Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Thursday, January 27, 2011

RISIKAN PERJUANGAN VS TERATAK PERKAHWINAN


‘’Nur..sampai bila Nur nak tolak pinangan orang? Ni dah kali ke tiga..fikirlah baik2 nak..’’
‘’Ummi ,abi..InsyaAllah..Nur dah buat pilihan yang baik.Hanya istiqarah dan musyawarah menjadi pegangan Nur.Lagipun Nur belum bersedia.Nur baru habis asasi,ummi..Abi.Tunggulah Nur habiskan diploma ker dulu.Jodoh itu ditangan Allah..’’
Tenang dan lancar Nur membalas pertanyaan Umminya dengan mukanya sudah kemerah-merahan.Malu rasanya hati.Kali ke tiga Nur dilamar.Nur yakin dan reda jodoh ajal maut di tangan Allah.Nur bukan memilih.Cukuplah bakal sayap kanan perjuangan Nur itu bersedia menerima kenyataan menjadi suami Nur yg ke dua..suami pertamanya adlah perjuangan..Demi melahirkan Hasan al Banna ke dua,berhati2 Nur dalam menjaga peribadi sebagai muslimah dan daie.Demi agama.Demi al Quds.Demi ALLAH dan Rasul s.a.w.

Sepanjang 4tahun Nur berjuang dengan itqan menghabiskan diploma bioperubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,Kuantan.Dalam tempoh itu pelbagai pengalaman dan ilmu berguna dapat dikutip.Baik dalam kelas mahupun sebagai perjalanan bergelar pendakwah.Pelbagai dugaan fitrah manusia jua turut menduga pendirian Nur.Tidak ingin rasanya hatinya dicuri seketika oleh cinta hina sesama manusia berlainan jantina.Cukuplah cintaNya dan Kekasihnya.Usai graduasi,Nur bercadang untuk bekerja sementara waktu untuk mengumpul duit dan pengalaman sebelum melanjutkan pelajaran  Master ke Universiti idaman.Al azhar.InsyaALLAH..

‘’Assalamualaikum,Nur.Boleh Ummi masuk?’’SEnyuman manis Ummi yang xpernah membosankan hati Nur bahkan senyuman itulah yang kerap  mendamaikan hatinya yg resah di saat buntu mencari jawapan masalah hati.Ummi
‘’Waalaikumusalam,Ummi.Masuklah..’’Bergegas Nur menarik lembut tangan ibunya dan meraikankannya dengan sentuhan manja di bahu.
‘’Nur,Ummi dah terima satu lagi lamaran.’’Ummi diam seketika.Menyusun ayat terbaik..Begityulah Ummi,beliau akan berfikir dahulu  dan perlahan mengeluarkan kata2.Ummi sangat berpegang pada hadith Nabi yang satu ini’’Bercakaplah yang baik,ataupun diam’’.Teringat pula Nur seketika pesanan Abi,’’Saidina Umar bila tersa ingin bercakap,beliau xkan bercakap.Bila beliau ingin tidak bercakap,beliau akan bercakap’’ .Walaupun Nur kurang faham kata2 Abi sewaktu berumur 5tahun itu,tapi Nur cuba untuk menghafal.Cuba mencintai sahabat2 Nabi.

‘’Nur..??’’Ummi menguatkan sedikit suara tapi masih berhikmah.’’Assif jiddan,Ummi.Nur mengelamun sekejap xdi..Ummi maafkan Nur yer..Nur xsengaja.’’Takut Nur andai tindakannya yang mengelamun xd mengecilkan hati Umminya.
‘’Xpe2,Ummi faham anak Ummi sorang nih,kalu citer bab ini jer,macamnila reaksi anak Ummi.Nur dah 24tahun tau.Waktu yang segar bugar dan panas untuk berbicara soal jodoh.Ummi tengok anak2 murid Ummi yang perempuan kalu Ummi selit cerita2 sal 5huruf ni,C.I.N.T.A..pasti mata yang mengantuk tiba2 macam ada batang mancis jer dalam mata.Terus naik semgat.Ni Ummi tgok kamu lain pulak..’’
Sempat Ummi berseloroh ,cuba untuk meredakan persaan bersalah Nur kerna kurang peka kata2 Umminya takdi dan menenangkan hati yang sudah ‘bera’(malu) lantaran diaju soklan begitu.
‘’Terima kasih Ummi kerna memahami,hehe..’’tersenyum simpul Nur mula menampakkan lesung pipitnya disebelah kiri itu.Comel,fikir Ummi.
‘’Kali ini Ummi menerima lamaran yg dekat dengan ikatan darah keluarga kita.Kmu ingat saudara kita yang berada di Pahang,Mak Cik Inah anaknya Muhadhir dari Universiti al Azhar,Mesir sudah habis membuat Phd di sna.Keluarganya sudah 2kali bertanyakn soalan ini pada Ummi,sudahkah di petik bunga di taman.Ummi cuba membalas dengan mengatakan bunga ini baru mekar dan banyak lagi duri2 muda.Tapi dijawab mereka,kumbang disana pun baru membesar dan cuba berdikari.Ish,xreti Ummi berhiperbola dan personafikasi dengan mereka.Merka sekeluarga  berkenan sungguh dengan Nur.’
‘’Bagi Muhadhir pula macamner?Adkah selama ini dia sudah mengenali Nur siapa.??Pada pandangan Ummi dan Abi sendiri?’’
‘’Muhadhir tuh orangnya thiqah dan xbercakap dengan perempuan sangat,Jalan pun tunduk ke bawah jerr..sampai ker hari itu Mak cik Inah bagitau,anaknya terlanggar tiang di depan kelasnya,akibat terlampau tawaduk dan malu melihatkan peljar perempuan yg ramai di hdapannya.Muhadhir xramai kawan perempuan,Jadi dia mintak Umminya carikan jodoh untuknya kerna sudah sampai baginya mendirikan masjid.Ummi dan Abi pun berkenan jugak dengan dia,bukan sebab dia saudra dekat kita tapi kerna akhlaknya.Semalam dia ada menelefon Ummi bertanya khabar.Mulut xlekang2 menyebut namaAllah..sejuk hati Ummi mendengarnya.Abi xde masalah,Insya ALLAH..Nur fikirlah baik2 nak,ini masa depanmu..Ummu terima segala keputusan wajar Nur.’’
‘’Hmm..insya ALLAH,Ummi.Nur akan cuba buat istiqarah.’’Titik,Nur xberbicara lagi kerna hatinya sudah tawajuh beron9 dengan Allah.Berbelas bagi dengan permintaan keluarga dan permintaan hati.Hanya kepada Allah dipohon segala kekuatan.Malam itu,usai solat istiqarah,Nur bermimpi.
  Dalam mimpi Nur,dirinya memakai pakaian serba putih.Warna kegemaran Nur.Kemudian seorang lelaki yang mamakai jubah warna yang sma dengannya memberi Al Quran yang berwarna hijau kepadanya.Xsempat Nur melihat siapa gerangan lalaki itu,Sekadar sekali imbas.Astrocytes dalam neuron xmemainkan peranannya sangat dalam memori minda otak kanan.Dan Nur person dirinya berda di suatu tempat yang ingin dia perghi sngat untuk meneruskan perjuangan Masternya.Aneh mimpi Nur.
Nur cuba mentafsir sendiri mimpi itu.Seandainya Nabi Yusuf masih ada,pasti akan diminta Nabi ALLAH agar mentakwil mimpinya itu. Kali kedua dan ketiga sehingga ketujuh kali mimpi yang sma datang berulang kali dengan disertai persaan aneh.Aneh tapi membahagiakan.^_^
Nur masih tetap dengan pendiriannya.Ingin menguji lelaki yang telah Berjaya menawan hati orang tuanya sebelum hatinya sendiri.Selama mana sebaris nombor,0192345577 itu bias bertahan tersimpan cuma di phonebook nya.Tapi Alhamdulilah,sepanjang tempoh penantian jawapan dari Nur,belum pernah Nur menerima mesej apatah lagi panggilan daripada muslimin yg berani menyuntingnya itu.Hati wanita sedikit tersentuh.Walaupun Nur sendiri sudah xingat bagaimana rupa wajahnya,kerna merka hanya bertemu sewaktu masing2 masih hingusan,kecil2 dulu.Dia cukup berusaha menawan hati Ummi dan Abi Nur. Waktunya juga sesuai.Selepas Nur habis belajar.Tapi berat bibir Nur memberikan jawapan.

Petang itu,selesai membaca Matsurat dan Manzil pelindung diri,kedengaran bunyi posmen membunyikan hon yang agak kuat.Kelihatan seperti nak cepat posmen itu lantaran waktu bekerja sudah menghampiri jam 5.Atau barangkali Pak cik Posmen itu sudah merindui isteri dan anak2 nya yg sudah menunggu di rumah.Sedikit perasaan geram di basa-basikan dengan husnu zhan.Surat yang penting rasanya sehinggakan perlu penerima sendiri menerima dan menandatangani surat itu.Bergetar tangan Nur membuka envelope surat itu.Cepat tapi lembut mengoyak mulut surat itu.
‘’TAHNIAH,NUR HAURA’ MAQSURAH BT ISMAIL! ANDA BERJAYA MENDAPAT TAWARAN MELANJUTKAN PHD KE UNIVERSITI AL AZHAR MESIR’’
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR !
Spontan Nur sujud syukur menandakan terima kasih tak terhingga pada yang Maha Memakbulkan.

Doanya terkabul jua akhirnya.Oleh kerna cgpa Nur sangat cemerlang,Nur berpeluang melanjutkan pelajaran  ke peringkat PHD terus .Tarikhnya 3minggu dari sekarang.Dan dalam 3minggu itu juga due date yang Nur harus lunaskan bagi sebuah persoalan risikan .Oleh kerna Muhadhir sendiri telah ditawarkan bekerja sebagai pensyarah di Negeri Anbiya lebih kurang sebulan lagi.
Bingung Nur memikirkannya.Antara risikan perjuangan dan teratak perkahwinan,yang mana harus didahulukan?? 
Hnya munajat kepada Allah bias menenangkan hati yang adakala bergerisik mendengar nama itu.
Akhirnya bulat nekad Nur,mengulang2 ayat furqan tercinta’’Dan apabila kamu telah berbulat tekad,maka bertwakallah kepada Allah..’’
Nur membuat keputusan untuk menerima risikan perjuangan berbanding risikan perkahwinan.Segala2nya diserahkan kepada yang Maha Merancang segalanya.DIusir persaan itu.


**************3BULAN KEMUDIAN************
‘’Hidayah,ukhti ada nampak x quran ana yang warna hijau tuh??rasa2nya ana letak kat atas meja coklat xd..hmm..ana tertinggal lah quran kesayangan pemberian arwah atuk itu..tiba2 dah xde’’ Tanya Nur pda shabat karibnya.
‘’Rasanya xdi ana ada Nampak akh Syahmi pegang..Maybe dia terjumpa kot.Nur ada tulis nama x pada Quran tuh?’’aju Hidayah pula dengan peluh merentes di muka kerna cuaca yg agak panas.
‘’Alhamdulilah,ana ade tulis.Mudah2 beliau dapat memulangkan kembali buah hati ana itu’’
‘’mudah-mudahan..ameenn’’ jawap Hidayah menyejukkan hati temnnya itu.
**********************   **************
‘’Nur Haura Maqsurah bt Ismail..hmm..macam pernah ku dengar nama ini tapi di mana yer..adakah ini muslimat yg menjadi mc pada forum perdana minggu lepas.Junior yang paling menonjol waktu ini dengan kefasihannya berbahasa Arab dan pengetahuan yg luas dalam fekah wanita??”Syahmi berbasa basi menanyakan soklan itu pada temannya yg tengah khusyuk menyemak jawapan pelajarnya.
‘’Dhir,enta ada kenal x saper2 yg nama Nur Haura Maqsurah bt Ismail.?ni qurannya ana ada terjumpa xd..barangkali dia tertinggal.’’
‘’Nur……..apa?macam nama seseorang ..??adakah??’’
‘’Ana kurang tahu,ana baru bertukar mengajar disini..maaf..’’Sedikit tegang muka Muhadhir,Berusaha mengingat sebaris nama yg tak pernah dilupakn itu walaupun xpernah melihat wajahnya.
‘’Uhuk2..hm..assalamualaikum,ustaz..assif kalu ana lancang berbicara .Rasanya itu Quran ana yg ustaz pegang’’lembut tapi dalam tegas Nur bersuara,takut dengan SAbdA kekasih Agung.
‘’…Waalaikumusalm..entikah Nur Haura Maqsurah bt Hj,Ismail..Ana Muhadhir Jol b Yaacob..saudara enti dari Pahang??’’
‘’yer..ana….’’sipu2 Nur menjawab.Satu persaan aneh melanggar jantung hatinya.Dup2..
Disebalik niqab yg di pakai,ada senyuman malu.
Ya,ALLAH..Apakah ini ketentuanMu..
Mimpi NUr..
Seketika angin sepoi2 bahasa arab menyapa lembut jubah putih yg dipakai Nur dan Muhadhir



Dan …KETIKA CINTA BERTASBIH..(^_^)





YA,ALLAH..SEANDAINYA DIA ADLAH JODOHKU,TAUTKAN HATI KAMI BILA SAMPAI WAKTUNYA..ANDAI DIA BUKAN TERCIPTA UNTUKKU..SUNGGUH GANTIKANNYA DENGAN DENGAN YG LEBIH BAIK..
TAPI SEBENARNYA AKU MERSAKAN CUKUP CINTA ALLAH DAN RASUL MEMBUAT KU BAHAGIA..

No comments:

Post a Comment