Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Sunday, April 28, 2013

''YA RASULULLAH,AKU TIDAK MAHU BERJUMPA DENGANMU..''


Assalamualaikum Wbt.

Bismillahirahmanirahiim..

Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad.






Apabila seorang sahabat ditanya,mahukah kamu berjumpa dengan Rasulullah saw?

Dia berkata perlahan namun mampu didengar oleh telinga:
''Ya,Rasulullah,aku tidak mahu berjumpa denganmu..''

Kenapa??

Kerana dia malu mahu berjumpa Nabi saw.

Malu namun tidak mahu kerana malu.

Berapa banyak sunnah Nabi saw sudah istiqamah diikuti?Berapa banyak akhlaq Nabi saw sudah diteladani? Sudahkah sehabis daya berjuang untuk dakwah umat?

Apa yg akan kamu lakukan jika Rasulullah saw ada dihadapanmu?

Katanya: ''Aku akan menyembunyikan wajahku dengan kain ini.Lalu mungkin aku akan berlari ke mana sahaja kerana aku berasa sungguh malu dan tidak layak berjumpa Rasulullah.''

Ditanya lagi padanya: ''Tidakkah kamu selama ini mahu berjumpa Rasulullah?''

Dibalasnya dengan nada yg sudah serak dan air mata berderaian.

''Ya,aku mahu sekali.Aku rindu sekali.Namun aku tidak mahu kerana malu.''

''Ummati..Ummati..''

Berapa ramai hatinya bergetar saat mendengar kata-kata ini?

Sebuah kata-kata terakhir Rasulullah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir,namun sejauh mana kita benar-benar menghayati makna di sebalik kata-kata ini?

Nabi yg tidak pernah berhenti berjasa kepada umat,hatta sehingga kini bahkan Nabi saw simpan satu doa khusus buat umatnya yg dicintai di akhirat nanti.

Setiap hari Isnin,saat amal setiap umatnya ditunjuk kepada Nabi di alam sana,Nabi saw mengucap syukur jika amal umatnya soleh.


Wahai Kekasih


Jika sebaliknya,Nabi mengucapkan istighfar kepada ALLAH untuk umatnya kerana kejelekan amal tersebut.

Namun kita pernahkah ucapkan syukur kepada ALLAH atas nikmat ALLAH bagi dapat berbuat amal.Ketahuilah dapat bersyukur itu sendiri memerlukan syukur!!

Dan adakah kita bermuhasabah dan beristighfar setiap hari atas kekurangan amal kita hari-hari sedangkan nikmatNya banyak belum disyukuri dan ditunaikan haknya??

Nabi saw rindukan kita semasa Baginda saw masih hidup,hingga saat-saat akhir nafas Baginda saw.

Ya Rasulullah... kami merinduimu.. :')

ASSALAMUALAIKA,YA RASULULLAH..MAAFKAN KAMI YA HABIBUNA..






Wednesday, April 24, 2013

Seloka Siapa?

Assalamualaikum Wbt.

Bismillahirahmanirahiim..

Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad.

Kalau rasa sunyi,berteman dengan ilmu.
Kalau rasa sedih,berteman dengan ilmu.
Kalau rasa merajuk,berteman dengan ilmu.

Wahai ilmu,jangan lari jauh-jauh,
Bertemanlah denganku,
Aku tidak punya teman sejati,
Melainkan kamu,

Jika aku merajuk,
Ada kamu untuk memujuk,
Jika aku terleka,
Ada kamu untuk ingatkan.
Jika aku sedih dan kecewa,
Ada kamu untuk gembirakan.

Bukan senang bagi seorang yang jarang meminta maaf untuk meminta maaf,
Tapi bukan susah untuk orang yang pemaaf untuk menerima maaf,
Jika nak ALLAH maafkan dan ampunkan dosa kita,
Maafkanlah dosa dan kesalahan orang pada kita,

Jarak bukan faktor besar membuatkan seseorang jauh dengan kita,
Ada yg duduk sebelah bilik,namun hatinya jauh sekali
Ada yg duduk nun seberang oversea sana,namun hatinya dekat sekali,
Bukanlah pula faktor masa menjadi penghalang,
Jarang berjumpa adakala lebih baik dari berjumpa sentiasa.
Rindu dan cinta itu lebih kuat,
Prasangka dan boring itu jauh melata.

Akhirnya ada deraian juga air mata yang cuba diseka,
Jatuh mengiringi sendu positif yg cuba dibuat biasa,
Lalu pada ALLAH kupasrahkan jiwa,
Pada manusia tidak mahu ku mengharap lagi berulang sama.

Teman bukan teman biasa,
Ingin berteman hingga ke syurga,
Jika didepan kita dia baik belaka,
Belakang kita dibuka cerita lama,
Apa mahu dikata?
Senyum sahaja,selawat mereda rasa.
Pada ALLAH kita curahkan duka nestapa,
Semoga ingatan pada Rasulullah mengubat luka.

Ini adalah pantun seloka,
Suka-suka tiada kaitan dengan sesiapa,
Janganlah pula ada yg terasa,
Niat dihati untuk melatih diri menguat jiwa.


Assalamuaikum. :)

24/4/13-Campro Closing.

Tuesday, April 23, 2013

Kasih yang terSembunyi

Assalamulaikum wbt.

Bismillahirahmanirahiim.

Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad.

Mood: Rajin pulak rasa nak m'post entry malam ini.Sebenarnya hari ini dah 3 topik psot. Ada ke orang baca blog ambe? ;)
Takpa,yg penting LillahiTaa'ala dan betul niatnya.

''Sekecil apapun hadiah,jika ikhlas menerima dan memberi akan terasa begitu berharga hadiah itu.''

Membelek-belek koleksi hadiah dan kebanyakannya sahabat suka m'hadiahkan keychain dan buku.2jenis koleksi hadiah paling suka.So far,alhamdulilah.

Kemudian baru perasan,hadiah keychain yang dibuat sendiri oleh sahabat baik yg sudah lama berkawan hampir 5tahun ,bentuknya sama cuma jenis berlainan.

Jika teman2 lain ada jua beliau hadiahkan hadiah yg serupa namun berlainan bentuk.
Untuk saya,dia banyak hadiahkan yg bentuk..... 'hati' ♥

Beliau tidak pernah beritahu pd saya dia sayangkan saya.
Tapi saya baru tahu sekarang.Sayangnya dia diekspresi dalam bentuk lain. :)

p/s: Rasa mcm drama korea pulak.Cuma ni watak antara heroin dgn heroin shaja~(ehh)

Sabda NABI SAW; ''Hendaklah kamu saling memberi hadiah,nescaya kamu saling menyayangi.'' tahaadu,tahabbu. :)


Kalau awop baca entry kali ini,terima kasih awop yg bernama 'F' :)

Panjang umuq,jumpa lagi.

Jgn lupa selawat !!! ^_^ keep smile~

The Almighty Longing

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahiim..

Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad.  :)

Ciptakanlah rasa rindumu kepada Rasulullah saw,sebagaimana yang termaktub dalam firman-Nya;'' Rasulullah adalah kurnia yang paling nyata''.Dengan perasaan rindu,maka akan membuat amal seseorang menjadi mulia.Jika seseorang mempunyai ikatan batin dengan hal-hal yang mulia,nescaya semua amalnya akan ikut menjadi mulia.Namun sebaliknya ,jika seseorang memiliki ikatan batin dengan hal-hal yang rendah,maka seluruh amal bahkan kehidupannya akan menjadi rendah pula.

Lihatlah perasaan kerinduan Sayyiduna Abu Bakar Ash Siddiq kepada Rasulullah saw.Ketika itu Nabi Muhammad saw mendatangi rumah Sayyiduna Abu Bakar di waktu yang tidak seperti biasanya ,kemudian Rasulullah saw menyampaikan berita rahsia tentang perintah ALLAH SWT agar Baginda saw berhijrah.Tanpa berfikir panjang,Sayyiduna Abu Bakar Ash Siddiq bertanya ;'' Apakah aku dapat menemanimu,wahai Rasulullah ? Aku mohon izinkanlah aku untuk menemanimu wahai junjunganku.''

Mendengar permintaan Sayyiduna Abu Bakar Ash Siddiq yg tulus,Rasulullah saw pun mengiyakan .Kemudian Sayyiduna Abu Bakar pun menitiskan air mata bahagia kerana kerinduannya yg begitu besar kepada Rasulullah saw dan dia sedar bahwa dirinya tidak akan mampu berpisah dengan Baginda Nabi Muhammad saw.Sehingga Sayyidah Aisyah ra ,yg ketika itu masih sangat belia usianya,berkata:''Baru kali ini aku melihat ada orang menangis kerana bahagia.'' 

Kesungguhan Sayyiduna Abu Bakar Ash Siddiq berjuang bersama Nabi Muhammad saw untuk menemani Nabi Muhammad saw benar-benar muncul dari hati yang tulus.Dari hati yang memancarkan kecintaan serta keimanan kepada ALLAH SWT dan Rasul-Nya.Maka oleh ALLAH s.w.t,hal itu diganjari dengan menemani Rasulullah saw selama tiga hari tiga malam berada didalam Gua Tsur.

Lihatlah pula kerinduan Sayyidina Bilal Bin Rabah ra pada saat-sat akhir ketika ajal akan menjemputnya.Ketika dengan kesedihan yg begitu mendalam,isterinya menangis mengetahui akan tibanya detik-detik saat perpisahan selama-lamanya dengan suaminya tercinta.Di saat kegentingan itu,apa yang diucapkan oleh Sayyidina Bilal Bin Rabah ? Apakah yang ia ucapkan? Apakah yg terucap dari lisan yg penuh cinta terhadap kekasihnya ini? Beliau mengatakan :''Duhai alangkah bahagianya ,besok aku akan bertemu dengan Rasululalh dan sahabat-sahabatnya.''



Begitu pula disebutkan dalam sebuah riwayat ,ketika seorang sahabat yang baru berusia 10 tahun meminta kepada ayahnya agar diizinkan untuk berperang di jalan ALLAH swt.Setelah sang ayah mengizinkan ,lalu anak itu berkata kepada sang ayah :''Wahai ayahku,sekarang tolong gambarkan paras wajah Rasulullah saw dan sifatkanlah kepadaku tentang sifat-sifat baginda saw,sehingga aku dapat mengkhayalkan dirinya saw.Hal ini agar menambah semangatku saat berjuang nanti dan aku ingin menjadi syuhada'''

Hal ini muncul tiada lain kerana hati yg didasari kerinduan mendalam dari sahabat kecil yang belum pernah bertemu dengan susuk Rasulullah saw ini.Bandingkan dengan apa yang diperbuat anak-anak kita sekarang,mereka di usia 12tahun ke atas hanya rindu kepada pemain bola atau para bintang filem,yg mungkin seumur hidupnya belum pernah bersujud kepada ALLAH s.w.t.

Kerana itu,didiklah anak-anak kalian untuk selalu rindu kepada Rasulullah saw.Ajarilah merka agar Rasulullah saw menjadi idola teladannya.Al Imam Al Habib Abdullah Bin Abu Bakar Al Aydrus mengatakan didalam syairnya: ''Dengan perasaan rindu,seseorang akan semakin tinggi dan menjadi mulia amalnya.''

~Petikan Ceramah Al Habib Umar Benhafidz di Indonesia ditulis kembali oleh al faqirah ilallah. 23/4/13




''Suamiku Seorang Ustaz?''

Bismillahirahmanirahiim...
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar.. :)

''Suamiku seorang Ustaz''

Demikian tajuk novel yang sempat al faqirah baca muqadimah dan intronya.

Maaf,roomate terbaca sedikit buku itu di atas meja awak. ;)Hampir setahun lebih tidak membaca novel.Bukan tiada masa,cuma kurang berminat.Novel ini pun tidaklah jenis novel yang diminati.Cenderung kepada novel seperti 'Ketika Cinta Bertasbih' ,'Ayat -Ayat Cinta' atau novel seperti Ustazah Fatimah Syarha atau Habiburahman al Syirazy lain-lainya.

Rasa nak berhenti sementara menulis status-status di Facebook,kerana nak menumpukan kepada penulisan novel.InsyaALLAH.mohon doakan al faqirah.

Hajat al faqirah untuk menerbitkan satu atau dua buah novel dalam masa yang agak sibuk akhir-akhir ini menghampiri tahun akhir sebelum grad.Novel al- faqirah berkisar soal cinta juga.Namun lebih kepada cinta kepada Rasulullah saw.Sebagai contoh seperti novel yg ditulis oleh Kak Munirah,senior di Uia,Gombak suatu masa dahulu.Iaitu' Qasidah buat Kekasih'

Mungkin kali dengan tajuk 'Rida Buat Kekasih'? :)


Tengoklah,macam mana hasil istikarah dan istisyarah,

Mahu menulis kena banyak membaca.
Bahkan kena benar-benar merasai cintanya.Cinta kepada Habibuna Rasulullah saw.

InsyaALLAH,doakan al faqirah agar dikurniakan kesihatan,rezeki dan ilham yang baik serta sudah tentu dikurniakan niat yg ikhlas disertai rasa cinta kepada ALLAH dan Rasulullah saw lebih-lebih lagi.

INSYAALLAH.
Al afwu minkum.

:)


Assalamualaikum!
Ma'asalamah~ (^_^)/'' jgn lupa selawat~

Sunday, April 21, 2013

Nilai Sahabat

Bismillahirahmanirahiim..

Alhamdulilah,Alhamdulilah,Alhamdulilah.

:)

Entah apa yang berlaku hari ini ,bertubi-tubi.
Membuatkan diri sedaya upaya memotivasikan diri sendiri supaya berfikiran positif ,positif dan positif!!!

Keyakinan pada ALLAH.

Hidup ini hanya sementara.Jadi..

Bila sementara..

kalau sakit pun sementara..
kalau sedih pun sementara..
kalau kecewa pun sementara..
kalau gembira pun sementara..

Alhamdulilah,

ALLAH bagi nampak (sepatutnya dah boleh nampak lama) yang hidup ini sekejap sahaja,jadi semuanya akan berakhir.

Jadi hidup yg sudah memang singkat ini,ditambah pula al faqirah sendiri tidak tahu usia al faqirah panjang mana,mungkinkah sampai tahun ini..atau minggu ini..atau hari ini..atau sebentar lagi..

Jadi gunakan waktu yang ada sebaik mungkin.

Jika rasa penat dan rasa macam tak mampu nak lalui hari akan datang,ingat hari -hari yang kita pernah rasakan lepas.

Well done,Hidayah u've go through it so far (^_^)/'' ohyeah !

sudah mampu kita laluikan?

Cuma adalah tuh sikit-sikit,sakit. ;)

Alhamdulilah.

Manusia takkan mampu mengenal kelemahan diri sendiri kecuali ditunjukkan sendiri oleh ALLAH dan ditegur oleh sahabat.

Macam yang kita tengok dicermin.

Bila tengok di cermin,tangan kanan kita jadi tangan kiri kita pada cermin itu.

Nak katanya,kita rasa macam dah OK,

Tapi pandangan manusia lain mereka melihat satu kekurangan pada diri kita.

Baguslah !
Lagi bagus ada sahabat yang begitu .

Mereka tegur sebab sayang...

Tak sedar pula rupanya diri kurang memberi penghargaan pada sahabat sekeliling.
Gerak kerja kadangkala menunggang kita membuatkan kita lupa dan alpa akan hak orang sekeliling.

Sebenarnya amat2 menghargai mereka semua.

Setiap doa,diselit nama mereka satu persatu.InsyaALLAH !

Terima kasih pada Kak Fatimah,Kak Isdiyantie,Kak Hidayah Halim,Farahana,Farihin dan Insath  dan lain-lain sudi tegur al faqirah.

Alhamdulilah,ada sahabat seperti mereka.

Mereka tegur sebab sayang!

Bukan sebab nak menghukum atau tak suka kawan dengan al faqirah kan! ^_^

Positif.

Biarlah masa yang mengubat segala.

Regards,

Usahakan berselawat dan sibukkan diri mencari kekurangan diri sendiri namun jangan pula membuatkan diri sendiri lemah dan rendah diri ya!

Assalamualaikum, :)

Saturday, April 20, 2013

Nikmat Yang Teruji

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad Wa A'la Aliih..

MAJLIS MUHIBBEN RASULULLAH  UIAM 2013 :) Jemput datang ya (^_^)/''


Alhamdulilah,segala pujian hanya milik ALLAH Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang.Segala kesyukuran wajibnya dirafakkan kepada ALLAH Tuhan Sekalian Alam.Rabbi A'lamin.Bersyukur juga menjadi umat Nabi Muhammad sallahualaihiwasalam.Sedangkan Nabi Musa alaihisalam begitu teringin menjadi umat Nabi Muhammad,namun takdir ALLAH mengkehendaki yang lain.Sesungguhnya dapat menjadi seorang hamba yang selalu mensyukuri nikmat ALLAH walau sekecil-kecil nikmat itupun merupakan nikmat ALLAH yang diberi tidak semua kepada semua hambaNya.Sesetengah manusia hanya melihat nikmat ALLAH yang besar ,dan ada manusia yang mampu melihat nikmat kecil ALLAH hatta pada kerlipan mata.

Padahal ALLAH sudah janjikan dalam satu ayat dalam Al Quran,

 "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".( surah Ibrahim : 7 )

Nikmat ALLAH jika ditimbangtara di atas timbangan al mizan di Mashyar kelak dengan amal seorang hamba,belum mampu mengimbangi kesyukuran seorang hamba itu terhadap nikmat ALLAH itu.

Disebutkan dalam sebuah hadith yang diceritakan kembali oleh Al Habib Ali Al Jufri,beliau menceritakan tentang kisah seorang lelaki yang beribadah selama 500 tahun.Selama itu ,ia tidak pernah sekalipun bermaksiat kepada ALLAH.

''Amalmu sudah Aku terima,masuklah ke syurga dengan rahmat-Ku.''kata ALLAH.



Orang itu berkata, ''Wahai Tuhanku,bukan dengan rahmat-Mu,tetapi kerana amalku.Bukankah selama 500 tahun aku tidak pernah bermaksiat kepada-Mu Aku hanya taat dan beribadah kepada-Mu,dengan amalku itu aku berhak mendapatkan syurga.''


Padahal ,tanpa rahmat ALLAH, ia dimasukkan ke dalam lubang neraka ALLAH.

''Kalau kerana amalmu, hitunglah sekarang.''kata ALLAH.

Malaikat kemudian menghitung nilai ketaatan orang itu selama 500 tahun dan meletakkannya di salah satu lengan timbangan.Sementara,di lengan yang satunya lagi diletakkan nikmat mata.Ternyata, amalnya tidak mengimbangi kewajipan mensyukuri nikmat mata tersebut.

''Orang ini tidak menunaikan kewajipan bersyukur.Seluruh amalnya tidak cukup menebus kelalaiannya mensyukuri nikmat mata,''lapor malaikat.

''Kalau begitu,bawa ia ke neraka,''kata ALLAH.

''Wahai Tuhanku,ternyata benar,kerana rahmatMU.''kata orang itu.

''Dengan rahmat-Ku ,bawa ia ke syurga.''perintah ALLAH Taala.

Digerakkan hati untuk mencoretkan sesuatu di laman sesawang ini setelah lama bercuti.Sebelum ini banyak ilmu-ilmu yang didapati dikuliah ilmu dikongsikan di laman Facebook.

Semoga ALLAH mengurniakan istiqamah kepada diri untuk menulis sesuatu yang baik-baik sahaja.Dan mengikhlaskan segala tulisan ini kerana ALLAH bukan kerana 'LIKE' manusia,Takut juga banyak menulis status difacebook, di saat dilihat 'noti' penuh dengan 'LIKE' manusia,hati akan dimasuki penyakit riak dan ujub.Nauzubillahimin zalikh.

Semoga ALLAH melindungi kita semua daripada sifat mazmumah ini.

Cukup dulu sekadar ini.

Pendek namun semoga bermanfaat entry kali ini.

Diharap sahabat-sahabat pembaca dapat mendoakan al faqirah ilallah.

Tiada manusia yang tidak diuji oleh ALLAH Taala.

Kita tidak mungkin dapat mengubah sesuatu keadaan,namun kita mampu mengubah sikap kita menghadapi keadaan itu.

Jika dulu,sebut nama RASULULLAH, siapa sahaja menyebut kisah Rasulullah,pasti akan mudah mengalirkan air mata.Sejak diuji bertimpa-timpa,hinggakan doktor memberi pesanan jangan banyakkan menangis jika tidak mata al faqirah yang mana 'lacriminal gland' iaitu kalenjar yang berfungsi mengeluarkan air mata dan membuatkan mata kekal lembap akan kurang berfungsi lagi.

Semoga ada hikmahnya.Pernah diadukan hal ini kepada Murobbi dan zaujah Murabbi.
Sayu dan terharu mendengar kata-kata nasihat berbuar pujukan positif dari mereka,

Kata Murobbi,''Bersabarlah Hidayah,semua orang mungkin dikurniakan cinta kpd Baginda namun tidak semua dikurniakan 'rasa'.'' Semoga makbul doa Murobbi.

Al afwu minkum.Maaf di atas catatan yang tidak seberapa.Panjang umur dan kesempatan berjumpa lagi di lain entry.

Sebelum akhir,ingin al faqirah kongsikan sedikit pesanan.Kalam dari cucu cicit Rasulullah saw yang ke -39.

Kalam al Habib Umar bin Hafidz :




Teruslah berusaha untuk membuat senang hati rasulullah saw,ada 3 perkara yg dapat membuat hati Rasulullah senang : 




1."bersihnya hati":yaitu bersihnya hati kita dari sifat sombong,ujub,riya,dengki,benci dll,rasululllah saw bersabda:"jika engkau mampu menjalani hari tanpa ada rasa benci terhadap siapapun dihatimu maka lakukanlah ,krn itu adlh sunnahku,menjalankan sunnahku berarti mencintaiku,ia yg mencintaiku akan bersamaku di surga kelak"


2."menjalankan amanah":yaitu amanah-amanah yg rasulullah saw percayakan kpd ummatnya,semua perintah dan larangan rasulullah adlh amanah bagi kita,begitu juga sunnah-sunnah dan akhlaq Rasulullah,



3.menghilangkan sifat "keakuan":yaitu sifat egois dan mementingkan diri sendiri,hingga ia mempunyai prinsip terhadap saudara seimannya"aku adalah dia dan dia adalah aku,aku menyukai kebaikan baginya sebagaimana aku menyukai kebaikan bagi diriku sendiri"


AL faqirah ilallah khadimun 'ilm Siti NurHidayah. 20/4/13 = Hari Penamaan Calon PRU 2013

Hijau dihati. Ini kalilah (^_^)/''


Wassalamualaikum warahmatullah..  :)