Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Saturday, September 14, 2013

''Saya sayang dia sebab dia ingatkan saya pada Rasulullah.''


Bismillahirahmanirahiim..

Allahumma solli a'la Sayyidina Muhammad wa'ala Aliihi Muhammad.

Satu kemestian yang tidaklah diwajibkan.

Setiap kali ke majlis ilmu sekitar Kl.




Turun dari bas di Jalan Pekeliling pasti akan berjumpa dahulu dengan mak cik Amira yang asal dari P.Mas yang kerjanya alhamdulilah bukanlah peminta simpati orang namunlah menjual gula2 dan tisu ditepi jalan.

Dengan keadaan dirinya separuh buta sebelah mata,istiqamah dia menjaga waktu solat agar sentiasa awal waktu. Biasanya jika bertembung dengannya waktu azan,nampak dia akan terkocoh kacah dan bagai nak cepat ke surau dekat stesen bas Pekeliling itu.

Itulah mak cik Amira yg dikenali sejak 3tahun lepas. Rutin sama akan dikucup pipinya dan berbalas pelukannya dengan erat atas dasar ukhuwah kerana ALLAH.

Pastilah doa darinya dipinta agar dimudahkan perjalanan ke majlis ilmu. Asbab dengan doa mak cik itu ,perjalanan selepas itu benar2 dimudahkan ALLAH.

Siapa tahu dia orang yg dekat dgn ALLAH dan Rasulnya?

Paling tidak,beliau ingatkan saya akan bagaimana muamalah Baginda saw pada wanita buta yg mencerca Nabi suatu ketika dulu.

Rindu Mak Cik Amira, apa khabarmu mak cik?

SENYUM*SELAWAT  Allahumma solli a'la Muhammad.

No comments:

Post a Comment