Cerpen : Ceritaku dan Tudung Bidang 60
Pulang dari Talk Ustaz Pahrol Mohammad Joui sebentar tadi,berjalan dengan rasa
malas ke mahallah kerana otak sedang ligat mencerna apa yang baru diterima
tadi.
Saya berjalan di belakang tiga orang muslimah yang kesemuanya bertudung labuh.
Lupa pula identiti diri begitu juga.
Melihat mereka dari belakang.
Rasa
tenang menyapa.
Dalam
hati,''solehahnya mereka..''
Adakah
tudung labuh atau tudung biasa-biasa pengukur iman dan taqwa?
Belum
tentu,namun luaran sering menggambarkan dalaman.
Ini
kisah saya.
Sebelum
ini semasa di sekolah menengah,saya merasakan orang yang bertudung labuh ini
adalah orang yang luar biasa,baik,solehah dan hampir sempurna.
Dan
bagi saya yang teramat biasa ini dengan ilmu dan amal nya,membuat' mindsetting'
bahawa yang layak memakai tudung labuh adalah perempuan yang solehah sahaja.
Sebenarnya
solehah itu siapa?
Teman
dari Gombak pernah memberitahu saya solehah itu subjektif.
Sama
seperti maksud cantik.
Ada
perempuan yang solehah dari segi baktinya pada ibu bapa.
Ada
perempuan yang solehah dari segi prinsipnya dalam muamalah.
Ada
perempuan yang solehah dari segi perjuangannya dalam gerakan Islam.
Solehah
lawannya tolehah.
Siapakah
wanita solehah itu?
Apakah
semata-mata wanita yang bertudung labuh sahaja?
Tidak
layakkah saya yang bertudung biasa menjadi wanita solehah?
Untuk
siapa saya perlu solehah?
Untuk
calon suami?
Untuk
mak abah?
Untuk
ALLAH dan Rasulullah?
Mencari
nilai sunnah disebalik sunnah.
Menutup
aurat itu sunnah isteri Rasulullah.Namun pemakaian bagaimanakah yang
benar-benar memenuhi kriteria pemakaian yang menutup aurat seperti
isteri-isteri Rasulullah?
Sebaik-baik
ikutan adalah mereka,sudah tentu.
Hidayat
itu perlu dicari bukan perlu ditunggu.
Pakaian
luaran menjadi satu anggapan pertama seseorang kepada seseorang.
Pakailah
apapun,namun ALLAH melihat hati kamu.
وعن أبي هريرة عبد الرحمن بن صخر رضي الله عنه قال: قال
رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله لا ينظر إلى أجسامكم ولا إلى صوركم ولكن
ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم.
Sahih Muslim ( Hadith no 2564)
‘’Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada
tubuh,rupa luaran dan harta kamu ,tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu.’’
(Hadis Riwayat Muslim)
Saya
hanya memandang dengan rasa suka dalam hati melihat perempuan yang bertudung
labuh.Kalau dulu zaman Wardina Safiyyah dan Waheeda Wasini.
Mereka
idola diri.
Apabila
memasuki CFS ,Pj barangkali berkat dengan mengikuti usrah dan kakak naqibah
juga sangat sabar memimpin kami,perlahan-lahan dalam hati mula berani menyimpan
satu niat yang suci.
Ya,saya
ingin bertudung labuh.
Kerana
semua orang layak bertudung labuh.
Saya
simpan jauh dalam hati niat itu.
Belum
berani saya terjemahkan lagi.
Saya
memerlukan sebuah kekuatan.
Saya
mencari sebuah niat dan matlamat yang benar tulus ikhlas kerana ALLAH.
Saya
mencari hidayatNYA datang menyapa dahulu !
Saya
silap!
Tiada
alasan '' tidak sampai seru lagi...''
Seruan
Rasulullah sudah hadir kira-kira 1400tahun yang lalu lagi.
HidayatNYA
datang menyapa saya. Saya mohon taufik dariNya.
Saya
kukuhkan kefahaman melalui pembacaan.Saya sediakan tapak untuk istiqamah
melalai kefahaman yang utuh. Tidaklah saya mengambil keputusan kerana manusia
lain tetapi kerana ALLAH.
Kerana
Rasulullah.
Rasulullah.
Saya
rindu pada Baginda.
Sudikah
Rasulullah memandang saya?
ـ
حَدَّثَنَا يُوسُفُ بْنُ مُوسَى ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَجِيدِ بْنُ
عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ أَبِي رَوَّادَ ، عَنْ سُفْيَانَ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ
السَّائِبِ ، عَنْ زَاذَانَ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه
وسلم ، قَالَ : إِنَّ لِلَّهِ مَلائِكَةً سَيَّاحِينَ يُبَلِّغُونِي عَنْ أُمَّتِي
السَّلامَ قَالَ : وَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : حَيَاتِي خَيْرٌ
لَكُمْ تُحَدِّثُونَ وَنُحَدِّثُ لَكُمْ ، وَوَفَاتِي خَيْرٌ لَكُمْ تُعْرَضُ
عَلَيَّ أَعْمَالُكُمْ ، فَمَا رَأَيْتُ مِنَ خَيْرٍ حَمِدْتُ اللَّهَ عَلَيْهِ ،
وَمَا رَأَيْتُ مِنَ شَرٍّ اسْتَغْفَرْتُ اللَّهَ لَكُمْ.
(Musnad al-Bazzar:
Hadis 1925)
Rasulullah
gembira dengan perkara baik yang kita buat.
‘’Hidupku
baik untuk kamu,dan matiku juga baik untuk kamu,kamu berbicara dan dia
berbicara kepada kamu dan kewafatanku baik untuk kamu.Dibentangkan amalan kamu
kepadaku,maka apa-apa yang aku lihat baik (pada amalan kamu itu) ,aku memuji
ALLAH,dan apa-apa yang tidak baik,aku memohon keampunan kepada ALLAH untuk
kamu.’’
Demikian
Hadis Riwayat Al Bazzar , Ad-Dailami, Al Haitami.
Rasulullah
masih hidup kan?
Hidup
di alam barzakh.
الأنبياءُ أحياءٌ في قبورِهم يُصَلُّونَ
‘’Para
Nabi hidup, di dalam kubur mereka mendirikan sembahyang (beribadah).’’
Hadis Riwayat as Dailami, Abu Ya’la, Ibn ‘Adi
,al Haitami.
Malam
itu saya membelek satu buku.
Dengan
niat menambah ilmu dan mencahayakan hati.
Ilmu
itu cahaya.
Menutup
aurat bagi wanita-wanita Islam adalah kewajipan. Dalam persoalan ini ada tiga
kategori wanita.
Yang
pertama,menutup aurat dengan sempurna.Kedua menutup aurat tetapi tidak sempurna
dan ketiga ,tidak menutup aurat sama sekali.
Kelompok
pertama adalah kaum wanita yang menutup aurat dengan sempurna kerana menyedari
bahawa itu adalah perintah ALLAH Taala. Menyedari bahawa hukum menutup aurat
itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.
Kelompok
kedua pula adalah wanita yang menutup aurat,tetapi tidak sempurna.Golongan ini
cukup ramai bilangannya.Begitu juga kelompok ketiga yang langsung tidak menutup
aurat sama sekali,yakni sama seperti orang-orang yang kafir.
Menutup
aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala. Menutup aurat adalah
memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang
ramai.Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama
potongan tubuh badan dipertontonkan kepada orang ramai.
Berfikir
dengan mendalam.
Hendak
menjadi golongan manakah saya?
Pagi
yang berkah itu.
Saya
memandang koleksi tudung yang ada.Saya suka berfesyen.Saya perempuan yang biasa
yang suka kelihatan cantik.Itu normal bagi wanita.
Tiada
satupun koleksi tudung tersebut yang labuh 60 inci.
Sekadar
45inci.
Alhamdulilah,sejak
kecil arwah Tok Ayah menekankan cucunya menutup aurat kalau boleh pakai tudung
itu biar lepas dada.Itu tuntutan syariat.
Tetapi
hati saya meronta-ronta.Apa yang saya cari makna sebenarnya jika bertudung
labuh?
Meminta
petunjuk dari ALLAH.
Satu
pagi,bermula episod penghijrahan.
Saya
membeli sepasang tudung labuh yang sudah siap dijahit dibutik pakaian muslimah
dalam uia.
Tudung
hitam yang pertama.
Sehingga
kini saya gemar memakai tudung hitam.
Kerana
ia benar-benar bukan sahaja menghijab diri dari fitnah lelaki bahkan menghijab
hati dari fitnah tabarruj.
Allah..
Kawan
baik saya kini pernah berkongsi kisah tentang perempuan Tarim yang ,MasyaALLAH
tiada jenis warna lain pakaian yang dipakainya melainkan tudung dan niqob hitam
menutupi seluruh tubuh walau kemana sahaja pergi bahkan ketika ke sawah !
Allah..
Indah
akhlaq wanita Tarim.
Hatta
mereka tidak akan sekali-kali berjalan di jalan yang sama dilalui oleh kaum
lelaki.
Wanita
itu aurat.
1093 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ
حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَاصِمٍ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ
مُوَرِّقٍ عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ
عَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا
خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ
‘’Sesungguhnya
wanita itu aurat.Bila dia keluar,syaitan akan mengikutinya( menghiasinya agar
menjadi fitnah bagi lelaki).’’Demikian hadith riwayat al Bazar dan At Tarmizi.
Alhamdulilah.ALLAH
menjawab persoalan hati.
Agaknya
memang ALLAH sungguh memahami keinginan saya yang suka berfesyen. Allah temukan
saya dengan laman web tudung NUR yang sangat cantik rekaan corak tudungnya dan
masih labuh pula itu.
Terima
kasih NUR.
Saya
bukanlah orang yang baik sangat.Solehah dan banyak ilmu.
Namun
saya azamkan dalam hati.
''Wahai
ALLAH..wahai Rasulullah..sekurang-kurangnya aku selangkah berusaha
mendekatimu.''
Niat
yang paling penting.Simpankan niat yang baik dan banyak-banyak dalam hati untuk
melakukan kebaikan.
Cepat
atau lambat niat itu dapat dilaksanakan,amat bergantung kepada kemahuan kita.
Fastabiqul
khairat ! Berlumba-lumbalah ke arah kebaikan.
Bersegeralah
jangan bertangguh.Kebaikan yang ingin dilakukan hari ini belum tentu kita
berkesempatan melakukannya di waktu lain esok atau lusa.Jadi bermulalah !
Di
sini ia bermula.
Mula
mengenali ramai sahabat muslimah yang solehah.mendekati majlis ilmu dan
mencintai ulama,dan para habaib.
Mulakan
dengan niat,
''Wahai
ALLAH..aku ingin betul-betul berHIJRAH keranaMU ,tiada lain.Biar apapun
halangan dan kesusahan.''
Sekali
disapa dan terdetik di hati untuk berubah jadi lebih baik,rebutlah saat itu
,sambutlah seruan cinta dari ALLAH.
Alhamdulilah,a'la
kulli nikmah.
Segala
puji bagi ALLAH atas setiap nikmat.
Semoga
ALLAH mengampunkan dosa saya ,ibu bapa,murabbina,dan sahabat-sahabat semua.Dan
semoga ALLAH memilih kita untuk berhijrah keranaNYA.
Wallahua'alam.
Yang
mencari keredaan ALLAH dan Rasulullah semata,
KHAASYAH
binti ABDULLAH ♥
Senyum
dan selawatlah selalu.Allahumma solli a’la Muhammad.