Bismilahirahmanirahiim..
Allahumma solli A'la Saiyidina Muhammad..
Alhamdulilah.Allah masih memberi ruang dan peluang pada ana untuk mencoretkan sesuatu yang mungkin berguna di masa akan datang.Menulis adalah merupakan hobi ana sebenarnya.Dikenali lebih sebagai seorang yang pendiam dan agak penyegan menjadikan ana seorang yang tidak banyak berbicara atau mungkin first impression adalah seorang yang sukar didekati atau sombong mungkin.Minta maaf kalau sikap ana yang agak pendiam menyebabkan kalian salah faham.Namun apabila ana berhenti menulis,itu tandanya ana tersangat kehilangan kata kata.Atau juga semangat.Laju rasanya tangan ini ingin mencatitkan sesuatu.Menyegarkan kembali ruangan yang kian lemah agaknya ini.Lemah seperi tuannya barangkali.
Iman manusia seperti ombak ada turun ada naik.Ana tidak lari juga dari hati yang sering berbolak balik.Sampai pada suatu ketika itu,ana benar merasakan begitu rindu untuk berjumpa denganNya.Dunia ini ibarat penjara bagi mukmin.Bukan berputus asa tentang hidup.Cuma adakalanya kehilangan sesuatu.mungkin sudah pergi separuh keberkatan dalam hidup hingga semua pandangan mata terasa hambar.
Kesibukan dunia.Kesibukan dunia yang kosong yang menghambarkan hati ana sebenarnya.Sibuk dengan pelbagai aktiviti program hingga wirid dan zikir yang biasa dibaca ditinggalkan.
Teringat.Teringat kata2 Murabbina.Doa Murabbina.Pesanan Murabbina.
Rindu.
Ya,ALLAH..
Air mata mengalir saat ini.Duhai hati,mengapa kau begitu rapuh?Jiwa begitu sensitif?
Kenapa? Lantaran dosa yang begitu banyak barangkali.
Malam itu,usai solat hajat perdana Batch kami.Pulang agak lambat.Terus baring atas katil.Niat nak terlelap kejap.Terasa sanga lemah hati.Mujahadah
Mujahadah lah walaupun dirasakan tidak ikhlas kerna mujahadah itu permulaan untuk istiqamah.Terpandang wajah Habib Umar.ALLAHURABBI.Bertambah rindu ahlul bait itu.
Terus ana jadi semangat balik.Memang Rasulullah datang membawa rahmat hingga akhir zaman.
Ya,ALLAH..Betapa ana sangat teringin pergi ke Hadramaut,Yaman.Bumi berjuta para wali ALLAH di sana.Khamis lepas bersama2 adik Ribat Az Zahra bermain percussion Rabuka bersama.Berjumpa adik Syarifah Nur Aimi yang merupakan cucu cicit Habib Umar.Ya,ALLAH.Alangkah kecil sahaja dunia ini.
Teringat beberapa bulan lepas,tatkalan ada majlis mawlid di Masjid Panglima bersama Ustaz Uwais ,guru talaqi kami.Berjumpa dengan kanak2 berusia 3tahun.Dia sangatlah manja.Asyik nak deduk atas riba ana sahaja.Terasa sangat rapat dan sayang sungguh.Rupanya kanak2 itu adalah adik Syarifah.
Subhanallah.(^_^)
ALLAH masih belum mengurniakan rezeki pada ana untuk berjumpa Habib Umar.Tapi keturunannya sudah ketemu.InsyaALLAH.
Ya,ALLAH..berikanlahkeberkatan dalam masa.harta.ilmu dan usia.
Rindu ingin berjumpa Murabbina Ustaz Muhadir dan Sheikh Nuruddin.
Semoga ALLAH memakbulkan doa Murabbina Ustaz Muhadir agar menjadikan ana Mua'ddibah dan Muhazzibah(Wanita yang beradab dan manis) dan doa Murabbina Sheikh Nuruddin Marbu al Banjari Al Makki agar memberi kebaikan dalam urusan ana dan doa Sheikh Fahmi Zamzam yang mendoakan keberkatan dalam urusan ana.
Tak lupa sahabat2 lain.
Ya,ALLAH..jangan Kau jadikan dunia tujuan hidupku..jauhilah aku dari sifat riak mahupun ujub tanpa ku sedari..Ameen..
Curi Gitar tak per,curi hati..jangan !! Hatiku buat ALLAH cuma..
No comments:
Post a Comment