Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Monday, December 30, 2013

S.E.M.U.T

Semut.

Kecil atau besar.

Merah atau hitam.

:)

Suka tengok semut yang sedang makan gula yang tersisa.

Terima kasih. Takda duit nak bagi sedekah, boleh bagi semut gula kan? ;) Ia jua dikira sedekah moga-moga.

Siapa kamu sebenarnya semut?
Rakyat Nabi Sulaiman terdahulu.

Sehingga dalam al Quran ada surah yang menyebut namamu?
Siapa kamu?

Surah an Naml

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Wadi an-Naml", berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari. (18)

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (19)


Masih mencari hikmah kenapa ALLAH membuatkan diri saya rasa SUKA tengok semut.


Tengok ceramah Ustaz Amin Abdullah sat di sini: 


http://www.youtube.com/watch?v=cJOMU0vYoDs

Ohya,saat menulis entry ini, tiba-tiba ada semut merayap ke screen labtop.
Oh, saya bukan pemelihara semut. Tapi semut selalu ada di bilik ini dimana-mana walaupun tiada makanan tersisa. Jadi alang-alang selalu ada tetamu semut ini,pasti ada sesuatu ALLAH nak 'AJAR' saya...  :)

To be continued..

Sunday, December 29, 2013

ALLAH itu ada.


Bismillahirahmanirahiim


Subhanallah walhamdulillah Allahukbar !

Pagi sebelum menghadapi kertas peperiksaan ke-dua 2.30petang ini, diri memang jenis tidak boleh fokus satu perkara.

Sambil ulangkaji, facebook dibuka. Sambil ulangkaji, boring-boring akan buka bacaan al Quran, qasidah atau nasyid. Sambil ulangkaji sambil catit tulisan ilmu ceramah ulama' yg didengar. Sambil ulangkaji, masa itu jugaklah belek kitab hadis 40. Seronok baca hadis 40. Nak hafal dan amal slow2,insyaALLAH.

Terpandang status seorang daie Ilallah yg hebat ini. Kisah tentang zaujahnya yang bermimpi berjumpa Nabi yang mana Nabi menunggu ketibaan anak beliau sebab Nabi tahu anaknya banyak berselawat. Bagaimana bisa seorang budak kecik boleh banyak selawat? Ini saya kongsikan kisah mereka. :)






~Selawat ke atas Nabi teragung tercinta~

Semalam bidadari saya mimpi abangnya bawa baby saya ke dalam sebuah masjid kat Malaysia untuk solat jumaat,ketika itu saya sedikit lambat bersiap untuk ke masjid jadi abang ipar saya yang pergi dulu sambil bawa baby saya tu ke masjid sekali...

Dan telah hadir Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ke dalam masjid tu jugak dan khabarkan bahawa kedatangan b
aginda ke masjid itu semata-mata khusus untuk bertemu dengan "cucunya" iaitu baby saya dan baginda juga khabarkan bahawa sebab kenapa beliau ingin bertemu sangat dengan "cucunya" itu ialah kerana baby saya tu banyak BERSELAWAT ke atas baginda......

Kemudian bidadari saya pun lari pulang ke rumah dan bagitahu pada umminya yang Nabi datang ke masjid khas untuk bertemu dengan baby kami,umminya jawab lebih kurang "biasalah tu,tentulah Nabi nak ziarah cucu cicitnya..." (Note: Bidadari saya ahlul bait,so baby saya tu memang cicit Nabi lah berdasarkan nasab keturunan ibunya)

-Tamat mimpi-

Bila mimpi ni diceritakan pada saya,kami sama-sama terfikir,macam mana baby kecik kami yang baru umur 40 hari ni boleh berselawat banyak-banyak kat Nabi?

Akhirnya baru lah saya faham,sebenarnya yang banyak berselawat tu bidadari saya,sebab beliau sampai hari ni tak boleh puasa sebab nifas,jadi beliau tak dapat nak baca Al-Quran atau ibadah-ibadah lain...so selawaaaat je memanjang,siang malam selawat,terutamanya 40 selawat susunan Maulana Zakariyyah Khandahlawi (boleh download pdf selawat 40 tu di google,taip "40 salaat and salaam mawlana zakariyya").....dan setiap kali beliau selawat tu,beliau akan selawat depan baby,biar baby dengar...

Moral of the story: Apa yang nak disampaikan ialah,jangan pandang rendah pada amalan SELAWAT terutamanya hari jumaat ni,Nabi bersabda mahfumnya barangsiapa yang berselawat setiap jumaat(secara istiqamah) sebanyak 1000x,maka pembaca tu tak kan mati selagi dia tak nampak tempatnya di dalam syurga.

Setiap selawat kita memang sampai kepada Nabi dan Nabi kenal siapa yang berselawat kepadanya.So kalau korang nak "dikenali" oleh Nabi terutamanya di padang mahsyar nanti,banyakkanlah SELAWAT...status inijugak khas kepada makcik-makcik yang tengah cuti tu...jangan jadikan "cuti" sebagai alasan untuk tak mau buat amal khasnya di bulan ramadhan ni...

~Selamat berselawat~Allahumma solli 'ala Muhammad~

(Beberapa orang Wahabi cakap saya dan keluarga saya telah kafir sebab kami mengingkari akidah "Allah bertempat di atas langit" dan Syiah juga cakap kami kafir sebab kami tak mahu sembah saidina Ali,tapi syukur kepada Allah sebab Nabi-Nya masih sudi menziarahi "orang-orang kafir" ni....)




Makin bertambah semangat nak pergi jawap exam. InsyaALLAH, lillahita'ala sudah diniatkan menjawab kertas peperiksaan.

Sampai di bangunan KAHS agak awal pada mulanya nak jumpa Dr ,nak sahkan yang diri sudah menghantar asignment yang dimintanya minggu lepas lagi.

Tapi niat terhalang seketika. Dengar bunyi suara kucing sangatlah kuat dan sayu.

''Meow..meow...meow..''

Kenal suara kucing sebegitu seperti dalam kesusahan biasanya.

Rupa-rupanya ada anak kucing tersekat di lubang. Cuba bukak grill macam yang tutup longkang bawah itu. Takut-takut ia tertimbus,tapi eh lari pulak anak kucing itu.

Keluar ibunya.

Mengiau-ngiau tak habis-habis.

Kasihannya ,lapar ye.

Habis masa screen disitu beberapa minit waktu,takpala tadi dah study.

Kucing itu lapar. Kebetulan diri pun lapar,belum makan lunch. Jadi faham sangat perasaannya

Biasanya musim exam,tak de orang kat bangunan jadi mungkin tiada siapa2 pelajar bagi makanan kat kucing-kucing itu.

Pelajar2 uia semua baik-baik pada kucing.

Ada satu hari, nampak seorang pelajar perempuan ini siap asingkan isi dan tulang ikan. Bagi isi je kat ikan, asing siap2.

Lepas itu, bawalah kucing itu ke satu sudut tersembunyi sedikit dekat tangga.

Nak bagi apa ye?

Belek-belek beg, ada Biskut sekeping dan  kek Apollo perisa koko.

Jadi diri pun lapar jugak, tmakan sikit,selebihnya bagi kat kucing la.. Tadi dah minum air zamzam dan tabaruk Nabi,insyaALLAH bisa bertahan.

 Lahap betul dia makan.

Seronok rasa tengok orang makan. Ops! Bukan orang,tapi kucing. ;)

:)

Pahtu makanan dah habis, tak tahu nak bagi apa lagi. Tinggal gula2 'Dinamits' je.

Kucing tak makan gula2 kan?

:)

Serah pada ALLAH YA RAZZAQ

Semoga mampu kurangkan sedikit lapar kucing ini dan jua diri.

Ulangkaji saat akhir,dan diri juga yang kedua terakhir masuk ke dewan exam.
Tengok kertas soalan,alhamdulilah faham soalan.

Masuk part essay,

YA, ALLAH ADA SATU SOALAN ESSAY DARI 3 TAK PERNAH BACA TOPIKNYA!

Sebab itu topik sebelum midsem tak silap. Topic sepatutnya dimaklumkan masuk after midsem.

Tawakal,redah je lah

Zikir hauqalah banyak-banyak

Takpa,kalau ALLAH bagi ingat,ingatlah.

Lebih kurang 45minit sebelum habis waktu, selesai menulis kedua-dua esai.

Tinggal satu lagi.

Nak 'goreng' macamna ni ye

Ni fakta sains,takleh goreng.

Tell me about ARSENIC!

Bagaikan kertas itu bersuara memberi arahan. Masa kian suntuk.

Zikir hauqalah banyak-banyak lagi.

Aku takde daya ya ALLAH.

Tiba-tiba teringat kisah di atas tadi.

Teringin sangat nak jumpa Saiditina Fatimah.
Teringin nak mimpi jua Saiditina Aisyah.
Ayahnya sudah. :)

Tak pernah mimpi lagi ahlul bait Nabi dikalangan perempuan.

Kemudian,apa berlaku?

Takkan nak tinggal kosong macam itu je kertas?

Baca elok-elok soalan, apa agak2 terjadi?

PLEASE ANSWER ONLY TWO QUESTION IN THIS PART.

ALLAHUAKBAR!


Nangis slow2..

Nasib tak menitis ja airmata.

Sebelum masuk dewan exam tadi, minta doa dengan anggukan kat kucing.

ALLAH ITU ADA ,kan?

Seronoknya rasa.

ALHAMDULILAH.

ALLAH ITU ADA,kan?

Rasailah ALLAH ITU MAHA MENDENGAR KITA.

MAHA MEMBANTU KITA.

:')

Zikir hauqalah lagi.




Sebelum masuk dewan exam, zikir hauqalah banyak-banyak.

لاَ حَوْل َوَلَا قُوَّةَ إلاَّ باِللهِ

Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan izin ALLAH.

Kalau ALLAH bagi ingat,ingatlah apa yang dihafal. 
Kita dah usaha,selebihnya serah kat ALLAH. 

2014, tambah selawat banyop2 lagi.


Rindunya Rasulullah
Rindunya nak mimpi Rasulullah lagi.

Ya ALLAH...


AKU RINDU..



Wednesday, December 25, 2013

Hafizah Solehah

Aku cinta kepada ilmu.
Aku cinta pada orang yang berilmu.
Aku cinta pada penuntut ilmu.
Aku cinta pada ulama'.
Aku ingin menjadi ulama juga.

Biar aku meski harta, namun ilmuku perlu kaya. Amalku perlu kaya.
Jiwaku perlu kaya.
Adabku perlu kaya.
Akhlaqku perlu kaya.
Semangatku perlu kaya.
Tardhiyyah ku perlu kaya.
Doaku perlu kaya.

Aku menangis, menangis,dan menangis malam ini.
Aku imbas masa lalu penuh dengan kejahilan.
Masa lalu boleh dijenguk sekali-sekala,namun usah tinggal didalamnya lagi.
Dengan cahaya ilmu, aku mengenal gelapnya maksiat.
Dengan cahaya ilmu,aku merasa manisnya iman.
Dengan cahaya ilmu,aku merasa dekatnya Tuhan.

Aku menangis lagi.
Aku merasa tidak berdaya atas kudratku.
Aku ingin menjadi ulama'.
Aku ingin menjadi hafizah Quran.
Aku ingin menjadi hafizah Hadis.
Aku merasa tidak berdaya.
Saat diriku tiada wang untuk aku bermusafir mencari ilmu.
Bahkan jika aku terpaksa berhutang dengan manusia untuk mencari ilmuNYA.
Ya Tuhan aku berhutang untuk menuntut ilmuMU.
Malu,ya Tuhan.

Aku mengharapkan sangka baik padaMU.
Aku berdoa pahala yang ada sepanjang aku bermusafir ilmu, Kau bahagikan tiga antara aku dan ibubapaku.

Ya Tuhan. sungguh Engkau dekat.
Meski aku sering bermaksiat
Meski aku sering lalai dan tersekat-sekat buat ibadah sunat.
Meski aku lalai menjaga amanat.
Ya Tuhan Kau sering kabulkan setiap detikan doaku.
Ya Tuhan, semua nikmatMu aku malu untuk menerimanya.
Ya Tuhan,baiknya Engkau ya Tuhan.
Aku seronok berduaan denganMU YaTuhan
Aku ingin selalu dekat denganMU Ya Tuhan.
Aku ingin mati dalam dakapan redaMU Ya Tuhan.
Aku ingin mati dalam majlis KekasihMU,Ya Tuhan.
Ya Tuhan..
Ya ALLAH.
YA ALLAH..
YA ALLAH..

Hafizah Solehah terus bermonolog sendu dalam tahajudnya.

Dan demi ALLAH yang menciptakan siang dan malam , rezeki itu ditangan ALLAH.
Usah risau akan sesuatu yg sudah ditakdirkan ALLAH.

Sunday, December 22, 2013

Jadikan diri suami yang memahami.

Perkongsian sajak dari sebuah seminar yg dicopy paste dari status adik Lukman Taib, Uia Kuantan.

Kata pujangga...
perempuan bagaikan angin,
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu,
menyaji kasih, menghidang sayang,
ingin dibelai, minta dimanjakan...
adakalanya mereka seperti nenek,
berleter seadanya, merungut semahuannya...







Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini,
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Psst...
Tiba-tiba isteri merajuk,
pandai-pandailah memujuk,
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana si dia tak akan terdaya
mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman

Masih gagal?
Cuba gunakan sentuhan
Semarakkan belaian

Masih gagal juga?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air di dalam cawan
jangan digoncang... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air di cawan akan kita minum jua.

Tapi awas...
kalau ternyata rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta beikrar:
“Sayang, abang tak ulang lagi”
katakan: “Sayang... abang alpa”
bisikkan: “Darling... I lupa”
hulurkan tangan pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin

Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabot
minta villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukian Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
katanya: “Seabadi permata...
segemerlapan intan...”
sedangkan di tangan kita
cuma cincin tembaga

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula  


Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia dengan redha
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati
bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput

Katakan: “RM bukan segala-galanya”
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah: “Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta
tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri
istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini.”

Fuuuh...
Akan tiba masanya bila isteri di hati
tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis tidak lagi bunting padi
pipi bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi
itulah cinta sejati

Namun, tidak salah
di samping menyanjung budi
kita merampingkan body
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat, niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampingkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan

Bukan masanya lagi merenung dosa
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, selepas mati pun bersama

Uhhh...
kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan tautan cemburu

Apa bukti setiamu suami?
apakah tandanya hanya aku di hatimu?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah




Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara indirect dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri

"Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga makan minum kita
Dia yang mencuci kain baju kita.
Dia yang membantu membersihkan rumah kita.
Apa salahnya kita bersabar dengan sedikit karenahnya?"

Marilah sama-sama kita tabut secubit salji pada segenggam api
telah banyak kita dengar
cerita keruntuhan
kisah perpisahan
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya

Institusi ini adalah kubuh terakhir kita
Marilah kita pertahankan bersama si dia
si diaku, si diamu,
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber
biar setia kita makin waja
Biarlah skrin-skrin internet atau intranet memaparkan
yang indahindah pantulan seri rumah tangga kita

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh digunakan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu
Salam kuhulur
Buat menyapa hatimu nan zuhud
Bersamalah kita harungi
derita yang datang
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata
Biar kita rasa, rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya

Isteri...
Tidak kutagih setia sesetia Hawa
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu...
seorang isteri