Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Friday, September 23, 2011

~Ia akan datang apabila kita sudah bersedia~

Bercerita soal jodoh. :)



"Mak,tadi kawan kakak bagitau. Ada orang Tanya pasal kakak." Kataku pada mak yang sedang membasuh pinggan. Mak berhenti sejenak, memandang anak daranya yang kelihatan tidak keruan.

"Pastu kakak kata apa?" soal mak.


"Kakak tak cakap apa pun mak. Kakak diam je. Tak cakap apa pun. Kakak tatau la mak. Kakak rasa.. Entah!" kataku sambil menyusun gelas-gelas kaca di rak aluminium.


"Kakak dah dewasa. Kena mula fikir tentang semua ni. Dari dulu asyik diam je. Nak tunggu sapa-sapa ke?" soal mak, memancing nampaknya.

"Tak adalah. Bukan macam tu mak. Kalau kakak cakap YA ke TAK ke, ada makna ke? Bukan kakak boleh kawin pun dengan dia. Buat masalah hati kakak jugak." Kataku sambil menarik kerusi untuk duduk. Mak pun kelihatan menarik membicarakan topic ini.

"Bukan macam tu. Tak semestinya terus kawin. Kakak pun muda lagi nak kawin sekarang. Entah kakak. Mak tidak paksa kakak terima ke tolak ke, mak tak kisah. Mak serah pada kakak. Tapi mak tak larang kalau kakak ada sapa-sapa yang steady, sebab mak tahu, anak mak reti beza dosa pahala. Anak mak paham benar muamalatnya macamana. Kan Kakak?" lirikan mata mak membuatkan aku rasa gundah.

"Kakak ingat nak serah semua pada mak. Biar mak yang tentukan siapa calon menantu mak. Kakak tak kisah. Kakak nak buat mak bahagia." Senyumku sambil meneguk susu segar dari peti ais.

"Yang nak kawinnya kakak. Yang nak hidup sampai mati pun kakak. Bukan mak. Kakak berhak tentukan pilihan kakak. Mak tentu bahagia dengan pilihan kakak. Kakakkan pandai memilih. Kakak kan tahu dari sudut apa kita kena pilih." Lembut bicara mak.

"Kakak suka kalau mak pilih. Mak kenal anak mak lama dah. Tentu mak tahu sapa yang sesuai dengan kakak kan? Mak mesti tahu orang macamana boleh tahan dengan perangai kakak. Mak mesti tahu lelaki mana agaknya sanggup layan semua karenah kakak." Kataku sambil memandang mak tanpa berkelip. Khusyuk beb!

"Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih. Bukan senang kakak. Tak boleh bina atas rasa cinta semata. Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat kakak, pastu kakak terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, kakak pun terus mengambilnya. Serius tau. Nak mencari bakal suami untuk hidup berpuluh-puluh tahun dengan kita, sampai kita mati, bukan mengambil masa sehari dua sayang. Kita kena usaha jugak." Mak mula mengelap tangan dengan tuala hijau di tepi sinki. Tanda siap mencuci pinggan mangkuk seusai makan malam tadi.

"Maksud Mak kakak kena macamana? Kena usaha macamana? Kakak tak pandailah. Kakak tak suka fikir benda-benda macam ni. Usaha macamana ye? Mak suruh kakak cakap apa kat orang yang Tanya kakak tu?"soalku,ghairah ingin tahu.


"Kakak, mak tak suruh kakak cakap apa-apa. Usaha ni tak semestinya dengan bercinta atau mencari kekasih tau. Kita orang yang ada agama. Kena ada beza dengan orang yang tak ada agama. Kita kena ikut garis panduan yang Allah suruh. bukan usaha pergi ngurat sana sini. Tapi sekurang-kurangnya kakak bagi peluang untuk diri kakak dan orang yang nak kenal kakak. Bagi peluang tak semestinya kena keluar bersama. Tak semestinya kena mesej-mesej, call-call. Bagi peluang orang tu kenal kakak. Dan kakak kenal dia. Dengan cara baik, cara agama kita." Mak mula menyapu lantai. Aduh, rajinnya mak!


"Jodoh tak datang bergolekkan Mak?" kataku sambil menolong Mak mengemas lantai marmar kuning itu.

"Ya kakak. Jodoh memang tak datang bergolek. Kalau jodoh datang bergolek, kasihanlah bakal suami kakak, kena bergolek-golek nak datang sini jumpa Mak." Ketawa mak memecah keseriusan dalam perbicaraan.

"Mak ni.. Macam tu pulak. Bakal suami kakak tu kan Allah dah tetapkan. Kenapa kakak mesti usaha juga?" soalku selepas ketawa dengan lawak mak yang sangat lucu.


"Kakak, nak makan kelapa, kena panjat pokoknya. Nak minum air, kena pegang gelasnya. Tak datang jodoh tu tercongok depan kakak. Nak exam pun Allah dah tetapkan keputusannya. Tapi kakak usaha jugak kan? Kakak kena usaha. Usaha macamana? Usaha perbaiki diri kakak. Kakak nak cari orang yang sayang kakak kan? Kakak kena sayang diri sendiri terlebih dahulu. Kakak usaha perbaiki diri. Insya allah, satu usaha yang Allah kira dalam usaha kakak nak dapat suami yang baik. Takkan muslimah yang baik untuk muslimin yang tak baik kan? Jadi, kena jadi muslimah solehah dulu. Kakak kena usaha jadi lebih baik. Itu satu usaha tau. Perkuatkan ibadah. Pertingkatkan ilmu agama dan sebagainya. supaya nanti bila dah berkeluarga, kakak matang dan semakin disayang suami. Kalau suami dah sayang, insya allah, Allah pun sayang juga." Mak kembali duduk bertentangan denganku.

"insya allah mak,kakak cuba baiki diri. Nak cari orang yang faham kita ni susah jugak." Kataku lagi.

"Kakak, kita jangan harapkan seorang suami yang sempurna. kita sendiri punya terlalu banyak kekurangan. Kita kena terima kekurangannya seperti mana dia perlu menerima kekurangan kita. Mak tahu, susah nak faham kakak ni. Dari kecik lagi memang degil,tak disangka-sangka perangainya. Rebut kencang angin taufan tak tahu lah. Tapi kakak kena ingat, kita tak boleh nak suruh semua orang faham kita. Kita juga kena faham suami kita. Jangan nak ikut kepala saja. kakak dah jadi anak solehah buat mak dan ayah. Mak yakin kakak boleh jadi isteri yang solehah. Cuma perlu penambahbaikan lagi sedikit. Kakak kena usahalah. Jangan dok hitung orang datang meminang saja ya?" ketawa mak halus di hujung kata. Aku mengangguk.

"Yelah mak. Kakak faham dah. Insya allah. Kakak cuba baiki diri. Kakak tak nak jadi macam kawan-kawan kakak. Belum apa-apa lagi lelaki dah bebas nak mesej, nak cakap macam-macam. Belum tentu jadi suami lagi. Kakak harap mak doakan kakak tetap dengan prinsip kakak. Kakak nak jadi permata yang berharga. Buat mak, ayah, keluarga dan tentu sekali agama. Mak doakan kakak dapat jodoh yang paaaling baik. Nanti kakak nak hadiahkan mak menantu yang terbaaaik. Tapi sebelum tu kakak nak kena jadi yang paling baik jugak la kan? Harap-harap kakak Berjaya Mak. Harap-harap Allah beri kakak suami yang boleh jaga kakak, faham kakak, dan yang tak kurang penting jugak, suami yang boleh bahagiakan hati mak dan keluarga kakak. Amin" kataku sambil meraup tangan ke muka.

"Amin. Insya allah sayang. Mak selalu doakan kakak. Suami soleh milik kakak insya allah. Yang penting, jaga diri kakak. Jaga batas dalam bermuamalat. Jaga ibadah kakak. Semua kakak kena jaga. Yelah, sebelum anak perempuan mak jaga anak teruna orang, kena pandai jaga diri sendiri dulu. Tak gitu? Kalau tak, kasihan pulak anak teruna orang nanti." Kata mak sambil membuka apron dan menggantungkannya ke dinding.

"betul tu mak. Diri sendiri pun tak terjaga, dok sibuk nak pi jaga anak orang. Jaga diri sendiri dulu kan. Insya allah, kakak cuba yang terbaik. Apa saja yang buat mak bahagia, kakak insya allah cuba ikhtiarkan. Jadi mak, macamana dengan yang Tanya pasal kakak tu?"soalku, balik pada topic asal.

"Kakak tak nak ke? Kenal dia tak?" soal mak,serius.

"Kenal tu kenal. Tapi kenal macam tu saja. Tak tahu lah lebih-lebih. Entah macamana boleh berkenan kat kakak. Tak layak dengan dia mak. Dia orang hebat. Kakak ni entah apa. Hampa padi saja nak dibandingkan dengan orang macam dia tu. Kakak rasa macam segan nak berdiri sebelah dia. Apatah lagi nak….hem.." garu-garu kepala,tandanya malu.

"Kakak hebat dari sudut lain. mungkin boleh bantu dia dalam kehebatan dia. Kita tak tahu. Nanti kalau kakak kat sisi dia, dia lagi hebat, sapa tahu."kata mak lagi.

"Aik, mak ni macam nak suruh kakak terima je?" kataku, blushing.

"eh! Tak lah sayang. Anak mak bersedia nak bagi komitmen ke? Mak harap anak mak baiki diri dulu. Biar standing dengan dia dulu. Apapun, terpulang pada kakak. Kakak lagi tahu urusan dunia kakak. Mak membantu saja."

"Ok lah kalau mak cakap macam tu. Kakak pun belum sedia nak bagi komitmen apa-apa. Kakak diam sajalah. Senang cerita kan mak? Bahagia…" kataku sambil menutup suis lampu ruang dapur dan melangkah bersama mak ke ruang menonton tv. Senyum puas.

"Kakak, pegi buat list apa yang kakak nak dari suami kakak." Kata mak. aku meluncur laju ke bilik adik. Mencari pen dan sehelai kertas. Kemudian terus menulis.


  1. Alim dan banyak ilmu agama.

  2. Solat jamaah tak tinggal,selalu p surau.

  3. Baek hati dan penyayang

  4. Lemah lembut dan penyabar

  5. Banyak buat ibadat sunnat.

  6. Pandai amek hati orang sekeliling kakak

  7. Tak pentingkan diri

  8. Boleh jadi imam dan rujukan orang sekeliling.

  9. Kefahaman agama yang jelas.

  10. ……………………….

Sampai hampir 30 item yang disenaraikan. Lalu aku tunjukkan kertas yang penuh berisi tulisan comelku kepada mak. mak membaca dengan tenang. Dibacanya satu persatu, jelas pada pendengaranku. Mak ambil kertas tersebut dan lekatkan pita selofan di belakangnya. Lalu mak menuju ke bilik tidurku. Kertas lunyai itu mak tampal kat dinding bilikku berhampiran katil tidurku, bersebelahan almari pakaianku.

"Pastikan semua item ni kakak ada sebelum kakak nak dapat suami idaman kakak ni.." kata mak sambil menggosok belakangku halus.

Aduh. Nak menangis sekarang. Mak!! anak mak nak cuba yang terbaik. Dengan bantuan dan doa serta dorongan mak, insya allah, anak mak nak jadi muslimah solehah dalam berjalan mencari calon suami, bakal penguat iman didada, bakal imam setiap solat fadhu dan sunnat, bakal insane untukku berkhidmat selamanya. Bakal lelaki yang aku mahu jadi sayap kirinya. Mak. doakan kakak. Kakak harap suami yang bakal kakak pilih, kakak jumpa, kakak hidup sama-sama adalah suami yang boleh bawa kakak ke syurga dunia dan syurga akhirat sana. Mak jangan henti doakan kakak. Kalau kakak salah, mak tegurlah kakak. Kalau kakak hilang diri, mak bantulah kakak. Ingatkan kakak. Jangan biar kakak lupa. Izinkan kakak kembara menjadi musafir mencari bakal suami yang soleh buat peneman diri. Dan kakak tak lupa menjadi yang solehah, persiapan diri untuknya yang soleh,Mak. kakak akan berusaha. Insya Allah!

 ~CP~
http://husnabaek.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment