Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Sunday, September 15, 2013

Ceritaku dan Tudung Bidang 60: cerpen


Cerpen : Ceritaku dan Tudung Bidang 60

Pulang dari Talk Ustaz Pahrol Mohammad Joui sebentar tadi,berjalan dengan rasa malas ke mahallah kerana otak sedang ligat mencerna apa yang baru diterima tadi.

Saya berjalan di belakang tiga orang muslimah yang kesemuanya bertudung labuh.

Lupa pula identiti diri begitu juga.   

Melihat mereka dari belakang.
Rasa tenang menyapa.

Dalam hati,''solehahnya mereka..''

Adakah tudung labuh atau tudung biasa-biasa pengukur iman dan taqwa?
Belum tentu,namun luaran sering menggambarkan dalaman.

Ini kisah saya.

Sebelum ini semasa di sekolah menengah,saya merasakan orang yang bertudung labuh ini adalah orang yang luar biasa,baik,solehah dan hampir sempurna.

Dan bagi saya yang teramat biasa ini dengan ilmu dan amal nya,membuat' mindsetting' bahawa yang layak memakai tudung labuh adalah perempuan yang solehah sahaja.

Sebenarnya solehah itu siapa?

Teman dari Gombak pernah memberitahu saya solehah itu subjektif.

Sama seperti maksud cantik.

Ada perempuan yang solehah dari segi baktinya pada ibu bapa.
Ada perempuan yang solehah dari segi prinsipnya dalam muamalah.
Ada perempuan yang solehah dari segi perjuangannya dalam gerakan Islam.

Solehah lawannya tolehah.
Siapakah wanita solehah itu?
Apakah semata-mata wanita yang bertudung labuh sahaja?
Tidak layakkah saya yang bertudung biasa menjadi wanita solehah?
Untuk siapa saya perlu solehah?
Untuk calon suami?
Untuk mak abah?
Untuk ALLAH dan Rasulullah?


Mencari nilai sunnah disebalik sunnah.
Menutup aurat itu sunnah isteri Rasulullah.Namun pemakaian bagaimanakah yang benar-benar memenuhi kriteria pemakaian yang menutup aurat seperti isteri-isteri Rasulullah?

Sebaik-baik ikutan adalah mereka,sudah tentu.

Hidayat itu perlu dicari bukan perlu ditunggu.

Pakaian luaran menjadi satu anggapan pertama seseorang kepada seseorang.

Pakailah apapun,namun ALLAH melihat hati kamu.

وعن أبي هريرة عبد الرحمن بن صخر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله لا ينظر إلى أجسامكم ولا إلى صوركم ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم.
Sahih Muslim ( Hadith no 2564)


 ‘’Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada tubuh,rupa luaran dan harta kamu ,tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu.’’ (Hadis Riwayat Muslim)

Saya hanya memandang dengan rasa suka dalam hati melihat perempuan yang bertudung labuh.Kalau dulu zaman Wardina Safiyyah dan Waheeda Wasini.

Mereka idola diri.

Apabila memasuki CFS ,Pj barangkali berkat dengan mengikuti usrah dan kakak naqibah juga sangat sabar memimpin kami,perlahan-lahan dalam hati mula berani menyimpan satu niat yang suci.

Ya,saya ingin bertudung labuh.
Kerana semua orang layak bertudung labuh.
Saya simpan jauh dalam hati niat itu.
Belum berani saya terjemahkan lagi.
Saya memerlukan sebuah kekuatan.
Saya mencari sebuah niat dan matlamat yang benar tulus ikhlas kerana ALLAH.

Saya mencari hidayatNYA datang menyapa dahulu !

Saya silap!

Tiada alasan '' tidak sampai seru lagi...''

Seruan Rasulullah sudah hadir kira-kira 1400tahun yang lalu lagi.

HidayatNYA datang menyapa saya. Saya mohon taufik dariNya.

Saya kukuhkan kefahaman melalui pembacaan.Saya sediakan tapak untuk istiqamah melalai kefahaman yang utuh. Tidaklah saya mengambil keputusan kerana manusia lain tetapi kerana ALLAH.

Kerana Rasulullah.

Rasulullah.

Saya rindu pada Baginda.

Sudikah Rasulullah memandang saya?

ـ حَدَّثَنَا يُوسُفُ بْنُ مُوسَى ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَجِيدِ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ أَبِي رَوَّادَ ، عَنْ سُفْيَانَ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ السَّائِبِ ، عَنْ زَاذَانَ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، قَالَ : إِنَّ لِلَّهِ مَلائِكَةً سَيَّاحِينَ يُبَلِّغُونِي عَنْ أُمَّتِي السَّلامَ قَالَ : وَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : حَيَاتِي خَيْرٌ لَكُمْ تُحَدِّثُونَ وَنُحَدِّثُ لَكُمْ ، وَوَفَاتِي خَيْرٌ لَكُمْ تُعْرَضُ عَلَيَّ أَعْمَالُكُمْ ، فَمَا رَأَيْتُ مِنَ خَيْرٍ حَمِدْتُ اللَّهَ عَلَيْهِ ، وَمَا رَأَيْتُ مِنَ شَرٍّ اسْتَغْفَرْتُ اللَّهَ لَكُمْ.
(Musnad al-Bazzar: Hadis 1925)
Rasulullah gembira dengan perkara baik yang kita buat.

‘’Hidupku baik untuk kamu,dan matiku juga baik untuk kamu,kamu berbicara dan dia berbicara kepada kamu dan kewafatanku baik untuk kamu.Dibentangkan amalan kamu kepadaku,maka apa-apa yang aku lihat baik (pada amalan kamu itu) ,aku memuji ALLAH,dan apa-apa yang tidak baik,aku memohon keampunan kepada ALLAH untuk kamu.’’

Demikian Hadis Riwayat Al Bazzar , Ad-Dailami, Al Haitami.

Rasulullah masih hidup kan?
Hidup di alam barzakh.
الأنبياءُ أحياءٌ في قبورِهم يُصَلُّونَ
‘’Para Nabi hidup, di dalam kubur mereka mendirikan sembahyang (beribadah).’’
 Hadis Riwayat as Dailami, Abu Ya’la, Ibn ‘Adi ,al Haitami.

Malam itu saya membelek satu buku.

Dengan niat menambah ilmu dan mencahayakan hati.
Ilmu itu cahaya.

Menutup aurat bagi wanita-wanita Islam adalah kewajipan. Dalam persoalan ini ada tiga kategori wanita.

Yang pertama,menutup aurat dengan sempurna.Kedua menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga ,tidak menutup aurat sama sekali.

Kelompok pertama adalah kaum wanita yang menutup aurat dengan sempurna kerana menyedari bahawa itu adalah perintah ALLAH Taala. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

Kelompok kedua pula adalah wanita yang menutup aurat,tetapi tidak sempurna.Golongan ini cukup ramai bilangannya.Begitu juga kelompok ketiga yang langsung tidak menutup aurat sama sekali,yakni sama seperti orang-orang yang kafir.

Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala. Menutup aurat adalah memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang ramai.Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertontonkan kepada orang ramai.

Berfikir dengan mendalam.

Hendak menjadi golongan manakah saya?

Pagi yang berkah itu.

Saya memandang koleksi tudung yang ada.Saya suka berfesyen.Saya perempuan yang biasa yang suka kelihatan cantik.Itu normal bagi wanita.

Tiada satupun koleksi tudung tersebut yang labuh 60 inci.
Sekadar 45inci.

Alhamdulilah,sejak kecil arwah Tok Ayah menekankan cucunya menutup aurat kalau boleh pakai tudung itu biar lepas dada.Itu tuntutan syariat.

Tetapi hati saya meronta-ronta.Apa yang saya cari makna sebenarnya jika bertudung labuh?

Meminta petunjuk dari ALLAH.


Satu pagi,bermula episod penghijrahan.
Saya membeli sepasang tudung labuh yang sudah siap dijahit dibutik pakaian muslimah dalam uia.

Tudung hitam yang pertama.
Sehingga kini saya gemar memakai tudung hitam.
Kerana ia benar-benar bukan sahaja menghijab diri dari fitnah lelaki bahkan menghijab hati dari fitnah tabarruj.
Allah..

Kawan baik saya kini pernah berkongsi kisah tentang perempuan Tarim yang ,MasyaALLAH tiada jenis warna lain pakaian yang dipakainya melainkan tudung dan niqob hitam menutupi seluruh tubuh walau kemana sahaja pergi bahkan ketika ke sawah !

Allah..
Indah akhlaq wanita Tarim.
Hatta mereka tidak akan sekali-kali berjalan di jalan yang sama dilalui oleh kaum lelaki.

Wanita itu aurat.

1093 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَاصِمٍ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ مُوَرِّقٍ عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ

‘’Sesungguhnya wanita itu aurat.Bila dia keluar,syaitan akan mengikutinya( menghiasinya agar menjadi fitnah bagi lelaki).’’Demikian hadith riwayat al Bazar dan At Tarmizi.

Alhamdulilah.ALLAH menjawab persoalan hati.

Agaknya memang ALLAH sungguh memahami keinginan saya yang suka berfesyen. Allah temukan saya dengan laman web tudung NUR yang sangat cantik rekaan corak tudungnya dan masih labuh pula itu.

Terima kasih NUR.

Saya bukanlah orang yang baik sangat.Solehah dan banyak ilmu.

Namun saya azamkan dalam hati.

''Wahai ALLAH..wahai Rasulullah..sekurang-kurangnya aku selangkah berusaha mendekatimu.''

Niat yang paling penting.Simpankan niat yang baik dan banyak-banyak dalam hati untuk melakukan kebaikan.

Cepat atau lambat niat itu dapat dilaksanakan,amat bergantung kepada kemahuan kita.

Fastabiqul khairat ! Berlumba-lumbalah ke arah kebaikan.
Bersegeralah jangan bertangguh.Kebaikan yang ingin dilakukan hari ini belum tentu kita berkesempatan melakukannya di waktu lain esok atau lusa.Jadi bermulalah !

Di sini ia bermula.

Mula mengenali ramai sahabat muslimah yang solehah.mendekati majlis ilmu dan mencintai ulama,dan para habaib.

Mulakan dengan niat,

''Wahai ALLAH..aku ingin betul-betul berHIJRAH keranaMU ,tiada lain.Biar apapun halangan dan kesusahan.''

Sekali disapa dan terdetik di hati untuk berubah jadi lebih baik,rebutlah saat itu ,sambutlah seruan cinta dari ALLAH.

Alhamdulilah,a'la kulli nikmah.
Segala puji bagi ALLAH atas setiap nikmat.

Semoga ALLAH mengampunkan dosa saya ,ibu bapa,murabbina,dan sahabat-sahabat semua.Dan semoga ALLAH memilih kita untuk berhijrah keranaNYA.

Wallahua'alam.

Yang mencari keredaan ALLAH dan Rasulullah semata,

KHAASYAH binti ABDULLAH ♥


Senyum dan selawatlah selalu.Allahumma solli a’la Muhammad.

No comments:

Post a Comment