TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Friday, May 3, 2013

Kalam Nasihat Memberkas Hati.

Assalamualaikum Wbt.

Bismillahirahmanirahiim..

Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad.
Waliduna As Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin al Maliki sebelah kiri bersama Murobbina Al Fadhil ustaz Muhadir Haji Joll 



7 Nasihat Murobbina,Al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll sempat dicatitkan smasa kami berjilsah dengan beliau beberapa hari lepas.

1) Tambah ilmu agama sama ada melalui talaqqi,maulid,usrah.Talaqqi yang terbaik adalah yang betul-betul bicara tentang ilmu itu.Ditambah pula dalam talaqqi itu ialah dibicarakan tentang cinta Nabi saw.

2) Jangan tinggalkan Wirdul Latif dibaca selepas Subuh dan Ratibul Haddad dibaca selepas Maghrib.Sekurang-kurangnya jangan tinggal wirid Ratibul Haddad.

3) Solat malam sekurang-kurangnya 2 rakaat jangan tinggalkan.

4) Lazimi solat sunat selepas solat Isyak 4rakaat.Kerana sama nilainya dengan pahala solat lailatul qadr.

5) Jaga akhlaq antuna.Jangan terlalu kuat sangat berfacebook.Dalam facebook,banyak fitnahnya.Jangan terpancing emosi.Jaga adab,jangan kuat berdebat.

6) Sekurang-kurangnya kita ada 1 amalan yang kita boleh istiqamah sampai bila-bila.

7) Nasihat khusus untuk yang nak istiqamah selawat,kalau boleh antuma ada cincin tasbih digital 2.Satu khusus untuk selawat.Satu untuk zikir selainnya.Selawat paling mujarab dan cepat untuk mimpi Nabi saw adalah selawat Ummiy.

~19 Jamadilakhir 1434H: 30/4/13 2.30 p.m

Al afwu minkum.Sekadar perkongsian bersama dari al faqirah.InsyaALLAH,semoga dapat amalkan.Kalau tak boleh buat semua,jangan tinggal semua. :) ♥

R.U.K.U.N. Q.A.S.I.D.A.H


Assalamualaikum Wbt.

Bismillahirahmanirahiim..

Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad.

Soalan:

Bolehkah kita belajar berQASIDAH daripada YOUTUBE dan CD sahaja?

Jawapan:

Boleh.Tetapi paling bagus setelah kita mendengar dan pergi kepada guru-guru dan ahli dalam bidangnya.Ulama menyebutkan bahawa nak berqasidah ini,bukan sahaja berqasidah begitu sahaja,ada rukunnya.Ada rukun-rukunnya.Disebutkan oleh Habib Zain Bin Ibrahim Bin Sumaith,antara rukun berqasidah:

1) MEMPUNYAI SUARA YANG SEDAP.

Pertama suaranya mesti sedap. MasyaALLAH.Suaranya mesti sedap.Kalau tidak sedap,nanti orang kata ''apo ni suara tak sedap''.Nanti dia kata suara tak sedap takpa,takut dia sampai kepada:''apo qasidah tak sedap.'',padahal qasidah itu memuji Nabi.Takut dia berdosa.Kerana itu rukunnya yang pertama suara mesti sedap.

2) FAHAM NAHU BAHASA ARAB.

Kedua,orang yang berqasidah itu mesti faham akan nahu Bahasa Arab.Supaya ketika dia membaca itu,mesti dia tahu kenapa dibaca fathah,kenapa dibaca dhommah dan sebagainya.Ini perlu kepada guru untuk kita akan faham perkara-perkara nahu sebegini.







3) QASIDAH KENA DENGAN MAJLIS.

Ketiga,hendaklah orang yang membicarakan itu,qasidah yang dilantunkan itu kena dengan majlis.Jadi majlis apa,qasidah yang dibicarakan itu kena dengan majlisnya supaya,supaya ada dipanggil kesinambungan.Maka orang melihat majlisnya,apa yang disebutkan dalam qasidahnya membangkitkan perasaan rindu dan cinta 

dan ada kesinambungan.


Murobbina,Ustaz Muhadir Haji Joll as Sanariy :)

4) ADA PERASAAN CINTA DALAM HATI SI PENGQASIDAH.

Keempat, hendaklah orang yang bermawlid atau baca qasidah itu orang yang ada perasaan cinta kepada Nabi saw.Kalau tidak,apa yang dilantunkan itu dalam hatinya tidak suka itu adalah dusta semata-mata.Maka kita tidak disuruh berdusta malah dilarang.Itu antara rukun yang disebut oleh para alim ulama'.

Bukan bermakna jika tiada salah satu rukun ini,tidak sahlah qasidah itu.Namun berusahalah kita untuk dapatkan keseluruhannya.




~ditulis kembali oleh al faqirah ilallah khadimun 'ilm,tukang catit balik je termampu buat :) daripada tausiyah Murobbina tercinta: Al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll As Sanariyy,Mawlid @IKIM.fm 10/1/13 :)

Sunday, April 28, 2013

''YA RASULULLAH,AKU TIDAK MAHU BERJUMPA DENGANMU..''


Assalamualaikum Wbt.

Bismillahirahmanirahiim..

Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad.






Apabila seorang sahabat ditanya,mahukah kamu berjumpa dengan Rasulullah saw?

Dia berkata perlahan namun mampu didengar oleh telinga:
''Ya,Rasulullah,aku tidak mahu berjumpa denganmu..''

Kenapa??

Kerana dia malu mahu berjumpa Nabi saw.

Malu namun tidak mahu kerana malu.

Berapa banyak sunnah Nabi saw sudah istiqamah diikuti?Berapa banyak akhlaq Nabi saw sudah diteladani? Sudahkah sehabis daya berjuang untuk dakwah umat?

Apa yg akan kamu lakukan jika Rasulullah saw ada dihadapanmu?

Katanya: ''Aku akan menyembunyikan wajahku dengan kain ini.Lalu mungkin aku akan berlari ke mana sahaja kerana aku berasa sungguh malu dan tidak layak berjumpa Rasulullah.''

Ditanya lagi padanya: ''Tidakkah kamu selama ini mahu berjumpa Rasulullah?''

Dibalasnya dengan nada yg sudah serak dan air mata berderaian.

''Ya,aku mahu sekali.Aku rindu sekali.Namun aku tidak mahu kerana malu.''

''Ummati..Ummati..''

Berapa ramai hatinya bergetar saat mendengar kata-kata ini?

Sebuah kata-kata terakhir Rasulullah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir,namun sejauh mana kita benar-benar menghayati makna di sebalik kata-kata ini?

Nabi yg tidak pernah berhenti berjasa kepada umat,hatta sehingga kini bahkan Nabi saw simpan satu doa khusus buat umatnya yg dicintai di akhirat nanti.

Setiap hari Isnin,saat amal setiap umatnya ditunjuk kepada Nabi di alam sana,Nabi saw mengucap syukur jika amal umatnya soleh.


Wahai Kekasih


Jika sebaliknya,Nabi mengucapkan istighfar kepada ALLAH untuk umatnya kerana kejelekan amal tersebut.

Namun kita pernahkah ucapkan syukur kepada ALLAH atas nikmat ALLAH bagi dapat berbuat amal.Ketahuilah dapat bersyukur itu sendiri memerlukan syukur!!

Dan adakah kita bermuhasabah dan beristighfar setiap hari atas kekurangan amal kita hari-hari sedangkan nikmatNya banyak belum disyukuri dan ditunaikan haknya??

Nabi saw rindukan kita semasa Baginda saw masih hidup,hingga saat-saat akhir nafas Baginda saw.

Ya Rasulullah... kami merinduimu.. :')

ASSALAMUALAIKA,YA RASULULLAH..MAAFKAN KAMI YA HABIBUNA..






Wednesday, April 24, 2013

Seloka Siapa?

Assalamualaikum Wbt.

Bismillahirahmanirahiim..

Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad.

Kalau rasa sunyi,berteman dengan ilmu.
Kalau rasa sedih,berteman dengan ilmu.
Kalau rasa merajuk,berteman dengan ilmu.

Wahai ilmu,jangan lari jauh-jauh,
Bertemanlah denganku,
Aku tidak punya teman sejati,
Melainkan kamu,

Jika aku merajuk,
Ada kamu untuk memujuk,
Jika aku terleka,
Ada kamu untuk ingatkan.
Jika aku sedih dan kecewa,
Ada kamu untuk gembirakan.

Bukan senang bagi seorang yang jarang meminta maaf untuk meminta maaf,
Tapi bukan susah untuk orang yang pemaaf untuk menerima maaf,
Jika nak ALLAH maafkan dan ampunkan dosa kita,
Maafkanlah dosa dan kesalahan orang pada kita,

Jarak bukan faktor besar membuatkan seseorang jauh dengan kita,
Ada yg duduk sebelah bilik,namun hatinya jauh sekali
Ada yg duduk nun seberang oversea sana,namun hatinya dekat sekali,
Bukanlah pula faktor masa menjadi penghalang,
Jarang berjumpa adakala lebih baik dari berjumpa sentiasa.
Rindu dan cinta itu lebih kuat,
Prasangka dan boring itu jauh melata.

Akhirnya ada deraian juga air mata yang cuba diseka,
Jatuh mengiringi sendu positif yg cuba dibuat biasa,
Lalu pada ALLAH kupasrahkan jiwa,
Pada manusia tidak mahu ku mengharap lagi berulang sama.

Teman bukan teman biasa,
Ingin berteman hingga ke syurga,
Jika didepan kita dia baik belaka,
Belakang kita dibuka cerita lama,
Apa mahu dikata?
Senyum sahaja,selawat mereda rasa.
Pada ALLAH kita curahkan duka nestapa,
Semoga ingatan pada Rasulullah mengubat luka.

Ini adalah pantun seloka,
Suka-suka tiada kaitan dengan sesiapa,
Janganlah pula ada yg terasa,
Niat dihati untuk melatih diri menguat jiwa.


Assalamuaikum. :)

24/4/13-Campro Closing.

Tuesday, April 23, 2013

Kasih yang terSembunyi

Assalamulaikum wbt.

Bismillahirahmanirahiim.

Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad.

Mood: Rajin pulak rasa nak m'post entry malam ini.Sebenarnya hari ini dah 3 topik psot. Ada ke orang baca blog ambe? ;)
Takpa,yg penting LillahiTaa'ala dan betul niatnya.

''Sekecil apapun hadiah,jika ikhlas menerima dan memberi akan terasa begitu berharga hadiah itu.''

Membelek-belek koleksi hadiah dan kebanyakannya sahabat suka m'hadiahkan keychain dan buku.2jenis koleksi hadiah paling suka.So far,alhamdulilah.

Kemudian baru perasan,hadiah keychain yang dibuat sendiri oleh sahabat baik yg sudah lama berkawan hampir 5tahun ,bentuknya sama cuma jenis berlainan.

Jika teman2 lain ada jua beliau hadiahkan hadiah yg serupa namun berlainan bentuk.
Untuk saya,dia banyak hadiahkan yg bentuk..... 'hati' ♥

Beliau tidak pernah beritahu pd saya dia sayangkan saya.
Tapi saya baru tahu sekarang.Sayangnya dia diekspresi dalam bentuk lain. :)

p/s: Rasa mcm drama korea pulak.Cuma ni watak antara heroin dgn heroin shaja~(ehh)

Sabda NABI SAW; ''Hendaklah kamu saling memberi hadiah,nescaya kamu saling menyayangi.'' tahaadu,tahabbu. :)


Kalau awop baca entry kali ini,terima kasih awop yg bernama 'F' :)

Panjang umuq,jumpa lagi.

Jgn lupa selawat !!! ^_^ keep smile~

The Almighty Longing

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahiim..

Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad.  :)

Ciptakanlah rasa rindumu kepada Rasulullah saw,sebagaimana yang termaktub dalam firman-Nya;'' Rasulullah adalah kurnia yang paling nyata''.Dengan perasaan rindu,maka akan membuat amal seseorang menjadi mulia.Jika seseorang mempunyai ikatan batin dengan hal-hal yang mulia,nescaya semua amalnya akan ikut menjadi mulia.Namun sebaliknya ,jika seseorang memiliki ikatan batin dengan hal-hal yang rendah,maka seluruh amal bahkan kehidupannya akan menjadi rendah pula.

Lihatlah perasaan kerinduan Sayyiduna Abu Bakar Ash Siddiq kepada Rasulullah saw.Ketika itu Nabi Muhammad saw mendatangi rumah Sayyiduna Abu Bakar di waktu yang tidak seperti biasanya ,kemudian Rasulullah saw menyampaikan berita rahsia tentang perintah ALLAH SWT agar Baginda saw berhijrah.Tanpa berfikir panjang,Sayyiduna Abu Bakar Ash Siddiq bertanya ;'' Apakah aku dapat menemanimu,wahai Rasulullah ? Aku mohon izinkanlah aku untuk menemanimu wahai junjunganku.''

Mendengar permintaan Sayyiduna Abu Bakar Ash Siddiq yg tulus,Rasulullah saw pun mengiyakan .Kemudian Sayyiduna Abu Bakar pun menitiskan air mata bahagia kerana kerinduannya yg begitu besar kepada Rasulullah saw dan dia sedar bahwa dirinya tidak akan mampu berpisah dengan Baginda Nabi Muhammad saw.Sehingga Sayyidah Aisyah ra ,yg ketika itu masih sangat belia usianya,berkata:''Baru kali ini aku melihat ada orang menangis kerana bahagia.'' 

Kesungguhan Sayyiduna Abu Bakar Ash Siddiq berjuang bersama Nabi Muhammad saw untuk menemani Nabi Muhammad saw benar-benar muncul dari hati yang tulus.Dari hati yang memancarkan kecintaan serta keimanan kepada ALLAH SWT dan Rasul-Nya.Maka oleh ALLAH s.w.t,hal itu diganjari dengan menemani Rasulullah saw selama tiga hari tiga malam berada didalam Gua Tsur.

Lihatlah pula kerinduan Sayyidina Bilal Bin Rabah ra pada saat-sat akhir ketika ajal akan menjemputnya.Ketika dengan kesedihan yg begitu mendalam,isterinya menangis mengetahui akan tibanya detik-detik saat perpisahan selama-lamanya dengan suaminya tercinta.Di saat kegentingan itu,apa yang diucapkan oleh Sayyidina Bilal Bin Rabah ? Apakah yang ia ucapkan? Apakah yg terucap dari lisan yg penuh cinta terhadap kekasihnya ini? Beliau mengatakan :''Duhai alangkah bahagianya ,besok aku akan bertemu dengan Rasululalh dan sahabat-sahabatnya.''



Begitu pula disebutkan dalam sebuah riwayat ,ketika seorang sahabat yang baru berusia 10 tahun meminta kepada ayahnya agar diizinkan untuk berperang di jalan ALLAH swt.Setelah sang ayah mengizinkan ,lalu anak itu berkata kepada sang ayah :''Wahai ayahku,sekarang tolong gambarkan paras wajah Rasulullah saw dan sifatkanlah kepadaku tentang sifat-sifat baginda saw,sehingga aku dapat mengkhayalkan dirinya saw.Hal ini agar menambah semangatku saat berjuang nanti dan aku ingin menjadi syuhada'''

Hal ini muncul tiada lain kerana hati yg didasari kerinduan mendalam dari sahabat kecil yang belum pernah bertemu dengan susuk Rasulullah saw ini.Bandingkan dengan apa yang diperbuat anak-anak kita sekarang,mereka di usia 12tahun ke atas hanya rindu kepada pemain bola atau para bintang filem,yg mungkin seumur hidupnya belum pernah bersujud kepada ALLAH s.w.t.

Kerana itu,didiklah anak-anak kalian untuk selalu rindu kepada Rasulullah saw.Ajarilah merka agar Rasulullah saw menjadi idola teladannya.Al Imam Al Habib Abdullah Bin Abu Bakar Al Aydrus mengatakan didalam syairnya: ''Dengan perasaan rindu,seseorang akan semakin tinggi dan menjadi mulia amalnya.''

~Petikan Ceramah Al Habib Umar Benhafidz di Indonesia ditulis kembali oleh al faqirah ilallah. 23/4/13




''Suamiku Seorang Ustaz?''

Bismillahirahmanirahiim...
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar.. :)

''Suamiku seorang Ustaz''

Demikian tajuk novel yang sempat al faqirah baca muqadimah dan intronya.

Maaf,roomate terbaca sedikit buku itu di atas meja awak. ;)Hampir setahun lebih tidak membaca novel.Bukan tiada masa,cuma kurang berminat.Novel ini pun tidaklah jenis novel yang diminati.Cenderung kepada novel seperti 'Ketika Cinta Bertasbih' ,'Ayat -Ayat Cinta' atau novel seperti Ustazah Fatimah Syarha atau Habiburahman al Syirazy lain-lainya.

Rasa nak berhenti sementara menulis status-status di Facebook,kerana nak menumpukan kepada penulisan novel.InsyaALLAH.mohon doakan al faqirah.

Hajat al faqirah untuk menerbitkan satu atau dua buah novel dalam masa yang agak sibuk akhir-akhir ini menghampiri tahun akhir sebelum grad.Novel al- faqirah berkisar soal cinta juga.Namun lebih kepada cinta kepada Rasulullah saw.Sebagai contoh seperti novel yg ditulis oleh Kak Munirah,senior di Uia,Gombak suatu masa dahulu.Iaitu' Qasidah buat Kekasih'

Mungkin kali dengan tajuk 'Rida Buat Kekasih'? :)


Tengoklah,macam mana hasil istikarah dan istisyarah,

Mahu menulis kena banyak membaca.
Bahkan kena benar-benar merasai cintanya.Cinta kepada Habibuna Rasulullah saw.

InsyaALLAH,doakan al faqirah agar dikurniakan kesihatan,rezeki dan ilham yang baik serta sudah tentu dikurniakan niat yg ikhlas disertai rasa cinta kepada ALLAH dan Rasulullah saw lebih-lebih lagi.

INSYAALLAH.
Al afwu minkum.

:)


Assalamualaikum!
Ma'asalamah~ (^_^)/'' jgn lupa selawat~