BismillahiRahmaniRahiim
Pesanan al Faqirah Siti NurHidayah>>
SEtiap KALI membaca perkataan ''RASULULLAH'',anda digalakkan berselawat صلى الله عليه وآله وسلم.
moga kita sama-sama beroleh syafaat Baginda saw>>
allahumma ameen..
Pesanan al Faqirah Siti NurHidayah>>
SEtiap KALI membaca perkataan ''RASULULLAH'',anda digalakkan berselawat صلى الله عليه وآله وسلم.
moga kita sama-sama beroleh syafaat Baginda saw>>
allahumma ameen..
Maha Suci Tuhanku yang menciptakan manusia sebagai sebaik-baik makhluq di muka bumi.
Subhanallah,Engkaulah Ya,Rahiim ,Ya Rahman menciptakan seorang manusia paling penyayang di muka bumi..
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib
ALLAHuakbar..
Ya,Rasulullah..
Dengarkan bicara rinduku..
Dengarkan bicara maluku..
Dengarkan penyaksian cintaku..
Dengarkan penyaksian imanku..
Sungguh aku berasa sangat perit hati..
sangat pedih bak ditusuk pedang beracun yang ada penawar didalamnya..
Hatiku sangat sakit..
Aku sedar cintamu kepada umat..
Umati..umati..umati..
Kau menangis sampai terpaksa Jibrail memujukmu dengan membawa berita perkhabaran baik dari ALLAH Taala tentang nasib umatmu..
MasyaALLAH..
Telah berkata Imam Ahmad رحمه الله: Telah menceritakan kepada kami Muhammad ibn Fudhail, telah menceritakan kepada Fulait al-‘Aamiri daripada Jasrah al-‘Aamiriyyah daripada Sayyidina Abu Dzar رضي الله عنه, beliau berkata: Telah bersembahyang Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pada satu malam lalu membaca Bagindaصلى الله عليه وآله وسلم dengan satu ayat sehinggalah masuk shubuh, Bagindaصلى الله عليه وآله وسلم rukuk dengan membaca ayat tersebut dan sujud dengan membaca ayat tersebut:
إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ ۖ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Ertinya: Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Maaidah: 118)
Ketika waktu Shubuh, aku (Sayyiduna Abu Dzar رضي الله عنه) telah bertanya: Wahai Rasulullah, mengapa engkau terus menerus membaca ayat ini sehingga shubuh, engkau rukuk dengan membaca ayat tersebut dan engkau sujud dengan membaca ayat tersebut? Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berkata: Sesungguhnya aku memohon kepada Tuhanku ‘Azza wa Jalla, syafa’at bagi ummatku, maka Dia memberinya kepadaku, dan syafa’at itu dapat diperolehi insyaAllahbagi orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatupun. (Tafsir al-Qur’aan al-Adzim oleh al-Hafidz Ibn Katsir, jilid 3, halaman 269)
Kau sanggup menahan rasa lapar sehingga perutmu terpaksa didera secara rela..
Bergerisik bunyi batu di perut semata-mata kau tak ingin umatmu kelak menanggung kelaparan di Mahsyar kelak..
Ya Thoybah Ya Thoybah
Ya Dawal Ayaana…
Isytaqnalik (Wal Hawa Nadaana 2x)
Ya Thoybah Ya Thoybah
Ya Dawal Ayaana…
Isytaqnalik (Wal Hawa Nadaana 2x)
Ya ’Ali Yabn Abi Tholib
Minkumul Masdarul Mawahib
Ya Turo Hal ’Uro Li Haajib
’Indakum (Afdholul Ghilmana 2x)
Ya Thoybah Ya Thoybah
Ya Dawal Ayaana…
Isytaqnalik (Wal Hawa Nadaana 2x)
Astadil Hasan Wal Husaini
’Ilanna Biqurrot ’Aini
Ya Syabbal balul Jannataini
Jaddukum Shohibul Qur’ana 2x)
Ya Thoybah Ya Thoybah
Ya Dawal Ayaana…
Isytaqnalik (Wal Hawa Nadaana 2x)
Ya Thoybah Ya Thoybah
Ya Dawal Ayaana…
Isytaqnalik (Wal Hawa Nadaana 2x)
Ya Dawal Ayaana…
Isytaqnalik (Wal Hawa Nadaana 2x)
Ya Thoybah Ya Thoybah
Ya Dawal Ayaana…
Isytaqnalik (Wal Hawa Nadaana 2x)
Ya ’Ali Yabn Abi Tholib
Minkumul Masdarul Mawahib
Ya Turo Hal ’Uro Li Haajib
’Indakum (Afdholul Ghilmana 2x)
Ya Thoybah Ya Thoybah
Ya Dawal Ayaana…
Isytaqnalik (Wal Hawa Nadaana 2x)
Astadil Hasan Wal Husaini
’Ilanna Biqurrot ’Aini
Ya Syabbal balul Jannataini
Jaddukum Shohibul Qur’ana 2x)
Ya Thoybah Ya Thoybah
Ya Dawal Ayaana…
Isytaqnalik (Wal Hawa Nadaana 2x)
Ya Thoybah Ya Thoybah
Ya Dawal Ayaana…
Isytaqnalik (Wal Hawa Nadaana 2x)
Kau sanggup dicaci,dihina dan dibaling batu oleh penduduk Thaif..
Sehingga kedengaran berkocak kasut muliamu dengan darah merah..
Kau tidak membalas,bahkan kau memaafkan..
Lalu memohon hidayat..
Aku fikir belum ada daie yang menandingi sifat Affu(pemaaf) mu..
Begitu luhur peribadimu..
SubhanALLAH..
Kau malah sanggup disimbah air oleh sang pemudi Yahudi yang membencimu..
Kau dicaci oleh wanita buta yang sering menfitnahmu..
Bukannya kau membalas bahkan kau berihsan dengan menyuapkan makanan untuknya..
Kau sabar tatkala ada pemuda Yahudi yang menarik rida' mu sampai berbekas lehermu..
Kau ditohmah oleh bapa saudaramu sendiri..Abu Lahab..
Kau tidak diimani oleh bapa saudara kesayanganmu sendiri,Abu Talib..
Jalan yang biasa kau lalu untuk ke Masjid ditabur duri..
Badanmu yang mulia dilumur oleh najis unta oleh kaummu yang tidak beriman
.
Habib Ali al Jufry,Mualim Mayaku..Ahlul Bait Baginda saw |
Masih belum jemu aku menyeru namamu,duhai kekasihku..
Ya,Rasulullah
Engkau ingin bertemu dengan mereka,
Kamikah itu ,ya Rasulullah?
Engkau dambakan mereka,
Kamikah itu ya,Rasulullah?
Duhai Rasulullah,
Engkau ingin bertemu dengan mereka yang tidak pernah engkau jumpai
Kamikah itu ,ya Rasulullah?
Mereka yang bibirnya selalu bergetar mengucapkan selawat bagimu..
Kamikah itu ,ya Rasulullah ?
Engkau ingin memeluk mereka ,
Bagi memuaskan kerinduanmu
Kamikah yang engkau rindukan itu,ya Rasulullah?
Engkau akan datnag kepada mereka yang mengunjungimu dengan selawat,
Dengarlah selawat kami bagimu,ya Rasulullah.
Allhumma shalli ala muhammad wa ala ali muhammad
Maka hadirlah engkau dalam jiwa kami,
dalam mimpi-mimpi kami .
Maka kami ingat sabdamua.
''barangsiapa datang kepadamu,aku akan memberinya syafaat di Hari Kiamat.''
Labbaika ya Rasulullah,kami datang
Maka ,wahai yang mulia di sisi ALLAH
Berikanlah syafaat kepada kami di sisi ALLAH.
ALLAH..ALLAH..
Ya,Rasulullah..
Andai seluruh lautan dijadikan dakwat untuk menulis kebaikan dan keunggulan peribadimu,nescaya tidak cukup..
Andai seluruh pokok di langit dan bumi ditebang untuk dijadikan kertas bagi menukilkan kasih sayangmu yang tidak bertepi..tak kan mampu..
Aku sendiri menjadi gopoh ingin menulis dan mengisahkan kesantunan akhlaqmu..
Ya,Rasulullah..
Sungguh aku berasa sangat teringin berjumpamu..
Ingin sekali aku menatap wajah indahmu ..
Lebih terang dari sang bulan purnama..
Aku sering menangis sehingga tertidur apabila mengingati segala kebaikan dan keindahan bicara dan perbuatanmu..
Molek sungguh,yaALLAH..
Kadang kala saat aku rindu sebelum tidur akan ku belek gambar-gambar Ahlul Baitmu yang masih hidup..
Habib Umar Al Hafiz,Habib Ali Al Jufry..
Dan ramai lagi..
Penenang jiwa yang sedang diamuk mabuk rindu..
Terubat sedikit barah rinduku..
Ya,Rasulullah..
Kaulah insan terbaik..
Diciptakan seolah-olah mengikut kehendak hatimu.
Malam ini sesuatu telah berlaku,Ya Rasulullah..
Walaupun sebelum ini,aku sudah banyak kali mendapat hint
ALLAH menegur..
saat imanku turun naik..
Aku sedar aku telah melukakan hati sucimu,Ya Rasulullah.
Aku yakin itu..
Aku yakin aku telah bersalah padamu,Ya Habibullah..
Aku mengaku cinta tapi aku dusta.
Mana mungkin sang kekasih berbuat onar pada kekasihnya..
Tapi itulah yang telah aku lakukan..
Selalu tanpa aku sedar.
Aku membelakangi syariatmu.
Demi nafsuku..
Aku cuba ,Ya ALLAH ..YaRasulullah..
Tapi adakala aku futur..
Aku bohong..arghhhh..
Aku khilaf,Ya Rasullullah..
Aku mengingkari cinta dan rindu padamu,Ya Habibullah..
Aku masih banyak tidak terbuat sunnahmu..
Aku lalai dalam mengingati perjuanganmu yang getir..
Buktinya aku lemah dalam menyebar risalah dakwah pada mad'ue ku..
Aku berduka saat mereka menolak ajakanku..
Aku dah cuba,ya Rasulullah..
Malu padamu,ya Rsulullah..
Sunnahmu yang tidak pernah tinggalkan seperti tahajud belum aku istiqamah
Sepatutnya ibadah itu harus diWAJIBkan untuk seorang insan ,al faqirah yang banyak dosa sepertiku..
Aku malu,ya Rasulullah..
Apabila selalu sahaja aku diuji dengan cinta manusia..
Sunnah perkahwinanmu yang kala ini sering mengintai-intaiku..
Aku muda lagi,Ya Rasulullah..
Mana mungkin aku layak ditaqdim oleh lamaran perjuangan dalam Bait Muslim..
Tapi aku manusia biasa yang biasa-biasa sahaja amal dan imannya..
cuba menjadi luar biasa..
Mencintaimu kerna Agamamu..
''SEANDAINYA CINTAKU PADA ALLAH DAN RASUL BERKURANG APABILA MENDIRIKAN BAIT MUSLIM,LEBIH BAIK AKU BUJANG'' |
Dan..dan.dan..apa lagi??!!!
Cinta dan sifat berat Rasulullah kepada umatnya terbukti dalam sejarah.Baginda sering kali mengorbankan kepentingan dirinya demi kepentingan umatnya,menolak kekayaan demi kesejahteraan umatnya,menahan rasa lapar demi mengenyangkan umatnya.Rasulullah rela menunda permintaan di dunia demi keselamatan umatnyan di akhirat.
Rasa cinta Nabi Muhammad terhadap orang-orang yang menderita begitu besar.Suatu hari,Aisyah ra.hu pernah menceritakan suatu Nabi Muhammad tidak makan dengan kenyang selama tiga hari berturut-turut.
Ketika Aisyah ra bertanya apa sebabnya,baginda menjawab,
''Selagi masih ada orang-orang miskin yang kelaparan di sekitar masjid,amak aku tidak akan kenyang?''
Puncak cinta Rasulullah saw kepada umatnya ditunjukkan pada saat menjelang akhir hayatnya.Di hari hari terakhir menjelang ajal.baginda sering menyebut-nyebut''umatku..umatku..umatku..''Baginda khuatir dan resah memikirkan nasib umatnya kelak.
Ketika Malaikta Izrail sudah berada di samping baginda bagi mencabut nyawanya,Malaikat Jibrail yang juga ada di sampingnya,Rasulullah bertanya ,''Wahai Jibrail.katakn kepadaku tentang hakku nanti di hadapan ALLAH.''
''Semua pintu langit sudah terbuka,;;jawab Jibrail .''Para malaikat sudah berbaris menyambut rohmu di langit ,dan pinyu syurga sudah bersedia menanti engkau memasukinya,ya Rasullulah.''
Mendengar itu,wajah Rasulullah tidak menunjukkan rasa kepuasan,matanya masih diliputi ke kecemasan ,sehingga Malaikat Jibrail bertanya ,''Tidakkah engkau gembira mendengarnya,wahai Rasulullah?''
''Segala puji bagi ALLAH,wahai Jibrail ,nyatkanlah kepada aku khabar gembira mengenai umatnya kelak di Hari Kiamat''
Maka Jibrail berkata,''Kunyahkan kepadamu sesungguhnya ALLAH menjelaskan ,ALLAH sudah melarang semua nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau memasuki terlebih dahulu dan ALLAH melarang semua umat masuk ke dalam syurga sebelum umatmu masuk terlebih dahulu.''
Mendengar berita dari Malaikat Jibrail itu,Rasulullah tersenyum seraya berkata:''Sudah puas hatiku dan hilang kekhuatiranku.''
Rasulullah saw belum puas jika hanya dirinya yang selamat,tapi Baginda benar-benar berpuas hati kalau umatnya juga selamatMaafkan aku ya Rasulullah..
Aku kufur dengan nikmat menjadi umatmu
Walaupun sebelum ini aku sering didatangi mimpi dari Ahlul Baitmu yang terdekat..
Al Habib Umar Al Hafiz datang ke dalam mimpiku dengan senyuman dan diMasjid NAbawi..
Memberitakn perkhabaran darimu..
''Enti,enti telah dapat apa yang enti ingnkan..''
Apakah itu ya,Rasulullah???
Apa yang ku inginkan adalah bertemu denganmu..
Tapi mungkin kerna amalan ku terbatas,ada hijab antara sinar yang terang itu dalam kamar mimpiku..
Aku hanya mampu melihat samar-samar kehadiranmu..
Lewat mimpiku..
Tapi aku sedar aku cuma umatmu yang biasa..
Moga menjadi panduan..
Kerna aku tak berniat ingin mendabik dada..
Kau lebih tahu,yaALLAH ,ya Rasulullah
Apa yang harus aku lakukan ya Rsulullah..
Sedang aku telah melukaimu..
Kau menangis hingga ke dinihari memohon ampun dan taubat buat ummatmu..
Tapi aku tak mampu menitiskan air mata setiap kali aku berbuat atau terbuat dosa..
Tidak bersa bersalah langsung..
Sedang kau berpenat sampai bengkak kakimu.
Wahai diri,kau ingat kau akan masuk dulu syurga sebelum Baginda saw..????!!!
TIDAK!!!!!!!!!!
Kau menangis tak berlagu saat teringatkan saudara-saudaramu yang tak pernah melihatmu tapi beriman kepadamu..
Kau menangis saat pertama kali bangkit dari makammu saat kiamat kelak..
Dan antara soalan pertama yang akan keluar dari bibir keramatmu..
Bagaimana nasib umatku,wahai Jibrail??
Kau setia menunggu setiap hari Isnin dan Khamis ,menunggu buku amalan ummatku diangkat..
Mana yang kurang kau akan memohon doa kepada ALLAH akan berbelas kasihan..
Kau termenung hingga resah para sahabat melihat tingkahmu..
Apa yang kau fikirkan??
Duhai Jibrail,umatku pendek umurnya..lagi pula sedikit amalannya.
Maka bagaimana nasib umatku.??
Ternyata apabila Jibrail memberitahu khabar dari ALLAH bahwa ALLAH Taala akan mengampunkan dosa dan menerima taubat hambanya,umat Nabi Muhammad saw yang bertaubat selama setahun,
Kau masih berduka.
Sehinggalah ALLAH Taala memberitakan kepada Jibrail as bahwa taubat ummat Muhammad yang bersungguh (nasuha) akan diterima detik itu juga..
Tanpa mengira waktu..dan tempoh masa..
Tapi aku kadang kala melambatkan taubat.
Duhai diri,kau dapat menjaminkah kau akan hidup sampai satu saat berikutnya.??!!!!
TIDAK!!!!!!!!!!!!
Ampunkan aku,Ya ALLAH..
Aku telah melukakan hati Kekasihmu..
Sungguh tak tahu di untung aku???!!
Maafkan daku ,Ya Rasulullah..
Sungguh tegar-tegarnya aku melukakan hatimu..
Sungguh buruknya aku menggores perasaan beningmu..
Sungguh hina aku..
Bagaikan tidak layak untuk menjadi ummatmu..
Renunglah wahai saudaraku, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersholat semalaman dengan mengulang-ulangi membaca ayat 118 dari surah al-Maaidah, untuk memohon syafa’at buat umat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم
Renungkanlah saudaraku sekalian, tatkala Baginda صلى الله عليه وآله وسلمmembacakan ayat-ayat al-Quran yang menggambarkan keadaan manusia pada hari pembalasan kelak, perkara pertama yang terbayang di fikiran Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bukanlah keluarga Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, akan tetapi saudaraku sekalian, perkataan pertama yang terbit dari bibir Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ialah keselamatan dan nasib ummat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, iaitu kita semua.
Begitulah dalamnya kasih dan cintanya Baginda صلى الله عليه وآله وسلمterhadap kita umatnya. Walaupun tempat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم di syurga sudah terjamin, namun Baginda صلى الله عليه وآله وسلم masih tidak sanggup dan tega melihat keadaan ummatnya jika mereka terseksa di hari pembalasan kelak. Malah, menjadi harapan Baginda agar sekalian ummatnya dapat masuk ke syurga bersamanya dan terus kekal di sana selamanya.
Renungkanlah saudaraku sekalian, apakah demikian juga kasih dan cinta kita kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم? Apa pernah airmata kita mengalir kerana merindui Baginda صلى الله عليه وآله وسلم? Apa pernahkah kita menangis kerana tidak bersungguh dalam menuruti sunnah-sunnah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم? Berapa banyak sholawat ke atas Baginda صلى الله عليه وآله وسلم yang telah kitab baca sehari semalam? Sejauh manakah cinta kita? Apakah kita telah buktikan cinta kita kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم?
Saudaraku sekelian, cinta itu bukan sekadar ungkapan dibibir semata, cinta itu punya tanda-tandanya ….. al-'Allamah Hadratus Syaikh Hasyim Asy'ari(pendiri Nahdatul Ulama di Indonesia, wafat 25 Julai 1947)menyebut di dalam kitab beliau berjudul an-Nur al-Mubin: Menyintai Nabi صلى الله عليه وآله وسلم ada tanda-tandanya. Barangsiapa yang dzahir pada dirinya tanda-tanda tersebut, adalah ia benar-benar mencintai Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Dan sekiranya tidak, maka cintanya dakwaan semata-mata.
''Katakanlah ,'jika memang kamu cinta kepada Allah,maka ikutilah aku(Muhammad), pasti ALLAH menyintaimu dan Dia akan mengampunikan dosa-dosa kamu.Dan ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..;;(Surah al imran,ayat ke- 31)
Tanda-tanda cinta Rasulullah saw:
- meneladani Baginda صلى الله عليه وآله وسلم samada dalam percakapan, perbuatan dan ahwal, dzahir dan bathinnya
- mengamalkan sunnah-sunnah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, mematuhi perintahnya dan menjauhi larangannya, berusaha beradab dengan adab Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, dalam semua keadaan, baik dikala susah, maupun senang, dikala cergas maupun malas
- mengutamakan sesuatu yang telah disyariatkan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan yang digalakkan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم untuk dilakukan, daripada mengikuti hawa nafsu dan syahwat (yakni mengutamakan perintah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم daripada kehendak nafsu dan syahwat)
- banyak menyebut Baginda صلى الله عليه وآله وسلم yakni bershalawat ke atas Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, sebab orang yang mencintai sesuatu, maka dia banyak atau sering menyebutnya dengan perasaan rindu kepada yang dicintainya, mengagungkannya, memuliakannya dan mendzahirkan kekhusyu’kan dan rendah diri ketika mendengar nama Baginda صلى الله عليه وآله وسلم disebut.
- rindu untuk bertemu dengan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, kerana sesungguhnya setiap kekasih ingin bertemu dengan yang dikasihinya.
- mencintai mereka yang dicintai oleh Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, iaitu yang punya hubungan dengan Baginda صلى الله عليه وآله وسلمseperti ahlulbait Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, para shahabat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dari kalangan Muhajirin dan Anshar.
- membenci orang-orang yang dibenci oleh Allah dan RasulNya, memusuhi orang yang memusuhinya, menjauhi orang yang menyimpang dari sunnahnya serta berkeberatan terhadap orang yang menyimpang dari sunnahnya.
- mencintai al-Quran yang diturunkan kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Mencintai al-Quran bererti membaca, memahami dan mengamalkan segala tuntutan-tuntutannya di dalam mengatur kehidupan kita dan seterusnya memperjuangkannya.
- mencintai sunnahnya serta memperhatikan dan memahami hukum-hakamnya. Sahal bin ‘Abdullah at-Tusturi berkata:Tanda-tanda mencintai Allah adalah mencintai al-Quran dan mencintai Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Tanda-tanda mencintai Nabi صلى الله عليه وآله وسلم adalah mencintai sunnahnya. Tanda-tanda mencintai sunnahnya adalah membenci dunia. Tanda-tanda membenci dunia adalah enggan mengambilnya melainkan untuk bekalan menuju kampung akhirat.
- belas kasihan (yakni bersikap lemah lembut dan mengasihi) terhadap ummatnya, memberi nasihat kepada mereka tanpa jemu, berusaha memberi kemaslahatan dan menghindarkan mereka daripada marabahaya. (tamat petiakan dari an-Nur al-Mubin
SEKADAR PERKONGSIAN:
DIIJAZAHKAN KEPADA ANA DARI USTAZNA USTAZ MUHADIR BIN HAJI JOLL DARI SHEIKUNA MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL BANJARI AL MAKKI:
AMALAN SUPAYA ADA ILLAQAH QOLBIYYAH RUHHIYAH DARI GURU SELEPAS SELESAI SOLAT, BACAKAN 7 KALI AL FATIHAH DAN NIAT PAHALANYA DI HADIAHKAN KEPADA:
1) RASULULLAH SAW,PARA ANBIYA DAN PARA MALAIKAT
2) PARA SAHABAT DAN TABIIN
3)SEMUA WALI ALLAH TERUTAMA ABDUL QADIR AL JILANI,SHEIKH ABUL HASAN ASY SAZILI,SYEIKH AHMAD BADAWI,SAYYID MUHAMMAD BIN ALAWI AL MALIKI,HABIB QADIR AL SAQQAF,HABIB ALI BIN JAAFAR AL AIDRUS DAN SEMUA WALI YANG MASIH HIDUP MAHUPUN TELAH MENINGGAL DUNIA
4) SEMUA FUQAHA TERUTAMA IMAM HANAFI,MALIKI,SYAFIE,DAN AHMAD
5)SEMUA MUHADITHH TERUTAMA IMAM BUKHARI ,MUSLIM,TIRMIZI,ABU DAUD,IBN MAJAH DAN MASAI
6)SEMUA ULAMA' ISLAM KHUSUSNYA GURU YANG MENGAJAR(boleh ingat nama dan muka sepintas lalu)
7) KEPADA MAK AYAH YANG MASIH HIDUP MAHUPUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA(boleh tambah kaum kerabat,bakal zauj/ah)
Wallalhuam..mohon sejuta kemaafan andai ada kesalahan dari segi perktaan dan perbuatan dan niat yang salah..
ingin menyendiri beruzlah seketika>>>>
kerna masih tak dapat maafkan diri yg melukai KEkasih TERCINTA..;(
WALLAHULAM BI SOWAB>>>
assalamualaikum warahmatllahi wabarakatuh.....
No comments:
Post a Comment