Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Tuesday, January 24, 2012

DOUBLE 'R'~RINDU RASULULLAH~

Satu~

"Apa itu rindu?"

"Erm, ingin merasai kembali seseuatu yang pernah rasa?"

"Contoh?"

"Rindu orang yang kita pernah amat sayang. Rindu suara yang selalu kita dengar.. Rindu wajah yang dulu selalu kita lihat.."

Termenung.

"Kalau tak pernah rasa?"

"Macamna nak rindu.."

Tersenyum.

"Tapi aku mempunyai rindu itu.."

****

Hari ni konsert Maher Zain. Semua menantikan kehadirannya. Seni suara, impak yang terlalu besar kan? Dakwah yang mudah bersemi. Menyanyi dari hati ke lidah. Dari telinga ke hati juga yang disampaikan.

Semua ternanti-nanti wajahnya untuk hadir. Tak sabar. Walau sudah lama terlewat, semua masih setia menanti.

Cukuplah jika dapat melihat raut mukanya. Kening yang redup, dan bibir yang senantiasa tersenyum.

"Maher Zain!"

Semua berebut melihat, ingin bersalam. Ya, dia ada aura tersendiri. Anugerah dari Allah mungkin atas apa yang dilakukan.

Dalam debar keriuhan menunggu. Dalam ramai kerumun meraikan. Terdetik di dalam hati kecil.

"Bagaimana ya? Jika orang yang akan hadir dan muncul ini ialah...

Rasulullah?..."

****

Pulang ke bilik.

Rasa letih sangat. Jiwa terasa sempit. Terasa amat lemah. Tak mampu menghadapi semua ini. Letih dalam kerja dakwah ini.

Letih dalam kehidupan.

Terasa berseorangan.

Dalam dunia yang semakin menggoncang. Hingga nafsu kadang tak terkawal.

Terasa di dalam hati. Teringin sangat, untuk seandainya Rasulullah berada di sisiku, tersenyum, dan terus memberikanku semangat untuk terus berjuang..

Menghadapi dunia yang sebegini.

Amat merinduinya..

I wish you are here Rasulullah, here next to me.. Been missing you so.. So desperately..

****

"Syafiq, tadi terfikir, bagaimana rasanya kalau orang yang kita tunggu.. ialah Rasulullah.."

Terasa sayu.

"Kalau seandainya yang kita tunggu beramai-ramai ialah Rasulullah.."

Hati mengulang.

"Kalau seandainya yang kita tunggu tadi ialah Rasulullah.. orang tak akan bersorak.. pasti semua akan menangis.."

Diam.

"Ya, di wajah baginda ada keheningan dan kerinduan yang amat dalam..."

****

"Teringin untuk berjumpa dan bersama Rasulullah.."

Hati benar-benar mahu.

"Tapi layakkah kita? Untuk bersamanya.."

Adakah.. aku tak layak? Walaupun hanya untuk merasa.

Menoleh.

"Tak, jangan hilangkan perasaan tu. Biarlah tak layak... Jangan lepaskan hati dan rasa itu.."

Tersenyum.

"Kamu layak, insyaAllah.."

Hati terasa tenang.

"Selawat kan?"

Angguk.

"Tapi tak banyak.."

Tersenyum lagi.

"Tak apa, buat kan sunnah nabi?"

Diam.

"Tapi tak selalu..."

Memandang hadapan.

"Tapi, rindu nabi kan?"

Angguk.

"Amat rindu.."

Tersenyum manis.

"It's ok.. simpan rasa itu, and just improve it.. InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan bersama nabi di Telaga Kauthar.. Moga Allah perkenankan.."

Gembira sangat.

Tersenyum.

"InsyaAllah.."

****

Ya Rasulullah, aku amat merinduimu.. Adakah aku termasuk dalam kalangan ikhwan yang kau rindui?

Allahhumma solli 'ala Muhammad ya Allah..
 
Dua~
 
''Cantik rida' hijau ini.Akak rasa nak hadiahkan pada seseorang la.Adik rasa macamner?''

Nurul meminta pandangan anak usrahnya,Madiha.

''Akak nak bagi pada siapa?Ha,pada pak we ea..siapakah jejaka bertuah itu..pemuda Yaman yer?''

Dalam hati Madiha,ada rasa cemburu.Siapakah yang berjaya memiliki hati kakak usrah kesayangannya itu.Siapalah orang bertuah itu? Beruntungnya.

Nurul hanya tersenyum.Lidahnya kekal berselawat sepanjang perjalanan ke Pasar Malam itu.Tiada masa dibiarkan berlalu tanpa memuji Kekasih dan Kekasih pada KekasihNya.

Allahurabbi.

***************************

Madiha menghitung tarikh kelahirannya.Tinggal 5hari lagi.Maksudnya lagi 5hari umurnya bertambah namun masanya untuk beramal berkurang.

Lagi 11hari lagi tarikh kelahiran Kekasihnya.Kekasih kita semua.Saiyidina Wujud Rasulillah s.a.w.Tanggal 12Rabiuawal adalah tarikh kelahiran Baginda.Juga tarikh kematian Baginda yang kita sayangi.

''Amboi,adik akak seorang ni.Laju bebenor post FB sal kahwin,bila agaknya akak boleh makan nasik minyak adik?''

Nurul mengusik Madiha sambil mencubit pipinya yang gebu namun terselindung disebalik kain ninja.

''Adoi,akak..sakitlah.Adik mana pandai masak nasik minyak.Nasi Arab ok gak.Ngeh.Adik mana boleh langkah bendul kak.Lagipun adik tak mau membina BM sebelum tertunai satu hajat ini.''

Suara Madiha bernada sebak.Berusaha mengawal percakapan agar tidak kelihatan gugup.Sayu rasa.Nama itu tak mampu disebut.

''Boleh akak tahu apa hajat adik?Nanti sama2 kita doakan agar tertunai hajat.''

''Hmm..adik ingin bermimpi berjumpa Rasulullah..Solla a'la Nabiyy Ummyy..Rasanya macam tak lama dah..Teringin sudah berjumpa Nabi..''

''Allahurabbi..adikku..''

*******************************

30Januari 2012...

''Kamulah insan bertuah itu adikku.Kamulah insan yang ingin akak hadiahkan kain rida hijau' itu.Namun akak tidak sempat melihatmu memakainya sambil berjalan ke program talaqi Murabbi kita.Allah lebih sayangkanmu..Tercapai hajatmu untuk memandang wajah Baginda.Rupa2 nya pengantinmu sedang menunggu d syurga.Tarikh pemergianmu sama dengan tarikh kelahiranmu..Sama seperti Baginda..Ketahuilah akak mencintaimu kerana cintamu pada ALLAH dan Rasulullah..''

Siapa sangka kain rida' itu menjadi hamparan di atas kain kafannya.Wangian jenazah Madiha berbau harum kasturi.Subhanallah! Semerbak haruman mahabbah cintanya pada Rasulullah s.a.w.

Solla A'lan Nabiyy. :)
Tiga~
 
"jikalau matahari di letakkan di tangan kanan ku.. bulan di tangan kiri ku nescaya aku tidak akan sesekali meninggalkan dakwah yang aku lakukan ini.."

~begitulah kalam baginda kekasih kita Muhammad SAW. dengan berkat dan kegigihan usaha beliau serta sahabat2 radiyallahu'anhum, maka pada saat ini 1/3 dunia telah menikmati Islam.

~betapa sayangnya baginda pada ummah. walaupun di baling dengan batu batan. najis dan tohmahan. tidak sekali pun pernah memberi alasan untuk berhenti menyebarluas risalah dakwah. tidak pernah sekali pun berhenti menyayangi ummatnya. allahumma solli 'ala muhammad. betapa kasihnya nabi pada ummat. wa'ala alihi wasohbihi ajma'in.

~ betapa amanahnya sahabat2 baginda menuruskan sunnah terbesar yakni menyebarkan dakwah dan berjihad menegakkan kalimatullah yang tinggi. bagaimana kita?? betapa banyak yang kita dah buat untuk ummat??

~sollu 'alan nabiy. ayuh pasakkan kecintaan pada nabi..

~Ayuh,lipatgandakan selawat di bulan Rabiulawal ini.

~Tanda cinta Nabi s.a.w adalah dengan tunjuk.Salah satunya ialah melalui dakwah:Murabbina al Fadhil Ustaz Muhadir
 
Akhir kata~
Majdi tersenyum kelat.Dalam diam,dia pasrah.Bukan semua yang diingini akan diperolehi.Namun yakinlah hikmah ALLAH sentiasa mengiringi.

Sebulan kemudian...

''Ummi,kenapa Ayah tidur sambil tersenyum?''

Si kecil Muaz yang baru berusia 4 tahun pelik melihat ayahnya.Sebak menyelubungi dada si Ibu.

''Abimu bahagia nak.Mesti dia sudah dan'sedang' bermimpi yang indah indah sekarang.Kan abang Majdi.''

Ummi mengerling ke arah anak sulungnya.

Barulah Majdi faham kenapa ALLAH tidak memilihnya untuk berada di Jordan bagi menyambung pelajarannya pada peringkat S2.

ALLAH ingin dia berada disamping ayahnya di akhir hayatnya.Berada di luar negara belum tentu lagi dapat balik segera.Tambah dengan situasi pergolakan hebat di Timurr Tengah itu.

Waktu itu tiada siapa yang tahu.Namun setiap daripada kita akan merasainya.

Alhamdulilah,sewaktu pengebumian Ayahnya,Majdilah yang menjadi imam bagi jemaah Solat Jenazah seramai jemaah solat Jumaat.Subhanallah! Indahnya kematian orang beriman.

Bahkan dia sempat mengajarkan ayahnya mengucap kalimah syahadah di saat akhir akhir hayatnya.Dan ayahnya yang sangat istiqamah selalu berselawat sepanjang hidupnya hingga ke akhir nafas turut sempat berselawat memuji Rasulullah buat terakhir kalinya.

Jika Rasulullah,''ummati.ummati..''
Ayahnya''Sollallahu a'la Muhammad..''

Perjuangan ayahnya harus diteruskan.Perjuangan Rasulullah harus disambung.Ilmu itu ada di mana2.Yakin setiap ujian ada hikmah mengiringi.

Senyum dan Selawat. ^^,
 

Friday, January 20, 2012

Ayat ayat Cinta 3-Pemuda Rida' dari Yaman Vs Musafirah Talaqi



                                                                 سْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


‎'♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ•♪ღ♪•*´¨*•.¸ℒℴνℯ♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ•♪ღ♪•*´¨*•.¸ℒℴνℯ'

''Adik,mari pak cik tolong angkat..''

''Tak pa tak pa..pak cik kami masih larat..terima kasih'' 

Wardah tersenyum keletihan.

Kudrat terpaksa dikerah lebih untuk mengangkat barang yang beratnya mungkin lebih kurang berat badannya. :p

Perjalanan menuju ke terminal LRT dirasakan berbatu batu namun seulas senyuman indah masih dilemparkan oleh mawar manis Hafizah.

Berulang kali Asrar berhenti untuk mengambil nafas yang semakin lama makin tercungap cungap.Lelah tapi seronok.

Berbondong bondong masuk ke dalaM LRT.Hanya Tuhan yang tahu kepenatan kami.Penat mengangkat barang.Tapi kerinduan untuk mendengar kalam Murabbi mengatasi segalanya.

Tasbih Asrar jatuh tatkala ingin menaiki LRT.Keadaan agak kecoh kerana semua orang berlumba lumba ingin menaiki LRT yang kian penuh.Allahurabbi.Bahu Asrar ditolak.Sakit.Begnya yang mengandungi kitab2 wirid hadiah Sheikhuna jatuh
.Kemudian ada tangan seorang lelaki mengambilnya.Di bahu lelaki itu ada rida'berwarna hijau.Seperi rida' Murabbina.

''Ini milik Enti?''

Asrar tersipu malu untuk menjawab.Merona wajahnya.Subhanallah.Seakan kenal suara itu.

''Alhamdulilah,tasbih dan kitab pemberian Sheikuna ana.Syukron akhi.Jazakallah.''

Mata saling tidak bertentangan.Hanya hati yang menyatu dalam doa.

Asrar berlalu pergi bersama 2 lagi sahabat musafirnya Wardah dan Hafizah.

Meneruskan perjalanan ke bumi UIA,PJ.

Dalam hati ada taman.Itulah taman ayat ayat cinta 3. :)


♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ•♪ღ♪•*´¨*•.¸ℒℴνℯ♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ•♪ღ♪•*´¨*•.¸ℒℴνℯ



Tok tok tok..Pintu diketuk lembut.Kedengaran suara yang macam pernah didengar.Tapi di mana ya?

''Assalamualaikum ustaz.''

''Waalaikumusalam,Asrar tolong bukakan pintu sekejap.Sahabat antuna dari Gombak sudah datang.Dia ada hajat sedikit.Akh Khairul Azzam.''

Entah kenapa dada Asrar berdegup kencang.Selawat dibaca bagi mententeramkan hati.

Pintu terkuak perlahan.Menuturkan irama qasidah rasanya sebagai background musik.

Subhanallah!

''Ana assif,ustaz lambat.''

Khairul Azzam ingat Ustaz yang datang membuka pintu dari dalam.

Tasbih Asrar sekali terjatuh lantaran terkejut mendengar suara itu.

Dua kali sudah suara itu di dengarnya.Sekali ketika menjadi makmum di Masjid UIA,Gombak 2bulan lepas.Suara Imam yang sangat merdu melantunkan ayat suci Al Quran.Sekali lagi ketika dalam LRT semalam.

Ketika Khairul Azzam ingin mengambil tasbih milik Asrar,rida'nya pula yang jatuh.

Mata saling tidak bertentangan.Hanya hati bersatu dalam doa

Ku kenal rida'mu itu.Kau kenal tasbih milikku itu.

Khayalan dalm impian menyatu dalam doa.Doa mahligai wasatiyyah semerbak bauan mahabbah pada Nabi.

Khayalan dalam impian.



♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ•♪ღ♪•*´¨*•.¸ℒℴνℯ♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ•♪ღ♪•*´¨*•.¸ℒℴνℯ



‎''Stesen berikutnya kampung akhirat.The next station Kampung Akhirat.''

Lembut dalam tegas suara operator LRT memberitahu informasi makluman perjalanan seterusnya.

Suasana hingar bingar bertukar dengan suara2 beberapa yang masih punya iman.
Masing masing mula mengakui dosa2 masing dan berasa menyesal.

Yang Islam sempat bersyahadah.Yang jahil dan kafir termengah mengah menahan kejadah.Sungguh kehidupan manusia sering dilihat pada bagaimana khatimahnya.
ALLAHUAKBAR! LRT yang kami naiki menghampiri destinasi..
Allah..Allah..Allah..Solla a'la Nabi..

''Asrar..asrar..menung apa tuh..kita dah sampai nih.Jom.''

Perjalanan untuk membeli tiket di Puduraya menyimpan banyak kenangan.
Ibarat rusa masuk bandar lagaknya.Wardah dan Hafizah saling mengenakan.Asrar terasa di awang awangan.Mana tidaknya setiap kali bertukar stesen kami mendapat token of appreciation dan bila sudah sampai ke destinasi kami harus menabung token itu dalam mesin yang bisa menjadi jutawan beberapa tahun lagi.

Berebut kami saling memasukkan syiling untuk mendapatkan token pahala di akhirat kelak.Subhanallah.Memang benar kalam Rasul,antara salah satu cara untuk melihat siapa teman kita adalah ketika dalam musafir.

Sempat singgah ke Mydin untuk mencari mesin ATM bagi mengeluarkan duit membeli tiket.Mesin ATM? Erk..secara tak rasmi Mydin itu tak da mesin atm tapi mydin itulah mesin atm.ehehe..Duit mengalir bagaikan air untuk perkara yang membazir.Bukan amalan orang beriman.Doa kami perisaikan agar nafsu tetap terpenjara dalam benteng iman.

''Kan akak dah habaq tak leh masuk mydin.Huhu''Wardah menempelak lembut Asrar.Hafizah sekadar mencari earphone yang berpatutan.Sempat Wardah dan Asrar membeli buku Diari Muslim 2012 dan baju bola untuk adik2 tersayang masing2.Keluarga tetap berada dlam ingatan.

Tiket jam 9 Malam Hari Rabu ke Kulim.

Moga perancangan kami dilancarkan.Terasa panjang lagi perjalanan Asrar untuk musafir.Ke Kulim sekadar untuk bersilahturahim dengan mak saudara yang sudah lama tidak dikunjungi.Rindu rasanya.Kalau sempat ingin berziarah ke kubur arwah Pak long.InsyaALLAH.Pasti datang nanti,menjadi rebutan jemputan saudara2 tidur di rumah mereka.Rasa disayangi.Ceh,perasan.Ngeh~

Asrar mengimbas kenangan sewaktu mencari tempat berprogram PERKIM setahun yang lalu.Ada sesuatu di situ.Kenangan.Doa tetap menyatu.
.
''Allahuakbar..aduih..sakitnya..''Air mata mengalir dari mata kanan Asrar.

Sedang asyik Wardah dan Hafizah membeli beli kuih pau,si kerengga mengambil kesempatan untuk melancarkan serangan.Nasib baik mata jer yang terbuka.Anggota muka lain selamat dari menjadi mangsa serangan kerengga yang bertubuh ramping tapi bergigi taring.Kenapa Asrar sahaja yang digigit? Dari mana datangnya makhluq ALLAH yang kecil tapi Argh......sakit,Ya ALLAH..
Ada pengajaran di situ.Mata tundukkan lagi ke bawah.Jaga pandangan lagi.

''Bukkk..,solla a'la Nabi..'' 
Jangan syadid sangat menundukkan pandangan.'

''Guano buleh sampai terlanggar batang pokok kat depan nih.Adeh..malu ..malu..''

Singgah ke Masjid Muaz Jabal untuk menahan lelah.
Abang Hafizah mengambil kami.Kereta BVG singgah ke Sekolah Agama mengambil isterinya mengajar di sana.Senyum berbalas mesra.Saling bersalam dan mencium tangan masing masing.Asrar saling berpandangan dengan Wardah.Ada sesuatu di situ.Romantik.Rabitah hati kami tersambung.Teringat semasa dalam bilik Murabbina,zaujah Ustaz menelefon.Asrar terdengar perbualan antara mereka.''Abang dah belikan bawang putih..''
Bukan niat Asrar untuk menipiskan telinga.Terdengar.Lalalala..

Suami Mithali,isteri Solehah '',)



♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ•♪ღ♪•*´¨*•.¸ℒℴνℯ♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ•♪ღ♪•*´¨*•.¸ℒℴνℯ

Sesiapa yang tidak mencintai maka dia tidak akan dicintai~

Jatuh cinta itu sesuatu yang spontan.Tiada manusia yang bisa menjangkakan dengan siapa dan bila dan dimana dia akan ter'jatuh'.

''Tolal al badru alaina..min tsaniyatil wada'''

Merdu senandung qasidah Hafizah.Sambil sambil menunggu temannya siap mengemas barang,Hafizah mengalunkan musik selawat memuji Nabi.Lama tidak berqasidah bersama.Biasa setiap malam Khamis diadakan bacaan Qasidah beramai ramai di Uia untuk Muslimat.


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman



Wardah menyanyikan lagu kegemarannya.Comel jer suara.Secomel tuannya.Asrar cuma senyap.Risau suaranya seperti buluh pecah bisa menggalakkan si katak riang melagukan irama memanggil hujan.


Senyum melihat telatah temannya.Bahagia.Asrar tumpang kebaikan mereka.Dua sahabatnya itu adalah anak murid kesayangan Murabbinya.Asrar berasa sangat terpilih dapat bersahabat dengan mereka.

''Himpunkanlah kami dalam perkara kebaikan selalu ya ALLAH.''

''InsyaALLAH,nanti masa TALAQQI INTENSIF Sheikh Fuad Kamaluddin kita jumpa lagi na..Jadi budak baik di rumah ya..''


''Okk.kak2 tersayang...''




''Allahuakbar.Jatuh sokmo tasbih nih.Terima kasih akhi..''Mata ditundukkan.Menjaga pandangan.


Srettttt....




''Eh..errrkk...,,terima kasih pak cik..''


Seorang pak cik berusia lewat 50 an memandang Asrar ganjil.''Akhi..???'

Asrar membalas dengan senyuman.MALU kot.Tak per,kain ninja setia bersama.Lalalala..  :P


Perempuan memang mudah perasan.Kan..kan..betul tak Wardah dan Hafizah?

Sampai di Terminal Kulim.Suasana masih gelap.Jam 1.38 pagi.Wardah yang turun bersamanya terpaksa ditinggalkan dengan untaian doa.Mak Long Asrar sudah datang. 


Alhamdulilah.Kali terakhir datang Kulim,ditemani saudara2 yang datang menghantar.Sesaat memandang kedudukan posisi itu.Seakan akan terlihat kelibat arwah Pak Long.Rindu.Setiap kali teringat insan kesayangan yang telah tiada,mari bersama berikan mereka scroll hadiah di medan sana.Al Fatihah...




''Kak Asrar mai sat jah Kedah,Tak sempat nak bawak p mana..''


Najiha tersenyum manja.Lesung pipitnya jelas kelihatan.


''Kak Asrar nak tidur mana malam ni?Meh tidur rumah Mak Teh..''
''Kak Asrar nak tidur mana malam ni?Meh tidur rumah Mak Lang..''
''Kak Asrar nak tidur mana malam ni?Meh tidur rumah nenek..''
See,what I said before?!!  :)
Disebabkan soalan yang lebih kurang sama dapat,so COPY PASTE la yerk.... ^_~
Jadi rumah mak long jugak jadi pilihan.Asrar selesa di situ.Entah kenapa.
''Husaini budak baik.Zaid budak baik.Moga jadi kebanggaan Abah na..''
''Kak Asrar..kak Asrar..Mama panggil makan.Meh..''

Asrar tersedak dari lamunan.Macam mimpi.Betul ker roh orang baik2 boleh berjalan bila2 masa untuk mengunjungi keluarganya?Teringat buku 'Malam Pertama Di Alam Kubur' yang pernah dibacanya.Wallahualam

''Wallahualam.''Jawapan yang pendek tapi itulah jawapan terbaik boleh diberikan seandainya kita tidak mempunyai ilmu tentang sesuatu perkara.Jangan bila tak tahu,tapi pura pura tahu.Jawapan ''Wallahualam''umpama menzahirkan tawadduk dalam diri.Jawapan ''Wallahualam''bukan menjatuhkan maruah apabila disoal orang tentang sesuatu perkara,kita tidak tahu.Tapi tulah jawapan untuk menjaga agama.

Benar kata Murabbina di atas.

Bercakap jika membawa faedah.Diam jika tidak tahu.Orang yang kurang bercakap,dan hanya bercakap perkara yang bermanfaat buat agama akan dikurniakan hikmah.Sesiapa yang menjaga pandangan,dikurniakan khusyuk dalam ibadat.Sesiapa yang menjaga lidah,dikurniakan hikmah dalam bercakap.

Begitu mafhum Kalam Rasul yang Asrar terlintas dalam fikiran waktu itu.Dalilnya.Wallahualam.Otak yang jarang2 di'charges' dengan hafalan hadith dan perawinya.Banyak kelemahan hambamu ini.

♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ•♪ღ♪•*´¨*•.¸ℒℴνℯ♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ•♪ღ♪•*´¨*•.¸ℒℴνℯ'



~Cinta kami bertaut kerana cinta Allah dan cinta kekasihNya Sayyiduna Rasulullah saw..

~Walau cinta itu ada. Ta
pi ia tak selalunya berakhir dengan bersama. InsyaAllah, hikmahnya pasti lebih bermakna.. Percaya, cinta Allah sentiasa bersama... 
Tak pernah terlintas di benakku..
Saat pertama kita bertemu..
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah..
harum dan merekah..
''Ummu,along tak tahu along bersedia ker tak untuk menerima lamarannya.Kalau menurut apa yang Ummi bagitau pada along tentang ciri ciri dia,along takut along tidak layak baginya..''
Asrar mengeluarkan keluhan berat.Sebenarnya tiadalah berat sangat cuma hatinya malu untuk berbicara soal begitu dengan Umminya.Dia bisa membicarakan apa sahaja.Namun bab ini dia lemah dan tiada kekuatan.Bahkan ketika ada mak cik mak cik kampung yang bertanyakan tentang dirinya sama ada sudah berpunya atau belum,dia hanya tersenyum nipis.Dengan muka selamba dia menjawab.Memang dah ada pun.
Siapa?
Lelaki yang soleh.
''Jodoh itu rahsia ALLAH... ''
''Jodoh memang kena cari,tapi jodoh sekian kian ALLAH dah tetapkan... ''
''Kalau ada jodoh,tak ke mana... ''
Ummi memberikan jawapan mendamai hatinya.
 Mother is the best medicine.Medicine for the heart.Solution for any problems.
Bagi Asrar soal perkahwinan bukan soal remeh temeh.Tapi tujuan dia menjawab selamba kerana dia belum terfikir pun ke arah itu.
Tapi yang ini lain sedikit.Asrar sedikit terusik hatinya apabila terdengar ada seorang lelaki yang ingin menyuntingnya menjadi isteri atas lamaran pensyarahnya.Maksudnya dia ,berniat untuk menyunting Asrar sebagai isteri setelah cadangan orang yang dipercayainya.Teringat kata kata Murabbinya.
Terimalah lamaran dari pemuda soleh atau menerima lamaran dari pemuda yang soleh yang dipilihkan dari orang yang soleh.
Asrar mengelamun.Pandangannya jatuh pada seekor rama rama besar berwarna biru keungguan.Melihatkan ada manusia yang melihatnya,maka mulalah si rama rama menarikan sayapnya.Riang.Berlagu perasan.
Ya Badratim..ya badratim..
Ya Rasulullah..daku merindukanmu..bilakah kita mampu bertemu..

Ya Rasulullah..lau kana bainana ya habib..
"Syurga itu makhluk dan sebaik-baik makhluk Allah adalah Rasulullah ﷺ.Kerana itu,sebaik-baik balasan bukanlah syurga tapi adalah bersama Rasulullah ﷺ di syurga".

[Syeikh Dr.Yusri Rushdi Al-Hasani حفظه الله تعالى]
Asrar istikarah.Tiada sesalan dalam istikarah.7hari berturut turut dia istikarah dan jawapnya terkahir kali dia mendapat mimpi.Mimpi dia sedang memakai pakaian jubah hijau tapi dia berada di tempat yang asing.Satu tempat yang dia pernah lihat.
Darul Mustofa.Darul Mustofa milik Al Habib Umar Al Hafidz.Dia berada di Yaman!!! Solla A'la Nabi..
Ada Habib Umar al Hafidz.Allahuallah.Tenangnya wajahmu.Bagaimana agaknya wajah Nabi?
Di satu sudut,dia ada melihat seorang lelaki berjubah putih dan memakai rida' warna hijau.Dia sedang berjalan menuju ke arah Habib Umar.Lalu mencium tangan mulia ahlul Bait Nabi generasi yang ke 39 itu.Mereka berbual bual mesra.
Siapa laki itu satu persoalan.
Kenapa kelihatan mereka sangat rapat?
Mimpi yang pendek selepas dia dhuha tadi,Dia terlelap setelah habiskan wirid Ratibul Haddad dan taklifat selawat 1000x.
Hatinya tenang kini.
Pemuda dari Yaman walau siapapun kamu,doa tetap menyatu.
Niat diperelokkan lagi.Hati dibersihkan lagi.

Cinta itu apa sebenarnya?

Ramai orang bagi definisi cinta tapi susah nak faham. Ibnul Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudhatul Muhibbin memberi kaedah yang mudah. Tq ulamaku.

“Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab.”

Sebab?
Why?
Sebab adalah nyawa cinta.
Tanpa sebab, matilah cinta.

Sebab sembarangan hanya menumbuhkan cinta sembarangan.
Cinta abadi memerlukan sebab yang abadi.

Tertipulah orang yang anggap cintanya suci dan abadi tapi sebabnya pada sesuatu yang tidak abadi...
sebab dia pandai...
sebab dia cantik...
sebab dia hebat...

Sedangkan Allah mempunyai segala sebab yang melayakkan Dia menjadi cinta nombor satu.

Kalau dia pandai. Allah Maha Pandai.
Kalau dia cantik, Allah Maha Cantik.
Kalau dia hebat, Allah Maha Hebat.

Allah yang ciptakan dia dan semua mahkluk hebat di dunia ini.
Allahlah patut duduk nombor satu dalam sebab cinta kita.
Kalau 'sebab' kita cinta dia kerana Allah, maka tunjukkan pada Allah, apa buktinya?
Sudah tentu buat apa yang Allah suruh, jauhi apa yang Allah larang.
Apa dia?
Perlu ke majlis ilmu untuk tahu, bacaan berfaedah dan dekati orang-orang soleh.
Jom!
Asrar tertunduk malu.Allah.Hebatnya getaran hati.
Dia tidak berani memandang langsung wajah bakal suaminya.Perlahan lahan dia membuka niqabnya untuk dilihat oleh bakal suaminya.Namun sedangkan dia sendiri tidak berani memandang wajah bakal zauj nya itu.Lelaki itu siapa namanya pun dia tidak ingat.Yang diingat namanya Muhammad.Malu.
Namun hatinya mantap.Yakin ini petunjuk dari ALLAH.InsyaALLAH.
''Ini milik Enti?''

Asrar tersipu malu untuk menjawab.Merona wajahnya.Subhanallah.Seakan kenal suara itu.

''Alhamdulilah,tasbih dan kitab pemberian Sheikuna ana.Syukron akhi.Jazakallah.''

Mata saling tidak bertentangan.Hanya hati yang menyatu dalam doa.


Khazinatul Asrar dan Muhammad Khairul Azzam tersenyum penuh makna.Masing masing mengulang dialog mereka ketika saat pertama kali bertemu.


Cinta atas dasar cinta ALLAH dan RASUL tidak pernah membuatkan peminjamnya menyesal.

Sungguh,perasaan cinta itu adalah suatu pinjaman dari ALLAH.Kita memang peminjam tegar ALLAH.Mintalah ALLAH agar memelihara hati.

Kerana fitrah harus diikat dengan hikmah agar jauh dari fitnah.


"Ya ALLAH, sebesar mana pun cintaku kepada hambaMU, besarkanlah lagi cintaku kepada ENGKAU dan RasulMU.Pimpinlah kami menuju redhaMU. Jauhilah kami dari cinta yang melalaikan, jua dari cinta yang membuatkan kami semakin jauh dari cintaMU dan RasulMU.Kurniakan kami cintaMU dan cinta orang-orang yang mencintaiMU. Terimalah cinta dan hajat kami..semoga kecintaan ini akan membawa kami kepadaMU.allahumma amin3x"





-TAMAT-