila dia keluar,banyak syaitan cuba menjahatinya''
..setelah timbang tara akhirnya Nur mengalah..mungkin ada hikmah
di sebalik semua itu..
..usai solat Asar,Nur bersiap agak lambat sedikit mungkin kerna
persiapan rohani belum betul2..
..sudahla datang telat,minta dijemput pulak..hehe..
mujur ada Adik sudi meneman.
.
dengan penuh debaran dan cuak,melangkah kaki dengan bismillah,ke dlam bas UIA..
..semua memandang,persan Nur..
..golongan ghuroba,fikirnya..
..dengan berimej sebegitu,entah apa pandangan sahabat2.
.
xkisahlah,..yg penting Nur dah istiqarah..
sahabat2 tahu x apa itu golongan ghuroba??
..sedikit matlumat,golongan ghuroba adalah orang2 asing..
pada zaman Rasullulah s.a.w..setelah turunnya firman dari Allah
agar Baginda menyebar Islam secara menyeluruh.Dengan rahmat
dan kurnia Ilahi,seorang demi seorang ikut menyertai,dari golongan
bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali.Lalu
terbentuklah jemaah Islam yg pertama,jemaah Rasullulah dan para
sahabi,Golongan inilah yg kelihatan bergerak perlahan2 dan lambat
tapi akhirnya menjadi kelompok yg mulia,gah,dan izzah dan
menjadi generasi terbaik umat ini.keyakinan mereka sangat utuh
bahawa janji Allah itu pasti!!
Biar sehebat mana rintangan,jalan dakwah dan syariat Islam harus
ditegakkan!!
Sabda Rasullulah s.a.w:
''Ingatlah bahawa Islam itu berputar,maka berputarlah kamu
bersama Islam kemana shaja ia berputar.Ketahuilah bahawasanya
penguasa dan AL Quran akan berpisah,maka janganlah kamu
berpisah dengan al Quran''
ya2.seutuh man keyakinan Nabi dan sahabat,begitulah yg ingin
dipegang oleh Nur.Bagi Nur,Islam itu sempurna dan syumul.Nur
ingin mengambil Islam secara menyeluruh.Lalu dengan tekad yg
teguh berpandukan istiqarah,Nur tetap mengenakan pakaian isteri2
Nabi itu demi merebut ganjaran Allah
.
Sejam perjalanan,macam2 gelagat manusia di bulan Ramadhan ini
Nur dapat tengok.
'Poster'2 iklan yg ditampal di sepanjang jalan langsung tidak
melambangkan negara ini adlah negara Islam..
mencemuh melihat gelagat banner iklan llaki dan perempuan ajnabi
di atas katil.Iklan katil kononnya.inilah dia antar ghazwatul fikr yg
cuba ditanam di minda Melayu Islam oleh golongan xberagama
khususnya Yahudi.
.
..sempat terlelap,kerna aircond nya sejuk sangat.sampai terlupa nak
ulang hafazan.hm.insaf seketika.betullah sabda Nabi s.a.w:
''Dua nikmat yg sering manusia lupa adlah nikmat kelapangan(masa) dan nikmat kesihatan"
tempelak diri sendiri..
alhamdulilah jam 7ptg,ditakdirkan Allah Nur bersama shabat
seperjuangannya sampai di pekarangan Masjid Universiti
UKM..terpana seketika..''subhanaalah .indahnya
rumahMU,alanglah lebih indah andai diimarahkan selalu bukan
waktu Ramadhan atau ketika ada makanan percuma''.
Ketibaan merka dijemput oleh akak2 dan abang perkim
ukm..indahnya ukhuwah kerna Allah.senyuman ikhlas xlekang di
wajah mereka menyambut ketibaan rakan dari Benua uia..hehe
usai ifthar..solat Magrib berjemaah,sepatutnya makan kurna tiga biji+minum air masak,solat baru makan nasi seperti sunnah nabi tapi xbegitu yg diamalkan..
hmm..beginilah agaknya apabila dah ada nasik depan mata..
nasiknya banyak sekli,makan dalam dulang.
sedang merka semua gembira dalam nikmat makanan yang Allah kurnia,hmm..agak2nya bagaiman yer saudara2 seislam di Palestine..
berfikir sejenak..
Nur berhenti sebelum kenyang..
kawan2 lain meneruskan perjuangan..
smpai suatu saat mereka seakan semakin meng'slow'kan rate makan..
heheh..
lantaran kasihan dan teringat kata2 org tua,
sape2 makan yg terakhir ,dapat suami soleh..
Nur bergegas tekan pedal makan..
sebenarnya bukan sebab itu pun..
saudara Nur yang lain kat Bumi ANbiya tuh ramai lagi yg kelaparan..
lalu dikuatkan tekad makan demi merka..
lagipun membazir itukan kawan syaitan..
innamal a'amalu binniat..
meskipun sahabat ligat mengusik Nur,makan last sekli..suami soleh dan sebagainya..xkisahlah..lagipun diorang mendoakan jugak tuh..amenn..syukran kwan2..
nak dipendekkan cerita selesai magrib,isyak dan terawikh..
sesi bersama abang2 dan kakak2 dari ukm bermula..
macam biasa seperti firmanNya..sesi bermula dengan taaruf atau sesi suaikenal..
masing2 memperkenalkan nama,UMUR,(lantaran merka group plng muda),asal dan course..
setelah dibuat survey rupa2nya perkim ini majoriti dimonopoli oleh pakatan pantai timur dan kedah..jodoh barangkali.tiada yg kebetulan..
mata kuyu Nur(kerna kenyang) terpandang pasangan suami isteri bersama anak merka yg comel sedang mengtilawah Quran..
indahnya andai sebuah usrah itu sentiasa dihidupkan dengan ajaran Al-Quran..
hati Nur bergetar teringatkan seseorang yg xpernah Nur jumpa dlam hidupnya sehingga sampai taqdir Allah..
''Abang..Nur inginkan keluarga kita mencontohi keluarga Baginda s.a.w.
rumah yg sentiasa kaya dengan tarbiah.
ajaran al Quran dan As-sunnah sentiasa menjadi panduan..
anak2 dididik dengan kemuliaan akhlaq Baginda..
abang tolong pandu Nur menjadi isteri terbaik..Nur nak jadi bidadari terbaik untuk abang..''begitulah luahan hasrat Nur dalam khayalannya..
aish2,mentang2 group Nur jumpa solusi macamner membendung kes buang bayi dengan kahwin awal..
dalam sesi group binding sterusya..
''terangkan cara nak mengislahkan masyarakat melayu''
perlu ada asbab dan solusi,fikir Nur.......................
(macamner yer???xtahu jadi tulisan kecik dan bertindan begini???kwan2 tolong..)