Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Thursday, August 19, 2010

DOA buatMU..

Bismillahirahmanirahiim..






doa buatNya..


''ya,Allah..Kau ampunkan dosaku,dosa orang tuaku,dosa adik beradikku,dosa kaumkerabatku..dan dosa umat islam seluruhnya..
ya,Allah..tiada lafaz yg ingin ku simpan..kerna Kau mengetahui segalaNya..
Ramadhan berlalu 10 hari sudah..apa yg sudah hamba lakukan pada bulan kesukaan Baginda dan sahabat2Nya..
hamba malu ya,Allah dengan dosa bergunung dan maksiat yg pernah hamba lakukan..
hamba pernah putus asa berdoa kepadaMU..
hamba pernah bersangka syurgaMu tertutup untukKu..
hamba pernah lalai menggendong amanah..
hamba riak dlam membuat  kebaikan.
hamba tidak khusyuk dlam beribadat..
hamba iri pda hambaMu yng lain..
hamba lalai dalam solat..
Tuhan.. xkan habis andai ku lafazkan satu2..
ampun ya,Allah atas dosa dan kelemahan hamba..
itu yg hamba tahu..
bgaiman pula dgan kejahatan dan kebiadapan hamba pdMu yg lain tidak diketahui..
hati ini..
pernah bersangka buruk..
pernah berhasad dengki..
pernah memiliki secebis kasih pda insan bernama Adam..
di waktu jahil2 dahulu..
akhirnya Kau sedarkan hamba..dengan tarbiah akbar!!
ALLAH,baiknya Engkau..
tapi kenapa hati ini xberhenti2 berdetak..
berkepentingan diri..bukannya sedih kerna ingatkan umat..
tapi sedih menyedari kehilangan sahabat..
sedih melihat cinta korea..hindustan..
kenapa tidak menangis untuk dosa bergunung!!!
DOSA BERGUNUNG!!! AMALAN SECUBIT!!!
dengan mengingati mati!! MATI ITI BILA2 MASA!!!
xkan pernah cukup amalanku untuk hamba menebus segalanya..
meskipun dikurnia usia 1000tahun..
Tapi RahmatMU..Allah..banyaknya..xterkira..
xterhitung..baiknya Engkau ya,Allah..sedangkan hamba sesaat -saat manusia yg terhina dan kerdil menagih syurgaMU..
ya,Rahiim..
seandainya ibadah dan amalan kebaikan yvg kulakukan semata2 untuk mendapat syurgaMU..jangan Kau terima..kerna hamba tahu itu belum cukup untukku menjadi hambaMU..''Aku cuma seorang HAMBA!! HAMBA!!! HAMBA!!! xlebih pada itu..
yg diciptakan dari air mani..dari tanah kembali  ke tanah!!!
ya,Rahman..
seeandainya ibadah dan amalan kebaikan yvg kulakukan semata2 untuk menjauhi nerakaMu..jangan Kau terima..kerna hamba belum tulus untuk berdamping denganMu..


teringat sebuah hadis.

''Seorang hamba telah melakukan satu dosa dan ia berkata:''Wahai Allah ampunilah dosaku.''Maka Allah Tabaraka Taala berfirman,''Hambaku telah melakukan dosa da ia mengetahui bahawa ia mempunyai Tuhan yg mengampuni dosa dan menghukum orang yg berdosa:Kemudian ia melakukan dosa lagi  lalu berkata:''Wahai Allah ampunilah dosaku.''Maka Allah Tabaraka Taala berfirman:''HambaKu telah melakukan dosa dan ia  mengetahui bahawa ia mempunyai Tuhan yg mengampuni dosa dan menghukum orang yg berdosa dan menghukum orang berdosa,lakukanlah apa yg kamu kehendaki,sesunggunya Aku telah mengampuni."
                                                                                                               (Al Bukhari,Muslim)

Dan Allah telah berfirman:
''Dan hendaklah kamu semua bertaubat kepada Allah wahai orang2 yg beriman,mudah-mudahan kamu memperolehi kejayaan.''
                                                                                                              (An-Nuur;31)
mati......hamba ingin mati ya,Allah..
rasa ini timbul di saat hamba putus asa mengharap datangnya pertolongan..
sepatutnya peertolongan itu harus dicari..bukan tunggu datang bergolek..
mati..hamba ingin mati..tapi dalam husnul khatimah..
terbayang saat arwak datukku yg meninggal dlam perjalanan kemasjid untuk menunaikan solat Subuh..
basikal tuanya diseret lori yg dipandu orang ygmabuk dan xbertanggungjawab..
Masha-Allah..mengiringi dan mengikuti urusan jenazah Tuk Ayah..
syahdu..
wajah beliau tersenyum...
dahinya seolah2 berkeringat..
ya,Allah..teringat lagi:

Imam Tarmidzi dalam kitabnya Nawadir al Ushul menyebutkan ,dari Salman Al-Farisi beliau berkata,bahawa Rasullulah S.A.W bersabda:
  ''Jagalh mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara;
(1) Bila dahinya berkeringat
(2) Air matanya berlinang
(3) Hidungnya keluar hingus,maka hal itu adalah petanda rahmat Allah bagi si mayat


SEbaliknya,bila:


(1)Mendengkur seperti dengkuran lembu yg disembelih
(2) Merah padam warnanya
(3)Gerahamnya berbunyi gementuk,maka itulah petanda datangnya azab dari Allah s.w.t

mashaAllah..ALLHUAKBAR..
akhirnya hamba tahu ya,Allah..
hamba ingin mati dalam dakapan cintaMu,..
ALLAH,ya a'lim...
amanah dariMu..
banyaknya belum terlaksana..
tanggungjawab belum dibuat..
sempatkah ya,Allah..???tolOoooooooooog ya,Allah beri hamba kesempatan..
ya,Allah..yang menciptakan cinta..hamba tahu..


''cinta pada bunga ,bunga akn layu..
cinta pada manusia,manusia akan mati..
cinta pada Allah,itu;itulah yg kekal abadi..''


hamba pendam hasrat ini..kerna hati hamba lemah mengungkap rasa ini..
manisnya ,ya,Allah..
rindunya,ya,Allah..
tenangnya hati..
sampaikalah hasrat hati ini padanya..
yakni ingin menjadi HURRUN AIN..

''dan ada bidadari2 yang bermata indah.laksana mutiara yg tersimpan baik.(al Waqiah;22-23)




'seorang perempuan solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh..'
jadikanlah ya,Allah..setidak2nya..izinkan hamba meniru akhlak merka..
'lelaki2 yg baik untuk perempuan2 yg baik juga.'
sabda kekasihMu lagi..
"Jika seseorang kamu menyukai seseorang,lalu dia memendamnya yakni tidak memberitahunya,sekiranya dia meninggal dunia ,matinya dikira mati syahid..''(hadith dhaif hasan)
wallahualam..
peliharalah hati kecilku yg rapuh ini..dari cinta hina..maksiat hati..mahupun zina hati..Allah..malunya..
alhamdulilah..hati hamba tenang mengingatkan janjiMu..
kabulkanlah..
insaflah diri..pakaian terakhirmu adalah kain kafan yg putih.........

''Dan barangsiapa mengerjakan kebaikan ,baik laki2 ataupun perempuan sedang dia beriman,maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan merka tidak dizalimi sedikitpun.Dan siapakah yg lebih baik agamanya daripada orang  yg dengan ikhlas berserah diri kepada Allah,sedang dia mengerjakan kebaikan dan mengikuti agama Ibrahim yg lurus? Dan ALLAH telah memilih Ibrahim menjadi kesayanganNya.''
                                                                                                           (an_Nisa;124-125)
allahumma amin...amin ya rabbal alamin..''
kabulkanlah doa kami,ya,ALLAH....^^

Friday, August 13, 2010

Ramadhan Dan Perang Badar



Persaudaraan orang-orang Islam yang datang dari Makkah dengan orang-orang Islam kota Madinah, iaitu kaum Muhajirin dan kaum Ansar, begitu baik dan kuat, seakan-akan mereka semua bersaudara kandung, tolong-menolong dengan serapat-rapatnya.
Kota Madinah yang boleh dikatakan kota Yahudi itu, mengalami perubahan besar, dengan banyaknya orang-orang Yahudi yang masuk Ugama Islam. Hal ini menimbulkan gerakan anti Islam dikalangan orang-orang Yahudi yang masih fanatik. Dalam pada itu kaum musyrik Makkah semakin cemas hatinya melihat kemajuan Ugama Islam di Madinah itu.
Kemarahan bangsa Yahudi makin bertambah, setelah Allah memerintahkan berkiblat dari Baitui Maqdis ke Kaabah di Makkah, sekalipun Kaabah sendiri dikala itu masih penuh dengan berhala. Nabi melayani setiap orang Yahudi dengan baik dan lemah-lembut. Dengan mereka dibuat perjanjian, dimana ditetapkan:
1. Orang Yahudi dan Orang Islam hendaklah hidup sebagai satu bangsa.
2. Masing-masing merdeka menjalankan upacara keagamaan masing-masing dan tidak boleh ganggu-mengganggu.
3. Jika salah satu diserang musuh, yang lain akan memberikan bantuannya.
4. Bila kota Madinah mendapat serangan, orang-orang Islam dan orang-orang Yahudi harus bersama-sama mempertahankannya.
5. Jika antara kedua pihak timbul perselisihan, maka Nabi sendiri yang akan mengadilinya. 

Tetapi tak lama sesudah perjanjian itu ditandatangani, orang-orang Yahudi mulai melanggarnya dengan mengadakan hasutan untuk mengenyahkan orang-orang Islam dari Madinah. Gerakan ini bukan gerakan yang boleh dianggap mudah, tetapi gerakan besar, yang berbahaya sekali terhadap jiwa ummat Islam, kerana gerakan ini dipimpin oleh seorang Yahudi yang besar pengaruhnya iaitu Abdullah bin Ubay, yang hampir saja diangkat bangsa Yahudi menjadi Raja Madinah. Abdullah bin Ubay ini sangat anti terhadap Islam, kerana dengan tersiarnya Ugama Islam itu, pengaruhnya semakin berkurangan.
Dalam pada itu, penduduk Makkah sudah bersiap sedia pula untuk menyerang orang Islam dengan kekuatan yang besar. Kedudukan orang Islam mulai sulit dan berbahaya sekali.


KEIZINAN UNTUK BERPERANG
Dalam keadaan yang meruncing itu, turun wahyu Allah kepada Nabi yang berbunyi: "Berperanglah dalam jalan Allah melawan orang-orang yang memerangi kamu, tetapi jangan melanggar batas, kerana Allah tidak suka kepada orang yang melanggar batas. Bunuhlah mereka itu dimana saja kamu jumpai dan usirlah mereka itu sebagaimana mereka telah mengusir kamu. Tetapi ingat pula, bahawa fitnah adalah lebih berbahaya dari pembunuhan. Tetapi janganlah kamu berperang didalam Masjidil Haram (Kaabah), kecuali kalau diperanginya kamu disana."
Selama ini Nabi dan orang-orang Islam hanya disuruh mundur dan hijrah. Sekarang diperintahkan Allah untuk berperang, kerana kini mereka sudah cukup menerima penganiayaan.
Jelas perintah itu, iaitu perang bukan untuk memaksa orang masuk Ugama Islam, tetapi adalah semata-mata mempertahankan diri kalau diserang. Kerana Ugama Islam tidak boleh dipaksakan kepada siapa jua, walaupun kepada keluarga dan famili Nabi sendiri.
Kerana perintah itu, maka Nabi mulai menyusun tentera mengatur pertahanan dan perlengkapan. Mula-mula ke dalam kota Makkah diutus Nabi beberapa orang perisik, untuk mengetahui rencana dan kekuatan musuh, serta untuk menarik kepala-kepala bangsa Badwi ke pihak Islam.
Pada bulan Rejab tahun kedua hijrah, Nabi mengutus dua belas orang Muhajirin, dikepalai Abdullah bin Jahasy keluar kota Madinah; suasana di kala itu sudah runcing sekali. Kepadanya diberikan sepucuk surat bersampul, Nabi mengizinkan membuka surat tersebut setelah dua hari dalam perjalanan. Setelah dua hari dalam perjalanan, lalu surat itu dibuka. Ternyata dalamnya satu perintah dari Nabi agar mereka menuju ke Nakhlah, satu tempat di antara Makkah dan Taif, guna mencari keterangan sebaik-baiknya tentang gerak-geri orang Makkah (musuh). Hal ini dilakukan bukan untuk menyerang Makkah, tetapi untuk berjaga-jaga semata-mata.
Disana, Abdullah bertemu dengan kafilah kecil orang Makkah yang dalam perjalanan pulang dari Taif. Orang-orang ini diserangnya, seorang mati iaitu 'Amru bin Hadhramy dan dua orang lainnya ditawan, yaitu Usman bin Abdullah dan Hakam bin Kaisan, sedang harta bendanya dirampas. Dalam hal itu Abdullah telah melanggar perintah Nabi, kerana disaat itu dalam Bulan Muharam, dimana dilarang menumpahkan darah. Nabi sangat marah kepadanya.
Hal ini membangkitkan semangat bangsa Quraisy (Makkah), untuk menyerang kaum Muslimin.
Nabi mendapat lapuran, bahawa kafilah bangsa Quraisy yang amat besar terdiri dari seribu ekor unta dengan segala muatannya, sedang dalam perjalanan dari Syria menuju Makkah. Untuk mengurangi kekuatan musuh yang telah siap untuk menyerang itu, Nabi memerintahkan untuk menahan kafilah itu dan merampas harta dan barang dagangan untuk dijadikan kekuatan perang. Maksud Nabi ini diketahui oleh Abu Sufyan yang mengepalai kafilah itu. Abu Sufyan segera mengirim utusan ke Makkah minta bantuan tentera sebanyak mungkin, sedang perjalanan kafilahnya dibelokkan melalui satu tempat yang bernama Badar, menyusur pantai Lautan Merah. Makkah segera mengirimkan bantuan yang terdiri dari seribu orang tentera, seratus orang diantaranya pasukan berkuda dan tujuh ratus orang lainnya pasukan unta, yang kesemuanya dikepalai oleh Abu Jahal sendiri. Ketika pasukan bantuan ini bertemu dijalan dengan Abu Sufyan, Abu Sufyan menyuruh pasukan ini kembali saja ke Makkah. Tetapi Abu Jahal ingin memperlihatkan kekuatan tenteranya kepada orang Madinah itu.
Pasukan Rasulullah s.a.w. hanya terdiri dari tiga ratus tiga belas orang saja. Diantaranya hanya dua orang berkenderaan kuda. Tentera yang kecil ini berangkatlah bersama Rasulullah menuju satu tempat yang dinamai Badar.
Setelah Rasulullah mengetahui akan kedatangan bantuan Quraisy yang amat besar jumlahnya itu, Rasulullah bermesyuarat dengan para sahabat beliau. Abu Bakar dan Umar menasihatkan agar pertempuran diteruskan. Begitu juga Miqdad bin 'Amru dari Muhajirin. la berkata kepada Rasulullah: "Teruskanlah apa yang diperintahkan Allah kepada engkau. Kami tidak akan berkata seperti apa yang dikatakan Bani Israil dahulu kepada Nabi mereka Musa a.s. Mereka berkata kepada Musa: Pergilah engkau beserta Tuhan engkau berperang, sedang kami biarlah duduk saja di sini (menonton). Sebaliknya kami, kata Miqdad seterusnya akan berkata kepada engkau: Pergilah engkau beserta Tuhan engkau berperang, dan kami akan bersama engkau bertempur. Demi Allah yang telah mengutus engkau membawa kebenaran, jika sekiranya engkau memerintahkan kami berangkat ke Birkil Ghamad (nama suatu tempat yang amat jauh di Yaman), kami akan memaksa diri kami agar kami sampai ke sana."
Berkata pula Sa'ad bin Mu'az dari golongan Ansar: "Kami sudah beriman kepada engkau, kami sudah membenarkan akan engkau dan mengakui bahawa apa yang engkau bawa kepada kami adalah hak, kami sudah berjanji akan tunduk dan taat. Maka teruskanlah, ya Rasulullah, dengan apa yang engkau kehendaki, kami akan selalu bersama engkau. Demi Tuhan yang telah mengutus engkau dengan hak, sekiranya engkau harus menyelam lautan itu, kami akan menyelaminya bersama engkau. Tak seorang pun diantara kami yang akan mundur. Kami tidak takut apa pun yang akan dilakukan musuh terhadap diri kami, kami adalah orang-orang yang tabah dalam perang. Mudah-mudahan Allah memperlihatkan kepada engkau apa-apa yang menyenangkan hati engkau, sehingga kami akan senang pula dengan berkat dari Allah." 
Rasulullah sangat gembira mendengar ucapan-ucapan yang diucapkan para sahabat itu. Rasulullah lalu berkata memberikan perintah kepada mereka: "Berangkatlah dan bergembiralah, Allah sudah menjanjikan kepadaku akan pertolonganNya, seolah-olah aku melihat tempat-tempat yang menjadi sumber minum mereka."
Kaum Quraisy dan bala bantuannya yang banyak itu dikerah oleh Abu Sufyan, mengambil kedudukan dilereng jauh ditempat rendah. Sedang Rasulullah memerintahkan pasukan beliau mengambil tempat dilereng yang dekat ditempat tinggi dari Wadi Badar.
Seorang sahabat bernama Habbab bin Munzir mendatangi Rasulullah dan berkata: "Apakah kedudukan yang engkau pilih ini menurut perintah (wahyu) dari Allah? Kalau memang begitu, kita tidak akan beranjak dari kedudukan ini. Tetapi kalau hanya pendapat Rasulullah sendiri berdasarkan siasat atau strateji semata, maka saya berpendapat lain. Lebih baik kita mengambil kedudukan ditempat yang lebih rendah, dekat sumber air yang akan diperguna-kan oleh musuh-musuh itu. Kita buat tangki-tangki dan kita gali perigi, lalu kita penuhi dengan air dari sumber itu, kemudian sumber itu kita timbun dengan tanah. Biar musuh tidak dapat air minuman, agar mereka menderita dahaga, sedang kita terus bertempur dengan persediaan air yang banyak itu."
Pendapat Habbab ini dibenarkan oleh Rasulullah, kerana Rasulullah mengambil tempat kedudukan yang pertama tadi itu tidak berdasarkan perintah dari Allah, semata-mata pendapat peribadi beliau sendiri.
Seluruh pasukan dikerahkan untuk membuat tangki-tangki dan menggali perigi, mengisinya dengan air sebanyak mungkin, lalu menutup sumber air yang akan dipergunakan oleh musuh itu. Para sahabat pun membuat sebuah gubuk untuk Rasulullah, tempat beliau memberikan arahannya. Berkata Sa'ad al-Anbany:
"Ya Rasulullah, bila Allah memenangkan kita, engkau tetap sajalah digubuk itu, tetapi bila kami tewas seluruhnya, engkau hendaklah segera meninggalkan gubuk itu bergabung dengan sahabat-sahabat kita yang masih hidup, yang kecintaan mereka terhadap engkau tidaklah kurang dari kecintaan kami." Rasulullah amat terharu mendengar ucapan yang demikian itu. Keesokan harinya musuh yang terdiri lebih dari seribu orang itu mulai menyerang. Melihat kedatangan musuh yang dengan amat tiba-tiba itu, Rasulullah berdoa: "Allahumma, ya Allah, kaum Quraisy sudah menyerang dengan sombong dan membanggakan kekuatan mereka, mereka menentang Engkau dan mendustakan akan Rasul Engkau. Ya Allah, hanya pertolongan yang pernah Engkau janjikan kepadaku yang akan dapat mengalahkan dan menghancurkan mereka. Ya Allah, hancurkanlah mereka." 
Tentera Makkah bukan main marahnya. Dengan segera mereka menyerang dengan pasukan berkuda terhadap tentera Islam. Dua orang pasukan berkuda musuh (Quraisy) gugur ke tanah dipanah tentera Islam. Dari tentera musuh maju ke depan tiga orang pahlawan, iaitu 'Utbah dan Syaibah (bersaudara) dengan anak 'Utbah yang bernama al-Walid. Untuk menghadapi ini, Nabi memerintahkan tiga orang pahlawan Islam pula, iaitu Ali, Hamzah dan Ubaidah. Ali dan Hamzah dapat menewaskan musuh sedangkan Ubaidah dan lawannya masing-masing mendapat luka yang parah dan kerana luka-luka ini Ubaidah meninggal dunia di atas pangkuan Nabi sendiri.
Kaum Muslimin yang sedikit itu menghadapi lawan yang lebih dari tiga kali ganda banyaknya. Nabi mendoa kepada Tuhan: "Oh, Tuhan! Penuhilah janjiMu untuk memberi kemenangan. Kalau ummat yang kecil ini binasa (kalah), maka akan menanglah agama berhala dan tidak akan ada lagi orang yang menyembahMu di muka bumi." 
Abu Bakarlah ketika itu orang yang paling sedih dan khuatir melihat ramai dan kuatnya musuh yang sedang dihadapi oleh tentera Islam. Dengan memegang kain tutup kepala Nabi, Abu Bakar berkata kepada Nabi: "Ya Nabi Allah, Tuhan tentu akan mengabulkan doamu dan Tuhan tentu menolong kita menghadapi musuh yang ramai ini."
Tiba-tiba Nabi seakan-akan tertegun dalam mendoa. Di kala itu turunlah wahyu Allah yang berbunyi: "Hai, Nabi! Kerahkanlah orang-orang Mu'min itu bertempur! Dua puluh orang Mu'min yang sabar, akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh dan seratus orang (Mu'min yang sabar) akan dapat mengalahkan seribu orang-orang kafir, kerana orang-orang kafir itu tidak mempunyai dasar yang teguh."
Dengan segera Nabi menghadapkan mukanya kepada tentera Islam yang sudah siap sedia, lalu berkata: "Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad, orang-orang yang berperang dengan sabar dan penuh harapan ganjaran Allah, terus maju dan takkan mundur setapak, bila dia terbunuh, terus masuk ke dalam Syurga Allah."
Kemudian diambil Nabi segenggam pasir, lalu dilemparkannya ke arah musuh. Arahan dan perintah menyerbu sudah diberikan. Kaum Muslimin maju bertempur dengan keimanan dan keyakinan yang penuh dan kuat, dengan serentak berteriak: Ahad, Ahad, Ahad.
Dikala itu angin berhembus dengan kencangnya ke arah tempat musuh. Pasir padang pasir berterbangan sebagai asap tabir yang amat tebal. Mata pedang mulai bergerincingan berbunyi ditengah-tengah suara takbir dan derunya angin ribut.
Kerana angin berhembus ke arah tentera musuh, maka hal itu sangatlah menguntungkan pihak ummat Islam yang dipimpin Nabi. Bukan hanya perajurit, tetapi banyak panglima-panglima tentera musuh, seorang demi seorang tewas di hujung mata pedang; diantaranya 'Utbah, Syaibah, al-Walid, Umaiyah bin Khalaf, Abul Bukhtary, Hamzah anak Abu Sufyan.
Dalam pertempuran itu pula, Mu'az bin 'Amru dari golongan ummat Islam telah dapat melukai Abu Jahal, tetapi anak Abu Jahal segera datang membantu ayahnya, sehingga tangan Mu'az kena mata pedang hampir putus, tergantung di bahunya. Dengan segera Mu'az memutuskan tangannya yang tergantung-gantung itu, lalu tampil menyerang Abu Jahal. Abu Jahal terbanting jatuh, segera ditikam oleh seorang pemuda Ansar, iaitu Bin Affa sehingga Abu Jahal tewas seketika itu juga berlumuran darah bersama kudanya. Kepala Abu Jahal yang telah bercerai dengan badannya, dibawa Ibnu Mas'ud ke hadapan Nabi.
Melihat panglima tertingginya sudah tewas, maka barisan musuh mulai kucar kacir, lari tunggang-langgang dikejar orang Islam dari belakang. Mereka meninggalkan tujuh puluh mayat dimedan perang, yang umumnya terdiri dari pemuka-pemuka mereka dan tujuh puluh orang lagi menjadi tawanan perang. Sedang dipihak ummat Islam hanya empat belas orang yang mati syahid dan tidak seorang juga yang menyerah kepada musuh.
Di antara tokoh-tokoh yang berkaliber besar dari kaum Musyrikin Quraisy yang tewas itu antara lain Abu Jahal bin Hisyam (panglimanya), 'Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah, Umaiyah bin Salt. Semua mayat musuh itu dimasukkan ke dalam sebuah lubang, lalu ditimbuni dengan tanah. Rasulullah lalu berdiri di tempat itu dan berkata: "Hai Ahli Lubang, hai Abu Jahal bin Hisyam, hai 'Utbah bin Rabi'ah, hai Syaibah bin Rabi'ah, hai Umaiyah bin Salt, apakah kamu sudah memperoleh apa-apa yang dijanjikan Tuhan kamu kepada kamu sekalian? Kami sudah memperolehi apa yang pernah dijanjikan Allah kepada kami."
Mendengar itu para sahabat bertanya kepada Rasulullah:
"Ya Rasulu'llah, apakah engkau menyeru orang-orang yang sudah menjadi bangkai?" Rasulullah menjawab: "Mereka lebih mendengar daripada kamu akan apa-apa yang saya ucapkan itu, hanya mereka tidak dapat menjawabnya."
Perang inilah yang dinamai perang Badar Kubra, terjadi pada tujuh belas Ramadhan tahun kedua Hijrah. Kemudian ternyata, bahawa Allah telah mengirimkan pertolonganNya kepada ummat Islam dalam perang itu. Bukan saja pertolongan yang berupakan angin dan debu, tetapi pula beberapa Malaikat, sebagai ternyata dalam wahyu Allah yang datang kemudian.
Terhadap para tawanan itu berbagai-bagai usul yang masuk. Umar Ibnul-Khattab mengusulkan agar mereka dibunuh semuanya, seimbang dengan kekejaman mereka terhadap orang-orang Islam. Tetapi Abu Bakar mengusulkan agar tawanan-tawanan yang kaya, diwajibkan menebus dirinya masing-masing dengan wang yang banyak, lalu dilepaskan dan yang miskin dan tak berbahaya, dilepaskan saja tanpa tebusan. Dengan wahyu Allah, Nabi menjalankan usul Abu Bakar, menolak usul Umar. Para tawanan yang mempunyai kepandaian menulis, dapat menebus dirinya dengan kepandaiannya itu.
Dengan jalan begitu, perlakuan terhadap tawanan memang diatur Nabi sebaik mungkin. Hal inilah yang menyebabkan kemenangan yang berterusan untuk kaum Muslimin disamping dengan pertolongan dari Allah. Salah seorang yang membayar tebusan yang agak besar sekali ialah Abbas iaitu bapa saudara Nabi sendiri.
Dimakkah kaum Quraisy menunggu perkhabaran tetapi setelah tiba ternyata kekalahan dipihak mereka dimana banyak yang mati dan tertawan. Dari tentera yang pulang itu mereka ketahui jalan peperangan, budak suruhan Abbas yang bernama Abu Rafi dengan keras berkata: Demi Allah. Tentu saja Malaikatlah yang menolong tentera Islam!
Mendengar perkataan itu bukan main marah lagi Abu Lahab, walaupun masih lagi dalam kesakitan dipukulnya Abu Rafi setengah mati. Kejadian itu dilihat oleh isteri Abbas, dia amat marah diambilnya lembing lalu ditikamnya Abu Lahab, parah dibuatnya. Dengan keaadan yang luka parah dan malu Abu Lahab pulang kerumah, sakitnya semakin tenat setelah tujuh hari dia pun mati. Makkah berada dalam kesedihan atas kekalahan yang dialami tentera mereka.


Thursday, August 5, 2010

RISIKAN PERJUANGAN: DETIK-DETIK AKHIRKU....

RISIKAN PERJUANGAN: DETIK-DETIK AKHIRKU....: "Assalamualaikum buat pembaca yg dirahmati kerna Allah... ana masih bertatih lagi menyesuaikan sedikit diri menulis laman sesawang.. i..."

DETIK-DETIK AKHIRKU....





Assalamualaikum buat pembaca yg dirahmati kerna Allah... 


ana masih bertatih lagi menyesuaikan sedikit diri menulis laman sesawang..
ilmu yg sedikit ingin di kongsi bersama.
teringat sabda Baginda s.a.w..''sampaikalah driku walau satu ayat..''
alhamdulilah..segala perancangan ana pda minggu ini berjalan dgan lancar biiznillah...
manusia merancang,Allah jua merancang..tapi bukankah Dia sebaik2 perancang..
andai ada lafaz yg lebih agung dri kalimah suci alhamdulilah..
pasti akan ana panjatkan syukur padanya..
kenapa???
banyak nikmatnya yg terhingga..benarlah kta2Nya..
''sekiranya kamu hitung nikmatKu,nescaya tidak terhitung oleh kamu..''
petang tadi ana cuba menyambung tali usrah yg terputus..
silap ana juga xistiqamah..
niat belum lurus lagi..
usrah mawar agama yg diidamkan masih tidak dapat dilaksanakan..
sahabat2 ada awlawiyat lain..tapi mengapa merka tidak membalas msg ajakan..
ana bukanlah manusia yg sempurna..
namun  cuba berlapang dada dan mendahulukan bersangka baik..
namun hati ini adakalanya terdetik..
''tiada siapa yg menghargai usahaku..''
astaghfirullah..hati..jangan begitu..
usaha sejemput ini belum tentu mendapat pandangan Ilahi,kamu sudah mitak dihargai..
kena betul2..
tajdid niat lagi ni.. 
ya,Allah..sampaikanlah kami semua kepada Ramadhan al Mubarak..
moga Allah bagi peluang untuk to up pahala amalan..
ana sempat bertemu adik seislam ana..
khusyuk dia menggosok baju sambil meluahkan rasa hati..
dia insan bertuah dilahirkan Allah dgan berjari ganjil..
xsemua orang..
katanya,bukankah Allah menyukai angka yg ganjil..
dan bukankah Allah itu sendiri ganjil yakni Esa..
tarbiah sebentar..
sempat kami bertukar cerita cita2..
katanya ingin menjadi kekasih Allah..
subhanallah..mulia cita2nya..
ana??
insyaAllah,dengan dosa yg bergunung..amalan yg secubit ini..
aim for..
mati syahid..
layakkah diri ini..??
kena kuat bermujahadah..matlamat yg jelas..yer2!!
terpandang buku sirah junjungan Rasulullah..
serat buku2 beliau yg lain..
byak..
dah habis baca lum??
hheheh..
ana sendir pun dah ada mcam mini library lam bili tuh..
cuba habis ckit buku2 yg dibeli+pinjam..
..kuasa positif magnetik satu buku ini menarik hati ana yg bercas negatif iktiqad yg turun..
''asma ul husna''by TOk Guru Nik abd.Aziz..mujahid idola remaja..
tambah beliau..''kalau kita nak jadi kekasih Allah,kta perlu kenal Allah dulu..
hmm..jahil rasa diri..banyak lagi sifat2 Nya belum ana dalami+kaji+hayati..
kerdilnya usaha ini.
xpe2..selagi Allah bagi kita peluang untuk bernafas..
selagi tuh akan ada masa untuk tampung usaha..yg penting perlu ada itqan yakni kesungguhan+istiqamah..
melangkah ke mahallah kc..bertemu lagi adikku..
sama batch tapi muda setahun..
sempat bertanya khabar..
tapi entah kenapa seringkali usrah mwar agamku..
apabila berjumpa kerap bertnyakan soal kesihatan ana...
''along chat macam biasa,doakanlah ye..
bagus merka..
bertemu lagi sahabat perjuangan dlam dakwah..mujahidah solehah yg berhati lembut..
lagi molek pula perngai dan akhlak+parasnya..hhehe..
..ditawar pula dgan phala..
mana xmau..
seraya memeluk tikar letak di busana..pass to muslimin next..
istiqamah usaha merka..membantu ajk ahli talaqi ustaz Muhadir..
..sesaat dua sempat mengambil iktibar..
Islam itu kuat bila bersama..
sebagaimana erat ana memegang tikar menuruni tangga..
dianalogikan dgan iman yg adakala turun...naik balik..
namun Islam harus dijulang sentiasa..
selalu utamakan yg lebih penting..
...usai charity ifthar di musolla kc..
...menuju ke majlis talaqi uStaz Muhadir..
ana cuba istiqamah yg nih..alhamdulilah..mendengar suara guru yg dirindui untuk memberi nasihat..
bergenang air mata..entah kenapa hati ini rasa tenang mlam ni..dan bersyukur kpda Allah..
alhamdulilah..Allah bagi peluang untuk hadir ke majlis ilmu yg dinaungi sayap malaikat..
mashaAllah terasa banyal lagi benda amanah yg belum terlaksna..
       ^ADAB2 HARI JUMAAT^
tajuk minggu nih..
ilmiah..
antaranya..banyakkan selawat kpda Baginda Rasulullah s.a.w..
ketawa ringan dgan jenaka ustaz..
terhibur melihat senyuman sahabat muslimat..
penuh satu anx...
subhanallah..
nikmatnya rasa ketenangan hadir ke majlis yg dipenuhi para hufaz+solehah..
lembut  suara ustaz menberi peringatan..
contoh cara daie yg berhikmah..
terasa..''zupp!!'' dalam dada..
indahnya majlis ini..
ustaz sempat memberi ijazah apabila mendengar berita kematian ..
-al fatihah
-surah al ikhlas 11x
-2 surah Qul yang lain..
''qabilna..''
''hari jumaat adalah hari raya bagi umat Islam sebenarnya..dan hari yg mana iman kamu bertanbah juga merupakan hari raya buat kalian..''kata ustaz..
soalan berkaitan kewanitaan banyak ditanya kali ini..sabarlah yer min..
dua jam masa berlalu xterasa..
moga ALLAH panjangkan usia ustaz serta seluruh warga talaqi kali ni..
moga berkesempatan untuk mendgar ayat2 cinta dari kalam Ilahi..
..penat jua menaip..lain kali pulak..ana cuba coretkan perjalanan hidup bakal syuhada nih..insyaAllah..doakanlah yer..aminn..
ohya..patutlah rasa lain macam jer..rasa xkena..something wrong..
sedang shabat2 dah habis skhatam quran hari ini@baca yasin..
ana belum basahkan lidah dgan kalamullah..ya,Allah..lalainya..patutlah hati ini..
bersegera ke arah ke arah kebaikan..nak suntik vaksin pd idri jap!!!




*SALAM SYAHID SEKENCANG  JIHAD!!!!!*
*TAKBIR!!!!*ALLAHUAKBAR!!!*


p/s: rindu nak dgar ceramah  Tok Guru setiap pagi jumaat kat ja'far rawas,qelate..panjang umur..insyaAllah.('',)


''sesungguhnya solatku,ibdahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam..''















Buat bakal sayap kanan perjuanganku..





Buat sayap kanan perjuanganku..


Biarlah dia seorang yang buta…
Buta kerana matanya sunyi
dari melihat perkara-perkara maksiat dan lagha,
Juga buta kerana kedua-dua matanya terpelihara
dari memandang aurat wanita ajnabi…
Asalkan kedua-dua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah,
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya.

Biarlah dia seorang yang bisu...
Bisu dari pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan,
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yg bisa meracun fikiran,
Juga bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran...
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan,
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran,
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran,
dan asalkan dia lantang menyuarakan kebenaran.

Biarlah dia seorang yang bakhil...
Bakhil dalam memberi senyuman
kepada wanita yang bukan mahramnya,
Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya,
Juga bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
untuk seorang wanita yang tidak sepatutnya...
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya
untuk beribadah dengan Khaliqnya,
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya,
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran,
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
kembali megah di muka dunia!

Dan biarlah dia seorang yang papa...
Papa dalam melakukan perkara maksiat,
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat,
Juga papa dalam memiliki akhlaq mazmumah...
Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
yang berfaedah lagi bermanfaat,
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia,
Dia begitu kaya dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya,
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah!


Yang dicari bukanlah putera raja,
tetapi seorang putera agama...
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata...
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani, sempurna hati...
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat...
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ku sedar diri ini hanyalah serikandi
dengan silam yang kelam...
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia...
Dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
tetap akan ku redha dengan ketetapan


Monday, July 26, 2010

ADA apA DENGan syAABan???

ya,Allah..sampaikanlah kami kepada Ramadhan.aminn..

SYAABAN adalah gerbang menyambut Ramadan yang penuh berkat. Oleh itu, umat Islam digalakkan berpuasa sunat pada bulan ini sebagai latihan dan persediaan sebelum menghadapi kewajipan berpuasa sebulan penuh pada Ramadan kelak. 

Ia dinamakan Syaaban kerana Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya pada bulan ini. Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Nabi Muhammad saw terhadap semua nabi. Sementara, keutamaan Ramadan berbanding bulan lain adalah seperti keutamaan Allah kepada hamba-Nya.

Pada Syaaban, ada satu malam yang sangat dinanti-nantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai. 

Malam itu menyaksikan limpahan manusia hingga masjid dan surau tidak dapat menampung bilangan jemaah yang begitu ramai. Begitulah keistimewaan malam Nisfu Syaaban hingga mampu menarik perhatian umat Islam untuk sama-sama memakmurkan rumah Allah.
Namun, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya beramai-ramai melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban, tidak pada hari dan bulan lain. 


Perlu ditegaskan bahawa setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Bagi Muslim bertakwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan berkenaan.

Muslim sejati tidak akan memilih bulan atau hari tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan hingga bertemu menghadap Allah nanti. 

Di samping itu, ada himpunan hadis yang menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalann tertentu pada bulan ini. Namun, kebanyakan hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama.

Bagaimanapun, ada sebahagian ulama berpendapat bahawa hadis daif boleh dipegang dalam fadhail amal (untuk kelebihan beribadat) secara perseorangan.

Jelas daripada fakta di atas bahawa dalam Syaaban ini umat Islam dianjurkan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan meningkatkan amal soleh dan memperbanyak ibadah.
Tidak ada hadis yang diriwayatkan berkaitan dengan amalan dan bacaan doa tertentu pada pertengahan Syaaban yang mencapai taraf hadis sahih. Menurut mereka, tidak ada satu pun hadis sahih yang membicarakan mengenai malam Nisfu Syaaban dan amalan yang dianjurkan pada malam itu.


Berdasarkan amalan yang biasa dilakukan oleh umat Islam di Malaysia iaitu amalan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dan bacaan doa secara khusus pada malam itu adalah doa yang tidak ada asal usulnya. 

Ia juga tidak menepati dalil syarak sama ada dalil manqul (bersumberkan Quran dan hadis) atau ma'qul (bersumberkan pendapat ulama mujtahidin yang muktabar).

Mengikut Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya al-Fatawa bahawa kandungan doa itu secara umumnya adalah permohonan supaya ditetapkan sebagai seorang yang bahagia dan murah rezeki bersesuaian dengan segala kebaikan. 

Maksud doa itu berdasarkan firman Allah


يَمْحُو اللّهُ مَا يَشَاء وَيُثْبِتُ وَعِندَهُ أُمُّ الْكِتَابِ {39

yang bermaksud: 
“Sesungguhnya Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan).” (Surah al-Ra'd , ayat 39), jika telah ditetapkan dalamnya bahawa pemohon menghadapi kesukaran, kesusahan dan ’pengharaman’ daripada rezeki. 

Jelas dari sini percanggahan yang nyata dalam isi kandungan doa ini. Pada permulaannya, pemohon berkata, sekiranya dia telah tertulis di sisi Allah dalam kitabnya sebagai seorang yang susah dalam urusan mencari rezeki, maka pendoa meminta supaya dihapuskan kesusahan itu dan ditetapkan di sisi Allah dalam kitabnya (yang sama) sebagai seorang yang bahagia dan murah rezeki untuk segala kebaikan, berdasarkan maksud ayat yang disebutkan. 

Makna ummul kitab ialah tidak ada di dalamnya penghapusan dan tidak ada pengisbatan (penetapan), maka bagaimana dia (orang yang berdoa) pada masa yang sama memohon penghapusan dan pengisbatan dalamnya.

Pada masa sama, ucapan doa ini bertentangan dengan adab berdoa seperti yang digariskan oleh ajaran Islam. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Apabila kamu meminta kepada Allah (berdoa kepada-Nya), janganlah kamu ucapkan : Ya Allah ampunilah daku jika Kamu kehendaki, rahmatilah daku jika Kamu kehendaki, berikanlah rezeki padaku jika Kamu kehendaki, sebaliknya hendaklah kamu menetapkan permasalahannya (apa yang diminta), Allah Maha 
Berkuasa melakukan berdasarkan ketentuan-Nya dan tidak ada paksaan atas-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seterusnya, umat Islam dianjurkan melaksanakan amal ibadat sebanyak mungkin menurut kemampuannya pada malam itu . Antaranya bersolat lima waktu secara berjemaah, bersolat sunat dan melakukan solat tahajud, berpuasa sunat, membaca al-Quran, beristighfar kepada Allah, bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca berbagai doa dan zikir yang ma'thur.

Ada pendapat menyatakan amalan membaca surah Yassin dan sembahyang sunat khas dua rakaat pada malam berkenaan sesudah melakukan sembahyang Maghrib iaitu setelah mendirikan sembahyang sunat ba'diah adalah bidaah semata-mata. 

Dikatakan juga bahawa sesetengah umat Islam amat suka menghidupkan malam ini, mungkin kerana terdorong oleh kenyataan yang pernah disebutkan oleh sebahagian ulama dalam kitab tafsir dan hadis yang menunjukkan kelebihan malam Nisfu Syaaban. 

Persoalan seperti ini memang sering diperbesar untuk mengeliru dan melemahkan semangat umat Islam untuk beribadah kepada Allah dengan penuh keikhlasan. 

Oleh itu, menjadi kewajipan setiap Muslim untuk kembali kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah supaya dapat melaksanakan ajaran Islam yang sebenar. Di samping itu, mengelakkan diri daripada amalan bidaah yang sesat lagi menyesatkan. .

Sunday, July 25, 2010

Sabar dan Hikmah Dalam Berdakwah

...........ALLAHUAKBAR!! TEGUHKAN AKU DI JALANMU!!''.....

“Sheikh Rayyan, apa cerita menarik awak di Dagistan?”, saya bertanya.
Rayyan tersenyum. Beliau baru sahaja pulang ke Jordan selepas lama menetap di sana. Bekerja sebagai guru di sebuah sekolah agama di negara bekas jajahan Soviet itu.
“Oh, banyak cerita menarik. Tapi ada peristiwa yang saya nak kongsi dengan kamu. Tentang bid’ah membid’ah ni”, kata Rayyan.
“Hah, kat Dagistan pun ada masalah ini ke?”, saya sedikit terkejut.
“Ramai syabab Arab yang ikhlas datang berdakwah. Mereka memang bersungguh-sungguh. Tapi dakwah tanpa hikmah, lebih merosakkan dari memperelokkan”, sambung Rayyan.
“Betul. Orang Malaysia kata, seperti tikus membaiki labu”, saya tersenyum.
“Tikus memang makan labu. Maksud awak, pendakwah jadikan dakwah mereka sebagai profesyen ke?”, tanya Rayyan.
“Eh, tak terfikir pula saya. Itu isu lain. Maksud seperti tikus membaiki labu ialah, usaha nak memperbaiki tu lebih merosakkan berbanding mengelokkan”, saya cuba menjelaskan.
“Oh, begitu”, kata Rayyan sambil ketawa.
Rayyan menceritakan kepada saya bagaimana di Dagistan, ada satu adat yang pelik. Apabila mereka dengar nama Rasulullah disebut, mereka akan berdiri.
Ketawa saya dibuatnya. Ia mengingatkan saya kepada adat orang Turki di Istanbul semasa melawat maqam Abu Ayyub al-Ansari. Kerana terlalu memuliakan sahabat Nabi itu, ramai yang keluar dari maqam itu secara jalan berundur. Terasa biadab menunjuk belakang kepada Abu Ayyub al-Ansari!
Begitu jugalah agaknya dengan orang Dagistan. Kerana begitu memuliakan Rasulullah SAW, mereka sampai berdiri apabila nama baginda disebut.
wajah tua itu menyimpan seribu cerita di bumi dagistan

HORMAT
Dalam hal inilah, pendakwah mesti berhati-hati. Apa yang mahu diperbetulkan ialah cara menunjuk hormat. Jika tidak kena cara, rasa hormat itu pula yang terhapus. Hal inilah yang sering dilupakan oleh pemuda yang bersemangat tinggi terhadap dakwah. Saya berkongsi kesedihan apabila rakan-rakan dari negara bekas jajahan Soviet, sering mengadu tentang gelagat pendakwah sukarelawan Arab yang mencetuskan rasa gelisah di dalam masyarakat, khususnya dalam bab mencela Tasawuf dan Tareqat Sufi.                                              
Selama duduk di bawah jajahan kuasa Soviet, negara-negara Asia Tengah dan Balkan memang hidup dalam penderitaan. Usahkan mahu membentuk usaha agama, menggunakan nama Islam pun tidak dibenarkan. Islam secara khusus, bersama agama-agama yang lain, ditekan sehabis-habisnya. Pada masa inilah amalan Tareqat berperanan mengekalkan elemen Islam dalam tempoh hampir seabad tanah ini tanpa kebebasan beragama. Tentu sahaja banyak kesilapan dan kesalahan dalam amalan tersebut, tetapi untuk ‘orang luar’ datang berdakwah mencela dan memaki hamun amalan Tareqat, ia mencetuskan kacau bilau di dalam masyarakat.
Antara negara yang banyak mengalami ketegangan ini ialah Bulgaria, Chechnya, Dagistan dan beberapa kawasan lain.
“Apa yang anta buat Sheikh Rayyan?”, saya menyambung bual.
“Semasa awal-awal saya bersama dengan penduduk di tempat tinggal saya itu, tentu sahaja saya berdiri bersama mereka.”, kata Rayyan.
“Selepas beberapa ketika, saya beritahu mereka, alangkah baiknya kalau sambil berdiri kita berselawat”, sambung Rayyan.
“Meriahlah ceramah anta ya. Sebut sahaja Rasulullah, semua bangun dan berselawat”, saya terasa lucu dengan pendekatan dakwah Rayyan.
“Ya, sehingga saya terpaksa mengurangkan sebutan nama Muhammad, untuk melancarkan kuliah”, kata Rayyan yang turut ketawa bersama saya.
“Lama-lama, apabila mereka sudah biasa dengan amalan selawat, barulah saya yakinkan mereka bahawa untuk berselawat, sambil duduk pun boleh. Akhirnya tertegaklah satu Sunnah, dan terhapuslah satu Bid’ah”, Rayyan menghabiskan ceritanya.
Kisah Rayyan yang dikongsinya bersama saya ketika kami sama-sama belajar di Jordan dahulu, sering saya kenang. Ia suatu contoh mudah, betapa besarnya peranan sabar dan hikmah dalam usaha memperbaiki dan memperbetulkan amalan manusia.
Pendekatan yang sama, cuba saya gunakan dalam menangani banyak kesulitan beragama di hari ini. 
Semasa jemaah di masjid bersoal jawab tentang hukum kenduri arwah, saya cuba mengingatkan semua, bahawa Sunnah jiran memasak untuk keluarga si mati sebagaimana yang diterangkan di dalam hadith syahidnya Jaafar bin Abi Thalib, tidak mungkin dapat dilaksanakan jika jiran dengan jiran masih tidak kenal dan tidak bertegur sapa di dalam sebuah kampung.
Maka usaha untuk mengurangkan amalan kenduri arwah di dalam masyarakat, mestilah seiring dengan usaha menggalakkan semangat kejiranan. Jika penduduk sebuah kampung, sayang menyayangi seperti ukhuwwah para Sahabat, tidak perlu menunggu hari kematian untuk berbuat baik.. malah masak memasak dan berkongsi makanan menjadi kebiasaan, sebelum datang hukum dan tuntutan.
Dan seorang pendakwah tidak mungkin dapat menyemai sifat kasih sayang sesama jemaah di masjidnya, jika dia sendiri tidak menyayangi justeru tidak disayangi..
mashaAllah!!