Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Wednesday, July 18, 2012

Lau La Murabbi..

''Duhai bulan,sampaikan kepada Murabbina, esok malam menjelang kami akan datang membawa perkhabaran..''

Bumi UIA,Pj kami bakal jejaki lagi.Bersama sisa Sya'ban yang beransur ingin pergi,ingin sekali taman hati ini disirami kata-kata berupa kalam nasihat dari Murabbi.

Lantas kami menguatkan tekad dan nekad.Sebuah beg galas dan beg tangan kami persiapkan.Pagi itu,alhamdulilah ALLAH permudahkan segalanya.

Menaiki bas 'Bulan Restu' yang sering tersasur disebut oleh sahabat sebagai 'Bulan Cinta'.

Sepanjang perjalanan,diisi dengan gelak tawa dan memori indah bersama sahabat usrati talaqi.Tiga daripada kami tiada di sisi.Tujuh puteri agama ini ditaut hatinya kerana cinta dan minat pada yang hobi yang sama.

Aduhai,terasa lebih indah ukhuwah ini.Ukhti yang masih bertatih mencari cinta sang Murabbi Agung yg tidak pernah dilihat sepanjang hidup merasakan nikmah bersuhbah.

Bagaikan terngiang-ngiang kata2 al Habib Umar Benhafiz:
''Bagaimana kamu ingin menjadi orang yang beruntung jika kamu tidak duduk bersama-sama orang yang beruntung.''



Dipasang niat seampuh mungkin.Kekalutan mengejar waktu membuatkan Ukhti terlupa membelek hp jika ada mesej2 kiriman salam sahabat dan sebagainya.

Selesai membaca doa perjalanan,ukhti membaca satu persatu mesej yg 'pending' tadi untuk di baca kerana inbox hp sudah penuh.

Debaran mulai terasa tatkala membaca satu mesej yg pernah ditunggu-tunggu.

Walaupun kepasrahan dan reda sudah setia menemani,namun saat membaca mesej itu seakan-akan masih kedengaran ombak yg menghempas batu.

Biarlah ALLAH jua mengetahuinya.Ia bukan berita buruk ,hanya sahaja sedikit kesedihan sempat singgah di hati.I adatang dan pergui sekali sekala.Ukhti menata hati dengan memperbaharui niat.Sahabat di sisi pasti tidak perasan riak wajah ukhti yg mulai berubah semenjak menaiki bas tadi.

Senyum dibuat-buat.Terselindung di sebalik cebisan kain ninja itu.Keterujaan mulai kendur sedikit.Doa dipanjatkan pada ALLAH.Meyakini setiap yg berlaku ada hikmahnya.Maafkan ana,ukhti..

Mata masih tidak bisa lelap walaupun badan dirasakan sedang memaksa untuk ditunaikan haknya untuk tidur setelah semalaman tidak tidur demi menyiapkan assignment.

Ukhti melihat sahabat di sebelah,berselang seli membaca antara 2kitab yang sentiasa menemani.

Al Quran,Kitab Wirid dan Apa2 jenis buku.Kali ini dia membaca buku kegemarannya.Sesuai namanya,

''Seindah akhlaq Fatimah Az Zahrah''

Dia yang sangat dekat hatinya dengan Masjid dan al Quran.Tudung jenis berpetak-petak dari Mesir yang sering dipakainya membuatkan para jemaah masjid dan majlis talaqqi lebih mudah mengingatnya dan mengecamnya.Sungguh beruntung siapa yg mendapatkan dia.Beruntg juga rasanya ukhti dapat bersahabat dengannya.Dia yang sering mengharapkan untuk mendapatkan anak kembar kelak,yang sangat dekat di hati Murabbi dan sangat berdikari.

''Ukhti,ana sangat kagum dengan ukht..
Ketahuilah..ana sangat mencintai ukthi..''

Tanpa sedar,ada beberapa titisan air yang keluar dari kelopak mata.
Entah kenapa,hati begitu sayu memandangnya.

Ukhti curi-curi pandang dua lagi sahabat di belakang yg sudah terlelap dari tadi.


Seorang berjiwa keibuan dan penyayang.Butiran katanya halus,berkebajikan sekali.Raut wajahnya seperti Fatimah Syarha.
Dan seorang lagi sangat menyenangkan hati,ceria dan mudah didekati orang.Dari mereka Ukhti cuba mencontohi akhlaq.Walau kadangkala rasa hipokrit sungguh diri saat bersama dengan mereka semua.Masakan tidak,tiada langsung sifat mereka dalam diri ukhti.Namun mencuba untuk menjadi lebih baik dan berusaha ke arahnya itu lebih mustahil untuk dilakukan.

Ukhti sendiri?

Patutlah tiada orang nak...( la di da sikit )

Seperti pesanan al Fadhil Us Azhar Idrus:
''Kadangkala keikhlasan itu bermula dengan keterpaksaan.''

''Dapatkan nanti kita berjumpa dan bercinta kembali di syurgawi?Pasti saat itu,kedudukanmu semua lebih tinggi dari Acu..''

Kami akhirnya terlelap sama-sama dalam alunan harapan dan khayalan masing-masing..............

''Air apa ini,along..? Macam kicap ja warnanya..''

''Yeke,Acu.. Kena beg along tak.. Dalam tuh ada hadiah untuk ustazna..''

''Dari mana datangnya air ini..'?'

Kami masih mencari puncanya.

Bau tengik dan kurang enak mula mencucuk cucuk hidung kami.Mujur kami sudah memakai 'mask' kain.Tidaklah kuat sangat baunya.

Ukhti memandang sahabat di belakang.Timbul satu idea nakal.

''Achik,kot yer pun suka nasi putih ayam masak kicap takkanlah dibawak sekali kicapnya atas bas.''

Ukhti tersengih-sengih ibarat kerang wangi.

''Acu,angah rasa ini bukan kicap tapi arak.''

''Apa angah? Arak?''

Benarlah tekaan kami.

Air yang seperti warna kehitaman yg agak cair itu adalah arak yg tertumpah.Botol arak tercabut tudungnya.

Seorang lelaki yang Ukhti kurang pasti bangsanya apa ,namun minta-minta bukan orang Islam berjalan seperti kemabukan ke hadapan.

''Sorry ya.''

Botol arak yg diselitkan di sisi kerusi tertumpah lalu mengeluarkan isinya.Nasib baik waktu itu,jarak perjalanan kami sudah mampir sampai,Ukhti berjaga-jaga dengan hujung jubah.Takut terkena arak itu.Nak buat sembahnyang ,ia najis pula.

Allah..macam na boleh terlepas penumpang yg membawa arak ke dalam bas. 

''Patutlah Achik tengok semasa dia naik tadi(lelaki itu),matanya merah-merah dan lain macam sahaja..''

Apapun ukhti mengucapkan syukur kepada ALLAH tiada benda-benda buruk berlaku sepanjang perjalanan yg melibatkan maruah dan kehormatan kami.

Takut juga.Orang yang kurang waras ini.Berhati-hati lebih baik.

Usai mengambil LRT ke stesen U,kami sampai lebih kurang jam 5.45pm.Perjalanan yg penat apabila kami sendiri mengejar masa juga.Diberitakan sahabat kami yg tinggal di Cheras sudi mengambil kami di Stesen U dengan keretanya.Janjinya jam 6ptg.

Kami tinggal tunggu.

Keletihan dan kelaparan sering membuatkan manusia hilang kesabaran.

Hampir sejam.Bas bernombor 12 yang lalu setiap 15minit benar2 membuatkan diri cemburu dan berfikir berkali-kali,kalau macam ini punya tunggu lambat,baik naik bas.

First ,tak mau menyusahkan orang.Second, memang ukhti tak suka menunggu dan ditunggui. Third,,rasa macam nak pengsan. Disebabkan ukhti memang jenis darah rendah,pantang sedikit penat.

Astaghfirullah!

Allah benar2 menguji keikhlasan hati untuk datang ke majlis ilmu itu.

Menghabiskan wirid Hizb Bahr.

Akhirnya jam 7pm kami akhirnya sepakat untuk menaiki bas.

Dalam hati,rungutan demi rungutan bisikan syaitan mula menjalankan misinya,

''Kalau dari tadi kita naik bas.pasti kita dah sampai awal di UIA,
Kalau itu....kalau ini...''

Astaghfirullah!



''Wahai manusia yg dalam perutmu terdapat najis, siapa kamu untuk mengatur-ngatur takdir yang mana baik untukmu?!!''

Sedikit syadid,tapi berkesan untuk menyedarkan diri yg terkadang lupa hakikat HAMBA ini.

Usai sampai,kami ditahan untuk disoal siasat oleh Pak Guard UIA.Biasalah itu,rutin yg sama setiap kali ada orang luar masuk UIA.Alhamdulilah ALLAH mudahkan.Lagipun kami sudah memberitahu dan meminta izin daripada Principal Mahallah.

Selewat jam 7,masih ada yang bermain-main pelbagai jenis permainan dan sukan di padang bola,sepak takraw ,basketball dan sebagainya.Meriah rasanya Uia ,Pj ini berbeza sungguh dgn UIA,kuantan.

Sunyi sepi.

Ukhti rindukan UIA,PJ.Rindu sangat.Saat ke kelas,ke LY untuk meeting,ke kantin makan bersama usrati,ke Block D untuk membuat kerja j bersama,ke SMAWP3 berifthar bersama dan paling dirindui adalah ke ANEX bertalaqqi.

Allahuallah.

Andai bisa diulang kembali.

Sampai di Surau Level A,tempat kami menumpang kasih,air diteguk dengan penuh kesyukuran.Roti dijamah sedikit untuk mengalas perut sepanjang talaqqi nanti.Risau pula ada nada 'soundtrack' irama berkeroncong.''

Beberapa orang adik-adik yg kelihatan menunggu waktu berbuka puasa memandang kami.''

''Sudah azankah?''

Pasti itu yang terlintas di fikiran mereka.

Kami guna taqwim berbuka puasa dari Sabah.Dah lama azan. :)

Tak delah.Musafir tidak dirukhsah berpuasa hatta puasa wajib.

Sempat juga menyegarkan diri.Memakai pakaian yg bagus,menyembur minyak wangi seadanya dan merapikan niat sekemas mungkin.

Teringat pesan seorang Ulama,
''Ke majlis ilmu,mesti berpakaian cantik-cantik dan lawa-lawa.''

Bukankah majlis ilmu itu majlis zikir,majlis para malaikat berkumpul,majlis penuh dengan rahmah dan maghfirah?

Suasana yg sangat menyejukkan hati.Pandangan ukhti sempat menyinggah pada wajah iras-iras Murabbi.

Terpandang.Dan itu dimaafkan.Ingatkan Murabbi tadi.

MasyaALLAH,ramai sungguh adik-adik Muslimin yg datang.

Ramai dari kebiasaan.

Aroma baik mula menyelubungi suasana.Ini majlis para malaikat.Sayap-sayapnya mula menutupi kita.Allah bakal menyebutkan nama dengan bangga kita di hadapan malaikatnya seperti disebutkan satu hadith.

Ratibul Haddad dengan alunan suara keasyikan atas nikmat cinta dapat bertalaqqi.MasyaALLAH.

Ya Badratim mengiringi setelah Ya Thoybah.

Laju air mata mengalir.Seperti air terjun rasanya.Bahu tersengguk-sengguk.Ukhti sudah tidak menghiraukan pandangan aik2 Muslimat dibelakang ygb mungkin berasa hairan.Tambahan pula,kami berada di barisan paling hadapan sekali.Betul2 selari dengan Murabbi di hadapan.Qasidah kegemaran yg sering membuatkan hati sebak dan teringatkannya.

''Wahai purnama..wahai purnama...''

Murabbina datang diiringi senior kami yg juga dari Kuantan.Kadangkala nampak macam adik Murabbina pula.Lebih kurang sahaja gayanya.


Solla a'la Nabiiyy..

Redup matanya menenangkan hati kami.Ukhti memandang wajah2 teman2 kesayangan.Rabitah hati tersambung...

Irama ombak rindu mula berkumandang dan ................



~Bersambung..

Sunday, June 24, 2012

Munzirku..


Bismillahirahmannirahiim...
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ
Dengan penuh rasa cinta,ku tulis cerpen ini dengan dakwat air mata kerinduan.Semoga kerinduan ini berbalas.
Fatimah :  Achik,cuba tengok kanak kanak itu,comel kan dia pakai serban putih.Agak agak mereka umur berapa ya?
Isdiyantie & Fatimah : 5 tahun !!!
Isdiyantie : Ala..along selalu sama.Along suka tiru Ucu
Fatimah : Eleh,siapa lahir dulu.Along ker Ucu ?
Fatimah menepuk lembut paha sahabatnya.Sudah lama mereka bersahabat sejak di Matrikulasi.
Cinta talaqqi mempertautkan mereka.Biasa mereka bertiga di Uia,Pj.Jika hilang salah satu dari tiga serangkai,kurang seri majlis talaqqi.Murabbi mereka pun sudah mengecam mereka.Berpisah salah seorang,atau tiada salah seorang di Talaqqi,pasti Murabbi perasan.
Mengingati masa lalu.ada pelbagai kenangan.akhirnya mereka gelak sama-sama.
Mereka menghampiri kanak kanak itu.
Kanak kanak itu sangat comel.Dengan berserban dan berida’ hijau,dia sedang mengalunkan sesuatu dibibirnya sambil tangannya menepuk nepuk paha.Kepalanya dihayun hayun sedikit.Telinga disumbatkan sesuatu rupanya.
Fatimah : Laa..ucu..patutlah kita panggil,adik tuh buat dont know ja.Rupanya dia tengah dengar MP5 sambil praktik kut.Eh,anak siapa la ni.Comel benor.Besar besar dah pandai.Tengok tangan kanan dia pegang apa?
Isdiyantie : A’ah,comel lah along.Dia pegang Quran.Jom tangkap gambar.Buat tambah koleksi gambar kanak2 along.Ingat tak sewaktu kat UIA,Kuantan dulu,along suka ambil gambar kanak kanak kat masjid  ad dibaie ,tempat kita selalu dating tuh.Bila la nak ambil gambar anak sendiri,Along?Ucu menunggu nih.
Fatimah : Amboi,cakap orang.Ucu tuh bila?Siapa lahir lambat,dia kena kahwin awal.
Isdiyantie : Boleh pulak macam tuh? Isk,cubit kang !!
Mereka gelak gelak sopan.Beberapa orang mak cik memandang mereka.Mereka bertukar senyuman.
Fatimah mendekati kanak kanak itu dan menyapanya.Mulanya dia tidak perasan.Dia sedang asyik mengalunkan sesuatu.
‘’Ya Badratim..ya badratim..Min haza kulla kamali..’’
Fatimah : Adik,nama apa?
Munzir : Muhammad Munzir Hilmi
Isdiyantie :MasyaALLAH,sedapnya nama? Macam nama abang long kan?
Fatimah hanya tersenyum nipis.
Fatimah : Nama ayah siapa? Mana mak,dik ?
Munzir: Nama ayah Taufik Hidayat.Ummi duk jauh.Tapi Munzir selalu nampak Ummi.
Isdiyantie : Nampak Ummi kat mana?
Munzir : Setiap kali pergi Majlis Mawlid,Munzir selalu nampak Ummi duduk di tepi Munzir.Munzir rindu Ummi.
Fatimah: Ummi pergi mana,Munzir?
Munzir : Walid kata Ummi dekat Yaman.
Isdiyantie : owhhh..along Yaman..Yaman..
Isdiyantie menjeling jeling sahabatnya.Fatimah menangkap sesuatu yang lain dari nada sahabatnya.
Isdiyantie: Adoiiii...along sakitlah cubit telinga.
Mereka tersenyum keriangan.Ish..tak mature betul ~
Seorang wanita berjubah hitam lengkap dengan burqa’ menghampiri mereka.
Hidayah :Ololo..comelnya along,ucu.Anak siapa nih?
Fatimah : Anak along la,angah.Tak kan tak tahu lagi.
Hidayah: Yeke,mana bapanya?
Fatimah : Erk..ada tertulis di Luh Mahfuz.
Hidayah : Yela tuh along.Nah along,ucu.Aiskrim seorang satu.Angah tak tahu pulak ada kanak kanak.Kalu tak beli lebih satu lagi.Tak per,kita kongsi yer.Bagi adik ni,nama apa?
Fatimah & Isdiyantie : Muhammad Munzir Hilmi Ibn Taufik Hidayat
Fatimah: Ucu !
Isdiyantie : Along !
Sama lagi.Kuat Rabittah hati, <3
Munzir : Syukron,mak cik.Munzir dah makan tadi sebelum datang Mawlid.Munzir tak nak comotkan jubah nih.Munzir minta diri dulu yer.Walid bagi masa 10 minit sahaja pada Munzir untuk hafal qasidah baru nih.Kejap lagi Munzir kena buat Qasidah dengan kawan.Nanti Mak cik dengar Munzir qasidah yer.
Fatimah : Munzir tengah hafal qasidah apa tadi?
Munzir : ‘Ya Badratim’.Ummi suka sangat qasidah tuh.Munzir hafal lirik qasidah nih dengan dengar suara Ummi kat MP5  nih lah.
Isdiyantie :Owhh..Munzir sudah hafal Quran?
Sambil melihat Quran hijau di tangan Munzir.Macam milik seseorang.
Munzir :Alhamdulilah.Munzir tinggal 3juzu’ lagi.
Hidayah : MasyaALLAH,beruntungnya anak siapa la nih.Dahlah hafal Quran,pandai Qasidah,sangat menjaga masa pulak tuh.
Fatimah : Boleh mak cik nak dengar suara Ummi Munzir qasidah ?
Munzir tersenyum.Wajahnya yang putih bersih ditambah dengan lesung pipit di kedua belah pipinya menambahkan kesolehan dan ketenangan wajahnya.Sempat Fatimah snap beberapa gambar.
Beberapa muslimat yang lalu lalang juga sempat mengambil gambar Munzir sekeping dua.
Munzir : Tentu sekali,mak cik.Tapi kejap j tau.Walid tengah tunggu Munzir.
Hidayah : Along,buat loudspeaker.
‘’Ya Badratim..ya badratim..min haza kulla kamali..
Maza yuab maza yuab..Birru an ula kamali..’’
Fatimah,Hidayah,Isdiyantie : Macam suara..................
Munzir...munzir...Habib dah tunggu tuh..
Kedengaran suara seorang lelaki memanggil sayup anaknya.
Tidak sempat mereka mendengar rangkap lirik seterusnya bagi mengesahkan suara wanita yang didengar itu seakan akan milik seseorang yang mereka amat kenal.
Munzir : Ya,Walid.Kejap..Munzir minta diri dulu,yer mak cik mak cik.Jangan lupa dengar Munzir qasidah yer sekejap lagi.Munzir tak sabar nak jumpa Ummi.Rindu...Assalamualaikum.
Waalaikumusalam warahmatullah.
Serentak mereka menjawap.
Isdiyantie &Hidayah : Along..macam suara Acu.........
Sudah hampir 5tahun mereka tidak berjumpa.Selepas mereka graduate dari Bumi Uia,Kuantan masing masing membawa diri dengan kerjaya dan cita masing-masing.Kini ALLAH reunionkan mereka dalam Majlis Kekasihnya.
Seseorang akan bersama dengan orang yang dikasihi.
Ada dua tiga lagi sahabat setalaqi mereka yang tidak dapat menghadirkan diri atas urusan tertentu.
Mungkin jodoh lain kali.

‘’Ya Badratim..ya badratim..min haza kulla kamali..
Maza yuab maza yuab..Birru an ula kamali..
Anta lazi ashroqafi..ufiki ula..’’
Lunak dan merdu sekali suara itu.Itulah Munzir kami.
Hidayah memandang tanpa mengelip mata ke arah pentas.Memandang satu susuk tubuh yang sangat dikenali.Namun sudah lama tidak berjumpanya apatah lagi mendengar khabar berita tentangnya.Sejak 6tahun yang lalu,sahabatnya itu senyap tanpa berita.
Kali terakhir mereka berjumpa,jika dia tidak silap bertarikh 13Rejab tahun 2014.
‘’Acu Hidayah,angah rindukan acu.Sangat rindu.Rindu nak dengar Acu qasidah.Suara Acu lembut dan sayu sekali menembus hati.Orang lain berqasidah dengan lidah namun Acu berqasidah dengan jiwa dan hati.Angah sangat rindu Acu.Ke mana Acu menghilang tanpa khabar berita.Tidak rindukah Acu pada kami semua....?’’
Hidayah bermonolog dalaman.Setitik dua air matanya jatuh.
Fatimah : Angah,rasanya tadi macam Along nampak Acu duduk tepi Munzir.Rasa macam tidak percaya tapi Along rasa Along dah pakai spec tadi.
Hidayah : Angah pun ada nampak tadi.Tapi sekejap sahaja.Selepas Angah tundukkan kepala ,nak ambil buku Koleksi Qasidah.Dah tak nampak...
Isdiyantie : Yeke,kenapa Ucu tak nampak pun Along,Angah.Sedih..
Fatimah : Dah Ucu tak pandang langsung kat atas pentas.Ucu menundukkan pandangan sahaja.Hehe.Along tengah seronok ambil gambar Munzir dan kawan kawannya tadi.Tiba tengah snap gambar,nampak susuk tubuh wanita berjubah putih dengan muka tenang.Bila tengok dalam kamera balik,tak der pun gambar dia.
Hidayah : Along,Ucu...Angah rindukan Acu Hidayah...
Mereka masing masing senyap.Masing masing membawa perasaan.Khayalan terbang ke kenangan masa lalu.

Nanti.
Kita pasti akan rindu kan.
Masjid Ad Dibaie menjadi saksi.
Pada setiap kali lafaz sakinah diangkat.
Orang-orang baik biasa dijemput awal oleh ALLAH,mesti sebab ALLAH dan rindu kan.

''Akak,kalau boleh saya nak mati dalam majlis Rasulullah.Semasa tengah bermawlid,tengah qasidah ka,ALLAH pun ambil nyawa saya.Kan best macam tuh.Mudah mudahan husn khatimah.Boleh tak?''

''InsyaALLAH,dik.. :) ''

Hidayah ditanya oleh seorang sahabat baiknya,tentang persediaan menghadapi 3keadaan berbeza.

Tentang kahwin,''saya tak bersedia lagi...''
Tentang mati,''saya lagi tak bersedia..''
Tentang nak mimpi Rasulullah,''saya tahu saya belum bersedia..''

Sampai bila??

Entahlah,tiada jawapan untuk itu.

Hanya Tuhan yang tahu.

Detik detik akhir di Bumi Kuantan dilalui dengan gurauan manja dan usik mengusik.
Setiap detik juga ingin dimanfaatkan sebaik mungkin.
Bulan Rejab yang diberkati.

Entah kenapa jua,saat kaki Hidayah melangkah ke rumahNya,terasa seakan akan ini yang terakhir kalinya.

Sayu hati.Rindu untuk berjumpa denganNYA.Dan KekasihNYA.

Masih bertatih tatih.Ingin menjadi seperti wanita wanita solehah ini.


NurHidayah : Along..Angah..Achik..Ateh..Achot..Alang..Acu sangat bersyukur ditemukan sahabat seperti kalian......
Along: Di mana ada Taufik,di situ ada Hidayah.
Acu : Di mana ada Fatimah, di situ ada Ali.
Achik : Di mana ada ada Isdiyantie,di situ ada Iskandar.

Jenuh lah nak cari jodoh ikut ,persamaan nama (Gurau gurau jer..)

Along : Habib Ali along yer..habib ali ada dua..
Achik : Tak aci..tak aci..
Acu : Aci..aci..bukak pintu.. (Dush..kena sekeh +.+~)
Achik : Kalu achik,Habib Umar..
Acu : Okla,acu ambik Habib Munzir.. (Wahh..semua dah cop Habib masing-masing)

Hati kami menyatu kerana cinta kami satu.Cinta ALLAH dan Rasulullah.

Acu : Minum cool blog,teringat kat Ateh,makan nasi goreng mamak,teringat kat Along,tengok bulan teringat kat Rasulullah dan Angah, makan cendol,teringat kat Achik.Agak agak ada orang teringatkan acu tak bila makan dan minum sesuatu?? Kalau teringat tuh,bawa-bawalah belanja aiskrim ka,nasi Arab ka,rida hijau ka,pemuda Yaman ka ~. ++,)
 
 Mereka berpelukan dalam ingatan rindu pada kenangan lalu.Bila agaknya bisa mereka bersama kembali seperti dulu.Air jernih mengalir saat Mahal Qiyam.Rindu mereka sama.Rindu pada Habibuna.Dan rindu pada mereka yang merindui Habibuna sama.
Kenangan dahulu,indah dikenang.Namun untuk mengalaminya sekali lagi belum tentu bisa..


Munzir : Mak cik...........tunggu..
Kedengaran suara Munzir menjerit memanggil mereka selepas habis Program Mawleed itu.
Munzir : Munzir nak hadiahkan sesuatu pada Mak Cik.Tapi Munzir ada satu jer.Nanti kongsi yer.Nanti simpan baik baik yer.Ini rida’kegemaran Munzir,Munzir sangat  sayang rida ini nih.Sebab Ummi punya.Tapi Walid pesan kita kena bagi barang yang kita paling sayang pada orang yang kita sayang.Panjang umur kita jumpa lagi.
Rida’ hijau yang dipakainya dihadiahkan kepada Muhibbunnya.
Fatimah : Munzir sayang kami??
Ada nada sebak pada suara Fatimah.Tuturnya terasa indah.Ucapan sayang dari kanak kanak yang pubya hati yang bersih.
Munzir : Sayang...sayang sangat..Mak cik mak cik membuatkan Munzir teringat pada Ummi.Lagipun Ummi pesan kita kena sayang pada orang yang sayang Nabi.
Isdiyantie : Boleh mak cik tanya sesuatu pada Munzir?
Munzir : Boleh.Apa dia mak cik?
Senyumannya tidak pernah lengkang.
Isdiyantie : Apa nama penuh Ummi Munzir? Di mana dia sekarang?
Munzir senyap seketika.Seolah olah menyusun ayat.
Mata Hidayah mula merah dan berair.Entah kenapa hatinya cukup tenang dan rasa begitu dekat sekali dengan kanak kanak ini.
Munzir : Nama Ummi Munzir....Siti NurHidayah.Ummi dah ada dekat dengan Rasulullah.Ummi dah pergi mengadap ALLAH.
Fatimah  merasakan ingin pitam saat mendengar nama itu disebut oleh Munzir.
Allahuallah...
Patutlah..patutlah..patutlah..
Hidayah sudah tidak dapat menahan air mata yang cuba dibendung dari tadi.Pecah berderai bersama alunan Al Fatihah pada sahabatnya yang sudah tahu khabar berita sekarang.
Fatimah memberanikan diri bertanya lebih lanjut.Walau sebak sudah menyelubungi dadanya.
Fatimah : Bagaimana Ummi Munzir meninggal?
Mujur Munzir seorang kanak kanak yang tabah.Sangka mereka.
Munzir menarik nafas panjang.Dalam dalam..Dalam usianya yang masih muda,Munzir petah bercakap.Besar besar nanti boleh jadi ulama’ yang fasih berbicara ini.
Munzir : Ummi menghidap kanser darah sejak mengandungkan Munzir lagi.Hampir 5tahun,Ummi berperang dengan penyakitnya.Saat melahirkan Munzir,Walid kata Ummi terpaksa membuat dua pilihan sama ada nyawa Munzir atau nyawa Ummi.Tapi Walid kata,Ummi nak Munzir hidup agar Ummi sekurang kurangnya mampu berbangga di hadapan Rasulullah sudah menambah walau sekurang kurangnya satu lagi ummat Muhammad di Mashyar kelak.
Mata Munzir ralit memandan satu sudut di pentas persembahan tadi.Dia kemudian tersenyum dan meneruskan ceritanya.
Munzir : Sewaktu Munzir lahir,kebetulan ada seorang Habib sedang dirawat di Hospital yang sama.Habibuna yang mentahnikkan Munzir waktu kecil.Walid kata Ummi wasiat pada Walid untuk namakan anaknya dengan nama Ahlul Bait yang pertama sekali dijumpa.Alhamdulilah,selepas lahirkan Munzir,Ummi masih hidup sehari.Kebetulan berdekatan dengan Hospital di Yaman,ada diadakan Majlis MawliduRasul.Walaupun saat tengah sakit,Ummi berkeras dan minta pada Walid untuk datang Majlis itu buat terakhir kalinya.Ummi nak bersama dalam Majlis Rasulullah hingga hujung hayatnya.Akhirnya semasa Qasidah’Tolal al Badrul Alaina..’dilagukan,Ummi memandang satu sudut.Dan menyebut nama ‘Ya..Rasulullah..Ya Badratim..’ dan kemudian mengucap dua kalimah syahadah dan dijemput ALLAH sewaktu itu.Itulah kisahnya seperti yang diceritakan oleh Walid dan kawan terdekat Ummi di Yaman.
Munzir kemudian melepaskan keluhan yang berat.Seperti orang dewasa lagaknya.
Dia kemudian menyambung ayat.Sementara itu,Fatimah,Isdiyantie dan Hidayah sudah tidak memperdulikan orang disekeliling mereka yang melihat mereka bertangis tangisan.Biarlah mereka nak cakap apa.
Munzir : Tapi Munzir tak rasa sedih pun.Sebab setiap kali Munzir pergi Majlis Rasulullah,Ummi selalu temankan Munzir.Munzir ingat pesan Ummi yang muncul dalam mimpi Munzir setiap malam Jumaat.Seseorang akan bersama seseorang yang dikasihinya di akhirat kelak.Ummi pesan banyakkan selawat.Munzir sayang Ummi..Munzir rindu Ummi..Jika Munzir rindu,Munzir akan qasidah dan banyakkan selawat lagi..Selawat ummat kan sampai kepada Rasulullah.Walid kata seseorang akan bersama orang yg yang disayanginya diakhirat kelak.Ummi nak bersama Ummi,Walid dan Rasulullah nanti..
Fatimah,Hidayah,Isdiyantie : Munzir......................
Anta ma’a man ahbabta...
SEMOGA KITA SEMUA ISTIQAMAH MENCINTAI ALLAH DAN RASULALLAH SAW.
Sahaja aku merinduimu kerana ALLAH TAALA.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّ