Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Tuesday, September 16, 2014

Tarbiah dan Ta'dib dari Allah

Bismillah tsumma alhamdulilah.

Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad.

Ini sekadar warming-up menulis semasa cuti sem 3 bulan hari itu. InsyaAllah sedikit perkongsian..

Bersyukur

Manusia.. masa dia ada nikmat itu kita semua tak rasa nikmat itu melainkan nikmat itu hilang.

Kira-kira setahun dua lepas saya kena sakit mata tiba-tiba selepas bangkit dari tidur mata jadi tak nampak. Tak boleh bukak langsung mata itu sebab bila buka sakit pedih

Bila sakit pedih sangat itu mengadu ;

Ya Allah.. rasa macam nak mati pun ada ya Allah..rasa macam habislah..matilah...susahlah..rasa macam tak boleh nak hidup sekejap sahaja Allah tarik nikmat itu.

Selepas ke hospital dan menjalani rawatan 2-3hari selepas itu mata nampak balik. Masa sakit itu macam-macam doa. segala ilmu yang tahu saya baca dan macam2 ayat syifa' baca, menangis, solat hajat buat.

Tiba-tiba selepas membuka balutan pd mata dan akhirnya mata dapat tengok sampai terlupa nak sujud syukur terlebih dahulu terus laju kemas barang dihospital dan nak cepat2 uruskan urusan admit ward.

Terlupa dah susah yang semalam tapi pada masa sama sedih sangat dah lupa dah nikmat itu masa tiada.

Kata hamka apa yg ada pd kita adalah harapan.Apa yang kita dapat dalam dunia ini lebih dari apa yg kita harapkan. 

Syeikh Ibnu Athailah berpesan: bersyukurlah kerana itu satu-satunya cara supaya nikmatmu semakin bertambah.


Sehari sebelum al faqirah mahu berangkat ke Uia Kuantan,  tiba-tiba buat spotcheck ;) tiket bas hilang. Cari merata tempat. Rasanya letak dicelah-celah buku. Hati dah cuak.

Back up plan terus dibuat. Mesej sahabat-sahabat yang berangkat dengan kereta ke uia untuk tumpang sekali. Dalam hati sudah janji pada diri kerana serik. Jika jumpa tiket itu, selepas ini takkan letak apa-apa lagi dicelah-celah kitab agama.

Insaf. Adab terhadap kitab khilaf.

Akhirnya mama yg jumpa tiket di celah-celah buku. Buku yang dimenangi sempena hadiah saguhati program Kenal Untuk Cinta buku Murobbina.

Buku itu yang ditemui tiket bertajuk 'Bersyukurlah.' karangan Syed Alwi. 

:"(

Sungguh tarbiah Allah itu lembut...


ADAB

Terkesan dengan adab terhadap kitab yg diajar syeikhuna saat daurah di janda baik(jb), tidak kurang 3kali juga menegur adik-adik yang melujurkan kaki ke kitab atau meletak kitab di lantai atau menulis nama kita atas pada nama kitab. namun ilmu itu teruji dan pelajaran adab itu terusan diajar langsung oleh Allah dan tidak hanya habis di JB.

Satu hari, selesai wirid selepas Subuh tv dibuka lalu siaran tv9 terpilih kerana kebiasaan waktu itu ada rancangan kegemaran tanyalah ustaz. Tatkala melihat siapa gerangan ustaz yg sedang memberi ceramah itu kurang sedap penyampaiannya/ kurang dikenali, tangan menekan butang close pada remote control.


alangkah sombongnya diri.
selang 2,3 hari selepas kejadian itu, telinga mendengar rakaman video ceramah penceramah kegemaran di lappy tapi tak satu pun masuk dalam otak.
Pandanglah apa yang disampaikannya, jangan pandang (terlalu) orang yang menyampaikannya

ketahuilah setengah dari adab terhadap ilmu itu ialah memandang tinggi akan siapa sahaja yg menyampaikan ilmu. ketahuilah dia hanya penyampai, tapi ilmu Allah dan hikmahNYA yang luas itu boleh disampaikan hatta melalui ahli maksiat sekalipun. bukankah hikmah itu barang mukmin yang hilang?


insaf T_T ilmu itu milik ALLAH. Daie hanya penyampai ilmuNYA. Jaga adab hatimu dengan ilmu.

Jika mahu menjadi pencinta ilmu
Jadilah pencinta adab
Kerana adab itu lebih tinggi dari ilmu

Orang beradab ada ilmu tapi tak semestinya orang berilmu ada adab. 

RINDU NABI?

Cinta kita kepada Rasulullah Shallallahualahiwasalam belum pun mencapai takat yang terendah.. Bagaimana sesetengah mendakwa ia melampaui batas?


:: Ad Daie Ilallah al habib Ali Al Jufry

Ketika al faqirah menulis catatan status ini, telinga al faqirah disumbatkan dengan earphone yang mengeluarkan halwa telinga rekoding qasidah Muhammaddun dari pelajar Baitul Quro'.

 Saat ini rindu menyapa lembut pada hati hingga mendengar suara guru yang berkarismatik TG Ustaz Zulkfili Ismail pun begitu mampu membuat jiwa ampuh dan airmata mengalir perlahan.

 Satu ketika dahulu, pernah al faqirah menghantar sms kepada guru talaqqi pertama al fqrh Ustaz Muhadir Haji Joll meluahkan rasa rindu pd Nabi. Ustaz memujuk hati yg sangat rindukan Nabi hingga al fqqr tak mampu sekalipun melihat nama Muhammad pasti akan menangis. 

 Ustaz memesan agar bersyukurlah kerana tidak semua orang dikurniakan 'rasa' setelah tahu. Ada yang tahu tetapi belum bertemu rasa. 


Ye, ada yang tahu kita perlu cinta dan rindu pd Nabi tapi tak semua mampu rasa rindu itu. Bagaimana nak rindu???


Baru-baru ini sambil membuat kerepek bersama adik2 sebelum ini sekali sekala al fqrh akan berkongsi cerita apa jua tentang Nabi.

Namun waktu itu, bila Adam tanya "Kakak nak citer apa? Kakak nak citer pasal Nabi. "Tpi mulut terkunci kaku. Terasa kelu lidah untuk mengisahkan. Otak seakan tepu. Blur .Rasa itu makin menjauh mahu merajuk pergi membawa dirikah? Nak cerita apa pasal Nabi? Cerita yang mana? Cerita apa?

Terasa kesedihan memuncak hiba. Bagai jantung terkena kejutan malu amat. Hanya mampu keluarkan perkataan ''Nabi....err..'' Adam pandang sahaja wajah kakaknya ini.

Khatam talaqqi berbanyak kali kitab Syamail Muhammadiyah pun belum tentu  menjamin bahawa kamu sudah kenal Nabi dan sudah rasa cinta dan rindu pada Nabi..

Disibukkan dengan urusan dunia, tatkala memanfaatkan  cuti sem terakhir 2bulan di rumah adakala masa ditelan percuma untuk hal tak berfaedah berbanding dikunyah perlahan dengan berselawat kepada Nabi.

Padahal tepuk dada tanya iman wahai diri ,benarkah begitu? T_T 


Benarkah tiada masa untuk berselawat?


Tengok sahaja cincin digital tasbih berterabur letak merata-rata. 

Argh.. untuk berselawat pun masih memerlukan alat. 


Maklumlah al fqirah golongan awam bukan golongan khawass macam antum


Jangan sombong kalau dah pergi banyak kali pun majlis Nabi. Majlis mawlid dan sebagainya. Rasa cinta dan rindu itu satu anugerah dan rezeki dari Allah. Ada seorang habib pesan, seorang umat yang diberi mampu untuk berselawat adalah tanda bahawa Nabi pun nak dekat dengannya.

Alangkah rindu dan cinta itu memerlukan baja. .Berselawat aalah antara bajanya.Kerap juga Ustaz pesan selawat jalan terpantas bertemu Nabi dalam mimpi. Nasihat yg sama berulang2 ustaz pesan banyakkan selawat.Berselawat jalan terpantas untuk dekat dengan Nabi di mahsyar nanti. Berapa banyak kita berselawat hari ini?

 


 Ingatlah bila terlupa wahai diri jika sudah ada 'rasa' cinta itu maka jaga ia baik-baik,jangan bagi ia terlepas. Berselawatlah jika kamu nak Rasulullah rasa kamu ini benar-benar umat yang cintakannya dan rindukannya. Sollu a'la Nabiyy!!! :"(