Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Tuesday, December 13, 2011

Tinggalan pENA..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIIM................

KISAH 1 Situasi A: Ya,ALLAH.Bersepahnya bilik aku. Macamner nak kahwin ni? Kalau dapat suami cerewet,mesti tiap2 hari kena bebel.
Situasi B: Ya,ALLAH.Bersepahnya bilik ana.Macam ni ka cara aku tunjukkan cinta pada Rasullullah? Bukankah Rasulullah sangat sukakan kebersihan dan kekemasan.

Situasi A: Fuh! Nasib baik tak kena langgar tadi.Nyaris2 saja.Aku tak kahwin lagi ni.Melepas aku.

Situasi B: Alhamdulilah.Nasib baik tak kena langgar tadi.Hampir2 saja.Aku tak laksana amanah sebagai Umat Muhammad lagi ini hari ini.Menyesal tak sudah nanti.

Minda kita bila berdepan musibah atau masalah,kenapa harus dikaitkan dengan ‘Kahwin’.Oh tidak! Jangan biarkan fikiran anda ber’setting’ Kahwin sebagai alasan.

Teringat kata2 Ustaz Razak masa kelas UNGS tadi.Beliau very good observer.Ada rabitah hati dengan kami,Ingat ayat status ‘Rabitah Hati’ ana. :P .Apabila beberpa org student kelihatan mengantuk.

Celik telinga dan mata mendengar kata2 ‘hikmah’ Ustaz. ^_~

‘’Why are you guys heard’Wedding’? I’m said ‘Wording’ not ‘Wedding’. ‘’*_*  Ngeh....ngeh..
KISAH 2

Subhanallah! Cantik sungguh bulan malam ini.Sangat bercahaya.MasyaALLAH,automatik,ana akan teringat dan membayangkan bagaimana ya agaknya wajah Rasulullah.Allahuakbar!
~ ‘’Alangkah indahnya hidup ini andai dapat ku tatap wajahmu....ya Habibullah..’’
Sedang membasuh baju lewat malam tadi setelah datang mood (basuh baju pun perlukan mood ker,tak kisahlah yang penting kesungguhan dan keikhlasan ketika membasuh baju.wink wink *_* )
 Back to story.
Wah,tengah membilas bilas ,tetiba buih sabun tadi membentuk hati.Acuan hati.Love form.Cantik.Tersenyum sorang2 dalam tandas.. Syaitan jangan gelakkan ana,ok.Erk..seram lak pulak.Nasib baik semua dah tidur :D Allah sedang menghibur hatiku,homesick~ lalala..

Tengah menyidai kain pulak,nampak bungkusan ‘paperbeg’ yang biasa org kahwin guna untuk bagi sisa pada tetamu yg hadir.’Sisa ‘ di kelantan maksudnya buah tangan cth gula2 dlm bekas comel,bunga telur,dll.Biasanya bunga telur la. Bukan sisa2 makanan yer. :P
Tertiba terkeluar idea nakal.Memang kena bagi bunga telur ke nanti kahwin pada tetamu?? Boleh x ana nak bagi benda lain? Nak bagi apa yer? Hmm..jeng..jeng..jeng..
Bagi benda2 kegemaran Rasulullah; Rasulullah s.a.w ada tiga benda yang apabila diberi hadiah Baginda tidak menolak.Pertama:susu,minyak attar(wangi) terutama minyak attar kasturi,dan bantal.
Hadith riwayat Ibn Umar r.a berkata:’’Rasulullah s.a.w bersabda,3perkara tidak sepatutnya ditolak 1.bantal 2.wangian 3.susu.’’ Barangan ini disebut kerana tidak membebankan pemberi.Subhanallah,molek akhlaq Rasulullah s.a.w kan.Tidak mahu membebankan umatnya.
Boleh juga kalau nak bagi Al Quran pada tetamu.Atau pernah dapat’wahy’ dari kata2 Murabbina.Murabbina berpesan supaya kalau ada gambar capal Nabi,print dan laminate cantik2  dan simpan elok2 dalam poket baju bagi lelaki.Capal Nabi kan mulia.Dapat naik ke langit dunia ketika Isra’Mi’raj.Nabi Musa bila naik ke langit dunia,disuruh ALLAH supaya menanggalkan capalnya.Tetapi tidak capal Nabi Muhammad s.a.w. Subhanallah!
Mungkin boleh bagi gambar capal atau serban Nabi pada tetamu yang hadir.Ocece..Tak kisahlah andai ana org pertama yg buat.Biarlah org kata ana kurang adat dari kurang adab.Kan..kan..kan..Nak jadi Muaddibah (Wanita yang beradab) seperti yg didoakan Murabbina.Ameen.. 


‘’Wah..dayah ni memang dah tak lama ni..Citer pasal kahwin jer..’’ 
Ayat yang sangat lazim dan ‘zalim’ selalu dengar.
‘’InsyaALLAH..nanti ada khabar baik ana jemput anda semua..jangan risau.. ’’ Muka dah merah merona.Malu. ^_~
Terima kasih kerna ambil berat pasal ana.Selalu peringatkan ana.
Kan bagus kalau ada org selalu ingatkan ana pasal tarikh keMATIAN bukan sekadar tarikh p’KAHWINan..
p’KAHWINan perlu kad jemputan.Itu pasti.
KeMATIAN tidak perlu kad jemputan.Itu sangat pasti.
Harap2 sudilah lawat jenazah ana nanti. (“,)
Cukuplah membebel nenek ‘comel’ .Lalala.. Time to study! Yeah!! (#_#)
‘’Eiwah..sememangnya kita semua dah tak lama lagi masa.Bukankah semakin setiap satu saat pergi..semakin kita menghampiri jalan akhir sebuah kehidupan?? Aku dah sangat rindu ingin bersatu dengan Kekasihku..Ya ALLAH..Ya Rasulullah s.a.w..”
Wallahua’alam.Maaf andai ada kata2 mengguris hati sesiapa.hayya bina iman!!!  (^_^)
p/s:Repost dari status Fb.tAk der idea nak update aper dlm Blog.Tapi demi memastikan blog ini terus bernyawa.he~ 

No comments:

Post a Comment