Jodoh yg Sejati Membawa Diri Makin Dekat dengan ALLAH dan Nabi

TIDAK SANGGUP HIDUP HINA TANPA PERJUANGAN BAHKAN RELA MATI SYAHID KERNA AGAMA DAN PERJUANGAN

------------MENDAMBa SYAHID fi SABILILLAH-----------

Tuesday, November 15, 2011

Corat coret cuti cik..

Bismillahirahmanirahiim..
Allahumma solli a’al saiyidina Muhammad wa a’la alihi wasohbihi wasalim
Amma ba’du.

Hiduplah untuk memberi sebanyak banyaknya bukan untuk menerima sebanyak banyaknya.

Laskar Pelangi.

Sebuah filem garapan dari Pengarah Muda Indonesia.
Sebuah kisah realiti yang berlaku dalam kehidupan masyarakat.Bukan sahaja di Indonesia bahkan di Malaysia dan di mana mana sahaja.
Banyak pengajaran yang bisa diambil.
Antaranya setiap warganegara mempunyai hak yang sama untuk mendapat pendidikan meskipun berasal daripada keluarga yang miskin.

Sebenarnya itulah prinsip Islam yang sebenarnya.
Kemiskinan bukan penghalang bagi sebuah kedapatan ilmu.

Benar sabdaan Nabi Muhammad sallallahualaihiwasalam.Mafhumnya:

‘’Dua perkara yang menyebabkan kekufuran  dikalangan umatku adalah kemiskinan dan kebodohan.’’

Alhamdulilah,berpandukan istikarah dan naluri hati,keputusan itu diambil.Demi dua misi yang murni.Yakni untuk membasmi kemiskinan dan kebodohan di kalangan masyarakat Melayu khususnya orang Islam.

Wang bukan segala galanya namun segala galanya memerlukan wang zaman ini.

Dan orang Islam perlu kaya untuk apa? Untuk mengkayakan masjid,pondok2 dan pelbagai institusi untuk kepentingan anak bangsa dan umat dengan menampung dana dan keperluan yang lain.

‘’Orang yang paling baik di kalangan umatku adalah yang paling banyak  memberi manfaat kepada orang lain.’’

Benar sabdaan Kekasih kita,Muhammad Rasullulah,seorang tokoh sepanjang zaman dan Al Quran bergerak bagi kita semua.

Kata cendikiawan agama,manusia yang hidup untuk diri sendiri adalah setelah dia mati,ianya akan berakhir di sitiu,namun seoarang manusia yang hidup untuk umat,meskipun dia telah mati,namun jasanya tetap dikenang dan digunakan oleh umat yang ditinggalkan.

Buktinya,lihat ulama2 zaman dahulu.Seperti Imam Hujjatul Islam ,Al Imam Al Ghazali yang mempunyai sumbang bakti yang cukup besar pada masyarakat Islam sehingga ke hari ini.Sehingga terlalu banyak karay2 agamanya yang cukup memberi manfaat pada Umat Islam sejagat keseluruhannya hingga ke abad ini.Masya ALLAH!!

Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.

Bukanlah apabila kita berbakti,usahlah mengharap sebrang balasan.Apatah lagi ganjaran dari yang menerima bakti.Murabbi ana sering menasihati walhal pada peringkat kita menjadi penuntut,kita seharusnya jangan sekali kali berniat dalam hati berbaik baik dengan guru kita supaya guru kita sayang pada kita,sebut nama kita dihadapan anak muridnya yang lain.Ynag itu akan datang kemudian.Namun ikhlaskan dalam hati.Ya,ikhlas tunjang penerimaan sesuatu amal.

‘’Innamal a’amalu binniat’’
''dEMI MASA,sesungguhnya manusia dalam kerugian.melainkan yang beriman dan beramal soleh..''Al Asr ayat1-3

Kisah Ayatul Asrar

Sudah lama tidak menulis kisah sendiri,hm..tapi ada orang minat ker untuk membaca,hehhe..tak palah sekurang kurangnya kelak ada catatan kenangan masa silam.
YA,ALLAH..beri hamba kekuatan untuk melawan rasa kesakitan ini.......

Selesai peperiksaan Anatomy pagi Jumaat yang penuh barakah itu,ana cepat2 pulang ke bilik untuk meraikan bersama labtop tersayang.Hehe.Melakar sesuatu coretan buat kenangan pada masa akan datang.Sambil melepaskan tension walaupun tiadalah tension sangat bukan sebab dapat jawab tapi sebab sebaliknya.Rasa macam dah study tapi entahlah ilmu itu milik ALLAH kan.Alhamdulilah.
Habis packing barang,walaupun  pada asalnya niat untuk top up tido yang tergendala sejak beberapa hari ini tetapi ana tangguh niat itu untuk tujuan yang lebih murni.P.A.C.K.I.N.G Time,hehe.

Sebelum berangkat pulang,sempat kami berempat berqasidah bersama sama di bilik.Dua orang romte ana yang asal kampungnya di terengganu akan berangkat pulang petang itu.Tapi kami masih sempat makan bersama dan berbual dan bergurau senda.Terasa manis hidup ujian sudah lepas.Terasa bagaikan suatu bebanan yang berat telah dibawa pergi kan.Namun hakikatnya dunia ini sendiri memang satu ujian dari ALLAH.Dan di syurga kelak tempat kita berehat.R&R kita  yang abadi.Maka mengapa tidak mahu sabar walau seketika saat diuji ALLAH?

Rindu tidak berqasidah bersama sama.Pada kebiasaanya kami akan meluangkan masa untuk berqasidah pada satu hari mengingati Rasulullah.Sebenarnya setiap hari harus kita mengingati Rasulullah.Memang itu yang kami cuba terapkan.Bermula dari bilik.Boleh bermula dengan pengamalan sunnah Baginda s.a.w jua. Sembahyang jemaah.Alhamdulilah.
Memandangkan jarak surau dari bilik kami agak jauh.Kami di tingkat 4.Surau tingkat 1.Jadi nafsu memenangkan ke atas fitrah.Kalau dulu,kamu berada berdekatan dengan surau semasa duduk di asrama lain.Ada pulak macam itu.hehe.Sepatutnya tidak kira betapa jauh jarak surau itu,harus kami gagahkan fitrah iman untuk berjemaah.Lagi pula surau itu agak sepi dan kurang orang yang mengimarahkan.Mungkin salah ana.Sepatutnya memang tanggungjawab ana mengimarahkan surau a.k.a bilik usrah sebenarnya.Sebagai taklifan ICB(Intensif Care Bureau) atau Biro Dakwah ana seharusnya mengerakkan usaha.Ya,ALLAH.Ampunkan dosa hambamu ini.Tak sempat lagi menyusun waktu untuk gerak kerja.Masya ALLAH,tugas mengimarahkan surau pun ana belum termampu buat lantaran baru dilantik dan agak sibuk sebenarnya dengan tugas sebagai pelajar,peniaga dan dan dan ..grrr ..alasan lagi??OK,Insya ALLAH,balik cuti ini sudah ada jadual tersusun program2 untuk imarah surau dan program dakwah lain di asrama ini.Doakan yer.

Tetiba rindu untuk berjemaah di Masjid Al Husna,kampung ana.Rumah ana letak nya belakang Masjid itu.atau juga dikenali Masjid Baung Bayam.Pada kebiasaannya ana bersama abah,ma,adik2 pergi berjemaah di Masjid.Dan ana lebih suka berjalan ke masjid yang hanya memakan masa selama 5minit lebih kurang.Dan biasanya ana akan pergi pada tiga waktu sahaja atas sebab2 tertentu.Iaitu waktu Subuh,Maghrib dan Isyak.Dan pada cuti semester 6bulan hari itu,masjid dan rumah lah lokasi yang ana selalu ulang alik.Sekali sekala berjenguk ke Hospital melawat doktor untuk rawatan lawatan susulan.hehe.Kafarah dosa.Bukan ke riak kan yang ingin ditunjukkan.Maafkan hamba ya ALLAH jika ada terlintas seketika perasaan ini.Sekadar ingin berkongsi cerita dan pengajaran yang banyak ana kutip sepanjang dapat ke masjid.Itu nikmat hidayat yang ALLAH bagi.Allahummarzuknal istiqamah.Ameen.

Apabila ALLAH menggerakkan hati seorang hamba untuk berbuat kebaikan,bersyukurlah atas nikmat itu.Sebab itu dalam doa kita,jangan sekali kali lupa untuk berdoa kepada ALLAH agar diberi taufik dan hidayat untuk melakukan kebaikan dan amalan soleh.Bahkan kita sendiri tidak tahu apakah amalan kita diterima oleh ALLAH atau tidak?Mudah mudahan.Prasangka baik sentiasa mendahului terhadap Pencipta dan yang dicipta.

Ok.back to reality.Kami sempat mendendangkan Qasidah yang baru didengar.Siap buat musik tambahan sendiri lagi.Qasidah itu adalah syair puji pujian terhadap Rasulullah s.a.w yang dicipta oleh ulama2 dan sahabat2 Rasulullah s.a.w dahulu.Qasidah dapat melembutkan dan menghidupkan hati yang mati.Bahkan qasidah jua dapat mendatangkan angin apabila terasa malas untuk belajar.Dan ana mula jatuh cinta dengan qasidah ini semasa minggu maulidul rasul semasa program’MARI BERSELAWAT IIUM’’ bertarikh hari lahir ana pada tahun lepas kalau tidak silap.Memang sebuah hadiah berharga dari ALLAH.Airmata memang tak berhenti mengalir lah malam barakah itu namun cuba kuseka dengan purdahku pada malam Maulidul Rasul.Merdu dan syahdu sekali.Terasa nyaman dan indah dan tenang menjalar dalam hati.Sebelum ini biasa jugak dengar alunan qasidah namun tidak tahu pula itu qasidah.Yang biasa ana dengar versi Haddad Alwi bersama budak kecil comel Sulis itu yang sekarang pun ana kira sudah berusia belasan tahun.ALLAHURABBI..Terima kasih ya
Tuhan.Alhamdulilah.InsyaALLAH,apabila ana punya ulama(anak) kelak,akan ana terapkan kecintaan musik di hatinya iaitu qasidah.Qasidah juga menjadi irama yang sering bersenandung di Pondok2 dan Pasenteren.

Habis berqasidah,ana dan sahabat ana yang juga berasal dari Kelantan menonton cerita.Secara tak sengaja. :P Sebenarnya niat ana hendak meng’copy’ cerita.Tapi tertonton cerita yang agak mistik.Tapi bukan nonton2 saja.Ambik beberapa ibrah.Cerita Taiwan yang bertajuk ‘Phobhia’.Setiap kali menonton cerita versi mistik begitu,pastilah harus ada bantal atau yang sama waktu denganya.Untuk menghadapi saat2 genting.Penakut betul.Nak tengok sangat.Tapi bukan penakut sebenarnya Cuma kurang berani.Hehe.Ha! Alasan lagi.grrr..Tapi kami me’lihat’ sekejap sahaja ‘movie’ itu lantaran ada awla yang lebih penting.Sekali lagi, Final Touch Packing.


Before berangkat pulang ke kampung,ana harus menghadiri meeting  PC untuk sebuah program sempena Maal Hijrah nanti.Jasad ajer di situ tapi roh sudah melayang layang di rumah agaknya.Tambah2  keseganan  kerna sudah lama tidak bermuamalat dengan ‘Saudara’ atau Brother untuk tugas2  persatuan atau gerak kerja jemaah menjadikan ana agak kekok.Maaf yer.Dahlah assistant xde.Assistant merangkap romate tersayang yang sudah pun berada di rumahnya ana kira saat ini tidak dapat meghadirkan diri.Nak buat macam maner,meeting last minute.Tapi nasib baik ade yang sudi meneman.Kerna kekalutan,boleh pulak tertinggal hp.Hp kesayangan yang berjasa dihadiahkan oleh seorang sahabat.Alhamdulilah.Brother tadi jua terjumpa dan mengembalikan semula.Alhamdulilah.Berangkat ke terminal Kuantan.

Sampai di rumah,terasa rindu sangat untuk memandang wajah ma dan abah.Tetapi entah kenapa rasa segan dan bersalah.Ha..mesti ad buat salah ini.Hehe.Terasa sebak di dada saat melihat beberapa helaian uban di rambut ma.Dan melihat garisan kerutan pada dahi Abah.Ma,Abah..maafkan anakmu ini yang selalu menyusahkan kalian dan tidak berusaha sehabis daya meringankan beban kalian.Insya ALLAH,ana akan berusaha lebih gigih lagi mengumpul wang untuk Haji Ma dan Abah dengan pendapatan melalui perniagaan yang ana jalankan ini.ALLahumma ameen ..

Entah kenapa,Raya haji tahun ini agak suram.Lantaran ketiadaan dua ahli keluarga yang tidak dapat cuti panjang pulang beraya di kampung.Abang dan adinda tersayang yang berada di Kuala Lumpur tidak dapat pulang lantaran cuti raya haji hanya sehari.Kemeriahan bertambah suram kerna kak2 ana yang sudah berkahwin itu juga tiada bersama pada hari raya pertama.Kerna pulang beraya di kampung mertua mereka.Petang sedkit atau raya kedua baru balik.Namun ade jua hal lain yang menggangu fikiran ana sejak pulang ke rumah ini.Sehingga membuatkan ana menjadi pendiam dan kelihatan asyik berkhayal memikirkan sesuatu.Abah dan Ma perasan rasanya.Sebab apa ya???

Bersambung................

No comments:

Post a Comment