Orang Basrah semakin ramai membanjiri majlis zikir Rabiah. Salah seorang yang baru menghadirkan diri terkejut sambil berkata,''Masya-Allah ,begitu ramai hamba Allah mahu membasahi diri mereka dengan keasyikan zikir-zikir kepada ALLAH.''
''Kami hanya terlewat sedikit dan terpaksa menyertainya dari luar,''kata seorang lagi.
Tiba-tiba kawan mereka yang seorang lagi berkata,''Tengok,bukankah iu tuan guru kita yang alim fikahnya,beliau juga tidak ketinggalan dalam majlis zikir ini.''
''Bukan beliau sahaja,malah tuan guru saya yang alim ilmu hadisnya juga turut serta.Mereka semua hormat dan kagum kepada Rabiah.''Seorang lagi menyampuk.
Dari jauh seorang lagi manambah,''Sebelum ini saya sudah terserempak dengan tuan-tuan sufi yang muktabar seperti Hasan al Basri,Sufian al Tsauri,Malik b.Dinar dan ramai lagi. Mereka sebenarnya tidak pernah ketinggalan menyertai majlis zikir Rabiah ini.''
''Nampaknya memang kita bertuah sekiranya berada dalam majlis zikir Rabiah ini.Selain dapat menghadirkan jiwa dan rag kepada ALLAH,kita juga dapat bertemu malah menangguk tumpahan ilmu daripada ulama-ulama muktabar yang datang,''Yang paling muda antara mereka pula menyatakan pendapatnya.
''Sebenarnya mereka ini adalah guru kepada Rabiah al Adawiyah,namun kerna ketekunan dan kecerahan hatinya.Rabiah kini lebih mendahului guru-gurunya itu daripada sudut ilmu mahupun martabat.Ini juga diakui oleh guru-guru dan ulama-ulama.
Mereka semua terdiam kagum sambil diiringi dengan zikir dalam hati masing-masing.
*********************
''Wahai Rabiah,sesungguhnya kami kagum pada cara kamu memperoleh apa yang ada pada dirimu sekarang.''
Rabiah berkata,''Pindahkan hati kalian daripada nyata dunia kepada batinnya.Sesungguhnya yang nyata ataupun zahir ini banyak tipu dayanya.Hanya dengan mengenali hakiki batiniah sahaja,kita mampu mencapai kedudukan jiwa dan terus kepada sang Pencipta.''
''Bagiamana pula hal itu boleh terjadi?''
''Asingkanlah diri kalian dari dunia dan sembunyikan diri kalian sejauhnya .Bukankah dalam sunyi ada cahaya itu ada kebenaran.''
''Maksudnya kami perlu mengasingkan diri?''
''Itu sebaiknya.''jawab Rabiah pendek.Dia kemudiannya menyambung .''Ambil masa yang kamu tetapkan untuk hal itu.Jangan pula seluruh masamu hanya tertumpu pada hal itu hingga perkara wajib yang lain terabai.''
''Apakah yang lebih besar daripada mencari reda ALLAH?''
''Yang kita bincangkan hanya sebahagian sahaja dan ia tidak sempurna tanpa beberapa perkara yang dilakukan terlebih dahulu.Bolehkah kita menyembunyikan diri dan beruzlah sekiranya kewajipan menuntut dan memberi ilmu kepada oramg awam belum kita laksanakan? Bagaimana pula dakwah kepada orang bukan Islam yang masih tersesat dalam kegelapan ketika mereka memerlukan suluhan pelita iman?''
''Maksudnya kami perlu selesaikan dahulu perkara yang menjadi asas kewajipan.baru boleh melakukan apa yang lebih bersifat pencarian untuk diri sendiri.''
Rabiah hanya mendiamkan diri.
Fahamlah sekalian yang hadir dengan perbincangan Rabiah itu,namun masih ada hadirin yang terpinga-pinga dalam perbincangan itu.Rabiah meminta mereka yang faham itu menjelaskan kembali kepada yang kurang faham.
Pengajian kemudian diteruskan dengan persoalan penyerahan dan kebergantungan pada ALLAH secara mutlak.
''Seharusnya manusia itu menggunakan segala pancaindera yang dikurniakan ALLAH bagi mencapai kebenaran yang hakiki ,dan mencari serta memahami rahsia di sebaliknya.''kata Rabiah.
''Apakah maksudnya ?''tanya seorang hadirin.Dia adalah ulama dari luar Basrah.
''Setiap yang dikurniakan ALLAH,punya sebabnya,''jawab Rabiah.
''Pernahkah kita terfikir apakah sebabnya segala kurniaan pancaindera yang ada pada diri kita?''sambung Rabiah lagi.
''Tentunya digunakan bagi membuat kerja-kerja seperti beribadah ,mencari rezeki,bekerja dan sebagainya,''jawab hadrin itu.
''Betul,segala pancaindera iniperlu digunakan hanya bagi mengagungkan ALLAH dengan melakukan apa yang disuruhNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.Semua penggunaan anggota tubuh badan kita semestinya hanya untuk ALLAH.''
''Apakah kita dituntut bagi berusaha?''
''Usaha adalah asasnya .Kita diberi pilihan bagi membuat pilihan yang terbaik untuk diri kita.Bukankah ALLAH pernah jelaskan yang Dia tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.''
''Bagaimana pula dengan qadak dan qadarNya?''
''Itulah yang saya maksudkan .Selepas kita berusaha sedaya-upaya,akhirnya hasil usaha itu kita wajar serahkan bulat-bulat kepda ALLAH .Sekiranya usaha yang dilakukan berjaya,ucapkanlah alhamdulilah dan sekiranya gagal,bersabarlah.Jangan sesekali menyalahkan ALLAH kerana ALLAH tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.Tambahan pula ALLAH sentiasa bersama orang yang sabar.''Rabiah menguraikan panjang lebar kepada para hadirin.
''Bagaimana pula kami mahu menjadi sepertimu?''
''Maksud kalian?''
''Kehebatan kamu dalam ibadah,ilmu dan amalan adalah luar biasa.Bicarakan rahsianya kepada kami.Walaupun kami ini bergelar ulama dan menjadi rujukan umat,namun hubungan kami dengan ALLAH adalah terhad,tidak seperti kamu yang begitu dekat dengan ALLAH hingga merindukan ALLAH sentiasa.''
Dengan rendah diri,Rabiah menjawab persoalan para ulama yang hadir itu.
''Jaga adab kalian dengan ALLAH.Ilmu kalian tidak menjamin akhlaq dan adab kalian dengan ALLAH. BAhkan ilmu itu juga sekiranya digunakan bukan pada tempatnya, hanya menyebabkan kalian terhumban dengan hina ke dalam neraka.''
Para ulama yang hadir terkejut,bahkan ada yang menggeletar kerana gerun ,tergoncang jiwa mereka dengan kenyataan Rabiah sebentar tadi.
''Tunjukkan kami cara yang terbaik bagi beradab dan berakhlaq kepada ALLAH?''Semakin rancak perbincangan mereka ,hingga kebanyakan mereka tidak sedar pedang masa terus memotong ruang waktu mereka.
Rabiah juga terus menjawab dengan sabar dan ikhlas ,tanpa berselindung mahupun terbit perasaan riak dengan kurniaan ALLAH pada dirinya.
''Khusyuk dan tawadhuk yang terbaik adalah semasa solat.''Rabiah memulakan.
''Ya,benar.''
''Jadikan diri kalian tawaduk dan khusyuk seperti dalam solat sepanjang hari,setiap detik dan saat.''
''Maksudnya seolah-olah kami semua dalam keadaan solat sentiasa??''
''Benar,itulah sebaik-baik adab dan akhlaq kepada ALLAH.''
Semua hadirin dan para ulama terpana.Ada yang menggeleng-geleng kepala kerana kagum.Ada yang hanya menunduk ,berasa sungguh kerdil di hadapan seorang wanita yang bernama RABIATUL ADAWIYAH..
Indahnya andai dapat jadi sepertimu,Ummu Rabiatul Al Adawiyah..
AKU DAN DIA..MASIH JAUH..