Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Saturday, May 7, 2011

Jangan Menangis Ummi!!

Tanggal 20tahun lepas..
Pertama kali bayi itu memasuki alam baru..
Mama menangis dan berteriak kesakitan..

''YA,ALLAH..sakitnya...tapi bagilah anak ini hidup..''
''Mama,maafkan saya kerna telah melukakanmu''

Rasanya sebgai manusia biasa,kita takkan lepas buat silap.
Terduduk hiba,meratapi detik sekerap mana kata2 dan perbuatan pernah dgn sengaja atau tanpa sengaja mencantas hatinya..

Disaat ku lahir,mama menangis gembira dalam kesakitan..
Dan saat mati kelak.pasti mama akan menangis lagi,pilu dalam lara..

Andai bisa,biarlah mama yg memandikannya jnzah anknya ini kelak..
Kerna tak sanggup melihat wajah indah mama,pucat dalam balutan putih itu..



Ingatlah kawan -kawan ibu adalah orang yang penting dalam hidup kita,jadi ,jika saaat ini ibumu masih di sisi,ucapkanlah sealamt hari ibu dan dakaplah dirinya dengan penuh keikhlasan.
Bila dahaga, yang susukan aku….mak 
Bila lapar, yang suapkan aku….mak 
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak 
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak 
Bila nak bermanja, aku dekati….mak 
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak 
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak 
Bila nakal, yang memarahi aku….mak 
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak 
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….mak 
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak 
Aku selalu teringatkan ….mak 
Bila sedih, aku mesti talipon….mak 
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…. .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak 
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak 
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak 
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak 
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak 
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. …mak 
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…mak 
Yang selalu puji aku….mak 
Yang selalu nasihat aku….mak 
Bila nak kahwin…Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak 

Aku ada pasangan hidup sendiri…. 

Bila seronok, aku cari….pasanganku 
Bila sedih, aku cari….mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku 
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak 

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku 
Bila berduka, aku peluk erat….emakku 

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku 
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak 

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku 
Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku 
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang
untuk mak? 
mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya. ……. 
Tapi kalau mak sudah tiada……. …
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…… .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya…. 
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya……
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……
Sesungguhnya hargailah ibu kita kerana kejayaan hidup kita bergantung kepada restunya
Apakah sebenarnya

Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu


Ucapkanlah padaku

Tak bisa ku rungkainya
Rahsia yang kau pendam itu




Aku hanya menduga 
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu


Pengorbanan yang kau lakukan..

Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditanggung hati ibu..

''BESAR NANTI JADI ULAMA',YA SAYANG..''



Syukron,ya ummi..halalkan setiap titis air susu selama 2tahun,titis darah nifas yang mengalir selama 40/60 hari dan.. dan titis airmatamu sepanjang hidupmu..

UMMI KHALIJAH BINTI YAACOB(24/9/1963-sekarang)

No comments:

Post a Comment