Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Saturday, November 30, 2013

Rindu yang Menangis

 Alhamdulilah, ALLAHuakbar !

Allah pilih diri yang banyak dosa berada dalam majlis ilmu. Semoga bila keluar dari Majlis Ilmu ini,ALLAH angkat dosa-dosa diri yg banyak.

Saat bermawlid, rasa zaoqnya berselawat kepada Nabi. Tapi seiring rasa zauq rindu yg makin kuat itu maka makin kuat migrain dikepala hingga rasa nak muntah sebab rasa sakit dan pening sangat.

Terfikir juga, jika diri rebah saat ini lalu terkulai disebelah sahabat baik ditepi menghadap llahi saat Mahallul Qiam ini, rasa tidak menyesal kerana salah satu doa sudah dimakbulkan ALLAH yakni mati ketika saat Mahallu Qiam menyambut ke'datang'an Nabi. Diri hanya mampu merasai Nabi benar-benar datang saat itu.

Bila habis majlis, kami berjilsah sebentar dengan isteri Habib Syahrin. Usai berbual dan bertanya khabar, rasa pening dan panas badan itu datang lagi. Jadi diri mengambil keputusan untuk menjauhkan diri sedikit dari mereka. Hatta saat mereka mengambil gambar, diri menolak dengan berharap mereka bersangka baik pada diri. Takut tiba-tiba rebah dan muntah disebelah mereka. :) Kemudian nampak Habib Najmuddin dan TG Yaacob dari dekat. Menyapa TG dengan anggukan. Beliau membalas dan tersenyum.

Bila rasa sakit migrain tahap rasa nak hentakkan kepala ini ke dinding,mulalah rasa diri tak mampu nak bagi hak sewajarnya pada teman-teman disisi. Rasa kekurangan diri yg amat melayan mereka tidak sepatutnya. Kak Yanti, Kak Fatimah dan lain-lain rasa kerdil sangat diri berbanding mereka. Sudahlah ALLAH bagi izin orang yg banyak dosa berteman dengan mereka,tapi diri ini banyak hak tak tertunai pada mereka.

Disinilah rasa rendah diri amat-amat.Dan rasa malu pada mereka. Rasa malu pada Rasulullah.
Rasa malu dengan kelalaian diri yg banyak.

Hakikatnya memang terasalah hati bila menyampaikan nasihat dan dakwah dalam usrah df dab usrah adik2,ya benar nampak pada zahir diri sedang menasihati mereka,hakikatnya batinnya diri menasihati diri sendiri.

Ya,ALLAH..jangan sampai rasa sakit ini membuatkan diri menafikan hak kepada orang lain.
M0ga-moga sakit ini dikafarah dosa.

RINDUNYA Rasulullah...
Dan bila menangis rindukan Nabi,kepala jadi sakit amat. Teringat Habib Munzir al Musawwa.
Hampir lebih kurang 80hari Habib meninggalkan kami.

Jadi bila mata tertahan menangis saat merindukan Nabi,hati jadi bertambah sedih.
Lupa sebenarnya pesanan doktor mata yg merawat diri saat hampir operation bedah mata dilakukan gara-gara mata tidak nampak. Doktor nasihatkan jangan menangis kuat, sebab kalenjar mata tidak dapat berfungsi sangat jadi kuat menangis, mata jadi sakit.

Tapi air mata ini bukti rindu yg tak mampu tertahan dan ia keluar sendiri.

Ya, Rasulullah bila masanya aku dapat menziarahimu?
dan bila lagi dikau akan menziarahiku semula?
Ku rindukan redup ,tenang dan bercahaya indah wajahmu itu dalam persis Abuya Sayyid Muhammad al Maliki..

Mari sama-sama selawat lagi sebagai jalan terpantas menanamkan cinta dan rindu pada Nabi Muhammad al Amin Shallallahualahiwasalam.

Al Fatihah buat al Habib Munzir al Musawwa.

Al fatihah buat mama dan abah yg sabar menjaga diri yg sering sakit sejak kecil (hingga ada fikiran nakal menjengah,barangkali nanti kena cari suami seorang doktor ni, atau yg bukan doktor tapi sabar menjaga diri yg lemah badannya ini ;) )

Semoga dapat berjumpa guru mulia al Habib Umar al Hafidz minggu depan,insyaALLAH.jAZAKALLAH Khair..

:'(

Wednesday, November 27, 2013

Mak cik

Disebalik wajah tua, ada hati yang sentiasa muda untuk berbuat kebaikan.

Mak cik Amira yang kukenal lewat melalui Jalan Pekeliling, kasih sayangnya pada seorang tholibul ilmu meski matanya buta separuh namun hatinya tidak buta. Waktu solat ditititik beratkannya. Apa khabarmu,mak cik? Sejak duamenjak permusafiran ke Kl,ini sudah lama tidak nampak mak cik di situ?

Mak cik Sukriah, yang dikenal lewat melalui jilsah dan sempat menumpang tidur dirumah sewanya gara-gara tiada siapa yang sudi menghantar diri ketempat kerja sewaktu dulu, kurindukan masakannya yang ala kadar namun kesungguhan membuatkan air milo pekat dan memasak telur goreng bersayur buat diri benar-benar membuat diri merasakan itu yang paling sedap pernah dirasai. Rindu nak pergi tarawaikh bersama mak cik dengan motorsikal tuanya.

Apa khabarmu,mak cik? Sudah okeykah kakimu yg sering lenguh akibat membersihkan tandas setiap hari? Sudah okeykah hp mu yg sering terjatuh dan adakala hilang dicuri orang?

Mak cik Asiah yang sudi menumpangkan aku tidur di rumahnya gara-gara aku bermalam beriktikaf di masjid waktu Ramadhan lepas,mana ku tahu di situ tidak seperti masjid uia kurang selamat untuk muslimat beriktikaf.

Lantas diriku beliau bawa kerumah,ditatang bagai anak sendiri,dijaga segala makan minum serapi seperti Mama dan Abah. Mak cik dan pak cik jualah yang sudi mengambilku distesen bas Bentong diwaktu dinihari di saat homemates yang dihubungi sejak malam hari tidak memberikan sebarang respons. Baik sungguh mereka,apa khabarmu,mak cik?

Mak cik hanisah yang sudi memberi tumpang ke majlis ilmu terutama ke Ba'lawi. Niat sudah ada, namun ALLAH mentakdirkan keretanya rosak teruk. Namun beliau sering bertanya khabar dan mengambil berat akan perjalananku sebagai tholibul ilm.Masih teringat saat menginap di rumah di Ba'alawi,usai pengajian Sheikh Fahmi Zamzam,kami sama-sama bertabaruk dengan makanan minuman sheikhuna. Bersama alang kak diana, anje syafika ,ude,dan kak husna, berebut kot nak minum bekas air minuman sheikh.. hihi..

Dan akhir sekali Ibu Hazlina, isterinya Ben A'lawi, yang sudi berkongsi mimpi dan pengalaman beliau berjumpa Rasulullah sekaligus ahlul baitnya Nabi. Lalu mimpi yang sama dikongsikan kepada beliau.  Rindu nak kembali ke sebuah tempat yang benar-benar menyamankan perasaan. Sebuah rumah yang sering menjadi kunjungan ulama, menjadi kunjungan Abuya Sayyid Muhammad al Maliki dan sudah semestinya tempat yang sering tetamu-tetamunya 'mengadu' bermimpi Rasulullah... :'(

Semua makcik-makcik ini dikenali sepanjang waktu praktikalku di Hospital Bentong,sebuah tempat jajahan komunis dahulu,bermajoritinya masyarakat Cina dan India. Dan sudah semestinya diriku yang berpurdah sewaktu intern d hospital dahulu,  menjadi perhatian dan pertanyaan sehingga ada yang melabel-label macam2. Inilah ujian  dan dugaan.

Dalam pahit,ada manisnya. Semoga ALLAH merahmati hidup mereka semua. dan semoga ALLAH mencintaimu Ma Khalijah dan Abah Ramli yang telah banyak mendoakan diriku baik-baik sahaja saat berpraktikal di sana suatu masa dahulu.

Disana jua insan-insan bernama sahabat seperti Acik Yanti, Along Fatimah, Angah Dayah, Ateh Farahin, dan yang lain-lain sering menjadi penyokong jua. Jazakumullah khair,sahabat !

Sekadar perkongsian pengalaman.  Semoga dengan menceritakan kebaikan-kebaikan mereka, ada insan pembaca yang sudi menadah tangan berdoa buat mereka semua.


Sunday, November 24, 2013

Manisnya Iman

Bismillahiwalhamdulilah.

Allahumma solli a'ala Sayyidina Muhammad

Allah masih beri nikmat iman dan Islam
Allah izinkan diri mengecap nikmat kesihatan yang baik
Allah izinkan tangan menulis suatu coretan buat hari tua
Allah izinkan diri mengingati masa-masa lalu yang semoga dengan mengenangkannya kembali moga-moga membuatkan diri rindu dan bertambah semangat melakukan 2 hal ini.

Benarlah kemanisan beribadah itu tidak dapat dibeli dengan apa jua.

Malam ini selesai majlis bersama Sheikh dari Syria tadi.
Pagi yang barakah, dimulai dengan usrah, kemudian berbuat kerja khidmat untuk masjid , khidmat pada room mates (sebenarnya hak dan tanggungjawab diri) ,khidmat diri disusuli dengan meeting postmortem daurah kitab Sheikh Husni kemudian meeting untuk penyelarasan agenda katibah under profaz nanti,berkejar-kejar ke cafe kemudian azamkiosk kemudian maimunah kiosk untuk menguruskan hal catering, dan photostat.Pada asalnya meminta tolong teman bantu menyudahkan namun ALLAH beri izin diri dan kekuatan membantu majlis. Fuh ! Dan tangan menggeletar kerna belum makan nasi seharian. Eh ! Tipulah ! Tadi kawan ada suap nasi lemak semulut kat kedai pak Lah.hihi..

Alhamdulilah,dapat makan nasik arab dan mushroom soup yg sedap amat dalam majlis tadi. hihi..

Gembira dapat khidmat dalam majlis. Walau berada dalam majlis tapi tak sepenuhnya mendengar tausiyah ,semoga ada yang merakam. Cita-cita menjadi muslimat yang hafal hadis harus dimulai denga  khidmat yg banyak dan ikhlas dalam majlis Rasulullah. Allahumma amenn.. Semoga ALLAH kabulkan doa Sheikh Husni Ginting baut diri al faqirah. Ameen..

Teringat akan kisah sewaktu di intern dulu.

Dua waktu yg amat dirindui yakni

Waktu 2/3 malam dapat seronok bermanja dengan ALLAH
Dan..

Setiap kali petang Jumaat, pulan dari kerja yang memenatkan emosi dan iman menaiki bas ke kl untuk ke majlis ilmu..
Rindu sangat dua waktu ini.

Adakala kesenangan itu membuatkan kita lupa.
Sudah lupa bagaimana nikmat dan manisnya dapat bertahajud dan berzikir nama 'Allah.. Allah..'

Ya, ALLAH semoga Kau rezekikan aku lagi istiqamah tahajud dan merasai saat khalwah bersama ALLAH.

Dan nikmat berada dalam majlis itu waktu itu.

Bayangkan habis je kerja jam 5petang,terus menaiki bas dari Bentong ke KL.

Sampai di Masjid Muaz Jabal dimana MTDM Habib ALi Zainal Abidin sedang berlangsung,penat itu hilang serta merta dinanti dengan tangisan gembira dan doa yang tidak putus-putus dipanjat.

Biar terkadang hanya sempat mendengar sebaris kalimah kalam nasihat habib,hati cukup puas.

Sekarang, bagaimana?????????????????????

Dan pagi-pagi waktu azan Subuh kedengaran, akan berada dijeriji besi di rumah apartment sewa yg didiami di Bentong.

Bagai terpenjara.

Hati teringin sangat nak berjemaah di masjid.

Tapi masjid/surau agak jauh. Dan kalau nekad nak pergi jugak,kena melintasi anjing2 cina yang banyak.

Sekarang,berapa banyak SUBUH, ZOHOR,ASAR, MAGHRIB DAN ISYAK di Masjid UIA????

Waktu intern ,ada perkara yang seronok.
Ada perkara yang membuatkan diri bermuram durja sehingga berat turun mendadak kerna tertekan.

Diuji untuk istiqamah.

Masa itulah kita rasa siapa diri kita sebenarnya tanpa teman-teman yang baik disekeliling.


Semoga ALLAH rezikan keMANISan IMAN itu lagi.

MAJLIS ILMU
TAHAJUD
SOLAT JEMAAH DI MASJID

:) ALLAHUMMA AMEEN..

Friday, November 8, 2013

Tabahlah Ukhti Demi Rasulullah

''Kita bukanlah nak meragui akan janji ALLAH tetapi terkadang terlintas dalam benak fikiran kita, perlukah kita terlibat dengan kerja dakwah sebab kita sekarang diberi amanah sebagai seorang belajar?''

Seorang sahabat sekadar meluahkan yang terbuku didada.

''Tapi kita fikir balik dan ingat janji ALLAH,yang ALLAH akan bantu kita apabila kita bantu agamaNya,kita jadi kuat meskipun dalam perjalanan itu kita menerima pelbagai musibah dalam akademik dan sebagainya''

Sahabatnya itu hanya tersenyum. Sendu tidak berlagu. Sedaya dipujuk sahabat itu yang sedang dalam kesedihan mendalam.

''Ukhti,ana masih ingat kata-kata ustazah Halimah, zaujah Ustaz Muhadir. Beliau ada pesan pada ana, entuna walaupun mungkin bila grad ada yang tidak mendapat result tidak cemerlang mana,tapi sebab entum khidmat majlis yang mengajak orang cinta ALLAH dan Rasul,ustazah yakin hidup entum akan berkat.''

Berkat. Ya. Itulah yang kita cari.

Dia menitis air mata kali ini. Mereka berpegangan tanagan melintas round corner itu.

''Enti ingat tak kisah Abang Amin Idris dulu,dia aktif dan jadi PA src untuk banyak tenure masa batchnya di Gombak. Bila grad memanglah tidak gempak macam orang lain sebab dia sibuk sangat bantu gerak kerja dakwah.Bukan sebab dia tidak pandai atau malas. Sekarang,kita tengok betapa berjayanya hidup dia. Itulah berkat orang yg tolong agama ALLAH.Tapi kita jangan sampai jadi fitnah pula apa yang kita bawa sekarang sama ada terlibat dalam majlis ilmu atau gerak kerja jemaah.''

''Tapi ana dah berusaha, ana study malam itu. Ana study sebelum-sebelum itu. Pada malam sebelum exam itu juga,ana sempat pergi usrah.''

Dia. Seorang yang sangat komited dalam usrah. Juga dalam urusan dakwah umat yang lain.

''Ya, ana tahu itu ukhti..''

Giliran dia pula merasa sebak.

''Tapi enti kena yakin bahawa ini semua kehendak ALLAH. KIta jangan merasakan gagal atau berjayanya kita atas dasar usaha kita. Tidak,ya ukhti! Semua ini kehendak ALLAH. Takdir ALLAH. Usaha kita hanya perantaraan.''

Hidungnya dah merah dan titisan air mata kian laju menuruni pipinya yang bersih itu.

''Ukhti percayalah yang ALLAH sangat sayangkan ukhti. Ana yakin dan ana percaya itu. Sebab kenapa?''

''Sebab apa?''

''Sebab ramai sangat orang sayang pada ukhti. Ana tahu itu. Ingat tak bilamana ALLAH sayang seorang hamba,ALLAH announce kat Malaikat Jibrai supaya sayang sama kat hambanya seorang itu. Malaikat akan turut sama sayang sebagai bukti ibadah. Kemudian malaikat akan bagitau penduduk langit supaya sayang hamba itu. Dan kemudian penduduk langit akan bagitau penduduk Bumi supaya sayang hamba itu.''

Usaha memujuk masih diteruskan. Hujan renyai-renyai seperti turut meraikan perasaan dua sahabat akrab yang sedang menikmati hikmah dari ILLAHI.

''Ana doakan ukhti kelak berjumpa Nabi kelak..''
hmm..

''Ok,sekarang ana yang nak menangis.''

''Ana tak pernah mimpi Rasulullah...''

''InsyaALLAH,ukhti akan..''

Hidup perlu diteruskan,buat ummah. Kenapa perlu berdakwah semasa masih belajar? Sebab kita tak tahu kita mati bila,nak tunggu grad dulu untuk terlibat dalam dunia dakwah. Dakwah itu wajib bagi yang Muslim dan bagi yang mengaku ummat Nabi.

Sayang Nabi? Dakwah ummat meskipun sekadar meng'share' cerita benar ini.

:') Jumaah Barakah. Semoga Rasulullah hadir dalam mimpi kita.Ameeennn..

Thursday, October 10, 2013

Sering..

Sering....

Sakit kepala berdenyut-denyut sejak pagi di'manis'kan lagi dengan dua kuiz berturut-turut dan dua amanah pada ummat yang kecil sahaja mampu terlaksana malam ini membuatkan rasa ingin menghentakkan kepala ke dinding.

Sakit amat. 

Namun saat hadir ke halaqah ilmu bersama teman dan adik-adik sebentar tadi,sakit kepala itu hilang. Seringkali begitu terjadi pada diri.

Mungkin dengan berkat niat mereka yang jauh lebih ikhlas yg ingin mendekatkan diri kpd ALLAH dan Rasul kesan pada diri al faqirah membuatkan syifa' ALLAH turun dan menjadikan lebih sihat dengan berkat mereka.

Sedap dan seronok sungguh bercakap tentang Rasulullah dengan mereka.
Benar kata sahabat2 Nabi, kisah yang mereka paling suka berbual sehari-harian ialah kisah Rasulullah hatta mereka baru pulang dari majlis Rasulullah! Jeles betul dengan sahabat Nabi ! 

Usai usrah,mesej daripada Murobbina benar2 membawa khabar indah lagi.Ditambah soalan di radio yg sudah lama ingin ditanya dijawap ustaz dgn panjang lebar. Rasa kerdil sungguh diri berbanding nikmah ALLAH..

Sahabat,esok hari Jumaat,banyak2 selawat ya? Jangan putus asa berusaha untuk cinta dan rindu pada Nabi.Ketahuilah sesungguhnya Nabi amat merindui dan cintakan kita.

Senyum dalam ketenangan.  sollu a'ala Nabiyy !!

Tuesday, October 8, 2013

Hajat tertunai dengan kedatangannya. :)

Bismillah..Alhamdulilah..

Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad..



Sejak sepetang tadi, menantikan dengan penuh debar kehadiran hadirin ke Majelis Rasulullah untuk bulan ini. Siapalah insan yang akan hadir nanti? Berapa ramailah hadirin yang akan hadir nanti?

Berkali-kali iman berlawan dengan nafsu,dan kata-kata ini menjadi semangat buat jiwa yang lesu. Lesu adakala dengan timbunan amanah akademik yang beratur demi satu dan satu sebagai pelajar tahun akhir.

''Ya,ALLAH..beri aku masa yang berkat berkualiti walau tidak banyak kuantitinya.''

Dengan persiapan tidak kurang seminggu, ALLAH mentakdirkan begitu ramai khuwaidim pencinta Rasulullah membantu.

Diulang-ulang kalimah segar niat ini kembali:
''Sejauh mana perhatianmu,perhatimu,prihatinmu pada majlis Rasulullah,sejauh itu pula perhatian,perhatimu,prihatin Rasulullah padamu.''

Walau malam ini hanya kerja menyusun itu mampu terbuat disekeliling masjid,berbanding sahabat2 yang lain yg membantu amat banyak,namun hati masih berharap agar ALLAH tunaikan hajat malam ini.

Hajat apa? Berhajat agar Rasulullah dan Habib Munzir al Musawwa datang sekali malam ini.

Jika orang yg berada dalam majlis ilmu,ALLAH menurunkan rahmat,sakinah,pengampunan dosa,bahkan ditunaikan hajat dan diangkat darjat disisiNYA,bagaimana pula dengan orang-orang yang MEMBAWA orang ke majlis ilmu itu bahkan menjadi penggerak ??

Saat Mahal Qiyam dilantunkan,resapilah dengan makna mendalam,




Suasana Di Masjid UIAM,Kuantan semasa Maghrib.


''Marhaban ya marhaban ya nuurul 'aini..''
Selamat datang wahai cahaya mataku..''

Sedang Rasulullah tidak pernah mengucapkan Tidak ! sepanjang hidup baginda pada permintaan dan ajakan sahabatnya,apatah lagi wafatnya NABI namun masih hidupnya NABI di alam barzakh mana mungkin Rasulullah tidak memperdulikan ajakan dan permintaan umat yg merindukannya??

Alhamdulilah,hati terus bersangka baik.

HAJAT SUDAH TERTUNAI MALAM INI. :')

Jazakumullah khairan kathira sahabat2 yg membantu dan menyokong Majelis Rasulullah terus menerus di UIAM,Kuantan.

Dan hujan terus lebat membasahi bumi UIA, petanda rahmat yg mencurah turun.  

Sunday, September 15, 2013

Ceritaku dan Tudung Bidang 60: cerpen


Cerpen : Ceritaku dan Tudung Bidang 60

Pulang dari Talk Ustaz Pahrol Mohammad Joui sebentar tadi,berjalan dengan rasa malas ke mahallah kerana otak sedang ligat mencerna apa yang baru diterima tadi.

Saya berjalan di belakang tiga orang muslimah yang kesemuanya bertudung labuh.

Lupa pula identiti diri begitu juga.   

Melihat mereka dari belakang.
Rasa tenang menyapa.

Dalam hati,''solehahnya mereka..''

Adakah tudung labuh atau tudung biasa-biasa pengukur iman dan taqwa?
Belum tentu,namun luaran sering menggambarkan dalaman.

Ini kisah saya.

Sebelum ini semasa di sekolah menengah,saya merasakan orang yang bertudung labuh ini adalah orang yang luar biasa,baik,solehah dan hampir sempurna.

Dan bagi saya yang teramat biasa ini dengan ilmu dan amal nya,membuat' mindsetting' bahawa yang layak memakai tudung labuh adalah perempuan yang solehah sahaja.

Sebenarnya solehah itu siapa?

Teman dari Gombak pernah memberitahu saya solehah itu subjektif.

Sama seperti maksud cantik.

Ada perempuan yang solehah dari segi baktinya pada ibu bapa.
Ada perempuan yang solehah dari segi prinsipnya dalam muamalah.
Ada perempuan yang solehah dari segi perjuangannya dalam gerakan Islam.

Solehah lawannya tolehah.
Siapakah wanita solehah itu?
Apakah semata-mata wanita yang bertudung labuh sahaja?
Tidak layakkah saya yang bertudung biasa menjadi wanita solehah?
Untuk siapa saya perlu solehah?
Untuk calon suami?
Untuk mak abah?
Untuk ALLAH dan Rasulullah?


Mencari nilai sunnah disebalik sunnah.
Menutup aurat itu sunnah isteri Rasulullah.Namun pemakaian bagaimanakah yang benar-benar memenuhi kriteria pemakaian yang menutup aurat seperti isteri-isteri Rasulullah?

Sebaik-baik ikutan adalah mereka,sudah tentu.

Hidayat itu perlu dicari bukan perlu ditunggu.

Pakaian luaran menjadi satu anggapan pertama seseorang kepada seseorang.

Pakailah apapun,namun ALLAH melihat hati kamu.

وعن أبي هريرة عبد الرحمن بن صخر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله لا ينظر إلى أجسامكم ولا إلى صوركم ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم.
Sahih Muslim ( Hadith no 2564)


 ‘’Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada tubuh,rupa luaran dan harta kamu ,tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu.’’ (Hadis Riwayat Muslim)

Saya hanya memandang dengan rasa suka dalam hati melihat perempuan yang bertudung labuh.Kalau dulu zaman Wardina Safiyyah dan Waheeda Wasini.

Mereka idola diri.

Apabila memasuki CFS ,Pj barangkali berkat dengan mengikuti usrah dan kakak naqibah juga sangat sabar memimpin kami,perlahan-lahan dalam hati mula berani menyimpan satu niat yang suci.

Ya,saya ingin bertudung labuh.
Kerana semua orang layak bertudung labuh.
Saya simpan jauh dalam hati niat itu.
Belum berani saya terjemahkan lagi.
Saya memerlukan sebuah kekuatan.
Saya mencari sebuah niat dan matlamat yang benar tulus ikhlas kerana ALLAH.

Saya mencari hidayatNYA datang menyapa dahulu !

Saya silap!

Tiada alasan '' tidak sampai seru lagi...''

Seruan Rasulullah sudah hadir kira-kira 1400tahun yang lalu lagi.

HidayatNYA datang menyapa saya. Saya mohon taufik dariNya.

Saya kukuhkan kefahaman melalui pembacaan.Saya sediakan tapak untuk istiqamah melalai kefahaman yang utuh. Tidaklah saya mengambil keputusan kerana manusia lain tetapi kerana ALLAH.

Kerana Rasulullah.

Rasulullah.

Saya rindu pada Baginda.

Sudikah Rasulullah memandang saya?

ـ حَدَّثَنَا يُوسُفُ بْنُ مُوسَى ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَجِيدِ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ أَبِي رَوَّادَ ، عَنْ سُفْيَانَ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ السَّائِبِ ، عَنْ زَاذَانَ ، عَنْ عَبْدِ اللهِ ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، قَالَ : إِنَّ لِلَّهِ مَلائِكَةً سَيَّاحِينَ يُبَلِّغُونِي عَنْ أُمَّتِي السَّلامَ قَالَ : وَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : حَيَاتِي خَيْرٌ لَكُمْ تُحَدِّثُونَ وَنُحَدِّثُ لَكُمْ ، وَوَفَاتِي خَيْرٌ لَكُمْ تُعْرَضُ عَلَيَّ أَعْمَالُكُمْ ، فَمَا رَأَيْتُ مِنَ خَيْرٍ حَمِدْتُ اللَّهَ عَلَيْهِ ، وَمَا رَأَيْتُ مِنَ شَرٍّ اسْتَغْفَرْتُ اللَّهَ لَكُمْ.
(Musnad al-Bazzar: Hadis 1925)
Rasulullah gembira dengan perkara baik yang kita buat.

‘’Hidupku baik untuk kamu,dan matiku juga baik untuk kamu,kamu berbicara dan dia berbicara kepada kamu dan kewafatanku baik untuk kamu.Dibentangkan amalan kamu kepadaku,maka apa-apa yang aku lihat baik (pada amalan kamu itu) ,aku memuji ALLAH,dan apa-apa yang tidak baik,aku memohon keampunan kepada ALLAH untuk kamu.’’

Demikian Hadis Riwayat Al Bazzar , Ad-Dailami, Al Haitami.

Rasulullah masih hidup kan?
Hidup di alam barzakh.
الأنبياءُ أحياءٌ في قبورِهم يُصَلُّونَ
‘’Para Nabi hidup, di dalam kubur mereka mendirikan sembahyang (beribadah).’’
 Hadis Riwayat as Dailami, Abu Ya’la, Ibn ‘Adi ,al Haitami.

Malam itu saya membelek satu buku.

Dengan niat menambah ilmu dan mencahayakan hati.
Ilmu itu cahaya.

Menutup aurat bagi wanita-wanita Islam adalah kewajipan. Dalam persoalan ini ada tiga kategori wanita.

Yang pertama,menutup aurat dengan sempurna.Kedua menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga ,tidak menutup aurat sama sekali.

Kelompok pertama adalah kaum wanita yang menutup aurat dengan sempurna kerana menyedari bahawa itu adalah perintah ALLAH Taala. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

Kelompok kedua pula adalah wanita yang menutup aurat,tetapi tidak sempurna.Golongan ini cukup ramai bilangannya.Begitu juga kelompok ketiga yang langsung tidak menutup aurat sama sekali,yakni sama seperti orang-orang yang kafir.

Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala. Menutup aurat adalah memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang ramai.Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertontonkan kepada orang ramai.

Berfikir dengan mendalam.

Hendak menjadi golongan manakah saya?

Pagi yang berkah itu.

Saya memandang koleksi tudung yang ada.Saya suka berfesyen.Saya perempuan yang biasa yang suka kelihatan cantik.Itu normal bagi wanita.

Tiada satupun koleksi tudung tersebut yang labuh 60 inci.
Sekadar 45inci.

Alhamdulilah,sejak kecil arwah Tok Ayah menekankan cucunya menutup aurat kalau boleh pakai tudung itu biar lepas dada.Itu tuntutan syariat.

Tetapi hati saya meronta-ronta.Apa yang saya cari makna sebenarnya jika bertudung labuh?

Meminta petunjuk dari ALLAH.


Satu pagi,bermula episod penghijrahan.
Saya membeli sepasang tudung labuh yang sudah siap dijahit dibutik pakaian muslimah dalam uia.

Tudung hitam yang pertama.
Sehingga kini saya gemar memakai tudung hitam.
Kerana ia benar-benar bukan sahaja menghijab diri dari fitnah lelaki bahkan menghijab hati dari fitnah tabarruj.
Allah..

Kawan baik saya kini pernah berkongsi kisah tentang perempuan Tarim yang ,MasyaALLAH tiada jenis warna lain pakaian yang dipakainya melainkan tudung dan niqob hitam menutupi seluruh tubuh walau kemana sahaja pergi bahkan ketika ke sawah !

Allah..
Indah akhlaq wanita Tarim.
Hatta mereka tidak akan sekali-kali berjalan di jalan yang sama dilalui oleh kaum lelaki.

Wanita itu aurat.

1093 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَاصِمٍ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ مُوَرِّقٍ عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ

‘’Sesungguhnya wanita itu aurat.Bila dia keluar,syaitan akan mengikutinya( menghiasinya agar menjadi fitnah bagi lelaki).’’Demikian hadith riwayat al Bazar dan At Tarmizi.

Alhamdulilah.ALLAH menjawab persoalan hati.

Agaknya memang ALLAH sungguh memahami keinginan saya yang suka berfesyen. Allah temukan saya dengan laman web tudung NUR yang sangat cantik rekaan corak tudungnya dan masih labuh pula itu.

Terima kasih NUR.

Saya bukanlah orang yang baik sangat.Solehah dan banyak ilmu.

Namun saya azamkan dalam hati.

''Wahai ALLAH..wahai Rasulullah..sekurang-kurangnya aku selangkah berusaha mendekatimu.''

Niat yang paling penting.Simpankan niat yang baik dan banyak-banyak dalam hati untuk melakukan kebaikan.

Cepat atau lambat niat itu dapat dilaksanakan,amat bergantung kepada kemahuan kita.

Fastabiqul khairat ! Berlumba-lumbalah ke arah kebaikan.
Bersegeralah jangan bertangguh.Kebaikan yang ingin dilakukan hari ini belum tentu kita berkesempatan melakukannya di waktu lain esok atau lusa.Jadi bermulalah !

Di sini ia bermula.

Mula mengenali ramai sahabat muslimah yang solehah.mendekati majlis ilmu dan mencintai ulama,dan para habaib.

Mulakan dengan niat,

''Wahai ALLAH..aku ingin betul-betul berHIJRAH keranaMU ,tiada lain.Biar apapun halangan dan kesusahan.''

Sekali disapa dan terdetik di hati untuk berubah jadi lebih baik,rebutlah saat itu ,sambutlah seruan cinta dari ALLAH.

Alhamdulilah,a'la kulli nikmah.
Segala puji bagi ALLAH atas setiap nikmat.

Semoga ALLAH mengampunkan dosa saya ,ibu bapa,murabbina,dan sahabat-sahabat semua.Dan semoga ALLAH memilih kita untuk berhijrah keranaNYA.

Wallahua'alam.

Yang mencari keredaan ALLAH dan Rasulullah semata,

KHAASYAH binti ABDULLAH ♥


Senyum dan selawatlah selalu.Allahumma solli a’la Muhammad.