Bismillahirahmannirahiim...
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ
وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ
Dengan
penuh rasa cinta,ku tulis cerpen ini dengan dakwat air mata kerinduan.Semoga
kerinduan ini berbalas.
Fatimah
: Achik,cuba tengok kanak kanak
itu,comel kan dia pakai serban putih.Agak agak mereka umur berapa ya?
Isdiyantie
& Fatimah : 5 tahun !!!
Isdiyantie
: Ala..along selalu sama.Along suka tiru Ucu
Fatimah
: Eleh,siapa lahir dulu.Along ker Ucu ?
Fatimah
menepuk lembut paha sahabatnya.Sudah lama mereka bersahabat sejak di
Matrikulasi.
Cinta
talaqqi mempertautkan mereka.Biasa mereka bertiga di Uia,Pj.Jika hilang salah
satu dari tiga serangkai,kurang seri majlis talaqqi.Murabbi mereka pun sudah
mengecam mereka.Berpisah salah seorang,atau tiada salah seorang di
Talaqqi,pasti Murabbi perasan.
Mengingati
masa lalu.ada pelbagai kenangan.akhirnya mereka gelak sama-sama.
Mereka
menghampiri kanak kanak itu.
Kanak
kanak itu sangat comel.Dengan berserban dan berida’ hijau,dia sedang
mengalunkan sesuatu dibibirnya sambil tangannya menepuk nepuk paha.Kepalanya
dihayun hayun sedikit.Telinga disumbatkan sesuatu rupanya.
Fatimah
: Laa..ucu..patutlah kita panggil,adik tuh buat dont know ja.Rupanya dia tengah
dengar MP5 sambil praktik kut.Eh,anak siapa la ni.Comel benor.Besar besar dah
pandai.Tengok tangan kanan dia pegang apa?
Isdiyantie
: A’ah,comel lah along.Dia pegang Quran.Jom tangkap gambar.Buat tambah koleksi
gambar kanak2 along.Ingat tak sewaktu kat UIA,Kuantan dulu,along suka ambil
gambar kanak kanak kat masjid ad dibaie
,tempat kita selalu dating tuh.Bila la nak ambil gambar anak sendiri,Along?Ucu
menunggu nih.
Fatimah
: Amboi,cakap orang.Ucu tuh bila?Siapa lahir lambat,dia kena kahwin awal.
Isdiyantie
: Boleh pulak macam tuh? Isk,cubit kang !!
Mereka
gelak gelak sopan.Beberapa orang mak cik memandang mereka.Mereka bertukar
senyuman.
Fatimah
mendekati kanak kanak itu dan menyapanya.Mulanya dia tidak perasan.Dia sedang
asyik mengalunkan sesuatu.
‘’Ya
Badratim..ya badratim..Min haza kulla kamali..’’
Fatimah
: Adik,nama apa?
Munzir
: Muhammad Munzir Hilmi
Isdiyantie
:MasyaALLAH,sedapnya nama? Macam nama abang long kan?
Fatimah
hanya tersenyum nipis.
Fatimah
: Nama ayah siapa? Mana mak,dik ?
Munzir:
Nama ayah Taufik Hidayat.Ummi duk jauh.Tapi Munzir selalu nampak Ummi.
Isdiyantie
: Nampak Ummi kat mana?
Munzir
: Setiap kali pergi Majlis Mawlid,Munzir selalu nampak Ummi duduk di tepi
Munzir.Munzir rindu Ummi.
Fatimah:
Ummi pergi mana,Munzir?
Munzir
: Walid kata Ummi dekat Yaman.
Isdiyantie
: owhhh..along Yaman..Yaman..
Isdiyantie
menjeling jeling sahabatnya.Fatimah menangkap sesuatu yang lain dari nada
sahabatnya.
Isdiyantie:
Adoiiii...along sakitlah cubit telinga.
Mereka
tersenyum keriangan.Ish..tak mature betul ~
Seorang
wanita berjubah hitam lengkap dengan burqa’ menghampiri mereka.
Hidayah
:Ololo..comelnya along,ucu.Anak siapa nih?
Fatimah
: Anak along la,angah.Tak kan tak tahu lagi.
Hidayah:
Yeke,mana bapanya?
Fatimah
: Erk..ada tertulis di Luh Mahfuz.
Hidayah
: Yela tuh along.Nah along,ucu.Aiskrim seorang satu.Angah tak tahu pulak ada
kanak kanak.Kalu tak beli lebih satu lagi.Tak per,kita kongsi yer.Bagi adik
ni,nama apa?
Fatimah
& Isdiyantie : Muhammad Munzir Hilmi Ibn Taufik Hidayat
Fatimah:
Ucu !
Isdiyantie
: Along !
Sama
lagi.Kuat Rabittah hati, <3
Munzir
: Syukron,mak cik.Munzir dah makan tadi sebelum datang Mawlid.Munzir tak nak
comotkan jubah nih.Munzir minta diri dulu yer.Walid bagi masa 10 minit sahaja
pada Munzir untuk hafal qasidah baru nih.Kejap lagi Munzir kena buat Qasidah
dengan kawan.Nanti Mak cik dengar Munzir qasidah yer.
Fatimah
: Munzir tengah hafal qasidah apa tadi?
Munzir
: ‘Ya Badratim’.Ummi suka sangat qasidah tuh.Munzir hafal lirik qasidah nih
dengan dengar suara Ummi kat MP5 nih
lah.
Isdiyantie
:Owhh..Munzir sudah hafal Quran?
Sambil
melihat Quran hijau di tangan Munzir.Macam milik seseorang.
Munzir
:Alhamdulilah.Munzir tinggal 3juzu’ lagi.
Hidayah
: MasyaALLAH,beruntungnya anak siapa la nih.Dahlah hafal Quran,pandai
Qasidah,sangat menjaga masa pulak tuh.
Fatimah
: Boleh mak cik nak dengar suara Ummi Munzir qasidah ?
Munzir
tersenyum.Wajahnya yang putih bersih ditambah dengan lesung pipit di kedua
belah pipinya menambahkan kesolehan dan ketenangan wajahnya.Sempat Fatimah snap
beberapa gambar.
Beberapa
muslimat yang lalu lalang juga sempat mengambil gambar Munzir sekeping dua.
Munzir
: Tentu sekali,mak cik.Tapi kejap j tau.Walid tengah tunggu Munzir.
Hidayah
: Along,buat loudspeaker.
‘’Ya
Badratim..ya badratim..min haza kulla kamali..
Maza
yuab maza yuab..Birru an ula kamali..’’
Fatimah,Hidayah,Isdiyantie
: Macam suara..................
Munzir...munzir...Habib
dah tunggu tuh..
Kedengaran
suara seorang lelaki memanggil sayup anaknya.
Tidak
sempat mereka mendengar rangkap lirik seterusnya bagi mengesahkan suara wanita
yang didengar itu seakan akan milik seseorang yang mereka amat kenal.
Munzir
: Ya,Walid.Kejap..Munzir minta diri dulu,yer mak cik mak cik.Jangan lupa dengar
Munzir qasidah yer sekejap lagi.Munzir tak sabar nak jumpa
Ummi.Rindu...Assalamualaikum.
Waalaikumusalam
warahmatullah.
Serentak
mereka menjawap.
Isdiyantie
&Hidayah : Along..macam suara Acu.........
Sudah
hampir 5tahun mereka tidak berjumpa.Selepas mereka graduate dari Bumi
Uia,Kuantan masing masing membawa diri dengan kerjaya dan cita
masing-masing.Kini ALLAH reunionkan mereka dalam Majlis Kekasihnya.
Seseorang
akan bersama dengan orang yang dikasihi.
Ada dua tiga lagi sahabat setalaqi mereka
yang tidak dapat menghadirkan diri atas urusan tertentu.
Mungkin jodoh lain kali.
‘’Ya
Badratim..ya badratim..min haza kulla kamali..
Maza
yuab maza yuab..Birru an ula kamali..
Anta
lazi ashroqafi..ufiki ula..’’
Lunak
dan merdu sekali suara itu.Itulah Munzir kami.
Hidayah
memandang tanpa mengelip mata ke arah pentas.Memandang satu susuk tubuh yang
sangat dikenali.Namun sudah lama tidak berjumpanya apatah lagi mendengar khabar
berita tentangnya.Sejak 6tahun yang lalu,sahabatnya itu senyap tanpa berita.
Kali
terakhir mereka berjumpa,jika dia tidak silap bertarikh 13Rejab tahun 2014.
‘’Acu
Hidayah,angah rindukan acu.Sangat rindu.Rindu nak dengar Acu qasidah.Suara Acu
lembut dan sayu sekali menembus hati.Orang lain berqasidah dengan lidah namun
Acu berqasidah dengan jiwa dan hati.Angah sangat rindu Acu.Ke mana Acu
menghilang tanpa khabar berita.Tidak rindukah Acu pada kami semua....?’’
Hidayah bermonolog dalaman.Setitik dua
air matanya jatuh.
Fatimah
: Angah,rasanya tadi macam Along nampak Acu duduk tepi Munzir.Rasa macam tidak
percaya tapi Along rasa Along dah pakai spec tadi.
Hidayah
: Angah pun ada nampak tadi.Tapi sekejap sahaja.Selepas Angah tundukkan kepala
,nak ambil buku Koleksi Qasidah.Dah tak nampak...
Isdiyantie
: Yeke,kenapa Ucu tak nampak pun Along,Angah.Sedih..
Fatimah
: Dah Ucu tak pandang langsung kat atas pentas.Ucu menundukkan pandangan
sahaja.Hehe.Along tengah seronok ambil gambar Munzir dan kawan kawannya
tadi.Tiba tengah snap gambar,nampak susuk tubuh wanita berjubah putih dengan
muka tenang.Bila tengok dalam kamera balik,tak der pun gambar dia.
Hidayah
: Along,Ucu...Angah rindukan Acu Hidayah...
Mereka masing masing senyap.Masing masing
membawa perasaan.Khayalan terbang ke kenangan masa lalu.
Nanti.
Kita pasti akan rindu kan.
Masjid Ad Dibaie menjadi saksi.
Pada setiap kali lafaz sakinah diangkat.
Kita pasti akan rindu kan.
Masjid Ad Dibaie menjadi saksi.
Pada setiap kali lafaz sakinah diangkat.
Orang-orang
baik biasa dijemput awal oleh ALLAH,mesti sebab ALLAH dan rindu kan.
''Akak,kalau boleh saya nak mati dalam majlis Rasulullah.Semasa tengah bermawlid,tengah qasidah ka,ALLAH pun ambil nyawa saya.Kan best macam tuh.Mudah mudahan husn khatimah.Boleh tak?''
''InsyaALLAH,dik.. :) ''
''Akak,kalau boleh saya nak mati dalam majlis Rasulullah.Semasa tengah bermawlid,tengah qasidah ka,ALLAH pun ambil nyawa saya.Kan best macam tuh.Mudah mudahan husn khatimah.Boleh tak?''
''InsyaALLAH,dik.. :) ''
Hidayah ditanya oleh seorang sahabat baiknya,tentang persediaan menghadapi 3keadaan berbeza.
Tentang kahwin,''saya tak bersedia lagi...''
Tentang mati,''saya lagi tak bersedia..''
Tentang nak mimpi Rasulullah,''saya tahu saya belum bersedia..''
Sampai bila??
Entahlah,tiada jawapan untuk itu.
Hanya Tuhan yang tahu.
Detik detik akhir di Bumi Kuantan dilalui dengan gurauan manja dan usik mengusik.
Setiap detik juga ingin dimanfaatkan sebaik mungkin.
Bulan Rejab yang diberkati.
Entah kenapa jua,saat kaki Hidayah melangkah ke rumahNya,terasa seakan akan ini yang terakhir kalinya.
Sayu hati.Rindu untuk berjumpa denganNYA.Dan KekasihNYA.
Masih bertatih tatih.Ingin menjadi seperti wanita wanita solehah ini.
NurHidayah : Along..Angah..Achik..Ateh..Achot..Alang..Acu sangat bersyukur ditemukan sahabat seperti kalian......
Along:
Di mana ada Taufik,di situ ada Hidayah.
Acu : Di mana ada Fatimah, di situ ada Ali.
Achik : Di mana ada ada Isdiyantie,di situ ada Iskandar.
Jenuh lah nak cari jodoh ikut ,persamaan nama (Gurau gurau jer..)
Along : Habib Ali along yer..habib ali ada dua..
Achik : Tak aci..tak aci..
Acu : Aci..aci..bukak pintu.. (Dush..kena sekeh +.+~)
Achik : Kalu achik,Habib Umar..
Acu : Okla,acu ambik Habib Munzir.. (Wahh..semua dah cop Habib masing-masing)
Hati kami menyatu kerana cinta kami satu.Cinta ALLAH dan Rasulullah.
Acu : Minum cool blog,teringat kat Ateh,makan nasi goreng mamak,teringat kat
Along,tengok bulan teringat kat Rasulullah dan Angah, makan cendol,teringat kat
Achik.Agak agak ada orang teringatkan acu tak bila makan dan minum sesuatu??
Kalau teringat tuh,bawa-bawalah belanja aiskrim ka,nasi Arab ka,rida hijau ka,pemuda
Yaman ka ~. ++,)
Mereka berpelukan dalam ingatan rindu pada
kenangan lalu.Bila agaknya bisa mereka bersama kembali seperti dulu.Air jernih
mengalir saat Mahal Qiyam.Rindu mereka sama.Rindu pada Habibuna.Dan rindu pada
mereka yang merindui Habibuna sama.
Kenangan
dahulu,indah dikenang.Namun untuk mengalaminya sekali lagi belum tentu bisa..
Munzir : Mak cik...........tunggu..
Kedengaran suara Munzir
menjerit memanggil mereka selepas habis Program Mawleed itu.
Munzir : Munzir nak hadiahkan
sesuatu pada Mak Cik.Tapi Munzir ada satu jer.Nanti kongsi yer.Nanti simpan
baik baik yer.Ini rida’kegemaran Munzir,Munzir sangat sayang rida ini nih.Sebab Ummi punya.Tapi
Walid pesan kita kena bagi barang yang kita paling sayang pada orang yang kita
sayang.Panjang umur kita jumpa lagi.
Rida’ hijau yang dipakainya
dihadiahkan kepada Muhibbunnya.
Fatimah : Munzir sayang kami??
Ada nada sebak pada suara
Fatimah.Tuturnya terasa indah.Ucapan sayang dari kanak kanak yang pubya hati
yang bersih.
Munzir : Sayang...sayang
sangat..Mak cik mak cik membuatkan Munzir teringat pada Ummi.Lagipun Ummi pesan
kita kena sayang pada orang yang sayang Nabi.
Isdiyantie : Boleh mak cik
tanya sesuatu pada Munzir?
Munzir : Boleh.Apa dia mak cik?
Senyumannya tidak pernah
lengkang.
Isdiyantie : Apa nama penuh
Ummi Munzir? Di mana dia sekarang?
Munzir senyap seketika.Seolah
olah menyusun ayat.
Mata Hidayah mula merah dan
berair.Entah kenapa hatinya cukup tenang dan rasa begitu dekat sekali dengan
kanak kanak ini.
Munzir : Nama Ummi
Munzir....Siti NurHidayah.Ummi dah ada dekat dengan Rasulullah.Ummi dah pergi
mengadap ALLAH.
Fatimah merasakan ingin pitam saat mendengar nama itu
disebut oleh Munzir.
Allahuallah...
Patutlah..patutlah..patutlah..
Hidayah sudah tidak dapat
menahan air mata yang cuba dibendung dari tadi.Pecah berderai bersama alunan Al
Fatihah pada sahabatnya yang sudah tahu khabar berita sekarang.
Fatimah memberanikan diri
bertanya lebih lanjut.Walau sebak sudah menyelubungi dadanya.
Fatimah : Bagaimana Ummi Munzir
meninggal?
Mujur Munzir seorang kanak
kanak yang tabah.Sangka mereka.
Munzir menarik nafas
panjang.Dalam dalam..Dalam usianya yang masih muda,Munzir petah bercakap.Besar
besar nanti boleh jadi ulama’ yang fasih berbicara ini.
Munzir : Ummi menghidap kanser
darah sejak mengandungkan Munzir lagi.Hampir 5tahun,Ummi berperang dengan
penyakitnya.Saat melahirkan Munzir,Walid kata Ummi terpaksa membuat dua pilihan
sama ada nyawa Munzir atau nyawa Ummi.Tapi Walid kata,Ummi nak Munzir hidup
agar Ummi sekurang kurangnya mampu berbangga di hadapan Rasulullah sudah
menambah walau sekurang kurangnya satu lagi ummat Muhammad di Mashyar kelak.
Mata Munzir ralit memandan satu
sudut di pentas persembahan tadi.Dia kemudian tersenyum dan meneruskan
ceritanya.
Munzir : Sewaktu Munzir
lahir,kebetulan ada seorang Habib sedang dirawat di Hospital yang sama.Habibuna
yang mentahnikkan Munzir waktu kecil.Walid kata Ummi wasiat pada Walid untuk
namakan anaknya dengan nama Ahlul Bait yang pertama sekali
dijumpa.Alhamdulilah,selepas lahirkan Munzir,Ummi masih hidup sehari.Kebetulan
berdekatan dengan Hospital di Yaman,ada diadakan Majlis MawliduRasul.Walaupun
saat tengah sakit,Ummi berkeras dan minta pada Walid untuk datang Majlis itu
buat terakhir kalinya.Ummi nak bersama dalam Majlis Rasulullah hingga hujung
hayatnya.Akhirnya semasa Qasidah’Tolal al Badrul Alaina..’dilagukan,Ummi
memandang satu sudut.Dan menyebut nama ‘Ya..Rasulullah..Ya Badratim..’ dan
kemudian mengucap dua kalimah syahadah dan dijemput ALLAH sewaktu itu.Itulah
kisahnya seperti yang diceritakan oleh Walid dan kawan terdekat Ummi di Yaman.
Munzir kemudian melepaskan
keluhan yang berat.Seperti orang dewasa lagaknya.
Dia kemudian menyambung
ayat.Sementara itu,Fatimah,Isdiyantie dan Hidayah sudah tidak memperdulikan
orang disekeliling mereka yang melihat mereka bertangis tangisan.Biarlah mereka
nak cakap apa.
Munzir : Tapi Munzir tak rasa
sedih pun.Sebab setiap kali Munzir pergi Majlis Rasulullah,Ummi selalu temankan
Munzir.Munzir ingat pesan Ummi yang muncul dalam mimpi Munzir setiap malam
Jumaat.Seseorang akan bersama seseorang yang dikasihinya di akhirat kelak.Ummi
pesan banyakkan selawat.Munzir sayang Ummi..Munzir rindu Ummi..Jika Munzir
rindu,Munzir akan qasidah dan banyakkan selawat lagi..Selawat ummat kan sampai
kepada Rasulullah.Walid kata seseorang akan bersama orang yg yang disayanginya
diakhirat kelak.Ummi nak bersama Ummi,Walid dan Rasulullah nanti..
Fatimah,Hidayah,Isdiyantie :
Munzir......................
Anta ma’a man ahbabta...
SEMOGA KITA SEMUA ISTIQAMAH MENCINTAI ALLAH DAN RASULALLAH
SAW.
Sahaja aku merinduimu
kerana ALLAH TAALA.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّ
No comments:
Post a Comment