Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Monday, October 29, 2012

Pena dan Kertas..

SUBHANALLAH..ALHAMDULILAH..ALLAHUAKBAR..
ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAIYIDINA MUHAMMAD.

''Aku melihat engkau menggerakkan jarimu...''

Pada zaman dahulu,hidup seorang pemuda yang amat meminati ilmu agama.Beliau sanggup mengembara ribuan batu untuk menuntut ilmu agama.Sampailah pada suatu hari pemuda ini tiba di Madinah.Lalu beliau masuk mengikuti pengajian bersama guru yang hebat pada masa tersebut iaitu Malik bin Anas.

Sebagai pelajar baru,pemuda tadi duduk agak terkebelakang.Semasa gurunya mengajar,gurunya terlihat pemuda itu menggerak-gerakkan jari-jarinya s
eolah-olah sedang menulis sesuatu di atas tapak tangannya.Kelihatan pemuda itu seolah-olah bermain dan berpura-pura menulis kerana pelajar yang lainnya menulis dengan pena dan buku.Setelah selesai pengajaran,gurunya itu memanggil pemuda tadi dan bertanyakan padanya mengapakah dia bermain sewaktu guru sedang mengajar.

''Aku melihat kau sedang menggerakkan jemarimu..''kata guru itu.Pemuda tadi menafikannya.''Saya memang benar-benar menulis''.Balas pemuda itu.Lantas guru tadi menyuruh pemuda itu menyebut semula apa yang diajarnya semasa kelas tadi.

Lalu,pemuda tadi menyebut satu persatu setiap isi ilmu apa yang diajarkan gurunya tadi tanpa meninggalkan sedikit pun walaupun sebaris ayat.Guru itu berasa amat kagum dengan daya ingatan pemuda tersebut.Lalu pemuda itu menceritakan yang dia datang dari jauh dan tidak mempunyai kemampuan memiliki alat tulis,cara menulis dengan jari di telapak tangannya sudah cukup untuk membuatkan dia ingat apa yang diajar oleh gurunya itu.

Sejak hari itu,pemuda tadi menuntut ilmu dengan tekun dan gigih serta menjadi salah seorang sarjana Islam yang hebat.Malah beliaulah yang mula-mula menyusun kitab usul fiqah sehingga digelar 'bapa usul fiqah''.Pemuda yang dimaksudkan adalah al Imam As Syafie dan gurunya itu adalah al Imam Malik.

Imam Syafie adalah satu lagi contoh insan yang benar-benar teliti dalam mendengar bicara ilmu dan belajar.Malah,beliau akan berdiam sejenak apabila ditanyakan sesuatu fatwa,barulah beliau akan memberikan jawapan.Hal ini untuk memastikan yang dia benar-benar berijtihad memikirkan penyelesaian sesuatu masalah itu dengan cukup teliti.

''Orang yang zalim kepada dirinya ,ialah orang yang merendahkan dirinya kepada orang yang tidak memuliakannya dan orang yang menyukai sesuatu benda yang tidak memberi manfaat kepadanya.Begitu juga orang yang menerima sesuatu pujian dari seseorang yang lain yang tidak mengenalnya dengan sesungguh-sungguhnya.''(imam as shafie)

Kata sahabat,''bagi seorang penuntut ilmu,pena adalah senjata kita.''

Kenangan~

Teringat semasa talaqqi intensif kitab Aqidatul Awwam dengan Murabbina.

Pen yang dibawa kehabisan dakwat.Kebetulan tiada membawa pen lebih.Kami semua berenam,bertalaqqi di hadapan ustaz di bilik beliau.

Nak bisik-bisik tepi kawan,takut mengganggu konsentrasi ustaz mensyarah kitab.Jadinya menulislah hamba dengan pen yang tidak berdakwat itu,sekadar dicoret-coret ,ditekan-tekan kuat sedikit.Balik bilik baru hitamkan balik catatan tulisan ilmu tadi dengan pensel. :)

''Mohon maaf Murabbina,ana kurang adab.Menulis dengan pena namun sebenarnya pena itu tidak berdakwat.Mengangguk sahaja bila ustaz tanya sempat salin tak.''

Namun itulah manisnya kenangan bertalaqqi~ ^_^

♥ sentiasalah bawa pen dan kertas bersama,ia senjata kita.

No comments:

Post a Comment