Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Showing posts with label kerana cinta ALLAH... Show all posts
Showing posts with label kerana cinta ALLAH... Show all posts

Saturday, November 3, 2012

mimpi ...jodoh...mati..


Belum sampai lidah terjelir,


Sebab penat sang daie perintis,


Kerana kita darah Rasulullah mengalir,


Kerana kita air mata Rasulullah menitis,


Wednesday, October 31, 2012

Kerana ALLAH...

SUBHANALLAH...ALHAMDULILAH..ALLAHUAKBAR...

Kerana Allah..

Menuntut ilmu--> kerana Allah
Taat pada ibu bapa--> kerana Allah
Beribadah--> kerana Allah
Makan--> kerana Allah
Tidur--> kerana Allah
Berkahwin--> kerana Allah

Semua kerana Allah ???
Ya..semuanya kerana Allah.
Sebab apa ???
Sebab segala yang ada sama ada nampak atau tidak,semuanya milik Allah..termasuk segala yg ada di alam akhirat nanti.

Kesimpulan :
Melakukan perkara kebaikan,berusaha menjadi soleh/solehah..sesekali bukan kerana berhajatkan kebaikan dari manusia lain yang juga hakikatnya tidak ada apa2..

Ayuh,tajdidkan niat dalam diri kita untuk senantiasa beramal semata-mata mencari sebesar-besar nikmat iaitu Keredhaan & Keampunan Allah s.w.t.

p/s : benarlah kata2 seorang shbt ku :
"kita memilih untuk jadi soleh/ah bukan kerana ingin mendapatkan pasangan yang soleh/ah..tp ingin mendekatkan diri kepada Allah dan akhirnya sentiasa bahagia dengan apa jua yang diberikan oleh ALLAh sebagai tanda syukur padaNya..

{1:'}~





Share dari sahabat setalaqqi ambo... :)

Monday, October 29, 2012

kErana cinta,seruanMU ku sahut,...


SARAJEVO – Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.
“Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya,” kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.
Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.
Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.
“Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.
“Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya,” ujar Senad.
“Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya,” tambah lelaki itu.
Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.
Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.
Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. – AFP