Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Monday, December 31, 2012

"Cintalah , Rindulah dan Syukurlah Pada Allah SWT"


Majlis Ta'lim Darul Murtadza 28.12.2012


Habib Kadzim Jaafar As-Saggof, Mufti Yaman
Terjemahan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid

Photo credit to Darul Murtadza

Segala puji bagi Allah SWT yang memberikan hidayah kepada kita untuk berada di tempat yang penuh dengan barokah ini, untuk mendapatkan cahaya daripada Allah SWT, yang dengan cahaya itu akan menjadi sebab kita mengikut junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

Tidak diragukan lagi bahawa majlis seumpama ini ialah majlis yang amat disukai Allah SWT. Dalam hadis Nabi SAW bersabda,  “Amal yang paling disukai Allah SWT ialah amal yang dilakukan berterusan walaupun sedikit”. Anda semua adalah melakukan perkara tersebut dengan datang setiap minggu ke majlis ini secara istiqamah. Tentunya perbuatan anda amat disukai Allah Ta’ala.

Tidak diragukan lagi bahawasanya ilmu yang anda dipelajari adalah ilmu yang menjadi menjadi sebab membimbing dan hidayah yang menjadikan anda mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Keberadaan kita di atas muka bumi ini adalah tidak diragukan lagi untuk kita mencari kasih sayang Allah SWT dan untuk mendapatkan pemberian Allah Ta’ala.

Kita ingin berniaga dengan Allah SWT, yang mendatangkan keuntungan yang tiada penghujungnya, bahkan keuntungan itu bersifat kekal abadi. Allah SWT, ketika menawarkan perniagaan-Nya kepada kita, untuk dikongsi sama perniagaan itu, cara penyampaian Allah adalah disampaikan dengan rasa penuh kasih sayang dan belas kasihan kepada hamba-Nya.

Allah berfirman yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang akan menyelamatkan kamu daripada azab yang begitu pedih, iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri kamu. Maka kamu akan diampunkan oleh Allah. Kamu akan dimasukkan oleh Allah dalam syurga Allah SWT”.

Dalam ayat ini, Allah mengajak manusia dengan lemah-lembut - “Wahai orang-orang yang beriman…” . Allah tidak berfirman secara langsung, “Jom, berniaga dengan Aku!”. Sebaliknya Allah menggunakan kata-kata yang penuh rahmat dan memberi tawaran kepada hamba-hamba-Nya.
Demikian, kita akan melihat banyak sekali di dalam Al-Quran nul Kareem, Allah bilamana ingin menyuruh kepada hamba-Nya, cara suruhan itu akan dipenuhi dengan rahmat, kerana suruhan itu sendiri sememangnya menjadi rahmat kepada hamba dan bukan memberatkan kepada hamba.
Dalam contoh yang lain di dalam Al-Quran nul Kareem (ayat 183, surah Al-Baqarah), Allah ketika ingin menampilkan kasih sayang kepada hamba-Nya dalam bentuk suruhan ibadat puasa, berfirman:


Dalam ayat ini, Allah tidak berhenti setelah menyuruh kita berpuasa, bahkan diberitahu juga bahawa sebelum ini juga telah disuruh orang lain berpuasa. Selepas itu, Allah menceritakan faedah daripada suruhan itu iaitu supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.

Seterusnya Allah beritahu jangka masa untuk berpuasa – iaitu satu bulan sahaja. Allah juga memberitahu keringanan yang dibenarkan seperti jika tak mampu berpuasa, boleh digantikan dengan sedekah dan sebagainya. Jika sakit, maka boleh ditinggalkan dan digantikan kemudian. Keringanan demi keringanan diberikan Allah kerana Allah menginginkan keringanan untuk kamu, dan bukannya kesusahan.

Kamu disuruh membesarkan Allah, dan dengan melakukannya, kamu akan dimasukkan Allah ke dalam golongan orang-orang yang bersyukur. Demikian pemberian kasih sayang Allah SWT yang ringan kepada hamba-Nya.

Ketika ingin menyuruh hamba-Nya mengeluarkan harta yang amat disayangi – Allah tidak suruh secara langsung seperti ini, “Wajib kepada kamu mengeluarkan zakat”. Sebaliknya, Allah memberitahu terlebih dahulu untuk siapa zakat itu diperuntukkan, seperti dalam ayat 60, surah At-Taubah:

Allah sebut tentang penerimanya dahulu, yang keadaan mereka memang memerlukan, kemudian barulah Allah sebutkan bahawa zakat itu wajib iaitu di akhir ayat, dan bukan dipermulaanya. Inilah cara Allah menyuruh hamba-Nya dengan penuh kasih sayang.

Begitu juga ketika ingin mengingatkan Nabi Muhammad SAW. Allah tidak menyebut silapnya dulu, tetapi disebutkan kemaafan-Nya terlebih dahulu (ayat 43, surah At-Taubah).

Dalam masalah haji, Allah SWT, ketika ingin mewajibkan haji kepada hamba-hamba-Nya – Allah berfirman (ayat 197, surah Al-Baqarah) terlebih dahulu tentang waktu mengerjakan haji, sesudah itu baru Allah sebut “Barangsiapa yang wajib haji kepadanya…”. 

Allah mewajibkan bagi mereka yang mampu saja, yang tidak mampu dimaafkan oleh Allah SWT. Kemudian Allah menyebut agar tidak melakukan perkara–perkara yang boleh merosakkan haji – iaitu Allah menegur secara halus. Allah menyuruh dengan penuh kasih sayang dan rahmat dan sebesar-besar rahmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya ialah Nabi Muhammad SAW.

Allah juga menunjukkan kasih sayang kepada hamba-Nya termasuk dalam  perkara khusus yang meliputi harta yang dimiliki hamba-Nya, yakni cara pengagihan harta setelah seseorang itu meninggal dunia (ayat 11, surah An-Nisa’). 

Perumpamaannya, seperti seorang Raja yang ada menteri yang memiliki harta dan anak-anak. Raja yang ikut membantu mengatur kepada menteri untuk mengagihkan hartanya merupakan seorang Raja yang amat prihatin kepada menterinya. Apatah lagi Allah yang merupakan Raja kepada seluruh Raja di atas muka bumi ini. Allah mengatur khas urusan ini agar tidak berlaku pergaduhan antara satu sama lain, sebagai tanda kasih-sayang kepada hamba-Nya.

Dalam keadaan ini, syaitan berusaha mengelirukan manusia daripada memahami rahmat ini. Syaitan yang bersifat memalsukan dan memperdaya kepada manusia, dengan mengatakan kepada manusia dan menyoal kenapa lelaki mendapat 2 kali ganda bahagian berbanding wanita. Syaitan akan mengatakan yang ini tidak adil bagi wanita.

Sebenarnya, kalau dalam setiap keadaan lelaki mendapat 2 kali ganda berbanding wanita, barulah boleh dikatakan tiada keadilan dalam peruntukan bahagian wanita dan lelaki. Akan tetapi, ada keadaan di dalam pembahagian harta faraid itu, di mana wanita boleh mendapat lebih daripada lelaki. Terkadang boleh berlaku di mana wanita boleh mendapat separuh daripada harta si mati disebabkan kedudukannya seperti yang diatur oleh Allah SWT.

Dalam hal orang yang dipanggil untuk menjadi saksi pengadilan, maka kebiasaannya 1 lelaki bersamaan dengan 2 orang perempuan. Tapi tak semua keadaan adalah begitu, kerana contohnya jika kesaksian diperlukan dalam hal kelahiran atau menyusukan atau hal-hal wanita, maka hanya saksi wanita yang diterima. Sesungguhnya, Islam meletakkan segalanya sesuai dengan keadaannya.

Kadang-kadang, syaitan ingin menganggu akidah seseorang dengan mengatakan,  “Allah sudah tahu nasib saya baik atau tidak. Jadi, jika Allah sudah tahu kenapa nak suruh saya beramal?” Jika ada bisikan begini, katakan pada syaitan, “Ya, syaitan! Adakah Allah, sebagai Tuhan, tak perlu tahu nasib saya? Sekiranya begitu, ianya akan menodai hak Allah sebagai Tuhan Yang Maha Mengetahui”. Allah SWT menyuruh kita beribadat dan berjanji akan memberi ganjaran. Allah SWT bukannya menyuruh kita kufur. Jika Allah buat begitu, barulah kita boleh mempertikaikan kepada Allah. Inilah jawapan kepada syaitan.

Perumpamaan yang serupa adalah seperti perihal guru yang memberikan ujian peperiksaan kepada para pelajarnya. Guru itu tentunya tahu keadaan murid yang mana rajin dan yang mana tidak rajin. Maka, guru boleh mengatakan bahawa si fulan akan berjaya, dan si fulan akan gagal. Gurunya boleh berkata begitu kerana dia mengenali sikap anak muridnya. Guru itu bukannya menghukum dengan mengatakan gagallah kamu, atau berjayalah kamu. Apabila seseorang murid itu gagal pula, dia tidak boleh mengatakan yang gurunya itu bersalah kerana mengetahui yang dia akan gagal, kerana yang salah adalah sikapnya yang malas belajar.

Demikian juga sifat Allah yang mengetahui segala yang ada di dalam hati manusia. Allah tahu jika si fulan hatinya penuh dengan rasa benci, atau si fulan hatinya penuh dengan perkara-perkara yang tidak baik.  Diketahui oleh Allah perbuatan hamba itu, yang kerana perbuatan itulah hamba itu akan dihukum oleh Allah, dan bukan kerana pengetahuan Allah.

Allah SWT tidak menyuruh kepada hambanya, melainkan dalam suruhan itu ada kebaikan, dan tidak melarang kepada hamba-Nya, melainkan ada bahaya dalam larangan itu.  Dalam setiap suruhan dan larangan-Nya, Allah SWT hanya inginkan yang terbaik untuk hamba-Nya. Jadi, bagaimanakah kita bersyukur kepada Allah SWT?

Bagaimanakah kita ini untuk menampilkan syukur melalui ibadah kepada Allah SWT? Bagaimana untuk beribadah kerana kita sukakan Allah, kerana bersyukur kepada Allah, kerana rasa rindu kepada Allah dan bukan semata-mata kerana kita takutkan ancaman Allah, takutkan hukuman Allah? Kita ingin melakukan ibadah untuk menunjukkan rasa suka kita dan rasa syukur kepada Allah. Sehingga ibadah kita berubah menjadi kerana rindu, kerana syukur dan kerana cinta kita kepada Allah SWT, sepertinya ibadah Nabi Muhammad SAW, ibadah para anbiya’. Ibadah yang dibuat untuk mengagungkan Allah, kerana cintakan Allah dan kerana bersyukur pada Allah.

Perumpamaan yang mudah kepada minda untuk memahami hubungan kita dengan Allah adalah seumpama Raja yang mempunyai ramai pelayan. Pelayan jenis pertama melayan Raja kerana takut dihukum. Golongan pelayan kedua pula melayan Raja kerana mengharapkan balasan harta. Golongan ketiga pula melayan Raja dengan penuh keikhlasan dan tidak mengharapkan apa-apa. Daripada ketiga-tiga golongan ini, yang teristimewa ialah golongan yang ketiga, kerana layanannya bukan kerana takut, atau mengaharapkan sesuatu.

Jika dibandingkan dengan kita, golongan pertama adalah hamba yang lemah imannya, dan beribadah kerana takutkan neraka. Golongan kedua beribadah kerana mengharapkan balasan syurga. Ibadah golongan yang ketiga ialah ibadah hamba yang tidak mengharapkan apa-apa sepertinya ibadah para Anbiya’, para solihin, yang beribadah kerana mengagungkan Allah, kerana rasa cinta dan kerana rasa syukur kepada Allah SWT.

Oleh kerana itu, mari, kita perbanyakkan ibadah kita kepada Allah dengan mengangkat darjat ibadah itu kerana mengagungkan Allah, kerana rasa syukur dan cinta kepada Allah SWT. Kita bersyukur kepada Allah kerana Allah menjadikan kita umat Islam, dan sebahagian daripada umat Nabi Muhammad SAW. Kalau kita memperbanyakkan amalan baik, maka Allah akan memasukkan kita ke  dalam golongan pilihan Allah.

Terdapat beberapa amal yang mudah, dan ringan untuk dilakukan tapi ganjaran sangat besar. Terkadang seorang Muslim atau Muslimah boleh mendapat ganjaran pahala sebanyal 1.5 bil.  dalam masa 2 saat saja. Tahukan anda apa ibadah itu? 

Sebutlah, “Astaghfirullah lil mukminin wal mukminat”.

Dalam hadis, Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang beristighfar untuk kaum mukminin dan mukminat, akan diberikan ganjaran sejumlah banyaknya kaum mukminin dan mukminat pada zaman itu”. Sekarang, terdapat 1.5 bil orang Islam di dunia, jadi dengan menyebut zikir di atas, kita boleh mendapat ganjaran yang sebanyak itu juga. Bila mana seseorang melazimkan istighfar sebegini, khususnya sebanyak 27 kali setiap hari, setelah beberapa lama akan nampak keberkesanannya iaitu akan nampak kasih sayang yang ditunjukkan oleh Allah kepada anda, sehingga anda akan tergolong dalam golongan orang-orang yang  doanya dimakbulkan oleh Allah. Jika dilazimkan lebih daripada sekali sehari – iaitu pagi dan petang – maka, akan semakin tinggi darjat seseorang di sisi Allah, untuk dikasihi dan disayangi oleh Allah.

Dengan itu, akan nampak kesan amal anda diterima Allah SWT. Tanda amal anda diterima adalah semakin banyak anda beramal, tidak akan nampak perasaan bangga. Jika seseorang beramal sedikit tapi berasa bangga, itu petanda amal itu tidak dimaqbulkan Allah SWT.

Anda boleh mendapatkan ganjaran 100 haji dalam seminit sahaja.

Anda boleh mendapat ganjaran membebaskan 100 hamba sahaya dari kaum Nabi Ismail dengan amalan yang dibuat dalam masa 1 minit sahaja.

Anda boleh mendapat ganjaran jihad dengan menyumbangkan 100 kuda fi sabilillah dengan amalan 1 minit saja.

Dalam hadis, Nabi SAW bersabda, “Barang siapa yang mengucapkan setiap pagi, ‘Subhanallah’ 100 kali, maka dia sama seperti mengerjakan haji sebanyak 100 kali. Barang siapa yang mengucapkan ‘La ila ha illallah’ 100 kali, maka dia seakan-akan membebaskan 100 hamba anak keturunan Nabi Ismail. Barang siapa yang mengucapkan‘Alhamdulillah' 100 kali, maka dia seakan-akan menyumbangkan 100 kuda di jalan Allah.  Barang siapa yang mengucapkan ‘Allahu Akbar’ 100 kali, maka tiada orang yang boleh membayar ganjarannya melainkan orang itu melakukan perkara yang sama”.

Zikir ini amat mudah untuk dilakukan – sambil berjalan ke kereta, sambil memandu dan sebagainya. Berapa banyak waktu yang sudah kita bazirkan? Satu jam ada 60 minit, dalam sehari ada 1440 minit. Jom, kita ambil beberapa minit sahaja untuk mengamalkan zikir-zikir ini.

Para sahabat adalah orang yang memanfaatkan umur dan masa dengan pelbagai jenis amal ibadat. Kita ingin mengambil beberapa minit dalam kehidupan seharian kita untuk melakukan amalan yang baik agar kita mendapat peringkat syurga yang tinggi yang disediakan Allah SWT.

Anda boleh mendapat pahala 70 kali orang solat dalam masa beberapa minit sahaja, iaitu dengan anda menggunakan siwak. Nabi SAW berkata bahawa “Solat yang dilakukan dengan siwak itu adalah 70 kali lebih baik daripada solat yang dilakukan tanpa siwak”. Agama itu mudah, sehinggakan kemudahan diberi untuk menggantikan siwak dengan sesuatu yang agak kasar, contohnya seperti kain rida’ yang dipakai.

Walaupun Imam Syafie mengalakkan menggunakan kayu sugi yang asli, tetapi alangkan baiknya kalau mengambil peluang dengan bersiwak dengan sesuatu yang kasar, walaupun dengan menggunakan kain serban yang dipakai. Lihatlah betapa mudahnya amalan ini tetapi dijanjikan ganjaran yang besar. Sayangnya ramai manusia yang mengabaikannnya. Amalan ini tidak  sesukar seseorang itu bangun malam untuk mengerjakan qiyammullail.  Oleh itu, jika tak mampu buat yang berat, jangan tinggalkan amalan ringan yang besar ganjarannya disisi Allah.

Jika kita baca quran satu baris, ada 30/40 huruf, ganjarannya ialah 300/400 pahala . Jika baca satu muka surat, ada 15 baris, 15 kali 300/400 sudah berapa? Ini menunjukkan besarnya ganjaran Allah.
Demikian juga selawat kepada Nabi SAW. 

Satu selawat kepada Nabi SAW, Allah akan ganjarkan dengan berselawat kembali 10 kali kepadamu. Satu selawat daripada Allah tentulah lebih baik dan mulia daripada ibadat anda sejuta tahun. Siapakah di antara kita yang mampu beribadah 1 juta tahun?

Dalam 1 minit, anda boleh memanfaatkan dengan 100 kali selawat. Jikalau lidah anda berat sedikit, maka anda boleh berselawat sebanyak 50 kali, dan anda akan diganjarkan dengan 500 kali selawat daripada Allah SWT. Dengan sebanyak itu selawat daripada Allah SWT, segala keperluan anda akan dicukupkan Allah SWT dan moga-moga selawat kita diterima Allah SWT.

Marilah kita sentiasa bersyukur kepada Allah dan memuji kepada Allah SWT.  Jika kita memuji kepada Allah, Allah akan menambah nikmat-Nya kepada kita. Syaitan akan selalu memperdaya agar kita tidak bersyukur kepada Allah SWT. Dalam firman Allah SWT menceritakan tentang ancaman syaitan yang berkata, “ Sehingga Engkau Ya Allah, tidak akan menjumpai daripada hamba-Mu yang bersyukur kepadaMu”. Oleh itu, syaitan akan melalaikan manusia daripada mengingati nikmat Allah SWT. Tetapi bilamana kita sentiasa mengingati nikmat Allah dan bersyukur  kepada-Nya, maka Allah akan tambah nikmat-Nya kepada kita.

Oleh itu, kita perlu bersykur setiap pagi dengan berkata, “Alhamdulillah kerana Engkau menjadikan aku orang Islam. Alhamdulillah kerana Engkau menjadikan umat Nabi Muhammad SAW”

Dengan kesyukuran itu, maka Allah akan menambahkan nikmat sebanyak mana yang diingini-Nya kepada kita. Kita pun bersyukur kerana kita dibimbing untuk berjalan ke jalan hidayah, jalan hamba yang hampir dengan Allah SWT. Dengan bimbingan itu, dengan tidak mencaci sesiapa pun daripada hamba-hamba Allah, daripada para solihin, daripada para sahabat dan juga orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Perjalanan itu, sama ada kita sedar atau tidak, adalah perjalanan yang menghampirkan kita kepada Allah SWT, dan perlu juga untuk kita bersyukur kepada Allah SWT.

Kita berharap moga-moga setiap orang Islam menjadi orang-orang Islam yang dipilih Allah SWT. Dan kita berharap moga-moga Allah SWT mengisi hati semua orang Islam untuk memuliakan dan mengagungkan Baginda Rasulullah SAW. Kalau rasa kasih sayang itu ada dalam hati, syaitan akan lari. Tidak akan timbul dalam hati yang ada kasih sayang perasaan permusuhan, pergaduhan atau benci-membenci. 

Perasaan cinta itu takkan bersemadi di dalam hati kita kecuali kita menyintai kepada Nabi SAW. Dan tidak akan ada cinta kepada Nabi SAW, kecuali dengan mengikut sunnahnya. Dan di antara sunnah yang paling digalakkan di antara sunnah-sunnah Nabi ialah ucapan ‘Salam’. Maka tidak akan nampak iman kecuali dengan kasih-sayang. Tidak akan nampak kasih-sayang tanpa Salam. Oleh sebab itu, “Assalamu’alaikum warahmatullah hi wabarakatuh” :)

link sumber asal blog: http://keranakasihnabi.blogspot.com/2012/12/cintalah-rindulah-dan-syukurlah-pada.html

video: http://www.youtube.com/watch?v=58G01WrmewE

Tuesday, December 25, 2012

Ke Mana Masa Buat Kekasih Hati?

 
ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAYYIDINA HABIBANA MUHAMMAD  <3



Muhasabah Masa Buat Kekasih Hati.

''Diceritakan oleh Sheikh Dr Usamah iaitu Dr Sheikh Ali Jumuah dpt bertemu Nabi s.a.w di dalam mimpi setelah beliau mengkhatamkan 40 buah kitab tentang Nabi s.a.w..''

Perkongsian kata-kata Murobbi menyentap rasa,memuhasabah masa.

Kemana masa dihabiskan buat Kekasih hati? 

Mengira-ngira koleksi kitab tentang Rasulullah ,adalah sebanyak 15buah.Namun ALLAH..belum dihabiskan dan dikhatamkan apatahlagi dihadamkan semuanya..

Kemana masa buat Kekasih hati?

Kata cinta.Kata rindu.Adakah retorik semata-mata?

To love is, to know first.
To dream is,to love first.

Allahumma solli a'la Saiyyidina Habibina Muhammad. ♥


Tips-tips ingin berjumpa Nabi Muhammad s.a.w dikongsikan oleh Murobbi kami:

1) Kisah benar seorang yg soleh yg masih hidup kini, dikurniakan pada berjumpa Nabi s.a.w di mimpi tiap2 malam,namun sudah 2 malam tdk berjumpa..namun brjmpa kembali lalu Baginda Nabi s.a.w mengkhabarkn bahawa orang itu sebelum ini ada melihat seorang pembaca berita yg tidak bertudung, lalu terhijab dari melihat Nabi s.a.w di mimpi beliau.

2) Seorang penuntut ilmu di mesir yang bertalaqqi dengan para masyaikh di sana,beliau istiqamah berselawat sebanyak 12,000 kali dan dikurnia beliau sering kali berjumpa dgn Nabi s.a.w secara yaqazah.

3) Diceritakan oleh Sheikh Dr Usamah iaitu Dr Sheikh Ali Jumuah dpt bertemu Nabi s.a.w di dalam mimpi setelah beliau mengkhatamkan 40 buah kitab tentang Nabi s.a.w..

4) Baca selawat ummiy 500 kali tiap2 hari,dan 1000x pada hari jumaat.

5) Nasihat Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam, amalkan selawat al-'azimiyah (ada dlm kitab zikir bekal akhirat )

6) Jika telah di amal kesemua amalan2 namun masih x dikurnia, 3 kemungkinan baginya iaitu tidak berbuat baik kepada ibu&bapanya, tidak berbuat baik kepada gurunya, atau ada simpan kitab2 yang menghentam para wali Allah...

KEYPOINTS ,mafhum kalam.

:: Lazimi selawat,jangan kurang 300x setiap hari pesan Al Habib Munzir Musawwa jika susah nak khatamkan selawat baca zikir Subhanallahi wabihamdih 100x terlebih dahulu.

:: Jaga pandangan ,jangan memandang perkara maksiat yg boleh mencemarkan kesucian hati.Pasti yg diplilih ALLAH untuk memandang Kekasih yg suci adalah mata yg suci juga.

:: Dikalangan hambanya ada manusia yang dikunjungi Nabi,ada yg mengunjungi Nabi.Beruntungnya mereka yg dikunjungi Nabi saw. Banyakkan baca sirah Nabi.To love is to know first.

:: Jaga adab dgn ibu bapa,guru2,ulama',ahlul Quran juga.Khidmat dgn mereka.

:: Teringat pesanan seorang sheikh,orang yg benar2 mencintai dan dicintai Nabi pasti akan bermimpi dan jumpa Rasulullah saw.

''Ya,Allah...perlihatkan kami wajah NabiMU dalam mimpi atau jaga''

~TALAQQI UIAM,GOMBAK USTAZ MUHADIR HAJI JOLL 25/12/2012

Saturday, December 15, 2012

Hikmah Wuduk

Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan 
terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Hikmah Wudhu

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Cara Wuduk Rasulullah S.a.w
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”

(Muslim )

Huraian
Wuduk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wuduk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.

Wallahu’alam….

Friday, December 14, 2012

  YA WADUD..


~Dialog Imam Syafii dan isterinya, "Suamiku, apakah engkau mencintaiku?" Beliau menjawab, "Ya tentu saja, dirimu sebahagian dalam hidupku." Mendengar itu iserinya bertanya, "Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?" Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut pen
uh kasih sayang. "Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama lainnya. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah."

~Dekatkan hati kami namun jauhkan jarak kami.Agar keberkatan hadir apabila tiba masanya nanti,ya Rabb...

Monday, December 3, 2012

Harapan

Allahumma solli a'la Muhammad

Walau sesiapapun kamu

Yang tercipta untukku

Wahai imamku

Wahai pemimpinku

DIA..dan  dia...


Panduan syariat yang disediakan ALLAH terdapat keberkatan kerana hakikat ketenangan dan kejayaan ada padanya. 

Harapan.Sandaran.Impian.

Hanya padaNYA.

Kita jaga hati bersama-sama ya. :)

Cinta yang Tidak SYok Sendiri :)

Allahumma solli a'la Sayyidina Muhammad

Sekejap lemah,sekejap kuat.

Mohon pada ALLAH agar dikuatkan lagi..lagi..dan lagi..

Tension cari gambar pasport untuk borang internship kena hantar esok,

1 MORE IMPORTANT LEASON !!

Simpan gambar sendiri2 elok-elok .
Jangan letak merata.

Sejak pakai purdah,memang tak banyak gambar sendiri.
Kurang gemar bergambar.

Selongkar punya selongkar album lama,macam2 khazanah jumpa.

Tup..tup..jumpa kitab ini yg dah lama cari.

''MUTIARA PERKAHWINAN MENURUT AJARAN ISLAM'

Tuuu diaaaa..


:)

Just prepare!

>_<

Ehem.. maka terciptalah dialog dari hati ke hati ini. :)


''Kak..apa perlu saya buat kalau ada suka pada seseorang?''

''Jikalau kamu suka pada seseorang,luah pada ALLAH,jangan luah padanya.
Khabarkan pada ALLAH agar membenihkan suka yang diredai ALLAH.Suka yang sejati ialah ia mampu mendekatkan diri makin dekat dengan ALLAH,makin rindu pada Rasulullah.''

''Kalau saya tak mampu,kak?Perlu ke saya doa mohon agar ALLAH buang perasaan ini?''

''Mungkin juga apa yg adik alami sekarang adalah perasaan kagum.Mohonlah apa-apa pada Allah.Sebagaimana Dia jua yg menghadirkan rasa suka itu.''

''Tenang tengok dia pakai jubah putih.Ikut sunnah berjanggut.Hm...Akak ada doa keras hati?''

''Nabi dan ulama' tak ajar doa keras hati.Bak kata sorang ustaz:''Dah ALLAH nak bagi rasa terrrsuka,nak buat lagu mana. ;) Minta pada ALLAH.''

''Kalau tak dapat hilangkan juga?''

''Apa lagi ,istikarah dan kalau baik petandanya,cari orang tengah dikalangan org soleh.''

''Tuan kita orang soleh kan kak? Tapi saya tak layak untuknya.''

''Kenapa?Sebab tak sekufu?''

''Na'am.Dia tikus.Saya kucing. ''

''=.='' aiseh... 

:)

Saturday, December 1, 2012

PEMUDI BERIDA' HIJAU.

Allahumma solli a'la muhammad..

Ada seorang muslimat yg sejak akhir-akhir inii,RIDA' HIJAU menjadi selimutnya.Kerana dia menyimpan hasrat dan impian Rasulullah akan datang kepadanya dalam mimpi atau jaga lalu menyelimuti perasaannya yg kerinduan untuk bertemu Rasul Ilahi.

''Jika aku mati malam ini,selimutkan aku dengan rida' hijau ini.''

Yakinlah 

dengan janji ALLAH.Setiap doa yg baik akan dikabulkannya.Berbaik sangkalah dengan ALLAH.
Bukannya DIA tidak tahu keinginanmu,

Untuk dapat melihat wajah yg suci dan bersih dan amat indah itu,
Mata harus juga suci dan bersih dari memandang maksiat zahir dan batin.

Jangan berhenti menangis teringatkan Baginda saw.
Kerana Rasulullah juga sedang memperhatikan dan mendengar rintihan kerinduan seorang ummatnya di alam barzakh sana.

''Rasulullah dekat apabila hamba mendekatkan Rasulullah di hatinya.'' ♥



SIAPALAH muslimat itu..


BUkan siapa-siapa... :)

Tuesday, November 27, 2012

Tanpa tajuk '',)

ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAIYIDINA MUHAMMAD


Kenapa sejak akhir-akhir ini,
Diri makin kuat berpuitis
Jiwa jadi makin sensitif
Hati makin kuat terusik
Cerita makin kuat romantis.
Langkah kadang makin rasa mengecil
Pandangan ke atas

Atas
Atas
Dan atas

DOA.

Benarkah apabila seseorang itu sakit,dirinya makin dekat dengan ALLAH?
Alhamdulilah.Itulah hikmahnya.

Tidak mahu menyusahkan teman-teman seusrah dan sejemaah bahkan setalaqqi.
Maka lawanlah penyakit ini sendirian.

It's okay.
Mempersiapkan diri. :)
Dalam kubur nanti pun seorang diri.
Its'okay Hidayah.
Senyumlah.
Allah sayang lettew..

Abah..
Mama..
Maafkan Kak Yah.

Kawan-kawan
Maafkan saya.
Tak kuat untuk menatap wajah sahabat.
Banyak amanah tak terlaksana dengan baik.
Kawan-kawan,
Saya sedang cuba.
Belajar dari kesilapan.

Penat berfikir.

Belum tentu saya bakal pengantin.
Namun sudah pasti saya bakal jenazah.

Sakit sikit,dah boleh ingat mati.
Untunglah kalau tidak susah nak ingat mati nih.

Membebel pula malam-malam ini.
K,nak sambung study.
eSOK a tough day.sIBuk.

P/S: Bila nak pergi dating dengan cik KOT putih nih di bangunan Purple Jalan Tengku Ampuan? :)

'',)





Ukhuwah Fillah.. '',)


Saling memperingati sesama kita merupakan satu keWAJIPan sebagai syarat ingin sama2 berteman kembali di syurga kelak bukan?

Ya ukhti habibati,sesungguhnya aku mencintaimu kerana ALLAH,Jika benar cintaku berbalas,maka balaslah dengan alunan doa sirrmu di 2/3 malam tahajud pd Kekasih kita.

~Ketikaukhuwahberdegup~

Monday, November 26, 2012

Hidayah !!! Use time wisely, '',)


Facebookih kih kih.. :)

......mood......... romantik with sunnah.........

SEoRANG pelajar lelaki masuk ke kelas dengan langkah yang amat tenang bahkan menyenangkan hati yang memandang.

Hari Jumaat 2 Muharram yang penuh barakah,sebagai memuliakan sunnah Nabi,pemuda itu berpakaian lengkap jubah putih siap dengan serban dan rida'hijau dibahunya.

Dia datang awal ke kelas.Duduk di barisan paling hadapan dan kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya.

Berwarna h
ijau juga!

Oh rupa-rupanya al Quran.

Orang kerana belum ramai pelajar yang datang, usai solat Jumaat dan kelas pun bermula jam 2.30ptg.

Kedengaran suara merdunya melantunkan ayat suci al Quran.

Surah al Kahfi.

Jubah putih yang dikenakan benar-benar membuatkan diri kagum kerana tidak ramai pelajar mahasiswa yg 'berani' pakai jubah putih ke kelas.





Kagum.Dalam hati ada tamankah?

Mungkin dengan alasan ikut waqi'.

Padahal rasanya lecturer tidak marah pun kalau pakai jubah ke kelas.Apatah lagi hari Jumaat.

Mengagungkan sunnah Rasulullah tanpa rasa ragu-ragu dan curiga.

Subhanallah.

Usai membaca al Quran,dia keluar sebentar.Dan masuk kembali dengan beg lecturer.

Rupa-rupanya dia keluar untuk menolong mengangkat barang pensyarah kami.

Pensyarah kami,sedang sarat mengandung anak pertama.

Subhanallah.

Sungguh beradap dia dengan guru.Sungguh tinggi penghormatannya kepada seorang perempuan a.k.a seorang ibu.

Apabila kelas hampir penuh dan agak hinggar bingar,pensyarah kami kelihatan belum masuk.Dan akhirnya kami mendapat tahu beliau masuk agak lambat sedikit kerana ada masalah.

Pemuda berjubah putih itu datang ke hadapan lalu bersuara.

Suasana bising seperti di pasar malam berubah menjadi senyap sekelip mata.

Kelas tiba-tiba jadi senyap.

''Bismillahirahmanirahiim..mari kita sama-sama bacakan doa Qunut Nazilah buat saudara dan sahabat kita di Palestin sana.''

Amiin,ya rabbal alamin.

Kelas jadi lebih tenang selepas itu.

Pemuda itu kembali ke tempatnya dan kelihatan dia sedang bersembang sesuatu dengan sahabat2nya.

Dia yang berkawan tanpa mengira pakaian dan asal keturunan.


Berbual tentang Palestin agaknya.



Pensyarah kami masuk dengan senyuman indah.Bersih wajahnya,wanita solehah.Pensyarah kami menundukkan kepala kepada pemuda tadi sambil tersenyum.





Mungkin dia sedang mengucapkan terima kasih kerana membantunya tadi.

Kelas berjalan seperti biasa.

Habis kelas, pemuda berjubah putih tadi mula-mula kelihatan di hadapan sedang bertanyakan sesuatu kepada pensyarah.

Kemudian,tiba-tiba ghaib entah ke mana.

Pensyarah pun sudah hilang.

Mungkin dia ada banyak urusan.Yelah,pemuda daie ilaallah tidak pernah membuang masa.

Namun kemudian,terlihat kelibat dia di hadapan.

Akan tetapi...

Bersama seorang perempuan.Yang agak dikenali

Perempuan berkalung serban.
Rida' hijau ada dibahunya.

Dan pemuda itu membukakan pintu kereta untuk perempuan itu.
Mereka kemudian kelihatan berbual mesra di dalam keretanya.

Macam kenal perempuan itu.

Aduhai !!!!

Lecturerku !!!

Punah sudah harapan.........................

p/S: Khayalan dalam impian.Just for story. :)

Agungkan sunnah dimana-mana.Jangan malu amalkan sunnah.^^,

Friday, November 23, 2012

Fibroadenoma

Masalah yang kecil jika tidak ditangani dengan segera boleh menjadi besar.Terutama jika melibatkan urusan gerak kerja dakwah,takut terbantut.Setuju? :)

'Benign tumor like fibroadenoma can be turn into malignant tumor if you don't remove it immediately by operating it.''

Jumaat yang indah,kami belajar tentang neoplasia.Boleh menyumbang kepada kanser.Satu topik yang membuatkan diri mengambil banyak iktibar di dalamnya.

~Tangani masalah sementara ia masih tidak terlalu besar.Namun besarkan jiwa setiap kali menghadapinya.Dan setiap penyakit ada ubatnya. '',)

Tenang ini ujian Tuhan ^^,

SUBHANALLAH..ALHAMDULILAH..ALLAHUAKBAR..

Maha Benar kata-kata ALLAH. :)

Setiap kesulitan pasti akan ada kesenangan dihujungnya.Dan pada kebiasaannya dikemuncak ujian itu,ALLAH akan mendatangkan pertolonganNya yang amat dekat dan mudah bagi ALLAH sebenarnya.
Ketenangan ini mula meresap dan kembali dalam diri.Meng'intima'kan@menggabungkan diri dalam jemaah adalah satu langkah untuk kita terus kekal istiqamah dalam perjuangan.Apatah lagi mempunyai sahabat sefikrah yang benar-benar memahami.

Menerusi usrah,khatibah,daurah,liqa,mukhayyam dan pelbagai jenis ,medium tarbiyyah,terasa 'enaknya' berada dalam landasan perjuangan ini meskipun acapkali diri juga futur terutama saat merasakan diri tidak mampu menggalas beban amanah dan taklifan tugas yang diberi.Namun percaya dan yakin akan kata -kata ALLAH.Iaitu ALLAH tidak membebankan seorang hamba dengan ujianNya melebihi kemampuan hambaNya.Saat ALLAH memberikan ujian pasti ALLAH sudah menyiapkan kesabaran untuk kita.Hanya tinggal kita pohon kepada ALLAH.

Doa.

Setiap insan yang bergelar hamba punya kelemahan masing-masing.Jangan berasa lemah dengan kelemahan itu.Namun mohonlah kepada ALLAH yang Maha KUAT agar meminjamkan kita secebis kekuatan dari sifatnya Ya Qawiyy agar terus tsabat dalam jalan dakwah dan mujahadah ini.

Dan setiap insan juga punya kelebihan dan keistimewaan masing-masing.Jika sahabat seusrah banyak yang memegang amanah dalam persatuan,sebagai wakil pelajar,dan sebagainya diri sendiri mulai saat ini hingga grad selain insyaALLAH cuma melaksanakan sebaik mungkin kerja-kerja jemaah yang ditaklifkan,akan sekadar menjadi khadam ilmu dan ulama'.

Menyedari kekurangan dan kelebihan diri harus diletakkan ditempat yang betul agar Islam benar-benar mendapat manfaat.Sedikit sumbangan mudah-mudahan diterima ALLAH sebagai salah satu bukti cinta dan sayang pada ummat Nabi Muhammad sallallahualaihiwasalam.Cuba bertatih -tatih berkongsi ,mengajak sahabat-sahabat sebilik dan sejiran dalam mahallah dalam group yang lebih kecil dan fokus.Memulakan usaha ta'lim dari bilik ke bilik.Berkongsi ilmu yang dapat sedikit sebanyak sambil diri sendiri sebenarnya lagi banyak mengambil manfaat ilmu dari mereka.Kitab Muntakbab Hadith yang dibaca dan diskusi ilmu dengan kefahaman masing-masing mudah-mudahan ada kebaikannya dan menjadi saham di akhirat kelak.

Saat jari menulis dengan pantas ini,hati berasa begitu bertuah dan bersyukur sekali atas kurniaan nikmat ALLAH.Ujian itu ada senang dan susahnya.Baik atau buruk yang berlaku dalam hidup sebenarnya adalah untuk kebaikan si hambanya itu juga.Sebagai contoh.,seorang yang jarang sakit tiba-tiba jatuh sakit dan dengan sakitnya itu dia lebih ingat pada ALLAH dan lebih dekat dengan Allah ,bukankah perkara sakit itu merupakan suatu kebaikan bagi dirinya.Kalaulah setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita mampu mengambil iktibar dan ibrah dan memandang dari sisi seorang HAMBA.

Kita ditarbiyyah menjadi seorang hamba dan kita mentarbiyyah untuk menjadi seorang khalifah.

Hati semakin rindu untuk bertemu Rasul.Namun adakah Rasul ingin bertemu dengan diri ini yang banyak dosa.ALLAhuallah,jangan Kau haramkan mataku daripada terhalang melihat wajah NabiMU.

Kesakitan.
Itu adalah kesihatan sebenarnya.
Membuat diri lebih ingat akan Tuhan.
Membuat diri lebih dekat dengan Tuhan.

Pengalaman rohani yang bakal dikongsikan ini moga-moga tidak menjadi fitnah atau membuatkan diri riak dan sombong.Nauzubillahiminzalikh.

Menghidap sakit belakang yang agak kronik kira-kira setahun  yang lalu.Tidak boleh berdiri atau duduk terlalu lama hingga satu ketika akan ada serangan saraf pada bahagian tertentu.Dr kata ana memang akan ada side effect akan kadang-kadang terkena kezutan saraf.Sekadar seolah-olah kena kejutan elektrik.Tetapi tidak terlalu serius.Bermulanya selepas terkena 'cacar ular' tidak silap dalam orang kampung kami panggil.

Satu malam,ana bermimpi insan dan wajah tersayang.

TGNA memberikan satu sapu tangan putih kepada al Habib Munzir al Musawwa lalu al Habib membacakan doa tertentu lalu meniup ke dalam sapu tangan itu dan meletakkan sapu tangan itu ke belakang badan ana.Alhamdulilah,moga-moga mimpi yang baik.

Pesanan Saidina Abu Bakar daripada Rasulullah sallallahualaiwasalam akan sentiasa ana ingat.Manisnya malam itu.Syukron Murobbi atas kebaikan yang amat banyak.

Hati tenang ini pun ujian.Catatan yang tidak seberapa.Moga-moga saat diri lemah,akan dibelek kembali catatan ini untuk mencari sebuah kekuatan yang hilang melalui ingatan pada nikmat ALLAH dahulu.

''Maka,dengan mengingati ALLAH,hatimu menjadi tenang..'' :)

Thursday, November 22, 2012

Mengharap~

SUBHANALLAH.. ALHAMDULILAH..ALLAHUAKBAR..

Buat sekian lama,
Diri menangis saat berqasidah,
Mencari sinar kekuatan itu,
Disebalik pujian selawat kepadamu.

Pertama kalinya diri menangis,
Saat mencipta dan berbalas mesej untuk dihantar kepada mad'ue,
Bukan kerja itu yg penat,
Namun perasaan berharap kpd manusia itu yg penat,
Sakit rasanya,
Susahnya perjuangan ini.

Rindu pada keluarga,
Terbeban dengan timbunan amanah yg harus dilaksanakan.
Bagaimana mampukah diri,
Jika ditaklif menjadi suri di usia muda,
Membawa amanah baru sebagai sayap kiri si pejuang.
Mulalah rasa tidak layak.
Kena kuatkan hati.

Mencari kekuatan dari doa,
Harapan wajib 100% kepada ALLAH Taala semata,

Bekerja kerana ALLAH matlamat akhir,
Kesakitan ini hanya sedikit bayaran tol.

Air mata dan senyuman menjadi peneman,
Dan terus meningkatkan husno zhan pada ALLAH.


Allahuallah.....


Monday, November 19, 2012

Cinta Palestin Kerana Aqidah


"KHAIBAR, khaibar ya Yahud! Jaysyu Muhammad Saya'uud ..! Asy-Sya'b yurid tahrir filastiin!!! "

‘’Ingatlah perang Khaibar wahai kaum Yahudi. Sesungguhnya pasukan Muhammad akan kembali mengalahkan kamu. Masyarakat menginginkan kemerdekaan Palestin’’ Begitulah di antara teriakan-teriakan jemaah solat Jumaat di Masjid Al-Azhar Mesir, beberapa jam lalu waktu Kaherah, setelah mendengar khutbah Jumaat Syeikh Yusuf Qaradhawi, ketua Persatuan Ulama Islam se-dunia.

Palestin bergolak lagi.Gaza bermandi darah saban waktu.Mayat pejuang syahid ‎bergelimpangan di merata tempat.Laungan ‘Allahuakbar’ menjadi melodi indah.Kain kafan menjadi murah.Baju itu satu-satunya dipakai kali terakhir,baju itu jua yang menjadi kain kafannya.

Saat kita mencipta mimpi berlapikkan bantal yang empuk,mereka berjaga menantikan mimpi ngeri mengusir pergi.Saat kita berjuang dengan senjata pena untuk peperiksaan dan timbunan assignment  yang menanti duedate nya,mereka berjuang dengan apa sahaja senjata yang bisa digapai untuk peperangan yang berpanjangan dan tiada kesudahan.Yang pasti duedate mereka sama ada mati syahid atau menang. 

Sambutan tahun baru Hijrah 1434 di Gaza dicemari dengan serangan peluru berpandu Zionis Israel laknatullah. Serangan bermula dengan pembunuhan seorang anak Palestin berusia 13 tahun yang sedang bermain bola oleh askar Zionis di Khan Younis, Gaza. Setakat kenyataan ini ditulis, 46 Penduduk Gaza telah syahid termasuk kanak-kanak berusia 11 bulan hingga 13 tahun.11 darinya adalah kanak-kanak, 3 wanita, dan 4 golongan yang berusia. Selebihnya adalah pemuda dalam serangan ‘’Pillar Of Cloud’’. Jumlah yang cedera dianggarkan seramai 270 orang. Jumlah kanak-kanak yang cedera adalah seramai 450 orang, wanita 96 orang manakala selebihnya golongan pemuda.Itu perkembangan bertarikh 17 November 2012.Bagaimana dengan sekarang? Tidak mungkin angkanya berkurang melainkan bertambah!

Apakah kita hanya memandang nilai angka itu dan menarik muka kasihan tanpa berbuat apa-apa? Apakah cukup kita merasakan apa yang dideritai mereka itu derita kita juga? Apakah jiwa tidak terusik untuk melakukan sesuatu buat mereka? Apakah rasa kesedihan membanjiri hati kita tanpa kita mencari perahu solusi di atas kebejatan pihak Yahudi Laknatullah ini ? Lupakah kita akan sabda Kekasih Agung sesama Muslim adalah bersaudara tanpa mengira bangsa,agama dan negara? :

Dari Abu Hurairah Ra berkata:
“Rasulullah SAW bersabda: “Seorang muslim adalah saudara sesama muslim, tidak boleh menganiaya sesamanya, tidak boleh membiarkannya teraniaya dan tidak boleh merendahkannya. Taqwa (kepatuhan kepada Allah) itu letaknya disini….” Dan beliau mengisyaratkan ke dadanya. Perkataan ini diulanginya sampai tiga kali. ”Cukup besar kesalahan seseorang, apabila dia menghinakan (merendahkan) saudaranya sesama muslim. Setiap muslim terhadap sesame muslim, terlarang menumpahkan darahnya (membunuh atau melukai), merampas hartanya dan merusak kehormatannya (nama baiknya).”

Sebagai Mahasiswa apa peranan yang boleh dimainkan kita? Mari kita selamilah kata-kata nasihat dari Syeikh Ahmad Yassin ini,pengasas HAMAS dan pejuang palestin yang disegani dunia. 

Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para pemuda dan pemudi :

 Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

 aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

 para pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

 aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

 wahai puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Apa yang dapat penulis simpulkan melalui kata-kata amanat dari Pengasas HAMAS ini ialah mengikut pandangan penulis yang kerdil dari sudut peranan mahasiswa ialah:

1)        SOLAT BERJEMAAH DI MASJID TERUTAMA SOLAT SUBUH BERJEMAAH
Bagi penulis,jemaah yang bakal mengalahkan pihak Yahudi ini bukan Jemaah PAS,UMNO,PKR dan sebagainya namun jemaah yang menggerunkan pihak Yahudi adalah jemaah Subuh di masjid-masjid dan surau-surau.Imarahkanlah masjid-masjid dengan jejak kaki kalian dengan solat di sana.Mari kita teliti ayat-ayat cinta dari ALLAH Subhana Wa Ta’ala dalam surah At Taubah ,9:18:

Maksudnya:  “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan hari kemudian,serta tetap mendirikan solat,menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain kepada ALLAH.Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.

Dalam buku Misteri Solat Subuh karangan Dr. Raghib as Sirjani menukilkan,’’ pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku yakni apabila jumlah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat.Demontrasi yang terbaik adalah demontrasi solat Subuh secara berjamaah di masjid-masjid !

2)        BELAJAR DENGAN ITQAN DAN ADAB.
Sebagai seorang mahasiswa, dan juga memegang taklif sebagai seorang pelajar haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang pelajaran yang diceburinya baik ilmu dunia atau ilmu akhirat.Bahkan penuntut ilmu mestilah bersungguh-sungguh menjaga adab dan etika dan disiplin dalam pembelajaran bagi mendapatkan natijah ilmu yang benar-benar memberi manfaat dan mendatangkan keberkatan dalam kehidupan.Jaga adab dengan guru.Jauhi maksiat kerana ilmu itu umpama cahaya maka ia tidak akan memasuki hati yang dikotori dengan kegelapan maksiat.

Al Imam Nawawi berkata di dalam Muqadimah kitab Syarah al Muhazzab :’’ Semestinya seseorang penuntut ilmu itu mensucikan hatinya dari kotoran agar layak untuk menerima ilmu,menghafalnya dan mendapatkan buahnya.’’.Bahkan berkata Sayyiduna al Imam Abdullah Ibn ‘Alawi al Haddad seperti yang diceritakan kembali oleh guru penulis al Fadhil al Mukarram Ustaz Muhadir Haji Joll mengenai kepentingan membersihkan hati dari sifat-sifat yang tercela: ‘’Sekiranya kamu datang dengan membawa sebuah bekas yang kotor kepada seseorang untuk mendapatkan minyak,madu,atau seumpamanya,maka dia akan berkata kepadamu,’’Pergilah kamu membasuh bekas itu dahulu.’’ (Sumber : Kitab Adab dan Doa Penuntut Ilmu,Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al  Maliki)

Pentingnya kesungguhan dan adab dalam menuntut ilmu adalah supaya kita mendapatkan keberkatan dalam ilmu tersebut.Maka ilmu yang berkat dapat memberi manfaat untuk kepentingan umat manusia sejagat.Ini adalah matlamat jangka panjang kita.Suatu hari nani kita dapat menggunakan kepakaran dalam bidang ilmu masing-masing untuk membantu saudara seIslam di Palestin sana.Salurkan ilmu yang kita ada ke arah matlamat yang terarah untuk membantu Palestin.

Ketika Tentera Zionis laknatullah menyerang Semenanjung Gaza, kumpulan Anonymous mengistiharkan "Operation Israel".
Berita terkini (17 Nov), hampir 550 website kerajaan haram Israel telah diambil alih oleh Anonymous, pangkalan data dipadamkan, memecah masuk akaun peribadi dan merosakkan sistem internet kerajaan haram Israel.

3)        JAGA MAKAN,MINUM,PAKAIAN DARI SUMBER HARAM DAN SYUBHAT
Mari kita sama-sama selusuri ayat-ayat cinta dari Rasul Illahi dari Abu Hurairah radhiallahuanhu:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu Maha Baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Sesungguhnya Allah Ta’ala memerintahkan kaum mukminin dengan perintah yang juga Dia tujukan kepada para rasul, “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang saleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. Al-Mukminun: 51)” 

dan Dia juga berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. (QS. Al-Baqarah: 172)” 

Kemudian beliau menyebutkan seseorang yang letih dalam perjalanannya, rambutnya berantakan, dan kakinya berpasir, seraya dia menengadahkan kedua tanganya ke langit dan berkata, “Wahai Rabbku, wahai Rabbku.” Padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan dia diberi makan dari yang haram, maka bagaimana mungkin doanya akan dikabulkan. (HR. Muslim no. 1015).

Makan,minum atau pakaian dari sumber yang haram akan ditolak doanya oleh ALLAH.Saban hari kita berdoa qunut Nazilah khususnya untuk Palestin,apakah kita merasakan doa kita didengar dan dikabulkan oleh ALLAH atau tidak. Diriwayatkan daripada Ikrimah bin Ammar dari al-Asfar, beliau bertanya kepada Sa’ad bin Abi Waqqas: “Apakah faktor menyebabkan doamu diterima oleh Allah dikalangan para sahabat Rasulullah? Kata Sa’ad: aku tidak menyuap kedalam mulutku melainkan setelah aku pasti dari mana sumbernya”.

Seorang mahasiswa harus mengambil cakna tentang apa jua makanan,minuman yang disuapkan ke mulut mereka.Meskipun ia halal,bagaimana pula sumber makanan itu didapati?Matlamat tidak menghalalkan cara.Niat kita untuk mengenyangkan perut tidak menghalalkan kita untuk mencari makanan itu dari sumber yang haram.Atau sumber yang akhirnya memberi kebaikan kepada pihak Yahudi Laknatullah khususnya.Makanan itu akan mendarah daging dalam badan.Akibatnya belajar tidak berkat,ilmu tidak melekat,hafal tersekat-sekat,usir keredaan ALLAH yang Maha Dekat.

Israel adalah makhluq Allah yang cintakan dunia. Perkara yang menakutkan mereka adalah apabila ekonomi mereka jatuh.Israel tidak takut apabila demontrasi atau protes.Mereka  cuma takut apabila ekonomi mereka jatuh menjunam.Penyelesaian terbaik adalah boikot produl Israel.Usaha memboikot restoran McDonald, Starbucks, Coco-Cola dan produk-produk yang sudah terbukti dengan jelas memberi bantuan dan sokongan sama ada secara langsung atau tidak kepada negara haram Israel adalah salah satu usaha penting dalam menunjukkan solidariti kita kepada Palestin.   

Fatwa-Fatwa Kontemporari Syeikh Yusof al-Qaradawi, dalam buku itu menyebut: Dalam boikot, ada tujuan lain selain ekonomi. Gerakan ini merupakan pendidikan bagi umat Islam untuk membebaskan diri dari perhambaan terhadap selera orang lain, yang mengajar untuk terlalu bergantung pada sesuatu yang tidak bermanfaat dan mengandungi bahaya (maksudnya: jangan terlalu bergantung pada produk mereka).Boikot juga sebagai suatu aksi persaudaraan dan penyatuan umat Islam. Kita tidak akan mengkhianati saudara-saudara kita yg menjadi korban setiap hari dengan beri keuntungan pada musuh.Bahkan ia adalah suatu perlawanan pasif yang mendukung perlawanan aktif yg sedang dilakukan oleh saudara-saudara kita di tanah para nabi dan bumi jihad, Palestin.

Kesimpulan
Ini hanya sebahagian sahaja peranan yang boleh diambil oleh mahasiswa ke atas respons isu Palestin.Sememangnya mahasiswa Islam memegang tanggungjawab yang besar dalam menyiapkan diri menghadapi cabaran mendatang. Isu Palestine bukan isu negara namun isu Ummah.Di sana terletak Masjidil Aqsa,tempat Isra’ Rasulullah sebelum diMi’rajkan ke langit. Memetik kata-kata dari ulama kontemporari Sheikh  Yusof al Qaradaw:"Jika orang-orang Yahudi menganggap diri mereka sebagai tentera yang mendukung negara Israel dengan seluruh kemampuan mereka, maka seluruh umat Islam seluruh dunia juga merupakan tentera untuk bebaskan Masjidil Aqsa dan bantu Palestine dengan seluruh jiwa dan raga!". Wallahua’alam bisowab.


~Kali pertama artikel penulis yang masih bertatih-tatih ini dimuatkan didalam laman web GAMIS.Rujuk link : http://gamispahang.blogspot.com/2012/11/cinta-palestin-kerana-aqidah_19.html