Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Tuesday, January 24, 2012

DOUBLE 'R'~RINDU RASULULLAH~

Satu~

"Apa itu rindu?"

"Erm, ingin merasai kembali seseuatu yang pernah rasa?"

"Contoh?"

"Rindu orang yang kita pernah amat sayang. Rindu suara yang selalu kita dengar.. Rindu wajah yang dulu selalu kita lihat.."

Termenung.

"Kalau tak pernah rasa?"

"Macamna nak rindu.."

Tersenyum.

"Tapi aku mempunyai rindu itu.."

****

Hari ni konsert Maher Zain. Semua menantikan kehadirannya. Seni suara, impak yang terlalu besar kan? Dakwah yang mudah bersemi. Menyanyi dari hati ke lidah. Dari telinga ke hati juga yang disampaikan.

Semua ternanti-nanti wajahnya untuk hadir. Tak sabar. Walau sudah lama terlewat, semua masih setia menanti.

Cukuplah jika dapat melihat raut mukanya. Kening yang redup, dan bibir yang senantiasa tersenyum.

"Maher Zain!"

Semua berebut melihat, ingin bersalam. Ya, dia ada aura tersendiri. Anugerah dari Allah mungkin atas apa yang dilakukan.

Dalam debar keriuhan menunggu. Dalam ramai kerumun meraikan. Terdetik di dalam hati kecil.

"Bagaimana ya? Jika orang yang akan hadir dan muncul ini ialah...

Rasulullah?..."

****

Pulang ke bilik.

Rasa letih sangat. Jiwa terasa sempit. Terasa amat lemah. Tak mampu menghadapi semua ini. Letih dalam kerja dakwah ini.

Letih dalam kehidupan.

Terasa berseorangan.

Dalam dunia yang semakin menggoncang. Hingga nafsu kadang tak terkawal.

Terasa di dalam hati. Teringin sangat, untuk seandainya Rasulullah berada di sisiku, tersenyum, dan terus memberikanku semangat untuk terus berjuang..

Menghadapi dunia yang sebegini.

Amat merinduinya..

I wish you are here Rasulullah, here next to me.. Been missing you so.. So desperately..

****

"Syafiq, tadi terfikir, bagaimana rasanya kalau orang yang kita tunggu.. ialah Rasulullah.."

Terasa sayu.

"Kalau seandainya yang kita tunggu beramai-ramai ialah Rasulullah.."

Hati mengulang.

"Kalau seandainya yang kita tunggu tadi ialah Rasulullah.. orang tak akan bersorak.. pasti semua akan menangis.."

Diam.

"Ya, di wajah baginda ada keheningan dan kerinduan yang amat dalam..."

****

"Teringin untuk berjumpa dan bersama Rasulullah.."

Hati benar-benar mahu.

"Tapi layakkah kita? Untuk bersamanya.."

Adakah.. aku tak layak? Walaupun hanya untuk merasa.

Menoleh.

"Tak, jangan hilangkan perasaan tu. Biarlah tak layak... Jangan lepaskan hati dan rasa itu.."

Tersenyum.

"Kamu layak, insyaAllah.."

Hati terasa tenang.

"Selawat kan?"

Angguk.

"Tapi tak banyak.."

Tersenyum lagi.

"Tak apa, buat kan sunnah nabi?"

Diam.

"Tapi tak selalu..."

Memandang hadapan.

"Tapi, rindu nabi kan?"

Angguk.

"Amat rindu.."

Tersenyum manis.

"It's ok.. simpan rasa itu, and just improve it.. InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan bersama nabi di Telaga Kauthar.. Moga Allah perkenankan.."

Gembira sangat.

Tersenyum.

"InsyaAllah.."

****

Ya Rasulullah, aku amat merinduimu.. Adakah aku termasuk dalam kalangan ikhwan yang kau rindui?

Allahhumma solli 'ala Muhammad ya Allah..
 
Dua~
 
''Cantik rida' hijau ini.Akak rasa nak hadiahkan pada seseorang la.Adik rasa macamner?''

Nurul meminta pandangan anak usrahnya,Madiha.

''Akak nak bagi pada siapa?Ha,pada pak we ea..siapakah jejaka bertuah itu..pemuda Yaman yer?''

Dalam hati Madiha,ada rasa cemburu.Siapakah yang berjaya memiliki hati kakak usrah kesayangannya itu.Siapalah orang bertuah itu? Beruntungnya.

Nurul hanya tersenyum.Lidahnya kekal berselawat sepanjang perjalanan ke Pasar Malam itu.Tiada masa dibiarkan berlalu tanpa memuji Kekasih dan Kekasih pada KekasihNya.

Allahurabbi.

***************************

Madiha menghitung tarikh kelahirannya.Tinggal 5hari lagi.Maksudnya lagi 5hari umurnya bertambah namun masanya untuk beramal berkurang.

Lagi 11hari lagi tarikh kelahiran Kekasihnya.Kekasih kita semua.Saiyidina Wujud Rasulillah s.a.w.Tanggal 12Rabiuawal adalah tarikh kelahiran Baginda.Juga tarikh kematian Baginda yang kita sayangi.

''Amboi,adik akak seorang ni.Laju bebenor post FB sal kahwin,bila agaknya akak boleh makan nasik minyak adik?''

Nurul mengusik Madiha sambil mencubit pipinya yang gebu namun terselindung disebalik kain ninja.

''Adoi,akak..sakitlah.Adik mana pandai masak nasik minyak.Nasi Arab ok gak.Ngeh.Adik mana boleh langkah bendul kak.Lagipun adik tak mau membina BM sebelum tertunai satu hajat ini.''

Suara Madiha bernada sebak.Berusaha mengawal percakapan agar tidak kelihatan gugup.Sayu rasa.Nama itu tak mampu disebut.

''Boleh akak tahu apa hajat adik?Nanti sama2 kita doakan agar tertunai hajat.''

''Hmm..adik ingin bermimpi berjumpa Rasulullah..Solla a'la Nabiyy Ummyy..Rasanya macam tak lama dah..Teringin sudah berjumpa Nabi..''

''Allahurabbi..adikku..''

*******************************

30Januari 2012...

''Kamulah insan bertuah itu adikku.Kamulah insan yang ingin akak hadiahkan kain rida hijau' itu.Namun akak tidak sempat melihatmu memakainya sambil berjalan ke program talaqi Murabbi kita.Allah lebih sayangkanmu..Tercapai hajatmu untuk memandang wajah Baginda.Rupa2 nya pengantinmu sedang menunggu d syurga.Tarikh pemergianmu sama dengan tarikh kelahiranmu..Sama seperti Baginda..Ketahuilah akak mencintaimu kerana cintamu pada ALLAH dan Rasulullah..''

Siapa sangka kain rida' itu menjadi hamparan di atas kain kafannya.Wangian jenazah Madiha berbau harum kasturi.Subhanallah! Semerbak haruman mahabbah cintanya pada Rasulullah s.a.w.

Solla A'lan Nabiyy. :)
Tiga~
 
"jikalau matahari di letakkan di tangan kanan ku.. bulan di tangan kiri ku nescaya aku tidak akan sesekali meninggalkan dakwah yang aku lakukan ini.."

~begitulah kalam baginda kekasih kita Muhammad SAW. dengan berkat dan kegigihan usaha beliau serta sahabat2 radiyallahu'anhum, maka pada saat ini 1/3 dunia telah menikmati Islam.

~betapa sayangnya baginda pada ummah. walaupun di baling dengan batu batan. najis dan tohmahan. tidak sekali pun pernah memberi alasan untuk berhenti menyebarluas risalah dakwah. tidak pernah sekali pun berhenti menyayangi ummatnya. allahumma solli 'ala muhammad. betapa kasihnya nabi pada ummat. wa'ala alihi wasohbihi ajma'in.

~ betapa amanahnya sahabat2 baginda menuruskan sunnah terbesar yakni menyebarkan dakwah dan berjihad menegakkan kalimatullah yang tinggi. bagaimana kita?? betapa banyak yang kita dah buat untuk ummat??

~sollu 'alan nabiy. ayuh pasakkan kecintaan pada nabi..

~Ayuh,lipatgandakan selawat di bulan Rabiulawal ini.

~Tanda cinta Nabi s.a.w adalah dengan tunjuk.Salah satunya ialah melalui dakwah:Murabbina al Fadhil Ustaz Muhadir
 
Akhir kata~
Majdi tersenyum kelat.Dalam diam,dia pasrah.Bukan semua yang diingini akan diperolehi.Namun yakinlah hikmah ALLAH sentiasa mengiringi.

Sebulan kemudian...

''Ummi,kenapa Ayah tidur sambil tersenyum?''

Si kecil Muaz yang baru berusia 4 tahun pelik melihat ayahnya.Sebak menyelubungi dada si Ibu.

''Abimu bahagia nak.Mesti dia sudah dan'sedang' bermimpi yang indah indah sekarang.Kan abang Majdi.''

Ummi mengerling ke arah anak sulungnya.

Barulah Majdi faham kenapa ALLAH tidak memilihnya untuk berada di Jordan bagi menyambung pelajarannya pada peringkat S2.

ALLAH ingin dia berada disamping ayahnya di akhir hayatnya.Berada di luar negara belum tentu lagi dapat balik segera.Tambah dengan situasi pergolakan hebat di Timurr Tengah itu.

Waktu itu tiada siapa yang tahu.Namun setiap daripada kita akan merasainya.

Alhamdulilah,sewaktu pengebumian Ayahnya,Majdilah yang menjadi imam bagi jemaah Solat Jenazah seramai jemaah solat Jumaat.Subhanallah! Indahnya kematian orang beriman.

Bahkan dia sempat mengajarkan ayahnya mengucap kalimah syahadah di saat akhir akhir hayatnya.Dan ayahnya yang sangat istiqamah selalu berselawat sepanjang hidupnya hingga ke akhir nafas turut sempat berselawat memuji Rasulullah buat terakhir kalinya.

Jika Rasulullah,''ummati.ummati..''
Ayahnya''Sollallahu a'la Muhammad..''

Perjuangan ayahnya harus diteruskan.Perjuangan Rasulullah harus disambung.Ilmu itu ada di mana2.Yakin setiap ujian ada hikmah mengiringi.

Senyum dan Selawat. ^^,
 

1 comment:

  1. assalammualaikum ukHTi....SEtIAP ENTRY2 DICNI sGt berkesan dihati..minta dihalalkan segala perKOnGSIAN yang ada...SESUNGGUHNYA SAYA INSAN YG KERDIL DALAM mengisi setiap perjalanan hidup sbg muslim SERTA mengharapkan redha ALLAH SEHINGGA PENGAKHIRAN HIDUP..AMEEN

    ReplyDelete