Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Tuesday, March 29, 2011

...alhamdulilah..sakit itu penghapus dosa...

..anna..

..dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar..

..setiap kali org suruh taaruf pasal keluarga,hati berbunga riang..


..kembang di dada kerna punya sibling yang ramai..


alhamdulilah..

tetapi enggaklah sampai riak,dong..

..umi..abi..xdela..tak panggil nama tuh pun..

panggil abah dan mama jer..

..abah seorang yang kuat bekerja..
kerja abah banyak..

penat..

susah..

abah kerja sampai warna kulit mukanya berbeza dengan pahanya..

abah jenis yang suka melawak..

selalu jer tiru aksi P.ramlee..
anna tahu abah dah banyak korban peluh untuk tampung famili yang ramai..

anna sedih..

sejak atuk meninggal kena langgar lori waktu nak ke masjid...abah jadi murung..

anna masih ingat pesan terakhir atuk..

waktu itu anna kena demam campak..
hampir 2minggu tak ke kelas..
atuk dtg ziarah.

atuk anna ahli agama..

semua org hormat atuk..
atuk baikk.
muka atuk bersih..

bahkan masa atuk meninggal pun,muka atuk senyum..
anna tahu atuk meninggal husnu khatimah,insyaALLAH..

Atuk pesan ''anna.jangan tinggal solat yer..''

pesanan yg sama seperti pesanan terakhir nabi.

anna gembira dah sekrg,abah dah jaDI baik..

abah dah rajin2 pergi masjid..

mungkin ada hikmahnya..

dulu,lepas atuk meninggal,abah selalu xdtg kerja.

hinggalah abah kena buang kerja.

dahla waktu itu,anna akan masuk matrikulasi uia..

anna selalu tengok abah tidur lewat.


kerna memikirkan macamna nak cari duit.

abah orang tabah,

xmahu menyusahkan orang

anna rasa macam jadi beban pula
.
anna hampir batalkan niat xnak sambung belajar

biarlah anna kerja,xyah susah abah fikir mana nak cari duit.

tapi alhamdulilah,ALLAH punya kerja..just said''kun fayakun..''
anna sakit

.
sejak kecil lagi,

anna selalu pengsan kat sekolah.

mama dan abah xtahu..
anna tak nak susahkan mereka..

bila masuk matrikulasi.anna kadang kala xdatang kelas

tambah bila nak dekat exam
anna cepat depress..

anna tak tahu apa sakitnya sebenar.

anna takut nak citer hal sebenar kat mama..

mama anna pun  baik
mama sangat penyayang.

bila cikgu tanya,''mama kamu kerja apa ,anna?''
anna hanya mampu senyum.
mama kerja suri rumah sepanjang hayat,cikgu.

ada seorg kawan.dia nakal tapi hatinya baik.
''myb sebab mak die terpaksa beranak tiap2 tahun..xsempat nak propose kerja,cikgu..'

semua org gelak.
anna senyum jer.bukankah senyum itu sedekaH.

anna bangga dengan mama.
mama sangat kuat dan tabah.

mama cekal hadapi pelbagai karenah anak-anaknya.
muka mama nampak muda dari usia sebenar.

myb itulah keberkatan kahwin muda dan beranak ramai.
bila mama susah hati,mama suka cakap sorg.

dah abah sibuk ngat.

anak pula ramai2 V.I.P..heheh

bila anna tanya kat mama kenapa mama suka cakap sorg2(dlm senyap2)..

''mak xcakap sorg2 nak,mama selalu online dgn ALLAH..''

anna tahu mama susah.
anna selalu intai mama waktu tahajud,
mama menangis.

anna menangis.
anna tahu tugasnya belum selesai.
kdg2 anna rasa malas belajar.

anna tahu amanahnya banyak xtertunai..
''mama,maafkan anna..''
anna kena kuat!!

anna kena juga kuat pertahankan prinsip hidup.

anna bukan ustazah.

anna cuma pencinta tarbiyah.

anna bukan hafizah.

anna cuma peminat kalamullah.

anna bukan fanatik

anna cuma ghuroba

anna tak kisah orang cakap apa.yang penting ALLAH maha tahu

''mama,anna kat uia pakai.........''

''pakai purdah..??''

''macamner mama tahu..''

instinct seorang mama.

''xpayahlah anna,nampak fanatik jah..''

anna tersinggung.

anna sensitif cikit.  ..xpe2,mama kurang faham..

dalam hati,zikir xputus2..''ya latif..''

''mama..anna cuma nak amalkan salah satu amalan isteri nabi..anna nak nabi senyum tengok anna nanti..''

sebenarnya anna bukan ade ilmu banyak sangat niqab ini..

anna cuma nak pakai.

anna rasa lebih selamat..

anna dah rujuk banyak sumber.

alquran ,hadith,ijtimak ulama'..

anna persan bila anna keluar,pasti ade mata2 nakal memandang.

anna bukan persan anna ni comel.

idopla begitu,

anna biasa2 jer..

cuma anna takut sangat,disebabkan kewujudan anna,lelaki mendapat dosa.

anna dah banyak dosa.

xmahula menyebabkan  laki2 lain  berdosa .

anna pegang mahfum hadith nabi itu.

''wanita itu aurat,bilamana mereka keluar,syaitan2 berusaha menampakkan keindahanan mereka,''

see!!? syaitan2 berUSAHA menampakkan keindahan.wanita itu..

walau sejelek mana wanita itu(hakikatnya semua wanita ALLAH ciptakan cantik.)

biarlah suami anna jer yg menikmati kecomelan wajah anna.(cecece.. :P)

betullah kata ustaz,wanita itu sifatnya perasan.

harap2 perasan anna bertempat.

mama senyap.

tiada hujah untuk membalas.

''mama,maafkan anna ,bukan niat anna..

mama tahu kan anna jenis yang pemalu..kalau boleh nak jadi halimunan jer bila keluar berhadapan org ramai.
harap2 mama restu yer..''

mama senyum.

diam seribu kata.

yes!!! diam itu tanda setuju.

masa taaruf,anna seorang jer pakai.mula2 rasa lain macam.

be the only one among 200 students intake.

maner tak malunya.

hai..susah bebenor,pakai pun rasa malu.

xpakai lagilah rasa malu tahap cipan.

cipan pun idopla malu sampai gitu..

ramai kawan anna tanya''kenapa anna pakai niqab yer?''

anna cuma mampu balas apa yang patut

dalam hati masih bergerisik rasa cuak dlam dada.

takut tak istiqamah.

doa jer banyak2..

'nabi pesan org ghuroba nih,orang  yang hebat.

anna?

hmm...masih insan biasa,

yang membezakan cuma secebis kain itu shaja.

iman di dada ALLAH jua yang nilai.

anna tak tahu berapa lama masa dirinya ada lagi,yang pasti cuti 5bulan nih,anna dah siap planning

nak sambung mengaji di pondok..bekerja..nak jadi assistant doct di hospital kanak pesakit kanser..bagi kata2 semangat...tolong mak..dll...ulang alik ke hospital...

akak usrah anna pernah pesan,cuti 5bulan nih bersedia yer..

bersedia untuk apa kak??

ce cite..ce cite..

bersedia untuk dikhitbah yer??

lain plak maksud yg ditangkapnya.

heheh..

xdela..

bersedia menjadi seorang yang lebih matang

berusaha mematangkan iman,ilmu dan amal lagi..

bersedia jua menghadapi'operation'..

moga2 ALLAH sembuhkan sakit ini.

sakit apa anna nih??

BIARLAH RAHSIA............

hanya ALLAH dan pemilik blog ini jer tahu..

hehhehee..

p/s:

ini bukan kisah nyata..tapi boleh jadi benar..xkisahlah..yg penting penulis dah luahkan persaannya kala ini..

mohon doa semua..

terus doa hidayat buat semua ummat Islam..

''allahummar zukna istiqamah..''

..ana juga MAHU seperti itu..


ALKISAH DARI SEORANG  MURRABI YANG ANA KAGUMI SEMANGATNYA..





Bismillahirrahmanirrahim.

''Semakin hampir hari akad nikah semakin banyak soalan yang diutarakan kepada ana, pelbagai bentuk dan beraneka corak bahasa membuahkan cantuman perasaan yang saling bertindak. Akhirnya ana hanya membiarkan hati monolog sepi tanpa melontarkan apa-apa jawapan yang diperlukan, biarlah muhasabah sendiri.

"Insyirah, kahwin nanti enti pakai niqab?"

"Insyirah, akad nikah tak payah la pakai niqab."

"Insyirah, untuk wedding tak payah la berniqab. Just for your day, semua orang mesti nak tengok pengantin."

"Insyirah, buka je la niqab tu masa wedding. Lagipun muka bukan aurat."

Begitulah corak soalan yang diberikan, ada yang provokasi dan dalam masa yang sama ada sahabiyah yang memberi semangat dan galakan. Tapi, ana 'berdiri' bukan kerana siapa dibelakang atau hadapan mahupun kiri dan kanan ana. 'Berdiri' kerana Dia yang setia menemani, tetap berkeras hati dan hanya melemparkan senyuman setiap kali diprovokasi tentang niqab.

Dalam keluarga, hanya ana yang memakai niqab. Di pihak keluarga sebelah abi mahupun ummi, hanya ana yang berniqab. Ana sedia maklum cabaran dan dugaan untuk mempertahankan sesuatu yang tidak dilakukan oleh orang kebanyakan. Ana tidak syadid, ana juga tidak memegang hujah muka adalah aurat maka tidaklah wajib untuk berniqab (seperti yang diperkatakan orang) tetapi bila muhasabah semula, ana berniqab bukan untuk sesiapa tapi ana berniqab sebab ana nak berniqab dan Allah sentiasa di sisi menemani setiap pahit dan manis.

Sentiasa ana katakan, ini jalan ana. Ana yang pilih dan ana sendiri harus perjuangkan.Alhamdulillah, ummi dan abi tidak membantah mahupun memaksa. Mereka memberi ana membuat pilihan sendiri sama ada mahu memakai niqab mahupun membuka niqab semasa akad nikah dan walimah setelah ana berbicara hati ke hati dengan mereka, sekadar meluahkan sedikit perasaan yang terbuku selepas di asak dan di hentak sekeliling. 

"Buka je niqab tuuuu..."

Diam. Senyum saja. Itu yang mampu ana lakukan, hati monolog dan terus berlagu sendiri. Jangan sedih, Allah bersama. Sebelum memilih untuk memakai niqab pun, ana sudah istikharah bukan sekali dua tetapi berkali-kali dan sebelum memutuskan untuk memakai niqab, ummi terlebih dahulu memberi nasihat yang sehingga kini ana pegang.

"Sebelum niqab, ada ujian-ujiannya. Selepas dah berniqab nanti lebih banyak ujian, ummi tak nak Syirah pakai niqab suka-suka sekadar nak pakai tapi pakailah sungguh-sungguh. Banyak ujian untuk orang pakai niqab ni."

Nasihat keramat dari ummi, lahir dari hati ummi dan sehingga kini ana kekalkan di dalam hati ana.

"Pakai niqab guna kain yang jarang la... Nampak muka samar-samar."

Subhanallah. Terdiam, senyum saja. Bening mata semakin layu. Kelopak mata jadi sayu, janganlah dibiarkan air mata gugur di hadapan manusia kerana seorang pejuang itu tidak lemah bahkan kelihatan sangat gagah di hadapan manusia sedangkan di hadapan Tuhan dia tunduk menangis tersedu sendiri. Itulah seorang pejuang, di hadapan manusia sentiasa kelihatan gagah kerana hatinya bersalut yakin dengan pertolongan Tuhan.

"Ustaz, masa akad nikah nanti... Ana pakai niqab takpa ye."

SMS dilayangkan kepada tunang. Dalam bertanya, sebenarnya mahukan kekuatan.

"Khair, insya Allah. Akad nikah nanti hanya saudara terdekat je kan? Kalau tak berniqab pun tak apa, tapi ikutlah keselesaan."

Akhirnya semasa membeli kain untuk baju akad nikah dan kahwin, ana membeli kain tudung bidang 60 dan ana minta 2 meter.

"Ummi, kain tudung beli 2 meter. Tudung dan niqab."

Ummi dan abi tak banyak bersoal, mereka lebih tahu gelora hati puteri sulung mereka.

Disebabkan pakaian untuk pengantin, makanya tukang jahit mahu menyulam dan itu ini begitu dan begini. Ana diam, berfikir sambil monolog. Antara iman dan qarin saling bertelagah. Akhirnya ana tersenyum. This is my day, please respect my choice.

"Kak, baju saya ni longgar tau. Saya tak nak shape, tak nak cutting."

Pastinya lebih dari 3x ana memesan kepada tukang jahit. Selepas siap, abi mengambil baju yang ditempah. Pertama kali tengok, ana termenung dan hampir menitis air mata. Macam nak menjerit rasanya, terus tangan mencapai talifon bimbit dan meluahkan perasaan pada ukhti. Dugaan sungguh. Baju lace untuk jubah sangatlah mengikut bentuk badan di bahagian pinggang manakala jubah di bahagian (lapisan) dalam besar, makanya baju menjadi kembung di sana dan sini. Lengan di bahagian tangan juga singkat. Subhanallah. Baju pengantin macam ni?

"Nanti ummi buangkan span."

Ummi cuba 'memujuk' selepas melihat ana ternganga.

"Pakai tudung tak nampak dah..."

Abi cuba memujuk. Ana masih berdiri di hadapan cermin, mahu saja ana menjerit. Usah 'dimain' dengan ana, silap hari ana selongkar almari pakai jubah yang selalu dipakai je. Huhuhu... Solat hajat hari-hari minta Allah permudahkan dan istikharah pohon Dia berikan yang terbaik buat hamba Nya.

Alhamdulillah, sehari sebelum akad nikah my bestfriend forever suruh pakai baju pengantin dan mereka tercengang. Hehehe, memang baju pengantin sangat 'kelakar' dan ana sabarkan diri selain cuba redha dengan baju 'kartun' tersebut. Pusing-pusing seperti model, akhirnya mereka mencadangkan pengubahsuaian dilakukan terhadap design baju pengantin. Semasa bersiap semasa hari walimah, selepas sahabat-sahabat siapkan ana abang sulung (yang juga pengantin) masuk melihat ana.

"Nampak gemuk la... Cuba pin sikit di bahagian ni." (Abang menarik jubah ana pada bahagian yang beliau rasakan 'hodoh')

Tadaaa... Hasilnya jadilah seperti hari walimah 29 Mei 2010 tersebut. Alhamdulillah.

Allah sengaja nak uji untuk melihat bagaimana ana yakin dengan pertolongan Allah :)


~ Kisah Make-Up ~

Jujur, ana tidak pernah make-up dan memakai kasut bertumit. ^_^

Untuk walimah, ummi meminta ana untuk berkasut tumit. Redha sajalah. Walaupun tahu tulang belakang akan terbeban apabila memakai kasut bertumit tapi untuk ummi tercinta, apa salahnya ana berkorban sedikit selepas ummi berkorban banyak perkara buat ana.

Masa akad nikah, buat pertama kali dalam sejarah ana telah 'dikerjakan' oleh sepupu-sepupu. Solekan dibuat oleh Kak Cik, rasa muka macam alien. Touch up mata oleh Angah, terasa seperti bukan diri sendiri. Pening juga kepala apabila veil dan crown diletakkan atas kepala dengan muka yang diletak 'tepung' dan mata yang seperti 'menipu'. Sabar je lah, macam nak ketawa melihat wajah sendiri.

"Ini untuk suami. Lepas akad nikah, buka la niqab."

Mereka mengusik tak henti-henti.

"Bersolek untuk suami jadi ibadah, bersolek pada ajnabi jadi fitnah."

Ana mengenyitkan mata. Menahan gelora emosi dengan 'wajah alien' dan pening kepala. Tapi, Allah nak menjaga... Masya Allah, Dia sentiasa membantu dan terus setia bersama ana. Selepas akad, jamuan kecil diadakan di masjid. Ana cuba membuka niqab, malangnya ada jarum peniti yang dicucuk pada tudung dan veil turut terkena pada niqab. ^_~ Tengok saja orang makan, ana makan yang kering-kering saja, selak niqab dari bawah. Alhamdulillah.

Makanya, wajah alien ana tidak dilihat oleh sesiapa apatah lagi suami. Lalalalalaaaaa...

Hari walimah (sehari selepas akad nikah) ana disolek sekali lagi oleh kawan abang (perempuan) yang turut hadir semasa majlis akad dan walimah. Beliau menawarkan khidmat menyolek ana. Berkali-kali ana pesankan.

"Light ye, jangan tebal-tebal."

Pada semua bahagian disolek tipis. Ana bukan saja tidak selesa tapi bimbang solekan jadi tatapan selain dari suami. Tabarruj, berkali-kali ana tersenyum setiap kali suara menyuruh ana membuka niqab. Ana berkeras dalam diam, senyuman tetap mewarnai wajah walaupun hati bagai diketuk dan hentak. Bersyukur, mempertahankan niqab telah menyelamatkan ana dari tabarruj dan dalam masa yang sama ana menyelamatkan suami dari menjadi dayus apabila membiarkan isterinya melakukan apa yang Allah larang. Alhamdulillah!

Selesai majlis walimah. Buat pertama kalinya suami melihat ana dalam keadaan bersolek, beliau memandang ana pelik. Huhu, dalam keadaan segan yang amat duduk depan lelaki yang selama ini 'asing', dipandang pula dalam keadaan pelik lagi lah malu. Akhirnya, sama-sama tunduk. Ana minta diri dan cuci solekan, baru nampak suami tersenyum.

"Tak make-up lagi cantik."

'See... I told you already...' Monolog kecil dalam hati membayangkan satu per satu wajah yang memaksa ana bersolek untuk suami. Ahaks! Padahal ana sendiri pelik apabila melihat wajah di hadapan cermin, sehingga hari ini rasa nak ketawa bila memikirkan kenangan tersebut.

"Kak, boleh tak nak tengok gambar akak pakai make-up tanpa purdah?"

Adinda yang dikasihi memujuk semasa ana berziarah ke rumahnya.

"Boleh, ini dan ini..."

"Akak.... (sensored)"

Alhamdulillah, walimah di rumah zauj di Kelantan... Rasa selamba sangat, ana tidak diproses dengan solekan bahkan ana bersiap sendiri. Ngeeeee. Finally, kakak ipar dan abang menyiapkan ana pada bahagian veil dan crown. Kemudian, suami yang membuka veil dancrown untuk ana :) Allah nak menjaga, rupanya di rumah suami... Saudara-saudara terdekat suami nak melihat ana tanpa niqab. Ada hikmah rupanya ana tidak 'dikerjakan' oleh sesiapa. Alhamdulillah.

Ana bukan bidadari dari kayangan yang putih gebu, berkulit halus, bermata galak, bibir merah bak delima, hidung mancung seperti si polan atau si polan, pipi gebu bak kueh apam. Ana hanya seorang Insyirah yang mahu setia menjadi bidadari hanya untuk suami, ana hanya mahu cantik di hadapan suami... Izinkanlah ana untuk terus menjadi bidadari untuknya...

Pada niqabis, "Apabila kamu berazam maka tawakkallah kepada Allah" itu saja yang mampu ana kongsikan. Allah sentiasa membantu. Allah yang beri ujian, Dia pasti akan memujuk dengan cara dan kehendak Nya. Insya Allah :)




p/s: 

TULISAN HATI

hati rasa dikait-kait untuk berkongsi cerita ini yang diambil dari blog kak insyirah..(haruman mawar)..
'ana juga mahu seperti itu' bukanlah bermaksud kahwin di usia muda..tapi ana juga mahu semangat dan pendirian teguh seperti beliau (kak insyairah) sepanjang mempertahankan pendirian sehingga diri bakal disunting oleh si mujahid yang soleh(insyaALLAH)...walaupun sedar diri sangat diri iNi perempuan biasa yang banyak KEkurangan( ilmu,ibdh,akhlaq)..sebut pasal BM,hati bersenandung syahdu..insaf..mersakan diri xlayak untuk siapa2..sang mujahid?si soleh.?.ustaz..? seorg hafiz?hm...biaRLAH ALLAH jer yang tetapkan..bukan itu keutamaan sekrg..ana harus belajar untuk berubah lagi..yer!!tetapi pada msa yg sama,berusaha mensolehahkan diri..mengenang diri pernah melalui zaman kejahilan sewaktu kecil2 dahulu..akur dengan apa yang ALLAH tetapkan..ya,ALLAH .semoga hamba kuat menjadi sang ghuroba..ana bukanlah ustazah,hafizah atau zaujah sesiapa..hanya hamba biasa yang harap2 kuat mempertahankan prinsip..ana berniqab bukan kerna sesiapa tetapi xnak diri ini menjadi fitnah bagi kaum Adam..cukuplah dengan dosa yang bakal diheret ke mashyar ,kena bersoal jawab dengan ALLAH lagi..astaghfirullah..tak ingin ana tambahkan lagi bila diri ini(muka,lenggok suara dan badan) menimbulkan fitnah dan menjadi asbab lelaki mendapat dosa..astaghfirullah..hamba malu ya,ALLAH....kuatkan hamba melakukan segalanya kernaMU.........................................(^_^)

Sunday, March 27, 2011

...COrak CoRET sang GHURoba...

kedengaran bunyi bising siulan dari belakang..
''pewitttt..adik manis .mahu pergi mana?''

aisyah tersenyum pahit.

bukannya gembira dirinya menjadi perhatian orang
cuma nada suara mamat penjual burger itu sedikit mencuit hati.

bunyi macam mamak india dalam cerita upin ipin plak..
aisyah seorang gadis manis yang sering menjadi buah mulut pelajar-pelajar lelaki disekolah.

lahirnya ke dunia memang diciptakan ALLAH berwajah polos,indah dan nampak telus..

kata orang,macam budak juruh(baik)

tapi dirinya masih kuat berpegang pada agama yang satu.

''diriku hanya untuk Engkau Tuhan yang satu.''

aisyah sebenarnya seorang yang sangat pendiam,lebih suka menyendiri dan agak pemalu.

kalau suatu masa dahulu,Aisyah suka dirinya dijadikan perhatian.

Dan dia akan lakukan apa shaja untuk mencapai matlamat.

Aisyah bahkan aktif berpersatuan.

sajak,nasyid,pidato,syair,bintang kecil,sukan bahkan dalam akademik dia sering mendapat tempat di hati juri dan keputusan yang baik.

mungkin dengan sebab itu hampir semua cikgu dan pelajar mengenalinya.

gosip.xpayah cakaplah..kadangkala macam artis.
musuh?entahla,zaman budak2 myb ada yang ber acting di luar dugaan.
lucu dan malu apabila memikirkan semula.

cinta. itu fitrah.Aisyah juga salah seorang daripda mangsa cinta hina itu.

tapi,Aisyah semakin yakin dengan kata2 agung kekasihnya sekarang melalui Tuan kekasihnya itu berfirman.''
tidak Allah jadikan sesuatu sia-sia.''

lalu melalui cinta hina itu Aisyah menemui turning point.
cinta hina itu juga yang menjahit kembali koyakan cinta suci yang abadi.

cinta hina itu juga yang merawat balutan luka paling dalam.

dan cinta hina itu sebenarnya membuah cinta mulia.

alkisah..

Alhamdulilah..

segala pujian selayaknya hanya untuk ALLAH..
dan terima kasih ke atas Baginda s.a.w atas pengorbanannya yang xbertepi.

ALLAH jua pemilik hidayat yang hakiki.Semua muslim tak semestinya semua beriman.
Bukti kehidupan seorang Muslim samada mereka telah melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH dan KhalifahNya dengan amanah akan diperlihatkan saat kematian

Su' KhaTimah atau Husnu kHATimah,,
walaupun apa pun status iman dan profile amal kita sekarang belum menjamin bagaimana nasib kita di akhir hayat nanti..
walau kita bertudung labuh,tudung pendek,tudung arini,

berkopiah,berserban,berfesyen2 gaya rambut.

sekolah agama,sekolah sains,sekolah biasa hatta sekolah maahd tahfiz,darul quran atau sekolah hurry gurney..

semua itu bukan kayu ukur sebuah penilaian diri

ittaqwa hahuna(taqwa itu di sini yakni dlam hati..)

bukankah ''pakaian taqwa itu yang dinilai di sisi ALLAH..''

jadi,usahlah segan2 andai ingin berubah..
usahlah ragu2 dengan hidayat ALLAH..
usahlah berlembab-lembab mencari kekuatan dari Ya Aziz..

ya,ALLAH..susah jugak melakukan sesuatu perkara yang jarang dibuat orang.
ya,ALLAH..sepanjang tempoh itu macam2 ALLAH uji..



teringat saat sedang ingin pergi berjoging bersama teman karibnya,

zumm....laju bebenor..
lalu sebuah kereta mewah..
pemandunya cina..

''papa..look at that girl..!!''
dengan muka kelat memandang Aisyah sambil mulutnya berkata sesuatu..
Aisyah tidak mendengar.

kereta tadi berpatah semula..dan..

'.ya,ALLAH..!!!.terpercik air selut di lopak ke mukanya..''

lelaki tadi bersama hubbynya tergelak puas..

''u r so weird..''pemanduu itu menjerit kuat.

''apa slahku?apa slah ibuku?''

mcam nyanyi lagu wali band pulak..


''sabar Aisyah..bukankah ALLAH bersama orang2 yang sabar..''
temannya cuba menguatkan.bajunya lencun basah.terpaksala balik ke mahallah semula.


Mahfum hadith"Jikalau ALLAH mengkehendaki kebaikan bagimu,Dia akan mengujimu denagn kesusahan.''

malam tahun baharu menjelang tiba.
hati Aisyah gusar.
niatnya ingin melaksanakan amar makruf nahi munkar.
namun takut dengan kekuatan diri..
satu xpdc dakwah countdown to new year diadakan.
risalah2 disebarkan.
peserta dinasihatkan sentiasa berda dalam kumpulan.
bukankah dalam jemaah,kita lebih kuat.
namun Aisyah tidak berpuas hati andai jikalau sekadar sebarkan kertsa risalah.
lalu cuba didampingi seorang nenek tetapi berpakaian macam org muda.
xpela ,myb sekadar mengambil hati menantunya.takut dikatakan jumud pulak.
Aisyah ingin cuba praktikkan sunah nabi s.a.w
''3S..SENYUM,SALAM,SAPA..''
baharu Aisyah menghulurkan tangan ingin bersalam..
''xnak..xnak..Zam..tolong mak..''
''Weiii..ajaran sesat..jangan cuba duk sebar bnda buruk kat sini..xmalu ka rosak akidah org!!''

bunyi musik datang dari pentas DIGI yang diamainkan sempena konsert tahun baru menenggelamkan suara halus Aisya yang cuba membela diri..''

''ADuhhhh...ya,,ALLAH..''

Aisyah ditolak..xcukup dengan itu.kakinya dipijak orang.

orang ramai mula mengeruminya dan mengasak'asak Aisyah agar keluar dari kelompok orang2 'benar' 'mereka..

''masyaALLAH..Aisyah..aina Aisyah?''

Rakannya,Husna baru menyedari kehilangan sahabatnya itu..

Aisyah pengsan.

Kakinya luka sedikit..tangannya terseliuh diasak orang ramai.

Sedar dari pengsan,Aisyah masih mampu mengukir senyuman.

''Ana belum mampu merasai penderitaan yang ditanggung oleh pejuang2 agamanya yang berani..inilah padah kalau keluar dari 'jemaah.'.barangkali..''

ya,mujahid..Imam SYAHid Hasan AL banna..

ingin rasanya meminjam semangatmu.

malam itu,Aisyah menangis semahu-mahunya.

sujud menyembah ALLAH,RAbbul Izzati..
merasa kekerdilan diri.

''Ketika cinta bersujud,diri mersa hina dihadapan ALLAH..melayarkan keinsafan..hati kadang kala terdetik..adakah harus ku kesampingkan pendirian..demi memuaskan hati manusia..kelihatan biasa..dan senang berdakwah kpada hambaMu yang lain..Tuhan..tidak hamba lakukan ibadah ini kerna mengharapkan syurgaMu..kerna menyedari hamba tidak layak..tidak juga hamba lakukan semua ini kerna semata-mata takutkan nerakaMu..tetapi kerna cinta hamba padaMU..mudahkanlah dan tetapkan hatiku agar kuat menyeru hambaMu..''

bersambung..

..Tangisan Seorang Hamba..

Bismillahi Rahmani Rahiim..




''ya,Rabb..ya Khaliq..segala puji-pujian hamba panjatkan ke hadratMu atas kurnian nikmat Islam dan iman hingga ke saat ini..



ya,Rabb..ya Malik..Engkau Maha Berkuasa atas hamba2Mu..hamba ini berdosa ya,Rabb..tapi walau hamba banyak melakukan kesalahan,namun Kau masih berbelas kasihan pada hamba..dan masih tidak menarik nikmat udara yang hamba sedut setiap saat..

ya,Rabb..hamba tahu memang hamba tidak layak masuk ke syurgaMu yang penuh dengan nikmat yg tidak terbayang di mata..terfikir dek akal..dipenuhi dengan orang2 soleh yang benar2 beriman..tapi hamba ingin berjumpa kekasihMu,Muhammad s,a.w..dah hasrat hamba itu mana mungkin akan tercapai andai hamba tidak bersamanya di jannah Mu..tapi ya,ALLAH..hamba tak sanggup walau separuh saat berada di nerakaMu yang penuh dengan azab dan balasan yang jua tidak akan pernah terbayang di mata manusia lagi2 manusia2 yang engkar..astaghfirullah..walau seketika..Engkau yang amat keras seksaanMu menjanjikan sekecil2 penderitaan ahli neraka ialah apabila dipakaikan selipar neraka maka akan bergelagak isi otak..astaghfirullah..sakiiiitttttt..ya,ALLAH..bagaimana hamba bisa menanggung semua itu..sedangkan panas terkena matahari di dunia pun hamba sudah mengeluh dan demam..inikan pula panas api neraka yang berganda..astaghfirullah..ampun,ya ALLAH..hambaMu yang penuh dengan selut2 dosa..''

''ya,Rabb..saat ini hati hamba merasakan kesedihan yang teramat..kerna rasanya hati hamba telah keras ya,ALLAH..ya,Halim..hamba banyak bergurau selama ini tentang urusan hidup..lagi pula banyak ketawa mematikan hati..adakah hamba telah mati hatinya..jika benar kurniakn hamba hati yang baru atau matikan hamba dalam hati yang masih ada secebis kerinduan berdua-duaan denganMu dan Rasul di sana sebelum ia menjadi lebih teruk..ya,ALLAH..




ya,Rabb..hamba sangat terkesan..kerna mata tidak mampu mengeluarkan airnya di kala mendengar perkataan mati atau yang berkaitan dengannya..kalau dahulu di saat telinga yang banyak berdosa ini terdengar perkataan itu,,hati hamba akan tersentuh dan segala kerja akan menjadi tertangguh lantaran sibuk memikir nasib diri .mulalah fikiran membayangkan bagaimana saat maut hamba kelak..husnu khatimah kah?atau su'khatimah kah?astaghfirullah..sedang kekasihmu..Muhammad s.a.w  masih merasakan sakaratul maut itu dan sehingga Jibrail tidak sanggup memandang wajah Baginda yang mulia menghadapi proses keluarnya roh dari badan..sakiiittttttttt..ya,Allh..sempat NabiMu berdoa,''ya,ALLh timpakan saja semua sakitnya mati ini ke ats ku,bukan ke atas umatku..ALLAHUKBAR!!...

ya,rabb..sakitnya hati ini apabila kadang kala hati bersenandung riak..astaghfirullah..memikirkan diri telah berbuat baik kononnya..memikirkan hidup ini tenang..tidakkah kau fikir duhai hati..barangkali ini istidraj..nauzubillah..ya,ALLAH..hamba malu denganMu..janganlah ya ALLAH..tolonglah..jangan Kau memalingkan wajahMu yang indah dari hamba..kepada siapa lagi seorang hamba yang berdosa dan tersalah arah akan pergi kalau bukan kpda Tuhan yang Maha Pengampun dan Pembri petunjuk..hamba malu..bahkan untuk mengangkat tangan yang berdosa ini berdoa kepdaMu..tetapi mengenangkan rahmatMu melebihi murkaMu..hamba menebalkan muka merintih padaMU..



ya,RAbb..ikhlaskah hati hamba beribadah kepadaMu.?.atau sekadar memenuhi tanggungjawab sebagai hambaMu..bukan kerna cinta padaMu..ya,ALLAH..maafkan hamba kerna tidak dapat merasakan kehadiranMu setiap saat..maafkan hamba kerana selama ini hamba hanya mengucapkan kalimah 'Laailahaillallah.',tapi ianya hanya di bibir sahaja..sesungguhnya iman itu belum masuk ke dalam hati hamba..sehingga hamba tidak mampu merasa cinta dan rindu kepadaMu,ya Wadud..wahai yang Mha Pencinta..sesungguhnya hamba tidak mampu mersa gementar tatkala membaca ayat-ayatMu..ayat-azabMu mengalir seolah aliran air terjun..tidak terkesan di hati hamba..





ya,Rabb..tolonglah..bersih dan sucikan hati hamba lagi..tenangkan hati yang resah memikirkan sesuatu yang belum pasti..ampunkan dosa hamba saat bermuamalat dengan hamba yang lain baik muslimin mahupu muslimat..hamba malu melihatkan kelemahan diri..kenapa hamba tidak seyakin Aminah Qutb..bukankan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..kenapa hamba lemah dalam berikhtilat meski dalam urusan kerja..kenapalah hamba boleh lupa bahawa hati kita ini menjadi rebutan syaitan dan malaikat..?astaghfirullah..ikhlaskan niat hamba lagi tujan mensolehahkan diri adalah biarlah semata-mata kerna ALLAH dan Rasul..hamba akan berpegang dengan pendirian ini..semoga Kau jagalah hati ini khusus buat si dia yang Kau tetapkan di luh mahfuz..sungguh akan hamba mencintai insan pilihan soleh itu kerna agama yang ada padanya..jikalau hilang agamanya,maka hilanglah cinta hamba padanya..ya,ALLAH..peliharalah hati kami dari benih2 zina..ameen.. 

ya,Rabb..hukumlah hamba di dunia ini lagi atas dosa dan kesalahan..tidak mungkin akan hamba mampu menghadapi hukuman di masyar kelak..bahkan penantian menunggu hisab dimashyar..macamna,ya Allah akan hamba menghadapi seorang diri..??di saat matahari didekatkan di kepala manusia hanya sejengkal..ALLAHUKBAR..tak dapat dibayangkn situasi itu dalam keadaan tidak berpakaian lagi..ya,Rabb..ya Sami'..dengarlah rintihan hati hambaMu yang berdosa ini..hamba sedar selama ini jiwa hamba tergelincir dari landasan fitrah kejadian ya Engkau ciptakan..ampunilah hamba ya Tawub kerna tidak dapat menahan nafsu dan diri daripada tetap berada di jalanMu..adakala hamba lemah dan malas..lantas tanggungjawab dan amanah mentarbiyah sahabat hamba lupakan .kononnya sibuk belajar..lupa fikh awla yang lebih layak diberi perhatian...ilmu yang Kau kurniakndi majlis talaqi dan sebagainya belum hamba sebarkan..hamba lupa,ilmu yang tidak disebar dan diamal akan melaknat kita balik..ALLAHUKBAR..besarnya amanah yang Kau perintahkan sebagi khalifah ,sebagai hambamu..sebagai anak..sebagai sahabat..sebagai pelajar..mana mungkin hamba berangan-angan memegang amanah sebagai isteri sang pejuang andai amanah yang lain2 belum tertunai..penyaksian apa yang akan hamba bentangkan di hadapan CCTV Plasma mu di masyar kelak..alangkah ruginya hamba andai Kau menolak doa hambaMu ya ALLAH..sekurang-kurangnya pandanglah ya,ALLAH..




ya,Rabb..sesungguhnya hamba sering kalah dan sering lemah dan gagal dalam perjuangan melawan nafsu dan hamba sering tidak mampu kembali kepada diri hamba yang sebenarnya..lemahnya jiwaku..lemahnya imanku..jiwa ini merindukan kebaikan..ketenangan saat berbuat baik..berakhlaq sesama manusia..tapi jiwa hamba tidak berdaya ya,ALLAH..sangat rapuh..sangat mudah lupa dan lalai dengan cubaan dunia..ya,Aziz..ya Qawiyy..kuatkan hambaMu.......ya,ALLAH..berikan aku kepayahan agar dengannya aku lebih banyak mengingatiMU..kurniakan aku kesenangan sekiranya dengannya aku makin mendekatiMu..kuatkan hati aku menempuh badai ujian..moga dengannya,aku lebih mendapat kasih sayangMu dan KekasihMu...astaghfirullah..

Katakanlah:" Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani "(QS. 39:53).

Rasulullah s.a.w. bersabda bahawasanya Allah s.w.t. telahpun berfirman (dalam hadis Qudsi): "Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diriKu, dan Aku jadikan kezaliman itu haram sesama kamu jua, maka janganlah kamu semua melakukan kezaliman.

"Wahai para hambaKu. Kamu semua sebenarnya sesat, kecuali sesiapa yang Aku memberi hidayah kepadanya, maka pohonlah hidayah daripadaKu nescaya Aku akan memberi hidayah kepadamu.

"Wahai para hambaKu. Kamu semua dalam kelaparan melainkan sesiapa yang Aku beri makan kepadanya, maka mintalah makanan daripadaKu, nescaya Aku akan memberi makan kepadaNya.

"Wahai para hambaKu. Kamu semua asalnya bertelanjang (tanpa pakaian dan penjagaan), melainkan sesiapa yang Aku beri pakaian kepadaNya. Oleh itu, mintalah agar Aku memberi pakaian kepadamu, nescaya Aku akan memberi pakaian kepadamu.

"Wahai para hambaKu. Sesungguhnya kamu semua melakukan kesalahan pada malam dan siang sedangkan Aku Maha Mengampuni sekalian dosa, maka mintalah ampun daripadaKu, nescaya Aku akan ampuni kamu semua.

Wahai para hambaKu. Kamu semua tidak dapat mencapai akan sebarang kemudaratan bagi memudaratkanKu. Kamu semua juga tidak akan dapat mencapai suatu kemanfaatan bagi memanfaatkanKu.

"Wahai para hambaKu. Kalaulah seluruh makhluk daripada yang paling awal, sehinggalah yang paling akhir wujud, manusia dan jin, seluruhnya, bertaqwa dengan taqwa orang yang paling bertaqwa dalam kalangan kamu, nescaya tidak akan bertambah akan kerajaanKu lagi.

"Wahai para hambaKu. Kalau seluruh makhluk daripada yang paling awal sehinggalah yang paling akhir wujud, samada jin ataupun manusia, seluruhnya, derhaka kepadaKu dengan sejahat-jahat penderhakaan dalam kalangan kamu, nescaya ianya tidak sedikitpun mengurangkan akan kerajaanKu sama sekali.

"Wahai para hambaKu. Kalau seluruh makhluk daripada yang paling awal sehinggalah yang paling akhir wujud, samada jin ataupun manusia, seluruhnya, berhimpun dan meminta daripadaKu, nescaya Aku akan memberikan setiap daripada kamu, akan perimntaan-permintaan mereka, dan ia tidak mengurangkan sedikitpun daripada apa yang Akum miliki, melainkan seumpama berkurangnya lautan apabila masuk ke dalam laut.

"Wahai para hambaKu. Hakikatnya (dalam seluruh kehidupan ini), hanyalah apa yang berkaitan dengan amalan kamu semua, yang Aku perhitungkan ke atas kamu, kemudian Aku memberi ganjaran terhadap amalan-amalan tersebut. Sesiapa yang mendapati akan kebaikan daripada amalannya, maka hendaklah dia memujiKu (bersyukur kepadaKu). Sesiapa yang mendapati akan keburukan daripada amalannya, maka tiada yang dipersalahkan melainkan dirinya sendiri." (Hadis riwayat Imam Muslim

hamba akur ya,ALLAH..kala ini air mata mungkin belum mampu mengalir deras seperti dulu..tapi inilah sahaja bukti hamba sebagai seorang HAMBA..yang tidak maksum..terimalah ya,ALLAH..AMEENN....


Baginda Nabi Saw pernah ditanya suatu hal oleh Abu Bakar RA yang menjadi sahabat karibnya. Sebagai manusia, tentu Abu Bakar memiliki dosa dan kesalahan. Walaupun kita tahu, bahawa dia bukanlah manusia biasa. Dia adalah seorang sahabat Nabi SAW yang telah dijamin syurga oleh Allah dan Rasul-Nya.
Abu Bakar bertanya kepada Nabi SAW, "Wahai Rasul, ajarkan aku sebuah doa yang bermanfaat untukku!" Maka Nabi SAW pun membacakan doa berikut untuknya sebagai jawapan:
رب اغفر لي خطيئتي وجهلي وإسرافي في أمري كله وما أنت أعلم به مني, اللهم اغفر لي ما قدمت وما أخرت وما أسررت وما أعلنت, أنت المقدم وأنت المؤخر وأنت على كل شيء قدير.
Rabbighfir lii khathii-atii wa jahlii wa israafii fii amrii kullihi wa maa anta a'lamu bihi minnii, allaahummaghfir lii maa qaddamtu wa maa akhkhartu wa maa asrartu wa maa a'lantu, antal MUQADDIMU wa antal muakhkhiru wa anta 'alaa kulli syai-in qadiir.
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, ketidak-tahuanku, semua perbuatan burukku dan kesalahan lain yang lebih Engkau ketahui. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, dosa-dosa yang sengaja aku lakukan atau tidak sengaja. Engkau Yang Pertama dan Engkau Yang Terakhir, dan Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. " (HR. Bukhari & Muslim)
Cuba resapi makna doa tersebut di atas! Bayangkan kelembutan jiwa orang yang mengucapkannya, serta kasih sayang Allah SWT, At-Tawwab,Sang Penerima taubat hamba-Nya. Nuansa pengharapan dan kebahagiaan akan tumbuh dalam lubuk hati sang hamba yang membacanya seraya bertaubat kepada Allah. Dan Allah pun akan menerimanya kembali dengan segala rahmat dan ampunanNya. Hingga membuat diri sang hamba menjadi putih kembali dari segala dosa. Dan ia dapat kembali seperti sediakala! Subhanallah ....


MATIKAN HAMBA DALAM TAUBAT PADAMU..







Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa


Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah
Taubatku ini

Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerana hilang dari jalan
Menuju redha-Mu ya Tuhan
Aaa… Ya Allah
Aaa… Ya Allah

Di hamparan ini ku menerima
Moga taubatku diterima



P/S:
Teringin sungguh berjumpa dan menatap wajah bonda dan ayahanda tersayang..juga teringin sungguh menatap wajah dan mendengar untaian kata2 hikmah yang menyejukkan hati yang sedang berduka dari al faqir ustaz MuhaDIR..Semua kerinduan ini bertaut menjadi kerinduan bertemu MU dan Rasullulah s.a.w..ALLAHU allah..KAbulkanlah walau dlam mimpi..ameeennn..

maafkan hamba.wahai teman2..