Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Tuesday, March 29, 2011

..ana juga MAHU seperti itu..


ALKISAH DARI SEORANG  MURRABI YANG ANA KAGUMI SEMANGATNYA..





Bismillahirrahmanirrahim.

''Semakin hampir hari akad nikah semakin banyak soalan yang diutarakan kepada ana, pelbagai bentuk dan beraneka corak bahasa membuahkan cantuman perasaan yang saling bertindak. Akhirnya ana hanya membiarkan hati monolog sepi tanpa melontarkan apa-apa jawapan yang diperlukan, biarlah muhasabah sendiri.

"Insyirah, kahwin nanti enti pakai niqab?"

"Insyirah, akad nikah tak payah la pakai niqab."

"Insyirah, untuk wedding tak payah la berniqab. Just for your day, semua orang mesti nak tengok pengantin."

"Insyirah, buka je la niqab tu masa wedding. Lagipun muka bukan aurat."

Begitulah corak soalan yang diberikan, ada yang provokasi dan dalam masa yang sama ada sahabiyah yang memberi semangat dan galakan. Tapi, ana 'berdiri' bukan kerana siapa dibelakang atau hadapan mahupun kiri dan kanan ana. 'Berdiri' kerana Dia yang setia menemani, tetap berkeras hati dan hanya melemparkan senyuman setiap kali diprovokasi tentang niqab.

Dalam keluarga, hanya ana yang memakai niqab. Di pihak keluarga sebelah abi mahupun ummi, hanya ana yang berniqab. Ana sedia maklum cabaran dan dugaan untuk mempertahankan sesuatu yang tidak dilakukan oleh orang kebanyakan. Ana tidak syadid, ana juga tidak memegang hujah muka adalah aurat maka tidaklah wajib untuk berniqab (seperti yang diperkatakan orang) tetapi bila muhasabah semula, ana berniqab bukan untuk sesiapa tapi ana berniqab sebab ana nak berniqab dan Allah sentiasa di sisi menemani setiap pahit dan manis.

Sentiasa ana katakan, ini jalan ana. Ana yang pilih dan ana sendiri harus perjuangkan.Alhamdulillah, ummi dan abi tidak membantah mahupun memaksa. Mereka memberi ana membuat pilihan sendiri sama ada mahu memakai niqab mahupun membuka niqab semasa akad nikah dan walimah setelah ana berbicara hati ke hati dengan mereka, sekadar meluahkan sedikit perasaan yang terbuku selepas di asak dan di hentak sekeliling. 

"Buka je niqab tuuuu..."

Diam. Senyum saja. Itu yang mampu ana lakukan, hati monolog dan terus berlagu sendiri. Jangan sedih, Allah bersama. Sebelum memilih untuk memakai niqab pun, ana sudah istikharah bukan sekali dua tetapi berkali-kali dan sebelum memutuskan untuk memakai niqab, ummi terlebih dahulu memberi nasihat yang sehingga kini ana pegang.

"Sebelum niqab, ada ujian-ujiannya. Selepas dah berniqab nanti lebih banyak ujian, ummi tak nak Syirah pakai niqab suka-suka sekadar nak pakai tapi pakailah sungguh-sungguh. Banyak ujian untuk orang pakai niqab ni."

Nasihat keramat dari ummi, lahir dari hati ummi dan sehingga kini ana kekalkan di dalam hati ana.

"Pakai niqab guna kain yang jarang la... Nampak muka samar-samar."

Subhanallah. Terdiam, senyum saja. Bening mata semakin layu. Kelopak mata jadi sayu, janganlah dibiarkan air mata gugur di hadapan manusia kerana seorang pejuang itu tidak lemah bahkan kelihatan sangat gagah di hadapan manusia sedangkan di hadapan Tuhan dia tunduk menangis tersedu sendiri. Itulah seorang pejuang, di hadapan manusia sentiasa kelihatan gagah kerana hatinya bersalut yakin dengan pertolongan Tuhan.

"Ustaz, masa akad nikah nanti... Ana pakai niqab takpa ye."

SMS dilayangkan kepada tunang. Dalam bertanya, sebenarnya mahukan kekuatan.

"Khair, insya Allah. Akad nikah nanti hanya saudara terdekat je kan? Kalau tak berniqab pun tak apa, tapi ikutlah keselesaan."

Akhirnya semasa membeli kain untuk baju akad nikah dan kahwin, ana membeli kain tudung bidang 60 dan ana minta 2 meter.

"Ummi, kain tudung beli 2 meter. Tudung dan niqab."

Ummi dan abi tak banyak bersoal, mereka lebih tahu gelora hati puteri sulung mereka.

Disebabkan pakaian untuk pengantin, makanya tukang jahit mahu menyulam dan itu ini begitu dan begini. Ana diam, berfikir sambil monolog. Antara iman dan qarin saling bertelagah. Akhirnya ana tersenyum. This is my day, please respect my choice.

"Kak, baju saya ni longgar tau. Saya tak nak shape, tak nak cutting."

Pastinya lebih dari 3x ana memesan kepada tukang jahit. Selepas siap, abi mengambil baju yang ditempah. Pertama kali tengok, ana termenung dan hampir menitis air mata. Macam nak menjerit rasanya, terus tangan mencapai talifon bimbit dan meluahkan perasaan pada ukhti. Dugaan sungguh. Baju lace untuk jubah sangatlah mengikut bentuk badan di bahagian pinggang manakala jubah di bahagian (lapisan) dalam besar, makanya baju menjadi kembung di sana dan sini. Lengan di bahagian tangan juga singkat. Subhanallah. Baju pengantin macam ni?

"Nanti ummi buangkan span."

Ummi cuba 'memujuk' selepas melihat ana ternganga.

"Pakai tudung tak nampak dah..."

Abi cuba memujuk. Ana masih berdiri di hadapan cermin, mahu saja ana menjerit. Usah 'dimain' dengan ana, silap hari ana selongkar almari pakai jubah yang selalu dipakai je. Huhuhu... Solat hajat hari-hari minta Allah permudahkan dan istikharah pohon Dia berikan yang terbaik buat hamba Nya.

Alhamdulillah, sehari sebelum akad nikah my bestfriend forever suruh pakai baju pengantin dan mereka tercengang. Hehehe, memang baju pengantin sangat 'kelakar' dan ana sabarkan diri selain cuba redha dengan baju 'kartun' tersebut. Pusing-pusing seperti model, akhirnya mereka mencadangkan pengubahsuaian dilakukan terhadap design baju pengantin. Semasa bersiap semasa hari walimah, selepas sahabat-sahabat siapkan ana abang sulung (yang juga pengantin) masuk melihat ana.

"Nampak gemuk la... Cuba pin sikit di bahagian ni." (Abang menarik jubah ana pada bahagian yang beliau rasakan 'hodoh')

Tadaaa... Hasilnya jadilah seperti hari walimah 29 Mei 2010 tersebut. Alhamdulillah.

Allah sengaja nak uji untuk melihat bagaimana ana yakin dengan pertolongan Allah :)


~ Kisah Make-Up ~

Jujur, ana tidak pernah make-up dan memakai kasut bertumit. ^_^

Untuk walimah, ummi meminta ana untuk berkasut tumit. Redha sajalah. Walaupun tahu tulang belakang akan terbeban apabila memakai kasut bertumit tapi untuk ummi tercinta, apa salahnya ana berkorban sedikit selepas ummi berkorban banyak perkara buat ana.

Masa akad nikah, buat pertama kali dalam sejarah ana telah 'dikerjakan' oleh sepupu-sepupu. Solekan dibuat oleh Kak Cik, rasa muka macam alien. Touch up mata oleh Angah, terasa seperti bukan diri sendiri. Pening juga kepala apabila veil dan crown diletakkan atas kepala dengan muka yang diletak 'tepung' dan mata yang seperti 'menipu'. Sabar je lah, macam nak ketawa melihat wajah sendiri.

"Ini untuk suami. Lepas akad nikah, buka la niqab."

Mereka mengusik tak henti-henti.

"Bersolek untuk suami jadi ibadah, bersolek pada ajnabi jadi fitnah."

Ana mengenyitkan mata. Menahan gelora emosi dengan 'wajah alien' dan pening kepala. Tapi, Allah nak menjaga... Masya Allah, Dia sentiasa membantu dan terus setia bersama ana. Selepas akad, jamuan kecil diadakan di masjid. Ana cuba membuka niqab, malangnya ada jarum peniti yang dicucuk pada tudung dan veil turut terkena pada niqab. ^_~ Tengok saja orang makan, ana makan yang kering-kering saja, selak niqab dari bawah. Alhamdulillah.

Makanya, wajah alien ana tidak dilihat oleh sesiapa apatah lagi suami. Lalalalalaaaaa...

Hari walimah (sehari selepas akad nikah) ana disolek sekali lagi oleh kawan abang (perempuan) yang turut hadir semasa majlis akad dan walimah. Beliau menawarkan khidmat menyolek ana. Berkali-kali ana pesankan.

"Light ye, jangan tebal-tebal."

Pada semua bahagian disolek tipis. Ana bukan saja tidak selesa tapi bimbang solekan jadi tatapan selain dari suami. Tabarruj, berkali-kali ana tersenyum setiap kali suara menyuruh ana membuka niqab. Ana berkeras dalam diam, senyuman tetap mewarnai wajah walaupun hati bagai diketuk dan hentak. Bersyukur, mempertahankan niqab telah menyelamatkan ana dari tabarruj dan dalam masa yang sama ana menyelamatkan suami dari menjadi dayus apabila membiarkan isterinya melakukan apa yang Allah larang. Alhamdulillah!

Selesai majlis walimah. Buat pertama kalinya suami melihat ana dalam keadaan bersolek, beliau memandang ana pelik. Huhu, dalam keadaan segan yang amat duduk depan lelaki yang selama ini 'asing', dipandang pula dalam keadaan pelik lagi lah malu. Akhirnya, sama-sama tunduk. Ana minta diri dan cuci solekan, baru nampak suami tersenyum.

"Tak make-up lagi cantik."

'See... I told you already...' Monolog kecil dalam hati membayangkan satu per satu wajah yang memaksa ana bersolek untuk suami. Ahaks! Padahal ana sendiri pelik apabila melihat wajah di hadapan cermin, sehingga hari ini rasa nak ketawa bila memikirkan kenangan tersebut.

"Kak, boleh tak nak tengok gambar akak pakai make-up tanpa purdah?"

Adinda yang dikasihi memujuk semasa ana berziarah ke rumahnya.

"Boleh, ini dan ini..."

"Akak.... (sensored)"

Alhamdulillah, walimah di rumah zauj di Kelantan... Rasa selamba sangat, ana tidak diproses dengan solekan bahkan ana bersiap sendiri. Ngeeeee. Finally, kakak ipar dan abang menyiapkan ana pada bahagian veil dan crown. Kemudian, suami yang membuka veil dancrown untuk ana :) Allah nak menjaga, rupanya di rumah suami... Saudara-saudara terdekat suami nak melihat ana tanpa niqab. Ada hikmah rupanya ana tidak 'dikerjakan' oleh sesiapa. Alhamdulillah.

Ana bukan bidadari dari kayangan yang putih gebu, berkulit halus, bermata galak, bibir merah bak delima, hidung mancung seperti si polan atau si polan, pipi gebu bak kueh apam. Ana hanya seorang Insyirah yang mahu setia menjadi bidadari hanya untuk suami, ana hanya mahu cantik di hadapan suami... Izinkanlah ana untuk terus menjadi bidadari untuknya...

Pada niqabis, "Apabila kamu berazam maka tawakkallah kepada Allah" itu saja yang mampu ana kongsikan. Allah sentiasa membantu. Allah yang beri ujian, Dia pasti akan memujuk dengan cara dan kehendak Nya. Insya Allah :)




p/s: 

TULISAN HATI

hati rasa dikait-kait untuk berkongsi cerita ini yang diambil dari blog kak insyirah..(haruman mawar)..
'ana juga mahu seperti itu' bukanlah bermaksud kahwin di usia muda..tapi ana juga mahu semangat dan pendirian teguh seperti beliau (kak insyairah) sepanjang mempertahankan pendirian sehingga diri bakal disunting oleh si mujahid yang soleh(insyaALLAH)...walaupun sedar diri sangat diri iNi perempuan biasa yang banyak KEkurangan( ilmu,ibdh,akhlaq)..sebut pasal BM,hati bersenandung syahdu..insaf..mersakan diri xlayak untuk siapa2..sang mujahid?si soleh.?.ustaz..? seorg hafiz?hm...biaRLAH ALLAH jer yang tetapkan..bukan itu keutamaan sekrg..ana harus belajar untuk berubah lagi..yer!!tetapi pada msa yg sama,berusaha mensolehahkan diri..mengenang diri pernah melalui zaman kejahilan sewaktu kecil2 dahulu..akur dengan apa yang ALLAH tetapkan..ya,ALLAH .semoga hamba kuat menjadi sang ghuroba..ana bukanlah ustazah,hafizah atau zaujah sesiapa..hanya hamba biasa yang harap2 kuat mempertahankan prinsip..ana berniqab bukan kerna sesiapa tetapi xnak diri ini menjadi fitnah bagi kaum Adam..cukuplah dengan dosa yang bakal diheret ke mashyar ,kena bersoal jawab dengan ALLAH lagi..astaghfirullah..tak ingin ana tambahkan lagi bila diri ini(muka,lenggok suara dan badan) menimbulkan fitnah dan menjadi asbab lelaki mendapat dosa..astaghfirullah..hamba malu ya,ALLAH....kuatkan hamba melakukan segalanya kernaMU.........................................(^_^)

No comments:

Post a Comment