Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Wednesday, March 14, 2012

Antara Mimbar Cinta dan Mall Dating

~Cerpen antara Mimbar Cinta dan Mall Dating

Mary memintal mintal hujung kain tudungnya.

Sambil mengibas ngibas.Panas betul pakai tudung.Walau tudung sudah cukup2.

Oklah itu,at least tutup rambut.Aurat kan rambut jer.Sangkanya.

Resah.

Dia telah terpesona.Dengan susuk tubuh itu.

Aduhai,penyakit apakah ini?

Angau kah?

Meroyan?

Mood swinging due to tuuutt... ?

Ok,tenang.Cari akar baru jumpa pucuk.

Jiwa gelisah tidak keruan.Mimpi yang sama dialaminya.

Mimpi yang mustahil berlaku dalam realiti.Namun itulah harapannya setiap hari.Walau segan sentiasa mencengkam emosi.

''Izzah..aku nak pi dating sat..Kau tolong cop tempat untuk aku dalam kelas satg.''

Kakinya melangkah longlai.

Kaki kiri yang sudah lazim berjalan ke tempat tersembunyi manusia untuk bertiga tigaan dengan BF dan yang ke'tiga'..

Tapi maksiat itu lazat bila dah nipis iman.

Iman berperang dengan nafsu.

Tuhan,mana satu arah harus ku tuju.

Debukkkkk !!!''

Bunyi sesuatu jatuh.Entah dari mana datangnya baldi.

Jonet mengelak.

Aduhhhhh !!''

Kaki kirinya terpijak paku.Baldi itu ter'muntah'kan paku.

Baldi kecil sahaja,tapi digunakan oleh Mat Repair yang sedang membaiki sesuatu di atas bumbung.

Sakit.Langkahannya membelok ke kanan.

Entah kenapa,tempat pertama yang dingatnya saat itu adalah masjid.

Bukan klinik.

Sampai masjid,dia terkedu.

Susuk tubuh itu...

Dalam mimpinya.

Siapakah?

''Easy girl..easy girl...''

Hp nya berbunyi.Call dari buayafriend nya.Sekadar scan.Tidak berminat untuk mengangkat.

Wanita di hadapannya lebih menarik perhatian.

Sementelah wanita itu memalingkan wajahnya,serasa ketar lututnya.Dan...

''Ingatlah hidayah itu untuk dicari,bukan ditunggu2 nanti.Kerana mati itu pasti,buat hambanya yang bernama makhluq Illahi..Semoga ALLAH menyambut enti terakhir kali dalam husnu wa jamil khatimah...Barakallahufikum..''

Mukanya iras2 seseorang yang pernah dilihatnya.

Dalam mimpi.Antara Safa dan Marwah.

Apakah tanda ini?

Kakinya terasa kebas tiba2.Dan kemudian tiada berasa apa2.Dan dia terus pitam.

''Mary,hang ok dop?Dah seminggu hang koma ni..''Sahabat2 memberi info tanpa ditanya.

''Namaku Mariam,dan aku bangga dengan nama itu..dan aku ingin berubah..aku ingin bertaubat..aku rindukan Tuhanku..aku rindu dengan pertemuan dengan wanita itu juga..Allah......''

Dia menarik nafas panjang dan nafas panjang yang terakhir...

Innalillah...

Mariam tersenyum indah.Kematian insan yang menemui jalan pulang.Ke negeri yang kekal abadi.

Semoga niatnya diterima di sisi ALLAH.

'Ingatlah hidayah itu untuk dicari,bukan ditunggu2 nanti.Kerana mati itu pasti,buat hambanya yang bernama makhluq Illahi..Semoga ALLAH menyambut enti terakhir kali dalam husnu wa jamil khatimah..''

-TAMAT- ^^,)

No comments:

Post a Comment