Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Monday, February 13, 2012

Memoir Pekan Berselawat~

''Syafira,anak anak kita sedang bermain di mana yer?''

''Entahlah Aira mungkin kat depan tu kot,tengah practik Qasidah sama sama..''

''Zauj enti mana?''

''Ada tu di barisan paling hadapan sekali,yang paling kuat melaungkan alunan qasidah dan selawat .. Zauj enti Syafira..?''

''Ana pun tak perasan mana zauj ana..yang pasti bukan berada di kalangan orang ramai yang sedang berjual beli masa baca Qasidah ini..''

Qasidah sambil memegang botol susu bayi bukan pemandangan yang luar biasa.

Tapi telah me'naik'kan reputasi Ibu a.k.a pelajar kepada seorang baby yang sangat cute.

Sambil menunggu ibu sebenar mengambil wudhuk semula,seorang Musafirah masih tidak mahu melepaskan peluang bermawleed bersama2 org ramai.

Orang lalu lalang mula memandangnya aneh.

Mesti orang menganggap kami 'anak beranak' sangat sweet kan. :P Perghh..

Tetapi ada sesuatu yang kurang enak dapat dilhat.

Bagaimana bisa sedang di dalam masjid sedang berlangsungnya selawat puji pujian kepada Saiyiduna Wujud Rasulullah,tetapi boleh pulak ada saat ini yang mengambil kesempatan untuk membeli barang2 sunnah yang dijual di luar masjid??!!!

Borong barang2 sunnah,tetapi adab baca Mawleed pun tak lepas.

Bagaimana adab kita dengan Rasulullah???!!!

Suasana agak hingar bingar sedikit.

Agak terkilan.

Tatkala Al Fadhil Ustaz Muda iaitu UDD Ustaz Don Danial datang,berebut mak cik2 dan anak2 muda nak melihat wajah Ustaz.

Aiwah,itu tak da masalah.

Seorang mak cik yang berusia agak lanjut sambil memegang tongkat turut tercalon senarai di atas.

''Dik,,tepi sikit..mek nak tengok muka Ustaz Don..''

Sambil menunjukkan wajahnya yang 'comel' yang tidak bergigi. :D

Ana sendiri pun mula2 tak berkesempatan melihat wajah Ustaz TV alHijrah itu,
Kecewa pada mulanya.

Kemudian niat dibetulkan lagi.

''Nak tengok Ustaz Don ker,nak tengok apa yang dicakapkan Ustaz Don..??''

~jangan kamu memandang kepada orang yang berbicara,namun pandanglah apa yang dibicarakannya.~

Andai Rasulullah dihadapan itu..??

Andai Rasulullah yang sedang bercakap itu..??

Andai Rasulullah yang kamu lihat itu..??

Andai Rasulullah yang tersenyum kepada kamu..??

Cinta dan rindu bukan sekadar kata2,terlukis melalui perbuatan dan amalan.

Sahabat2 Rasulullah kecuali Saiyidina Umar dan Abu Bakar tidak pernah memandang wajah Rasulullah secara 'direct' kerna menghormati Baginda.

Kita?

Ana sendiri?

Walaupun curi2 pandang.

Hidup mesti bermakna~

Senyum dan selawat

No comments:

Post a Comment