Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Wednesday, July 18, 2012

Lau La Murabbi..

''Duhai bulan,sampaikan kepada Murabbina, esok malam menjelang kami akan datang membawa perkhabaran..''

Bumi UIA,Pj kami bakal jejaki lagi.Bersama sisa Sya'ban yang beransur ingin pergi,ingin sekali taman hati ini disirami kata-kata berupa kalam nasihat dari Murabbi.

Lantas kami menguatkan tekad dan nekad.Sebuah beg galas dan beg tangan kami persiapkan.Pagi itu,alhamdulilah ALLAH permudahkan segalanya.

Menaiki bas 'Bulan Restu' yang sering tersasur disebut oleh sahabat sebagai 'Bulan Cinta'.

Sepanjang perjalanan,diisi dengan gelak tawa dan memori indah bersama sahabat usrati talaqi.Tiga daripada kami tiada di sisi.Tujuh puteri agama ini ditaut hatinya kerana cinta dan minat pada yang hobi yang sama.

Aduhai,terasa lebih indah ukhuwah ini.Ukhti yang masih bertatih mencari cinta sang Murabbi Agung yg tidak pernah dilihat sepanjang hidup merasakan nikmah bersuhbah.

Bagaikan terngiang-ngiang kata2 al Habib Umar Benhafiz:
''Bagaimana kamu ingin menjadi orang yang beruntung jika kamu tidak duduk bersama-sama orang yang beruntung.''



Dipasang niat seampuh mungkin.Kekalutan mengejar waktu membuatkan Ukhti terlupa membelek hp jika ada mesej2 kiriman salam sahabat dan sebagainya.

Selesai membaca doa perjalanan,ukhti membaca satu persatu mesej yg 'pending' tadi untuk di baca kerana inbox hp sudah penuh.

Debaran mulai terasa tatkala membaca satu mesej yg pernah ditunggu-tunggu.

Walaupun kepasrahan dan reda sudah setia menemani,namun saat membaca mesej itu seakan-akan masih kedengaran ombak yg menghempas batu.

Biarlah ALLAH jua mengetahuinya.Ia bukan berita buruk ,hanya sahaja sedikit kesedihan sempat singgah di hati.I adatang dan pergui sekali sekala.Ukhti menata hati dengan memperbaharui niat.Sahabat di sisi pasti tidak perasan riak wajah ukhti yg mulai berubah semenjak menaiki bas tadi.

Senyum dibuat-buat.Terselindung di sebalik cebisan kain ninja itu.Keterujaan mulai kendur sedikit.Doa dipanjatkan pada ALLAH.Meyakini setiap yg berlaku ada hikmahnya.Maafkan ana,ukhti..

Mata masih tidak bisa lelap walaupun badan dirasakan sedang memaksa untuk ditunaikan haknya untuk tidur setelah semalaman tidak tidur demi menyiapkan assignment.

Ukhti melihat sahabat di sebelah,berselang seli membaca antara 2kitab yang sentiasa menemani.

Al Quran,Kitab Wirid dan Apa2 jenis buku.Kali ini dia membaca buku kegemarannya.Sesuai namanya,

''Seindah akhlaq Fatimah Az Zahrah''

Dia yang sangat dekat hatinya dengan Masjid dan al Quran.Tudung jenis berpetak-petak dari Mesir yang sering dipakainya membuatkan para jemaah masjid dan majlis talaqqi lebih mudah mengingatnya dan mengecamnya.Sungguh beruntung siapa yg mendapatkan dia.Beruntg juga rasanya ukhti dapat bersahabat dengannya.Dia yang sering mengharapkan untuk mendapatkan anak kembar kelak,yang sangat dekat di hati Murabbi dan sangat berdikari.

''Ukhti,ana sangat kagum dengan ukht..
Ketahuilah..ana sangat mencintai ukthi..''

Tanpa sedar,ada beberapa titisan air yang keluar dari kelopak mata.
Entah kenapa,hati begitu sayu memandangnya.

Ukhti curi-curi pandang dua lagi sahabat di belakang yg sudah terlelap dari tadi.


Seorang berjiwa keibuan dan penyayang.Butiran katanya halus,berkebajikan sekali.Raut wajahnya seperti Fatimah Syarha.
Dan seorang lagi sangat menyenangkan hati,ceria dan mudah didekati orang.Dari mereka Ukhti cuba mencontohi akhlaq.Walau kadangkala rasa hipokrit sungguh diri saat bersama dengan mereka semua.Masakan tidak,tiada langsung sifat mereka dalam diri ukhti.Namun mencuba untuk menjadi lebih baik dan berusaha ke arahnya itu lebih mustahil untuk dilakukan.

Ukhti sendiri?

Patutlah tiada orang nak...( la di da sikit )

Seperti pesanan al Fadhil Us Azhar Idrus:
''Kadangkala keikhlasan itu bermula dengan keterpaksaan.''

''Dapatkan nanti kita berjumpa dan bercinta kembali di syurgawi?Pasti saat itu,kedudukanmu semua lebih tinggi dari Acu..''

Kami akhirnya terlelap sama-sama dalam alunan harapan dan khayalan masing-masing..............

''Air apa ini,along..? Macam kicap ja warnanya..''

''Yeke,Acu.. Kena beg along tak.. Dalam tuh ada hadiah untuk ustazna..''

''Dari mana datangnya air ini..'?'

Kami masih mencari puncanya.

Bau tengik dan kurang enak mula mencucuk cucuk hidung kami.Mujur kami sudah memakai 'mask' kain.Tidaklah kuat sangat baunya.

Ukhti memandang sahabat di belakang.Timbul satu idea nakal.

''Achik,kot yer pun suka nasi putih ayam masak kicap takkanlah dibawak sekali kicapnya atas bas.''

Ukhti tersengih-sengih ibarat kerang wangi.

''Acu,angah rasa ini bukan kicap tapi arak.''

''Apa angah? Arak?''

Benarlah tekaan kami.

Air yang seperti warna kehitaman yg agak cair itu adalah arak yg tertumpah.Botol arak tercabut tudungnya.

Seorang lelaki yang Ukhti kurang pasti bangsanya apa ,namun minta-minta bukan orang Islam berjalan seperti kemabukan ke hadapan.

''Sorry ya.''

Botol arak yg diselitkan di sisi kerusi tertumpah lalu mengeluarkan isinya.Nasib baik waktu itu,jarak perjalanan kami sudah mampir sampai,Ukhti berjaga-jaga dengan hujung jubah.Takut terkena arak itu.Nak buat sembahnyang ,ia najis pula.

Allah..macam na boleh terlepas penumpang yg membawa arak ke dalam bas. 

''Patutlah Achik tengok semasa dia naik tadi(lelaki itu),matanya merah-merah dan lain macam sahaja..''

Apapun ukhti mengucapkan syukur kepada ALLAH tiada benda-benda buruk berlaku sepanjang perjalanan yg melibatkan maruah dan kehormatan kami.

Takut juga.Orang yang kurang waras ini.Berhati-hati lebih baik.

Usai mengambil LRT ke stesen U,kami sampai lebih kurang jam 5.45pm.Perjalanan yg penat apabila kami sendiri mengejar masa juga.Diberitakan sahabat kami yg tinggal di Cheras sudi mengambil kami di Stesen U dengan keretanya.Janjinya jam 6ptg.

Kami tinggal tunggu.

Keletihan dan kelaparan sering membuatkan manusia hilang kesabaran.

Hampir sejam.Bas bernombor 12 yang lalu setiap 15minit benar2 membuatkan diri cemburu dan berfikir berkali-kali,kalau macam ini punya tunggu lambat,baik naik bas.

First ,tak mau menyusahkan orang.Second, memang ukhti tak suka menunggu dan ditunggui. Third,,rasa macam nak pengsan. Disebabkan ukhti memang jenis darah rendah,pantang sedikit penat.

Astaghfirullah!

Allah benar2 menguji keikhlasan hati untuk datang ke majlis ilmu itu.

Menghabiskan wirid Hizb Bahr.

Akhirnya jam 7pm kami akhirnya sepakat untuk menaiki bas.

Dalam hati,rungutan demi rungutan bisikan syaitan mula menjalankan misinya,

''Kalau dari tadi kita naik bas.pasti kita dah sampai awal di UIA,
Kalau itu....kalau ini...''

Astaghfirullah!



''Wahai manusia yg dalam perutmu terdapat najis, siapa kamu untuk mengatur-ngatur takdir yang mana baik untukmu?!!''

Sedikit syadid,tapi berkesan untuk menyedarkan diri yg terkadang lupa hakikat HAMBA ini.

Usai sampai,kami ditahan untuk disoal siasat oleh Pak Guard UIA.Biasalah itu,rutin yg sama setiap kali ada orang luar masuk UIA.Alhamdulilah ALLAH mudahkan.Lagipun kami sudah memberitahu dan meminta izin daripada Principal Mahallah.

Selewat jam 7,masih ada yang bermain-main pelbagai jenis permainan dan sukan di padang bola,sepak takraw ,basketball dan sebagainya.Meriah rasanya Uia ,Pj ini berbeza sungguh dgn UIA,kuantan.

Sunyi sepi.

Ukhti rindukan UIA,PJ.Rindu sangat.Saat ke kelas,ke LY untuk meeting,ke kantin makan bersama usrati,ke Block D untuk membuat kerja j bersama,ke SMAWP3 berifthar bersama dan paling dirindui adalah ke ANEX bertalaqqi.

Allahuallah.

Andai bisa diulang kembali.

Sampai di Surau Level A,tempat kami menumpang kasih,air diteguk dengan penuh kesyukuran.Roti dijamah sedikit untuk mengalas perut sepanjang talaqqi nanti.Risau pula ada nada 'soundtrack' irama berkeroncong.''

Beberapa orang adik-adik yg kelihatan menunggu waktu berbuka puasa memandang kami.''

''Sudah azankah?''

Pasti itu yang terlintas di fikiran mereka.

Kami guna taqwim berbuka puasa dari Sabah.Dah lama azan. :)

Tak delah.Musafir tidak dirukhsah berpuasa hatta puasa wajib.

Sempat juga menyegarkan diri.Memakai pakaian yg bagus,menyembur minyak wangi seadanya dan merapikan niat sekemas mungkin.

Teringat pesan seorang Ulama,
''Ke majlis ilmu,mesti berpakaian cantik-cantik dan lawa-lawa.''

Bukankah majlis ilmu itu majlis zikir,majlis para malaikat berkumpul,majlis penuh dengan rahmah dan maghfirah?

Suasana yg sangat menyejukkan hati.Pandangan ukhti sempat menyinggah pada wajah iras-iras Murabbi.

Terpandang.Dan itu dimaafkan.Ingatkan Murabbi tadi.

MasyaALLAH,ramai sungguh adik-adik Muslimin yg datang.

Ramai dari kebiasaan.

Aroma baik mula menyelubungi suasana.Ini majlis para malaikat.Sayap-sayapnya mula menutupi kita.Allah bakal menyebutkan nama dengan bangga kita di hadapan malaikatnya seperti disebutkan satu hadith.

Ratibul Haddad dengan alunan suara keasyikan atas nikmat cinta dapat bertalaqqi.MasyaALLAH.

Ya Badratim mengiringi setelah Ya Thoybah.

Laju air mata mengalir.Seperti air terjun rasanya.Bahu tersengguk-sengguk.Ukhti sudah tidak menghiraukan pandangan aik2 Muslimat dibelakang ygb mungkin berasa hairan.Tambahan pula,kami berada di barisan paling hadapan sekali.Betul2 selari dengan Murabbi di hadapan.Qasidah kegemaran yg sering membuatkan hati sebak dan teringatkannya.

''Wahai purnama..wahai purnama...''

Murabbina datang diiringi senior kami yg juga dari Kuantan.Kadangkala nampak macam adik Murabbina pula.Lebih kurang sahaja gayanya.


Solla a'la Nabiiyy..

Redup matanya menenangkan hati kami.Ukhti memandang wajah2 teman2 kesayangan.Rabitah hati tersambung...

Irama ombak rindu mula berkumandang dan ................



~Bersambung..

No comments:

Post a Comment